Monday, 27 February 2012

tolong ingatkan aku -.-



jawab dulu .baru boleh sambung baca .

okay entry saya hari ni . :: tolong ingatkan aku ::  hah ! saya tak suruh kau orang ingat kan saya pun . cuma nak cerita pasal ana raffali ni . saya tahu dia cantik . comey ! har har :D


credit to : ohartis.com 

baru-2 ni dia dah kawen . selak nak  cerita kan ?motiff ?



cantik kan ? nama suami dia naim campur nama dia ana .jadilah
 .anaim.com

*nanti kan kalau saya kawen . saya nak cari yang nama dekat-2 jugak laa .boleh sambung-2 macam dia .comel je .alahaii .har har *hoi lin kau kenapa ? gatal.haha .

ok bye :)




Sunday, 26 February 2012

nangis sikit *har har

(post minggu lepas ) 

hollo . hai . okay hari ni nak cerita pasal hormat menghormati sesama insan yang disayangi atau tidak disayangi sesama sekali . cehh . kalau tak sayang ikut engkau lah (kasar betul bahasa ) har har har . gelak macam setan . motif ?

okay minggu ni boleh dikatakan everyday is bad day . hah ! seriously memang iye . memang menangis sikit lah . .har har .


nangis sikit .har har har :D *malu 

okaylah tak jadi nak cerita .bye-2 






Tuesday, 21 February 2012

sengal sikit # wordless today






mood harini . lebih baik berdiam diri . tak pe lin . tuhan masih berikan sedikit sabar kat kau .

dari hati #21/2/2012

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh . nak cerita ni . memang aku sedih .betul-2 .

persoalannya     kenapa lah asyik-2 aku je yang kena ??? .
tolong lahhhhhhhh .


aku sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar lah wahai lin 

menangis lg .:')





                    yang aku mahukan adalah ketenangan 


aku mengharapkan orang lain tak menganggu hidup aku . Aku tahu Allah tak uji aku dengan benda yang aku tak mampu .aku mengharapkan orang sekeliling aku. orang penting dalam hidup aku faham aku . tolong lah . aku tak marah , cuma aku terkilan bila benda-2 remeh macam ni pun orang tak nampak . yang sakit . terasa . sentap ni . aku . aku tahu bukan korang . tapi salah ke hargai , paham sikit aku ni .
sedih . okaylah bye


aku mengharap hari esok lebih baik daripada hari ni :') 




memang aku touching  . jangan tanya dah .


Monday, 20 February 2012

perangai eksaited * tak sopan betul

assalamualaikum . aku tak tahu nak starting tulis post ni camane . aku straight to the point je lah . rindu kot nak post kat sini . ok aku tak mintak kaorang baca pun .aku tak tahu. kenapa hari ni semua orang sangat bahagia . aku tak cakap aku tak bahagia . tapi tak tahu kenapa . aku rasa kosong .  . takpe lah jangan sedih .

banyak benda aku nak cerita . tapi, satu- satu lah..
ok . hari ni mood aku kurang sikit hari ni . aku nak cite pasal  baucer buku 1 malaysia .
kau orang yang jual baucer tu . atau bagi kat orang lain kau orang punya baucer tu . tu adalah tindakan yang merugikan kau orang tau .



banyak benda aku dapat ohh . * cakap sambil buat muka bahagia .

okay . sehari sebelum tu aku post dekat facebook . serius aku nak tahu .bukan post-2 menggedik or what kan ? alah. menggedik pun tak pe (sambil keluarkan muntah pelangi ).





aku: eh eh korang . voucher tu boleh beli ape je (nak tahu ) 

kawan aku komen . : lin kau boleh beli apa-2 yang kau suka . boleh beli semua dekat kedai tu .

aku : okaylah . aku nak beli tuan kedai tu . untung sikit .keh-3 .

okay aku nak ucap terima kasih kat kawAn-2 yg sudi mengkomen tuh .


