Monday, 31 December 2012

muka surat terakhir 2012


masa . terus jalan . jalan dan jalan lagi . sampai satu detik , tiba apa orang kata . hujung waktu . 
hujung waktu  yang tak sapa tahu bila . semua jadi bila mana takde sesapa lagi yang ada kat dunia .
2012 . macam macam jadi . ada suka pun macam tu  ade yang tak best . tak macam roller coaster , macam kete cable pun tak . bas rapid ? hmm . (fikir sekejap) ..pesen apa cakap pasal benda benda transport gini ?.

2012 -
pernah patah hati-
pernah putus asa -
pernah bermalasan tak bertempat-
pernah mulut bercakap laser ,
macam tak pandai nak jaga -.
dan pernah juga berdosa padaNya .

nak putar masa biar tak buat peel lagi ?
hey , memang mustahil .
apa yang boleh buat .
cuba jangan patah hati lagi .
cuba jangan putus asa lagi ,
cuba jangan bermalasan tak bertempat lagi,
cuba jaga mulut jangan bagi cakap laser lagi . diam lebih baik . mungkin lah ? 
bab bab berdosa ni , aku cuba untuk jadi yang lebih baik ,
yang kurang dosa ,in shaa Allah . 

umur makin meningkat . 
nak jamin buat amalan masa tua nanti ?
jangan nak jamin sangat kita ni sempat .
-ni pesanan orang kat aku . 


masa dulu ,

penggal pertama , lurus jalan dari Dia ,
mungkin aku yang tak pandai nak bersyukur .
aku bengkokkan jalan Dia .
tapi . tetap sama . Dia bantu aku , rempuh masa depan ,
sampai bila bila pun .
aku tetap macam ni .tak adanya nak jadi lain .
sikit sikit , lama lama . aku mula tahu , apa tu redha .
dari situ aku mula berubah ,
pada hati ada rasa aku diterima Dia , :')
masa ni . paling tenang aku rasa dalam hidup .

pesan orang - 
suruh aku cari redha dari Dia , dari Allah ,
mula mula memang payah .
hati beku . 
tapi last-last . Alhamdulillah .
mampu aku senyum lagi .
Allah tahu apa yang termampu untuk aku .

dunia yang aku lukis pada dinding lama ,
yang aku corak corak dulu ,
yang aku conteng conteng dulu ,
cuba garas biar tukar jadi  yang baru ,
biar jadi lebih baik. 
yang baru. yang lebih baik .
sapa tak mahu?
kan.


iklan : untuk satu waktu , jangan ganggu dunia saya sekejap .

sambung entry ---


selagi belum game over , masih boleh cuba lagi ,
tahun baru apa salahnya restart semula ,
masih ada peluang kedua ? 
mungkin ada .
tetap ada .
akan ada .
-- :)

(29 Disember2012 ) 

tahun dua ribu tiga belas 

aku mintak sangat dari kawan kawan aku ,
aku mohon agar kau orang pesan pada aku ,

andai aku mula nak jatuh ,

sedarkan aku dari lena aku ,
ingatkan aku Allah sentiasa dengan aku ,
bila rasa ranap hancur , tolong pesan pada aku ,
supaya yang paling utama cari Allah dulu ,
kalau aku malas belajar ingatkan aku ,
pada jalan yang aku lalu .
 untuk sampai tahap paling tinggi untuk capai impian aku ,
sakit , 
perit ,
letih 
yang aku dah lalu .

*banyak lagi aku nak cerita pasal duaribu dua belas ,
tapi,
mungkin tak perlu ,
mungkin takperlu jugak nak toleh belakang lagi .

so , selamat tahun baru kawan kawan . 
azam baru . jangan tak ada :) 

pada setiap doa . ada JAWAPAN dari Tuhan .
dan aku percaya :
- :) 






Tuesday, 18 December 2012

semester baru - its the final countdown :)

makin lama kita makin dewasa . makin banyak kita belajar . seglanya makin makin dan makin kedepan .
sama macam aku . in shaa Allah semester ni semester terakhir aku . dan lepas ni dah nak bergraduasi .
belajar , bukan sesuatu yang nudah . ada liku-liku . hati ? jangan cakap lah . tapi demi satu yang kita tuju , semuanya diamkan , 

dalam sem baru ni . semangat pun kena baru . tak boleh malas malas dah sem ni . 

dengan penuh harap aku nak berjaya ,
aku berusaha ,
Allah yang tentukan .

“Oh Allah, when I lose my hopes and plans, help me remember that your love is greater than my disappointments, and your plans for my life are better than my dreams.”
Imam Ali ibn Abi Talib (a)


selalu aku cakap aku tersalah buat pilihan dalam hidup ,tapi dah terang terang jalan yang Allah tetapkan , itu yang terbaik untuk aku ,
selalu mengeluh,selalu menangis .tapi Allah faham ,cuma mungkin kita perlukan sedikit kekuatan untuk terus melangkah .kan ?


perancangan Aku bukan yang terbaik ,
dan bila aku rasa aku salah buat pilihan .
Allah still ada on my way ,
serius ,
aku tak tipu .


sikap , 
manusia biasa macam aku ni ,
ada jugak turun naik statistic malas dia ,
 tapi semester ni kena kuat .
ni penentu masa depan kan ? 
*senyumkan*

pesen belajar ikut mood dah kena buang ,
nak taknak ,
kerja mesti kena jalan .
and yess . semangat kena kuat .

