Sunday, 28 May 2017

MemilihNya sebelummu


Terdetik dihati untuk menjadi seorang yang berkelainan. Harus di ingatkan, perjalanan juga tak sama likunya seperti sebuah persamaan. Kesamaan dan ketidaksamaan, keduanya satu fasa penempuhan dalam perjalanan. Perbanyakkan soal dan mencuba. Perlu tapis untuk percaya. Tak boleh membabi buta.

Dipertikai tentang pro dan kontra sebuah pilihan sehingga kedua sisi kebaikan kini sepi dilupakan. Jawapan dibiarkan layu,  diam sehingga bila dipamerkan kebaikan dikatanya tak mahu. Yang zahir ditunjuk jelas walau perasaan diberi tak pernah berbalas.
Meninggalkan yang pernah tertanda kesayangan. Tak mudah untuk pergi walau dengan pesan.

Semoga akan tiba, saatnya segala kebaikan dihargakan. 

post asal 10/10/2016 

kalamcaliph15@gmail.com.

Thursday, 30 June 2016

salam ramadhan 2016

first entry for this year. amazing. lol

salam ramadhan almubarak.

dah lama tak menaip kat sini. rasa macam awkward pun ada. tapi engko baca jelah since i give some effort nak menaip kat sini seperti dua tiga tahun lepas.

tentang aku - tak banyak benda yang berubah. tak. tipu. time changed. so do people. kehidupan aku banyak berubah. life manusia sekeliling aku pun berubah. i gained some friends in my life.

after kerja- then menganggur. i decided to future study. tapi tak lama lah. with in satu tahun macam tu je.



1: salam ramadhan

salam ramadhan untuk semua. kalau ramadhan kalian dah terkurang ahlinya . doakan mereka sentiasa dicucuri rahmat hendaknya. sambutlah ramadhan nikmatilah ramadhan semampunya. buanglah segala nafsu dan perangai buruk kita. semoga ramadhan datang lagi tahun hadapan seperti sebelumnya.

2. persiapan raya

this year umur dah 24 . so kena siap sedia dengan soalan yang tak ada skema . belajar lagi ke ? nak kahwin bila ? taknak kawin lagi ke ? anak dah berapa ? taknak tambah anak ke ? and so on. jangan segan silu untuk senyumkan sahaja pada orang yang bertanya.

persediaan emosi lagi gawat dari persiapan secara physically. baju raya banyak jual . senang. yang cakap susah cari tu. kena tanya diri sendiri semula . "dear self, why you so demanding ? " tak. gurau je. manusia boleh buat pilihan. just be some oneyang good in choosing something.


3. Kerja - this year ada 1 lagi interview yang aku pun tak tahu nak attend ke tak. semuanya aku serahkan pada Allah. bomba. azli cakap suruh berlatih pumping . lol

4. priority ?

still pada family . Alhamdulillah. sikit sikit seorang lin dah tanamkan llmuparenting dalam diri. lol . jodoh. no one knows. kecuali Dia. ye tak ?

5. aku belajar menikmati bukan memiliki.

study - satu benda yang fun. aku study di pusat latihan pengajar.
soo. you guys doakan aku dapat jadi seorang cikgu yang baik ok ?

soo. tu jelah. kalau panjang umur kita jumpa lagi ;)

Tuesday, 1 September 2015

Mengenali Allah Rabbul 'Izzati dengan HATI...

Untuk hati-hati yang hidup berhubung denganNya....dengarilah seruan Tuhanmu..

Di dalam sebuah hadith al-Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya Nabi saw bersabda: Allah 'Azza wa Jalla berfirman :

‏يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

“Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diriKu, dan aku telah menjadikannya suatu yang haram sesama kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi.

يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلَّا مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ
Wahai hamba-hambaKu, semua kamu berada dalam kesesatan, melainkan sesiapa yang aku beri hidayah kepadanya, maka mintalah hidayah daripadaKu, Aku akan memberi hidayah kepada kamu semua.

يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلَّا مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ
Wahai hamba-hambaKu, semua kamu adalah orang yang lapar, melainkan sesiapa yang Aku berikan makan kepadanya, maka mohonlah makanan kepadaKu, Aku akan memberi makan kepada kamu semua.

يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ عَارٍ إِلَّا مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ
Wahai hamba-hambaKu, kamu semua adalah telanjang melainkan sesiapa yang Aku memakaikan pakaian kepadanya, maka mohonlah pakaian kepadaKu, Aku akan berikan pakaian kepada kamu semua.

يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ
Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu semua melakukan kesalahan di malam hari dan di siangnya, dan Aku (tuhan) yang mengampunkan dosa keseluruhannya, maka pohonlah keampunan daripadaKu, aku akan mengampunkan kamu semua.

يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضَرِّي فَتَضُرُّونِي وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُونِي
Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu semua tidak dapat memberi mudharat kepadaKu, seandainya kamu dapat tentulah kamu telah memudharatkanKu, dan kamu semua tidak dapat mendatangkan manfaat kepadaKu, seandainya kamu dapat tentulah kamu telah memberi manfaat kepadaKu.

يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئًا
Wahai hamba-hambaKu, seandainya orang yang sebelum dan sesudah kamu semua, manusia mahupun jin, semuanya adalah (seumpama) seorang lelaki yang paling bertaqwa dari kalangan kamu, demikian itu tidaklah menambah sedikitpun dari perbendaharaanKu.

يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئًا
Wahai hamba-hambaKu, seandainya orang yang sebelum dan sesudah kamu semua, manusia mahupun jin, semuanya adalah (seumpama) seorang lelaki yang paling jahat dari kalangan kamu, demikian itu tidaklah mengurangkan sedikitpun dari perbendaharaanKu.

يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي ‏ ‏صَعِيدٍ ‏ ‏وَاحِدٍ فَسَأَلُونِي فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إِلَّا كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ
Wahai hamba-hambaKu, sekiranya orang yang sebelum dan sesudah kamu semua, manusia mahupun jin, berkumpul di satu tempat yang luas, lalu mereka semua meminta kepadaKu, dan Aku perkenankan (berikan) setiap orang itu akan permintaannya, tidaklah yang demikian itu mengurangkan sedikitpun dari perbendaharaanKu, melainkan sepertimana berkurangnya sebatang jarum apabila dimasukkan ke dalam laut.

Justeru...sahutlah panggilan Tuhanmu ..dengan hatimu..


ABi

Wednesday, 19 August 2015

lin masak asam pedas tempoyak

acah acah terer konon.

3 ekor ikan (mak yang siang. heh)

letak ikan dalam periuk
tumbuk bawang merah 2
bawang putih 3.
halia seinci.
letak lada kecik 6 biji. cukuplah kot.

ok .
letak ikan dalam periuk.
gaul dgn bawang lada halia yg dah ditumbuk tadi.
letak air . sama paras dgn ikan. tak timbul tak tenggelam. gituuuw.

pastu letak asam keping 2 .
letak kunyit 2 sudu kecik (sudu mashed potato kfc )
letak garam secukup rasa.

pastu masak kan.

lepas tu letak daun kesum.
last sekali letak tempoyak 2 sudu.

renehkan sampai masak pekat sedap.

boleh lah angkat.
makan.

.....
mak hulur lada setengah genggam. aku tumbuk dan letak semua.
lol. pedas gila. tapi licin habis.

wehu. :)