esoknya : aku pergi beli guna voucher tu 

first voucher aku beli dekat mbs kat rumah aku . waktu tu aku tak tahu lagi. tak pernah guna lagi kan. aku tanya akak kedai tu . dia cakap boleh saje nak ambik ape-2 kat dalam kedai tu.(kan kawan aku dah cakap semalam. tapi untuk kepastian aku tanya lagi .hihi ) aku ambik laa alatan sukan . ouh. kau ingt aku raajin bersukan ke ? ohh no-2 . lepas tu aku beli buku . belajar bahasa inggeris dalam masa 4 minggu. ( tapi dah masuk 4 minggu tak brape nak pandai pun .hja ha ha ha ha ha. )-ok aku tahu . aku memang malas nak baca buku .heheheh .

second voucher beli aku beli kertas A4. hah ! aku semangat nak buat report .heh ? ye dak entah . sejak bila aku rajin ? report mingguan pun bos tanda sebulan sekali . by the way , terima kasih bos sebab bersikap baik terhadap saya .keh keh keh .

okay . dah habis cerita .babai <3

ape-2 pun terima kasih kerajaan malaysia bagi saya baucar buku tu 


*sem depan sila lah bagi lagi . har har har :D


Tuesday, 14 February 2012

alahai gadis-2 -.-

(edisi menghentam orang )

hai * buat mood baik sikit . hari ni tak nak bahasakan diri 'saya' nak bahasakan diri saya AKU . iye .biar kasar janji berguna then bermanfaat untuk kita bersama . ye lah .bersama . untuk aku dan kau orang sekali ,tak fair lah kalau aku sorang aje .yedak ?

hari ini nak menghentam orang sikit . tapi kauorang kena tahu aku nak cakap ni benda betul . tahu ? kalau tak betul tu kau orang boleh slow talk dengan aku . jangan marah-2 or tegur garang-2 .aku tak boleh . kang empangan semenyih pecah .kalau tak pun  . macam gambar kat bawah ni pun boleh jadi .he he he


dah-2 . aku tipu je .apa-apa pun gambar ni sangat owsom kan ? 
kuasa ALLAH. 

yang kat atas tadi tu .mukaddimah je .aku nak cerita kat kauorang ni . tadi waktu luch hour aku g makan . lapar kan ? so pegi lah makan kat satu kedai ni . kedai tu jenis open laa . bukan kedai makan macam restoran taj ke . kepci mahupun mekdi .bukan ye .sila lah tahu . memang bukan . cuma ala-ala warung gitu lah . aku order nasi goreng kampung dengan teh o ais . sedap ? boleh laa janji perut kenyang .he he he .

okay yang first . aku nak cakap makcik yang ambil order tadi garang ahh . sedih aku da lah perut lapar .makcik pulak garang . kalau lah mak cik tu baca blog aku . mesti dia terharu aku buat post pasal dia kan ? heh . mak cik napelaa makcik garang sangat . 

takpe lah makcik .saya kenyang dah .tak nak cerita pasal makcik dah .bye makcik ..

ok sebenarnya aku post entry ni bukan lah disebabkan oleh mak cik ambik order yang garang tu . tapi tentang seorang gadis . iye . gadis ? tak tahu ? saya mohon tolong lah tahu sekejap .

kesahnya begini . tadi waktu aku pergi makan . alaa . makan nasi goreng kampung tu lah . tiba-tiba datang sebuah neo . ahaa satria neo .bukan new .ah ahaa . keluar lah  2 orang perempuan seorang lelaki . hensem ? mestilah tak .tapi tak pe .jangan sedih sebab aku bukan nak cerita pasal lelaki tu .tapi pasal perempuan tu . 
mengikut pengetahuan am aku . dia tu kawan kepada kawan aku .tapi dia bukan kawan aku . sila lah faham . dia duduk semeja dengan aku tadi .. 
ok . straight to the point je la okay .aku kurang senang dia duduk semeja dengan aku .

nak tahu kenapa . aku tahu aku bukan la baik sangat .tapi tak salah aku nak bagi pandangan aku . 