family support ,
semua cakap aku boleh berjaya ,
sedangkan aku pun dari golongan biasa biasa saja , 


salah silap aku yang dulu mungkin boleh untuk aku berubah ,
, mestilah kearah yang lebih baik .

yang paling penting cari redha Allah (dia cakap ) 




aku harap korang semua doakan aku berjaya . 
doakan aku kuat semangat
doakan aku pandai berdikari .
doakan duit scholarship aku cukup sampai akhir sem .
ehh - .


lastly , maafkan aku kalau ada salah silap . aku nak jadi #new lin . bior berjaya . :)











Friday, 9 November 2012

weekeend gua . :)

semalam fikir dua tiga kali ,
nak balik ke tak,
nak bali ke tak ni -
nak ke tak ?

kerja banyak-
boleh siap ke ?
kalau tak faham ,
nak tanya sape .
eh -
eh . setiap masalah ada jalan penyelesaiannya .
yedak ?


akhirnya dengan semangat yang jitu ,
gua kemas beg .
seawal lapan pagi -
ewahh - berdrama pulak dah -

eh . 
lepas habis kelas design semalam .
apa lagi -saya berjaya pulang .

terima kasih yaya hantar pergi terminal
hidup boboiboy !!! 

ehh-
-.-

fiewww :D 

yeah .big clap please ! haha 



gambar credit to :tekan sini



dah . nak sambung buat working drawing . selamat beristeri tiga    beristirehat semuaaa :) 
semalam abang gua beli birthday untuk gua . warna biru tuuu .haha . terima kasih daun pisang . 
:)
:)
:)



Tuesday, 6 November 2012

enamsebelas

tiap satu persatu , semua kurniaan ilahi pada aku . aku terima .

hari ni genap sudah dua puluh tahun aku di dunia yang sementara ini . 21 ? kalau panjang umur . aku merasa angka tu .kalau ditakdirkan aku perlu menghadap yang Maha Pencipta . aku redha .tiap satu persatu yang tertulis .itulah yang dinamakan takdir .

tiap  nikmat Allah bagi  pada aku . alhamdulillah . setiap nafas , setiap degup jantung , setiap titisan kasih sayang yang Allah bagi untuk aku . ya , aku bersyukur . semakin aku membesar dan semakin aku menginjak dewasa . alhamdulillah .semua bawah lindungan yang maha Pencipta . Rabb , alhamdulillah . terima kasih Allah .

yang kedua , 
untuk mak , terima kasih atas susah payah melahirkan saya . dan terima kasih menjadi seorang ibu yang kuat untuk saya .yang membesarkan saya .  yang jaga saya waktu saya sakit . yang sentiasa ada belakang saya bila saya rasa 'jatuh ' yang tak pernah patah semangat nak suruh anak mak yang malas ni malas nak belajar . yang selalu datang melawat saya kat poli masa sem satu dulu .tiap tiap minggu tu .ehhh -- .
yang masak bila saya nak makan makanan yang saya mintak mak masak . yang bagi saya belanja masa sekolah dulu .yang panggil saya makan bila saya merajuk .kahkah . macam budak kecik . dan terima kasih .seribu satu kata terima kasih saya untuk mak . 

terima kasih kerana mengurniakan saya macam macam jenis kawan yang boleh buat saya memerlukan kesabaran yang tertinggi , yang rasa disayangi . dan seribu satu jenis kawan lah .

terima kasih pada semua orang yang wish birthday saya . dan ramai yang saya tak sangka . saya tak  aim pun yang dia akan wish pada saya . terima kasih semua . hihi .

setiap apa yang berlaku dalam hidup . aku ikhlaskan . bila itu bukan lah kehendak aku , aku tahu itu ujian . tanda Allah sayang pada aku . dan bila masa aku rasa 'tak cukup 'alhamdulillah allah selalu bagi aku rasa cukup . walau dengan cara yang berbeza . segala keluhan aku mampu senyumkan .
ya , dunia buat aku mampu jadi seperti manusia matured . aku matured ? entah . itu orang yang judge . aku tak tahu .

setiap kali ada yang buat aku rasa tak mampu untuk lalui sesuatu ,aku tahu ada yang sedang perhatikan aku , ya , aku cuba  sabarkan diri . aku cuba cuba cuba dan cuba . berjaya atau tidak ? entah . jawapan itu masih bukan pada aku . aku harap yang memerhati tahu . ya , kerana dia Maha Mengetahui . 

kalaupun sesuatu itu dari sekecil zarah sampai sebesar dunia . aku cuba untuk terima dengan ikhlas . sebab aku tahu . masa depan aku pada Allah . masa depan aku milik Allah.

pada setiap doa ku 
tetap benda yang sama yang terbit dari hati kecil ni 
jangan pesongkan imanku setelah engkau berikan petunjuk-
permudahkan urusanku dunia akhirat .
doa untuk ibu bapa dan pendidik aku .