'awak , awak tu perempuan jangan laa gelak sampai tak ingat dunia . kalau sama-2 perempuan tak pe ni kang . duk pulak ,meja sebelah tu pakcik-2 . haihh . ' 

ok lah  aku rasa kau orang paham ape yang aku sampai kan. okay lah .bai kauorang .ape-2 pun thank you sudi baca aku mebebel ni .

say something about this picture . haha :D 

dah pukul 5 .aku balik dulu .hehehe <3 <3











Sunday, 12 February 2012

momo kite :)

hai . dah seminggu tak update belog ni kan ? hehe . sekarang saya free saya create lah new post . .nak cerita pasal momo saya -.- . ye lah .momo si kura-2 yang mengada-2 tu . tapi tak pe saya sayang momo saya tu . btw momo tu dah tak ade kat rumah saya . biar lah dia hidup bebas .

actually momo ni bukan saya beli pun . tapi saya jumpa kat tengah jalan. haha . iye serius tak tipu . on the way balik rumah saya jumpa dia . betul-2 tengah jalan . mula-2 tengok macam bongkah batu je dari jauh . buat dont know je lah . tapi bila dah dekat macam . ehh .. kura-2 laaa . . sebenarnya dah terlajak dah pun . undur balik . heh.  serius .memang eksaited laa jumpa tu .ha ha ha .


waktu jumpa momo ni  pun dia dah besar dah -.-   besar penumbuk   laa jugak . ade lah dalam sebulan lebih momo tu 'duduk' umah saya lastnye lepaskan lah dia ,sebab kesian kat dia  .tak de kawan . hehhe .sekarang ni dia hidup lagi ke tak entahlah . .

rindu momo :')




post tak bermotif .cuma teringat .hehe # 

Sunday, 5 February 2012

dari hati # february 2012


Assalamualaikum .hai .holo people . sekarang aku rasa lebih suka meluahkan rasa-rasa yang ada di blog.bukan lagi di facebook. Serius bila saya duduk sorang-sorang bila fikirkan nikmat yang Allah bagi ni memang tak ternilai banyaknya  .betapa banyaknya nikmat yang engkau bagi YA ALLAH . kenapa saya baru sedar ? mungkin terlalu alpa dengan urusan duniawi sampai lupa tentang nikmat yang Allah bagi .~astagfirullahalazim~

Saya manusia biasa .banyak kekurangan diri saya .mungkin lebih banyak kekurangan berbanding  anda diluar sana .tapi saya bersyukur .sekurang-kurangnya Allah kurniakan nikmat yang tidak ternilai ini pada saya . islam .alhamdulillah .saya masih berpeluang meneruskan hidup di bumi Allah ini . dan Allah memberi peluang untuk saya berubah .Alhamdulillah .

Ampunkan aku ya Allah .saya tertanya-tanya kenapa hidup saya sentiasa diuji sedangkan saya melihat orang lain bahagia .terdetik di hati saya ‘kenapa hal ini berlaku kepada saya ‘ .walaupun sudah diberitahu ujian yang Allah bagi itu adalah tanda Allah masih sayangkan kita .tetapi kadang-kadang saya tak mampu untuk tanggung ujian tu .saya terlalu lemah dan cepat berputus asa .Ampun kan aku ya Allah ..YA ALLAH tabahkan lah hatiku .permudahkan lah segala urusanku

Lemahnya saya .saya tak mampu nak menguatkan iman untuk mendengar hasutan syaitan .astagfirullahalazim .ampunkan aku yaAllah ..kenapa saya buat benda yang dilarang ? buka mata buka hati . Setiap hari jumaat ada kelas mengaji Al-quran di tempat saya praktikal . Alhamdulillah saya mengikuti kelas tersebut setiap minggu .saya terfikir kenapa saya tidak membaca al –quran sama seperti saya membaca buku-buku lain sedangkan al-quran itu jauh lebih bermanfaat dan berguna di dunia sebagai panduan .diakhirat sebagai penerang kubur .jahilnya saya .

Saya tahu pekerjaan itu satu ibadah .tapi saya tak tahu kadang-kadang saya merungut apabila diberi kerja ,mungkin kerana saya tak suka tugas tersebut .tapi walaupun tak suka saya mesti buat kerana itu adalah amanah yang dah diberikan . tanggung jawap yang perlu saya pikul diatas bahu saya sendiri . bukan atas tanggungjawap sesiapa .ikhlaskah saya ? sedangkan saya tahu .pekerjaan yang saya buat kalau tak ikhlas bagaimana nak dapat pahalanya ? .ya Allah aku ikhlaskan segala perbuatanku .amin

 TERIMA KASIH ALLAH~






Saturday, 4 February 2012

tak kenal maka tak cinta .eh iye ke ?


(entri menyentuh perasaan)


tak tahu kenapa aku suka sikit lagu ni 

Assalamualaikum w.b.t .semenjak dua ni memang ditakdirkan saya selalu update blog .mungkin ianya menjadi hobi baru saya setelah sebulan lebih berada di rumah . kalau kat tempat belajar mungkin masa lebih tertumpu kepada assignment dan facebook  face the book . salah taip .maafkan saya . saya sama seperti insan lain dalam hati ada taman . mempunyai naluri keperempuanan ..salah taip lagi .saya malas nak backspace . tak ape lah kan.

Sebelum tu saya nak bagi tahu ni .saya tengah dengar lagu cinta –cintun ni. tu best nak berangan tu .ha ha ha .tapi kena ingat .jangan terlebih berharap .memang tak ada apa yang mustahil dalam hidup ni tapi bermimpi untuk benda yang sangat jauh dari genggaman amatlah perlu dikurang kan .bimbang akan datangnya sifat kurang bersyukur.bagi saya lah.saya tak tahu pandangan orang lain di luar sana bagaimana .rambut sama hitam .hati lain-lain .walaupun nowadays rambut manusia ni dah ada bermacam-macam warna .tak pe .itu seni .ha ha ha .tapi saya pasti itu bukan senibina .iye saya pasti .

Orang selalu cakap  tak kenal maka tak cinta .tetapi sedarlah bahawa kadang-kadang bila dah kenal pun tak ada rasa cinta .tak kan nak bercinta dengan pakcik driver bas yang kau orang naik balik kerja tu ?boleh nak bercinta tetapi mungkin kau kawen dengan pak cik tu .kau kena kawen dengan first wife dia sekali.iye lah .kau kan nak jadi second wife dia .ha ha ha . saya tak tahu kenapa ,laju je tangan saya nak menaip huruf ‘H’ dengan ‘A’ banyak-banyak .erh .maafkan saya .

Cinta juga tak boleh dipaksa .eh ,siapa yang memaksa ? sejujurnya saya respect dan saya salute lah orang yang mencintai seseorang dalam diam. bukan sebab orang tersebut takut atau malu nak meluahkan tetapi dia tidak menyatakan cinta dia kepada orang yang di cintai agar Allah tidak kurangkan rasa cintanya kepada orang yang di cintainya .bertuah sungguh orang yang dicintainya kan ? mimpi untuk dapat seseorang macam ni .Ahh sudah ....

‘Ku titiskan air mata ini untukmu
      Saat kau lepaskan cintaku untuk dirinya’
- sudah cukup-republik

Bila dah bercinta bagai  ,ada satu masa saya kita ditinggalkan . itulah siapa suruh bercinta kan ?belajar main-main .bila putus cinta .makan tak kenyang,mandi tak basah,tidur tak lena( ayat standard orang putus cinta.) .. tapi sedarlah daripada terus mengenang nasib ditinggalkan lebih baik  berdoa pada Allah . eh ? bila bahagia semua tu entah kemana . bila sedih kau kembali ke pangkal jalan .  Allah tu maha Pengampun lagi Maha penyayang .andaikata dah jauh tersasar pun selagi hidup roh tak terpisah dari jasad selagi itulah kita berpeluang untuk bertaubat . ingat lah. Awak insan bertuah .jangan sia-siakan peluang kedua yang Allah bagi iye awak .

Baru saya perasan .entry saya banyak kisah cinta2 .saya pun tak tahu kenapa .mungkin sebab sedih sikit kan .tapi tak ape .saya dah ada arah tuju hidup saya .tak terus hidup dengan bayang-bayang yang samar-samar kan ? lebih baik tak ada daripada tak pasti .setuju ? LA TAHZAN ~




:: tapi lah kan .saya rasa sedih tu tak lama kan ? itu pendapat saya .pendapat kau orang macam mana ? 