Rabb , terimalah doaku :') 

*stop*



Monday, 22 October 2012

self esteem

Assalamualaikum dan hai semua ,

hari ni just nak  sharing dengan semua

selft esteem .
ehh- 
ape tu ?

maksud self esteem mengikut bidang psychology 

Dalam bidang psikologi, istilah diri digunakan untuk menggambarkan rasa keseluruhan diri atau nilai peribadi seseorang. Harga diri sering dilihat sebagai sifat personaliti, yang bermaksud bahawa ia cenderung untuk menjadi stabil dan berkekalan. Harga diri boleh melibatkan pelbagai kepercayaan tentang diri, seperti penilaian penampilan sendiri, kepercayaan, emosi dan tingkah laku.

hmm , kalau ikut bahasa kita kita .

maksud dia harga diri 

rasa macam kalau guna bahasa kita lagi cepat paham kan ?



#1 Harga diri adalah satu keperluan penting manusia yang adalah penting untuk terus hidup dan normal, perkembangan yang sihat.

dan aku rasa pendapat ni memang serius boleh diterima . manusia bila takde harga diri . takde maruah . hidup dia tak lagi normal . (maksud tak normal tu bukan lah cacat anggota badan tapi ada certain-2 part yang dia tak sama macam orang lain ) 
kalau aku kata dia lebih cenderung kepada masalah . boleh diterima tak ?

#2 Harga diri timbul secara automatik dari dalam berdasarkan kepercayaan dan kesedaran seseorang.

and yes , harga diri ni timbulnya berdasarkan kesedaran dan kepercayaan . iyelah .kalau awak seorang perdana menteri awak mesti rasa lebih hebat daripada rakyat jelata . *sure awak semua kurang faham ayat ni .hihi 

#3 Harga diri berlaku dalam bersama-sama dengan pemikiran, tingkah laku, perasaan dan tindakan seseorang.

and , mind set pun menentukan tahap tinggi rendahnya harga diri kita .



maaf entry ni macam pendek sangat .nanti saya research lagi . saya tulis lagi tau .bye semua :*



Wednesday, 17 October 2012

hambaMu yang hina

Allah hu rabbi ,
ampunkan aku.
maafkan aku,
bagi aku jalan-Mu ,.
Jalan yang engkau redha Ya Allah .

rabb-
buang apa yang aku fikir tadi-

aku sampai tak boleh nak jawap test tadi -
markah ?
hmm jangan cakap lah .

rabb -
kuatkan hatiku,
jaga akalku jangan fikir bukan bukan lagi

kuatkan iman aku  .
amin .

ampunkan aku :(

kenapa aku terfikir benda yang tak masuk akal macam tu .
ya rabb :(

sampai aku rasa biar Allah hilangkan ingatan aku . ya Allah


aku rasa macam dosa ni lebih besar dari
berzina
bunuh orang ,
derhaka kat ibu bapa .

kenapa aku terfikirrrr ? :(

#kawan kawan , tolong lah saya .doakan saya jadi manusia biasa yang tak fikir benda benda macam ni lagi.

Tuesday, 16 October 2012

fight to let go :)


Dulu-macam satu kewajipan , sekarang . dah besarkan .dah pandai fikir kan .
Kadang kadang sebab hati kita buat benda paling bodoh dalam dunia . takdir ?
jangan salahkan takdir .
takdir kita boleh elak kan ?

Tak boleh elak ?
k.menipu .

Tak perlu menipu cukup dengan hanya terima takdir dengan hati yang terbuka ,
mata tertutup,

eh ,
itu takpe kan ?
jangan sesedih lagi .
Manusia boleh berubah ?
hmm, aku rasa ayat ni salah
Means , lebih tepat boleh aku kata .
manusia AKAN berubah ,
Jadi jahat ?
Jadi baik ?

entahlah--

setiap satu persatu yang salah,
awak bagi alasan dan
sekarang saya rasa takpayah susahsusah nak cipta alasan .

just go :)

menjauhkan diri  satu kewajipan . ?

mungkin --



takpe . nak pergi pergilah . saya bahagia dengan kawan kawan saya :)












Monday, 8 October 2012

makan hati :/


Kerja kerja kerja ,
banyaknya .

kepala penuh , musnah idea , (saje buat bajet bagus . wiwiwi )

Orang yang ikhlas ada lah orang yang merahsiakan ujiannya ,

Okaylah , saya tengah senyum ni ,
harap boleh senyum macam ni lagi ,
untuk esok hari
:D

Setiap satu persatu masalah , datang lagi . mulalah jadi serabut gila kan, dan kadang kadang takde sapa yang faham kita . takpe Allah hantar kita satu ujian dengan satu malaikat , saya tahu Allah nak suruh saya sabar banyak banyak kann . walau kadang kadang putus asa tu muncul juga ,

Berselang seli dengan ujian lain yang buat kita rasa hati hancur , ahh rabaknya jiwa saya bila fikir lagi ,

Ya Allah , dengarlah rasa hati saya ni . jagalah hati saya ni biar tak rasa macam ni lagi , kurangkanlah beban saya setakat yang saya mampu saja , jangan bebankan saya dengan bebanan yang berat , amen.