7 sunnah Rasulullah yang patut kita amalkan


assalamualaikum .ok yang pertamanya saya nak mengucapkan salam maulidur rasul .hari ni mesti banyak perarakan kan ? alhamdulillah . mari kita mengenal Rasullullah kita .

BIODATA RASULULLAH

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh Lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawak bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim
Nama Ibu : Aminah binti Wahab
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah)
Ibu Susu Pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu Susu Kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Sadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


7 sunnah Baginda : 


Solat Tahajjud
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)
Membaca Al-Qur’an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)

Jangan Tinggalkan Masjid
Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
“Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api.”

Jaga Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jaga Sedekah
Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya – menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?” (Al-Imran : 180)

Jaga Wudhuk Terus Menerus
wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :
“Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Istighfar Setiap Masa
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)

untuk informasi serta ilmu-ilmu Allah .boleh klik sini .banyak lagi ilmu bermanfaat 

p/s : saya sekadar berkongsi ilmu ., pernahkan kita membaca dan menjiwai kisah hidup Nabi Muhamad SAW. Kalau sudah alhamdulillah dan kalau belum usahakanlah sekurang-kurang sekali seumur hidup. :) salam maulidur Rasul .




.



Thursday, 2 February 2012

"saya suka dia .tolong suruh dia suka saya juga "

assalamualaikum .dan selamat malam (bagi yang baca post ni waktu malam) dan selamat pagi dan petang sekali bagi sesiapa yang baca post ni di waktu siang hari .oh oh .memang dah terlebih merepek .tapi tak mengapa sama sekali  .saya saja yang tahu .

ohh cara nak suruh dia suka awak juga . *take note plisss 


yang pertama  .sila jangan suruh dia suka awak on the spot . kerana manusia yang terkejut  berpotensi untuk mengalami masalah jantung .iye .masalah jantung juga dikenali sebagai heart attack .bukan diabetes atau darah tinggi . awak semua kena paham tu .

yang kedua  ..jadilah diri sendiri . jangan sesekali cover macho dan sebagainya di hadapan orang yang anda sayang .tapi kadang-kadang nampak hensem jugak kan .aisey !! ohh bukan awak .tapi orang yang saya nampak tu lah .saya pasti bukan awak .ye saya pasti . .awak jadi diri sendiri tapi kena lah jaga juga .. erkk orang yang awak suka tu comfirm tak suka orang yang kentut bersepah .opsss !. itu contoh je .seangkatan dengannya laa maksud saya .

yang ketiga .jangan berat tulang  kalau awak nak teruskan hubungan dengan dia .kalau shopping tu ,tolong laa bawak barang dia .sikit pun tak pe .tapi kalau banyak lagi bagus .bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing ..ewah !! kah kah .tapi kan kan .saya rasa orang yang awak suka tu sedikit sebanyak mesti puji awak . perhaps ! tak kan nak cakap terus kat awak .mungkin dia tahu awak mudah riak bila dipuji .kah kah . erkk .(saya main-main je) jangan marah .hilang sikit macho nanti .kalau dia tak terpikat salah sape ?salah saya ke ?

yang keempat ..jadi pendengar yang baik .walau pun dia cakap perkara -perkara yang membosankan . layan kan saja . erk .tak payah bagi respond lah .sebab saya tahu dia ckap benda yang membosankan kan ? silent is gold ! awak- awak kat luar sana sila paham tu .yeah ?

yang ke lima ::: tak dok dah .sila sambung sendiri -.-


...ok .para gigirl2 diluar sana . di dalam nya kat mana ? ohh abaikan
zaman sekarang orang cakap perempuan zaman sekarang ni demand banyak  sikit .iye ke ?

nota kaki : kau orang tahu tak lagu wanita seluruh dunia tu ? alaa yang masuk AJL tu ? tak tahu ?tak ape lah . .. aku nak cakap awan nano menang .





aku : eh eh awan nano menang ajl -.-.
dia : kau lambat laa lin aku dah tahu hari tu dah .
aku : damn ! :O *tersipu malu . ha ha ha


begitulah awan nano nano nano ~



layann ~ nano nano sikit 

ok bai 

.