Oh oh , nak cerita pasal balik hari tu ni ,
Masalah tu simpan dalam dalam ,
duk diam diam dalam hati,
jangan kocak kocak,
jangan tendang tendang hati saya ,

Sabtu kelas batal .wohoo
Jumaat hari tu kann , mula mula ingat tak nak balik lepas tu kan rasa macam nak balik pulak ,ehh- kenapa dengan aku ni ?
Dan , pukul 12 massage abang cakap ,
Abang ,
nak balik !
nak balik !
Abang aku cakap baliklah , dia tunggu petang karang .
Then sampai rumah lambat ,
sebab hujan ,
rebut petir semuaa ada ,
so tak boleh drive lelaju mcm skyline lah
ehh—
Balik rumah -
letrik takde .
duk dalam gelap dengan mak dengan abang .

Makan malam pun , candle light dinner . kau ado ?ahaha .
petang tu mak buat cendol ,sedappp ,
kalau kak na, kak ngah  , ade mak buat .
dahlah , kite saje je nak bagi awak bedua jeles .hihi.

Malam tu , ade sedara aku dtg , tengok la kenapa lampu tu tak nak nyala nyala kann ,
bukan tengok—
dia baiki lah .

Lepas tu online online kejap,
tido ..
Kawan aku msj ke call ke ,
maaf ,
dah tak sedor ,
lagi pun syok kan .
tidur dengan .....
aman .
Hehe .
Esoknya –sabtu
Dah balik poly semula .

Dialog dengan sepupu aku 5 tahun
Aku : adik , k.cik nak balik dah .
dia : k.cik tu balik kejap sangat . takpelah nanti balik lagi . boleh adik babai ,

err – dia suruh aku balik selalu sebab dia nak lambai lambai tangan waktu aku nak balik ke ? :/
eleh adik , jangan nak tipu sangat lah , adik tu ikut je hantar sampai poly kann : )

Hari sabtu , ade rasa sedih sikit, bengang sikit.
5 kedai cari model board tapi tak de ,
takpelah ,
dah ikhtiar tapi tak jumpa jugak ,
Cane kann ?


Dah dah , diam diam .

Ahad , peel ape datang entah . lappy jatuh . tulah dah tahu tidur tu takpandai dendiam nak jugak dia letak kat atas katil . dah jatuh . nasib baik tak rosak.
Lepas terjaga tu ,
kawan aku call kejap,
Lepas tu tak dapat tidur jugak, so,
tak tidur lah sampai pagi .

Tapi serius . ahad tu aku rasa sempurna .




Tuhan jadikan aku tak sama macam orang lain ,
thats mean , kadang kadang kita tak sama macam orang lain ,(ayat apa ni--)

Sedih jugak bila ,
Nampak macam takde apa apa
.tapi masing masing diam ,
 kalau aku ok pun, orang lain yang tak okay ,
dendam ke ?
aku tak tahu ,
macam ada yang belum sempurna , Allah : (
kalau masa boleh undur , mungkin aku buat yg lebih baik ,
tapi Allah pun dah cakap
,
setiap apa yang berlaku semuaa ada hikmah .
hmmm ,
takpelah ,
aku tunggu ni ,

Tiap malam ,
satu doa aku
kalau boleh aku nak 
hidup yang aku jalani lancar pada setiapnya,
mungkin salah aku,
tak pernah bersedia untuk 
jadi macam ni ,
belum belajar 
jaga jiwa biar jangan
macam ni lagi ,

dan --tetap pada ayat yang sama
agar aku tak cengeng cengeng lagi ?


sentap juga kengkadang,
bila aku nak buat yang terbaik dalam hidup,
orang melihat itu belum cukup sempurna ,
sedangkan orang tak tahu ,
itu je yang termampu pada aku.

dan kebelakangan ini aku rasa ,
latar belakang hidup buat aku rasa janggal.
dengki ?
tak,
aku tahu Allah tu sebaik baik perancang ,
Allah maha Adil,
Allah maha penyayang .

cuma ,
aku mungkin perlu belajar lebih lagi ,
belajar dekatkan diri pada semua orang,
kena faham semua orang
kena sabar dengan semua orang

ya Rabbi , terasanya ;(


Diam kalau terasa tak mampu beri manfaat dengan berbicara. Sedang 'diam itu juga memberi manfaat' pada sesetengah ketika.

bila kita fikirkan pasal orang tu 
, itu boleh menyerabutkan kepala kita yang dah sarat dengan masalah ni kann ? 

lin , please .MOVING ON .

Jangan membuang masa dengan memikirkan apa akan berlaku setelah itu dan setelah itu. Doa dan Usaha dulu.

..Hidup ni singkat, jangan biarkan hidup kita ni selalu disakiti. 
Semua orang berhak dapat kebahagiaan masing masing.
Cuma kita je memilih.

tak nak sedih ?

#lupakan kisah pahit tu .lin, memang susah tapi belum cuba belum tahu kan ,
mintak kat Allah banyak banyak .Allah maha penyayang, Allah maha pemurah kan ?

#buangsikap risau , lin, setiap yang berlaku semua ada hikmah .cuba jangan terlampau risau lagi .boleh kan ? jangan risau Allah ada .

belajar rajin bersyukur .aku faham kau :)

jadi pemaaf. setiapnya aku belajar maafkan semua orang . 

ketawa dan ketawa lagi . tengok sinchan lah .ehe

fikiran positive dann

hati mesti keras . kay ? :) 

ok, chalo ! saya nak berjaya jadi hati saya kenalah macam cheewing gum kann ? :) wiwiwi .








Tuesday, 2 October 2012

takpe :)


Tuhan jadikan manusia ni dengan hati dan perasaan,
kan ,
diri sendiri jaga  ,
awasi ketat ketat
Tapi ,
Ada je orang keliling yang sakitkan hati kan,
kenapa?
tak puas hati ke ?

ishh, sedihnya.
Bila sedih sedih macam ni ,
ada hikmah ke ?
Entah ,--
Perlu aku tunggu ?
Tunggulah ,
aku tahu,
Allah tu maha mengetahui .,
Dan aku tahu,
Allah uji macam ni ,
biar aku pandai berdikari,
aku tak cengeng cengeng lagi ,
Kannn ?
Aku belajar tak simpan dalam,
aku belajar untuk terima semuaaa orang ,
aku tahu ,
Allah Cuma suruh sabar sikit dengan kawan kawan kann ?

Sedih ?
ehh--
buat apa nak sedih .
ya,
aku takkan nangis .
tuhan bagi ujian ,
dia bukan suruh sedih sedih .
dia bukan suruh nangis nangis kan .
Kalau boleh aku nak tipu diri sendiri,
nak cakap takde apa yang berlaku pun sebenarnya
--------------------------------------------------------------------

Airmata,
kalau engkau nak jatuh pun,
jatuhlah ,
aku tahu dan kesian juga pada hati ,
terpaksa tahan tahan kan ,
jadi ,
aku lepaskan lah :’)



Sunday, 30 September 2012

kahwin awal . bahagia atau sengsara ?

assalamualaikum semua kawan kawan ,

hari ni aku nak share dengan korang semua . by the way . entry ni adalah hasil daripada catatan yang diambil masa program ceramah semalam . tajuk ceramah tu 'kahwin awal ,bahagia atau sengsara '

aku mula mula dengar pun jadi ekcited nak pergi kan . nak kawen awal ke ? ehh #

tak de lah excited ,tapi kalau bahagia kawen awal .apa salahnya kawen kannnn . ehemm 

okay , sebelum korang start baca entry ni .sila senyum .haaa . senyum . 

'wahai orang muda , sesiapa di kalangan kamu mampu maka kahwinlah . sabda Nabi ni .

mampu yang disebut di sini .adalah mampu dari segi zahir dan batin . zahir tu maknanya makan minum , tempat tinggal, pakaian .dan semua semua yang seangkatan lah , batin tu , (rasa korang semua dah faham . )bab bab macam ni cepat je kan , sebut moment structure , design semua melolopng , haih , apelahh . 

kahwin muda , 
bahagia ? sengsara ?


ustaz cakap kahwin muda mungkin bahagia tapi mungkin tak lama . 

sebab apa ya ?

jawapnya . semuanya terletak pada takdir Allah , kita tengok pulak kahwin tu sebab apa , sebab dah tak tahan tengok awek tu cun sangat ke , dah tak tahan awek ajak kawen cepat ke dan ada jugak sebab dah terlanjur . sebenarnya ni banyak berlaku .

kahwin awal . --> bahagia sekejap --> cerai 

sebab ? tak cukup ilmu . sebab ikutkan nafsu . 

(yang diceritakan oleh ustaz ni memang realiti anak anak muda zaman sekarang , zaman boleh pilih couple sendiri . )

aku tak cakap kahwin lambat tu kompem bahagia ,

baru baru ni ade keluar kat hot.fm .
bercerai berai sebab ubat gigi 

hoii .ubat gigi je?

tengok-- 

so jom kahwin .ekeke --
ehh,takde lah .memain je.

boleh je kahwin awal , tapi kalau nak kekal sampai syurga , sampai bila bila , carilah pasangan yang berilmu , bertakwa dan berakhlak ,


berilmu 

lelaki : carilah perempuan yang berilmu , nanti kahwin dengan emak kpd anak  yang  cerdik nanti dapatlah anak cerdik ,kann ?

perempuan : carilah lelaki yang berilmu , nanti syurga korang bawah tapak kaki suami kann ?kalau kita jahil dia boleh tolong ajar kan .kan ?? 


bertakwa 

lelaki : senangcakap lah kan , perempuan yang bertakwa ni dia kan beriman so , dia takkan langgar perintah Allah .so secara logik akalnya Allah bagi bonus dekat lelaki ni . tak payah dah tanggung dosa si isteri . tu belum masuk soal nusyuz dayus lagi ,haaaa kannn ? 

perempuan : carilah lelaki bertakwa . sampai syurga tuuuu ...

berakhlak 

lelaki : carilah perempuan yang berakhlak , (kalau nak bahagia lah kann ) . kat situ korang dah boleh fikir .bila dia ni berakhlak secara otomatiknya segala aib engkorang (lelaki) ni dia tutup , sebab ?  
yelah perempuan berakhlak ni , dia jenis yang baik baik , tutup aurat , dia dah jaga kelakuan dia ,takde lah datang fitnah fitnah dan gosip liar yang buat engko suka gaduh gaduh nanti .kann ? 

perempuan : kalau dapat laki akhlak buruk , malam malam pergi merempit . pergi disko .pergi berfoya foya . engkau pulak kena jaga anak kat rumah . sorang sorang . rumah pulak terpencil .kalau kena pecah rumah , kena rompak lah .camane ? haaaa . (tinggi pulak imaginasi aku ni .ishh ) 

tapi seperti yang kita tahu 

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan  yang baik untuk lelaki yang baik .
kalau tak baik ?
sempat lagi nak berubah ni
ehh-- 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

cinta dan sayang 

cinta yang betul betul cinta bukan lah cinta kerana nafsu *take note please .

kalau pakwe ngkorang cakap dia cinta kat korang tapi peluk peluk pegang pegang dan so on , engko ingat dia sayang ko ke ? dia cinta engko ke ? -ke engko suka jugak kena peluk . 
murahan nya -- .terasa ? memang nak suruh terasa pun . 

kalau laki tu cakap dia sayang ko (ehh sambung lagi ) 

ahh , taikk !! tolonglah perempuan .jangan suka sangat kena tipu ,

ustad kabor lelaki suka tipu .haaa . aku tak cakap .ustad yang cakap .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

lelaki akan terangsang melalui penglihatan .kalau tengok perempuan  tu mesti tengok atas sampai bawah . kat setengah setengah part tu dia scan lama sikit .ehh -- 

so perempuan , tu lah hikmah Allah suruh tutup aurat .

perempuan pulak dia ni mudah sgt cair dengan kata lelaki . macam aisss lah awokmerr ni .hehh .
biar tak hensem janji ayat power . -- yeke gitu ?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
as the conclusion .

kahwin muda ke , tua ke , sama je .janji cari laki yang berilmu, bertakwa dan berakhlak,
kalau gentleman , kalau suka, datang je rumah pasangan  engko , jumpa bapak dia ,cakap 'pakcik ,saya nak kawin dengan anak pakcik " 

pangggg ! *bunyi kena sepak .

motif ? anak pakcik tu semua lelaki .

hahh.nasiblah-- 

.okay lah .sampai sini je entry kali ni . byebye semua .assalamualaikum  :) .








Friday, 28 September 2012

memories or history #lagu satu


tadaa , okay hari ni aku nak cerita pasal kenangan aku dengan lagu ni . maaflah ,aku rasa macam ayat aku gedik sangat je hari ni . apekah apekah .

lagu ni . now aku tengah playing lagu ni . best ? tak sangat pun.tapi not bad lah .and im not the najwa latif big fans yang awesome tu pun . just suka saja saja . tak de pekdah pun kann suka ni .ishh ,teruknya .


lagu ni top masa zaman aku praktikal dulu . selaluuu sangat nyanyi kat komen . ehh ,macam mana tu ?
alahai , biasalah zaman praktikal adalah zaman kita berfesbook sepanjang masaa . tak gitu ?so apa lagi ramai lah manusia dan rakyat jelata yang update status pasal lagu ni .tak ketinggalan juga minah minah twitter yang htag kan #NP carta hati .haaa . macam tu lah .

tapi yang buat aku rinduuuuu sangat sangat pada lagu ni .err selalu sangat . tiap tiap pagi .mostly lah nak katanya kat hot.fm lagu ni berkumandang riang ditemani hon hon kereta sebelah depan dan belakang yang kadang kadang rasa macam nak je cakap .

pakcik . pak cik ni asyik tekan hon je . bunyi hon kete pakcik  sama je macam bunyi  hon kete saya punn . 
meh saya hon sekali . tengok --.

haa , menjawap menjawap . eh-- sapa yang pakcik sekarang ni -- 

nak cerita tu je lah , kbye semua .




Thursday, 27 September 2012

sabar lah , jangan marah marah :)

bismillahirahmanirahim ,
,


Ada seorang lelaki menemui Nabi saw., “Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepada saya ilmu yang dapat mendekatkan saya ke syurga dan dijauhkan dari neraka”. Nabi menjawab, “Jangan luahkan kemarahanmu." (HR. Thobrani, Shohih)


Nabi SAW bersabda : ”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim” (HR Bukhari dan Muslim)


Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)


Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)


Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu DaUD


ohh my baby ,


Serius ,
entry ni sedih dan tersangatlah menyayat hati ,aku nak cerita pasal baby aku ni ,
Seminggu dua minggu tiga minggu empat minggu ni , aku tengok keadaan baby ku sakit sangat dah gayanya , aku harap dia dapat bersabar dengan tuan dia ni .
Baby mouse lahh -.- .

dulu masa aku mula mula beli , perhhh , tahukah engkau wahai babyku , betapa aku sayang nak guna kau ,tapi kalau tak guna , membazir je aku beli , by the way . engko ni bukan free give waktu aku beli lappy ni dulu ke , maaf la .tuan engko ni mudah lupa daratan . ya lupa daratan , bukan lupa dara d.eh apa tu ? apa tu .

selalu aku campak campak je kau kan , atas katil lah selalunya , dua tahun wooo , engkau berkhidmat pada aku . tapi sekarang engko selalu je sakit sakit . iyelah , aku tido engko tak tido yedak ,.and selaluuu sangat engkau kerja 48 jam sehari . tak ada rehat langsung . sian jugak kat lappy . tapi nak buat camane . kerja aku banyak wooo .

tapi , sekarang ni, tolong la sihat demi aku . kejappppp je L . nanti bila sketch up dah siap, cadd dah siap . semuaaa dah siap . aku bagi kau rehat yang paling paling cukup (beli mouse baru .haha)

bukan tak nak beli mouse baru .tapi .... malas nak keluar . dan tak nak jalan jauh jauh jauh . engko kena tahu engko dapat tuan yang pemalas nak kelua .suka berhibernasi memanjang .
lappy ? nak kena service dah ? .wait .. wait . as soon as possible lah aku service semuanya k. 

Wednesday, 26 September 2012

rare betei

pada setiap yang berlaku,
itu bukan dari aku
itu kehendak Tuhan.

-september2012 

assalamualaikum , mohon jawap . 
hari ni aku tak nak lah cakap ayat yang korang korang semua susah nak hadam , sebab aku pun sebenarnya tak berapa nak rajin update benda yang 'main hati ' macam tu ,(sekarang lah , nanti nati kalau aku rajin dan nak menjiwa tak bertempat aku taip lagi , haaa )

ohh , sekarang aku nak cerita kat korang . jap , korang ? who ? . err .sapa sapa yang terhit dan rajin nak baca je lah okay . minggu lepas . ditakdirkan aku dapat ujian dari Allah , dan Alhamdulillah , sekarang  aku dah mampu tersenyum seperti dulu .wuwuwuwu . 

minggu lepas aku ada masuk satu seminar , seminar ADVANCE super student . bukan super spontan . no no no and no . *sambil geleng geleng kepala *nak cerita feel tu lah . 
mula mula tu aku rasa macam tak nak je pergi .ye lah baru je balik dari rumah . kerja yang sepatutnya buat masa weekend tu pun macam everest. kat rumah pulak ada majlis sikit , tak sikit lah , .tiga hari cuti tu memang tak membantu langsung untuk aku siapkan segala jenis esaiment ,task , autocadd dan sketch up , nak fikir idea lagi .doyaii . . so , kebarangkalian tak nak pergi tu tinggi lah kan , tapi dah bayar . cane ?lagi lagi bayar guna duit sendiri .lagi lah kena pergi nya . kalau free , paham-2 je lah.

dengan dua kaki ni , aku melangkah gagah (puihh) ke dewan seminar kaunseling . sebelum aku pergi tu ada jugak aku fikir ,bermanfaat ke benda ni , ada pekdah ke aku pergi seminar ni .kerja bertimbun . air takde kat kamsis , nak ter ter ,nak mandi nak sembahyang nak bangun pergi kelas esok pagi , macam mana . tension lagi .haaa .dua kali aku cakap pada kawan aku . rasa nak menjerit je kuat kuat .lepas tu nak basuh baju , lupa air takde , dengan muka hampa dan nak nangis nangis sikit . 

k ,berbalik kepada seminar , kena daftar nama .time daftar tu pun dah rasa macam menyesalnya aku pergiii , suruh datang pukul lapan, tapi pukul sembilan baru start class ,no mean seminar tu lah , firstly ,masuk-masuk dorang suruh senaman . chicken dance lah , gangnam style lah , macam macam lagi lah , tapi macam bese , engko ingat aku suke ke benda benda cenggitu ? mak , saya nak balik .lepas tu dia cerita cerita lah peraturan kelas dia . dia cakap phone sapa sapa bunyi . dia mintak 50 ringgit . adoii .so kalau kawan aku yang ada called aku , aku tak angkat malam tu , paham lah . sampai bilik dalam 12.30 malam , aku mandi , buat otocadd sikit lepas tu . tido 

aku ni kan manusia yang gelabah gelabah sikit bila tahu ada test tapi tak pandai pandai nak study kan , takpe takpe , relax , cool , fuuuuhh . 

alhamdulillah boleh je buat test tu , bincang reramai kann ,haha , sains pun sahabat saya yang paling paling baik tu tolong ,ye lah nota mesti dikongsi bersama , tak gitu ? hahaha .

seronok.

setiap hari , setiap masaaaaa aku ingat kat rumah , haihh , cane nak sambung degree ni deyy .

*entri ni tergantung . mengantuk .bye 



Saturday, 22 September 2012

rasa aku ,


.
Satu,
kalau aku jadi dia ,
maafkan aku puan bonda ,

Dua,
ringkas lebih seronok?
mungkin.
benda dah lepas,
tak payah ungkit,
Cuma jadi pengajaran,
nanti jangan buat lagi,
kan ?

Tiga,
kalau masih ada,
nak juga aku kabarkan,
satu daripada kami ,
bukan lagi tanggungjawap dia,
aku tahu,
sebenarnya,
dia tahu,
Cuma tak dikabarkan pada kami
*senyum*

Empat ,
orang baru ?
jangan kekok ,
biasakan saja ,
seronok juga kadangnya,
kan ?
*ketawa*

Lima ,
berkali di pesan,
walau dia dah berpunya ,
tetap juga nak
pergi tengok wayang bersama
makan mcd bersama ,
nak hantar aku pulang,
haa . yang ini kompem
seronok tergelak sampai ternganga.

Tujuh,
kerja kerja kerja,
task,
task
task
equal to ,
task(ssss) .
Haaa. Esaimen tak siap ,
macam mana
nak siapkan sketch up dalam masa satu hari,
tanpa ilmu ?
takpe ,
saya tahu,
Allah ada dengan saya
saya akan cuba -.-
*senyum dan berdebar *

Lapan
rasa kosong,
ahh sudah.
dah kenapa .
bercakap malam hari ,
Tiba tiba ,
satu dari ibu sedara kata
Bagus dapat boipren yang tidur malam.
kerjanya siang ,
err ,
terasa sebab selalu bercakap malam-malam,
okaylah ,
nanti saya cari boiprenn tidur malam ,
apa lah ,
Mungkin ,
kalau si keluarga tahu,
dia tak bagi aku kawan dengan
manusia ini ,
pernah ditanya ?
pernah sebenarnya ,
jawapnya ,
cukup untuk aku jawap seringkas mungkin,
*mak saya ada seribu satu jenis kawan*
terdiam sudah –
satu rahsia itu tetap juga tak dikabarkan
pada sesiapa ,
termasuklah
 orang yang paling paling rapat juga ,

Sembilan
Ramai yang kata aku perahsia,
perlu aku jaja pada semua orang ?
perlu aku kabarkan pada semua orang?
setiap cerita hidup aku ?
Cukup untuk aku saja yang tahu ,
rasa aku,
itu aku,
rasa tu ,
hak aku,

Sepuluh ,
aku ada seribu satu kawan,
dan aku perlu pandai bawa diri ,
ya pada setiap satu satu,
pada setiapnya,
Baru dunia Nampak sempurna,
baru hidup rasa lengkap,
kan ?
Tersalah pilih kawan ?
siapa kata,
memang tersalah tu benda biasa ,
tapi sedar tak sedar juga ,
dalam tersalah tu ,
tetap ada hikmah pada setiapnya ,

Dapat kawan alim ,
taat agama ,
sedarlah ,
Allah ajak kita ke arah kebaikan ,
ikutlah dia ,

Dapat kawan sama level ,
negative ada positif ada ,
sedarlah,
Allah nak kita sama-sama Berjaya
Dapat kawan over social ,
kenapa perlu tinggalkan serta merta ?
takut terikut ikut ,?
sabar ,
fikir dulu,
baru bertindak,
tuhan tak hantar  golongan ni untuk menyusahkan hidup kita,
apa salahnya bimbing dia ,
memang kita tak macam kawan yang alim ,
Tapi sekurang nya kita cuba ,
tarik semula bila hanyut ??
Allah tak hantar sesuatu pada kita ,
sebab sengaja,
sebab suka suka ,
ingat tu ,
Tapi dalam masa yang sama ,
jaga diri kita dulu ,
sayang diri kita dulu,
baru diri derang ,

Alhamdulillah setiap satu persatu.semua setel , Cuma esaiment je tak siap , program berjalan lancar . seronok lah jugak masa majlis tu , tapi serabut sikit , ye lah aku kan diangkat sebagai ajk serabut .haha .ehh , takdelah , main main je .

___________________________________________________________________________________


Hari ini buat pertama kalinya aku mahu bicara tentang seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku .orang yang mulia .dan bagaimana pandangan orang padanya.dia tetap mulia bagi aku .susah untuk meluahkan namun sekurang-kurangnya aku tahu dan aku pasti . aku sentiasa menghargai dia . aku tahu dia tak akan pernah dan tak akan baca , sebab ditakdirkan dia menghadap ilahi .siapa aku nak menghalang takdir ? . dalam hidup dialah yang pertama dan terakhir . hidup Cuma sekali . kadang-kadang memang Allah bagi dua tiga kali peluang tapi kadang kita juga perlu menyedari hakikat .kita hanya diberi peluang SEKALI  sahaja dalam hidup.segala yang terjadi bukan disebabkan dosa orang tua kita tetapi ditakdirkan Allah memberi ujian kepada kita .kecil atau besar ujian tersebut .itu bukan kerja kita .itu kerja Allah.
Semenjak sepuluh tahun lalu puan emak mengambil alih tugas dia . puan emak ditakdirkan perlu mengambil alih tugas si dia .puan emak wanita tabah .dari kecil aku sudah tahu . senyum.

Stop .
Apa yang perhatikan .yang jelasnya puan emak sentiasa menyediakan keperluan yang cukup untuk semua anak-anak dia . dan puan emak juga lah pakar motivasi paling lama yang aku kenal. Yang tak jemu mendidik dan menjaga aku.serta memastikan aku sentiasa merasa cukup segalanya .

Aku ? aku bukan lah anak yang terbaik dilahirkan mak aku .aku tak cukup sempurna untuk mendapat totally and fully perfect . aku tahu itu memang tak akan dapat  aku manusia yang mana tidak sesempurna orang lain .tapi aku tetap cuba menjadikan diri aku yang berkualiti .tidak terbaik di mata sesiapa pun tak mengapa . janji terbaik di mata bonda .

Psstt .: mak nanti tolong carikan jodoh untuk kite ye . *ketawa sampai guling guling *
.
kurang lebih sepuluh minit lalu,
satu panggilan masuk,

benda paling paling aku benci, akutak suka ,
engkau jiwa kacau ,
engkau stress,
kau marah aku,
kau tengking aku,
kau ingat aku ni apa ?
robot simsimi kat gugle ?


kalau engkau rasa aku simsimi ,
aku tak sebodoh tu,
sekering hati aku,
aku manusia ,.

kalau kau pernah menangis,
ketawa ,
aku pun macam tu ,

paham ? :/ 

aku tak tahu , ayat kau yang buat aku terasa ,
atau ,
aku yang mudah terasa ,
tak apa ,
Allah faham aku ,