Thursday, 31 May 2012

cuti sekolah . -sedang terjeles dan jeles .


Kata orang terlajak perahu boleh diundur . terlajak kata ? menyesal tak sudah .
hari ini bukan hari ohhsem aku . hidup sekadar meneruskan hidup. Faham kan ?
Andai masa boleh diputar .aku lah orang pertama yang akan memutarkan waktu itu .aku akan sempurnakan apa yang cacat .aku akan berikan segalanya sempurna . tapi .
Aku manusia biasa
aku tak boleh memutar masa
yang pergi tetap pergi.
Apa yang dah pergi ?
Zaman kanak-kanak yang dah tak mungkin kembali
zaman pergi mengaji kat rumah ustad malam-malam .
zaman tiap-tiap hari puan emak hantar aku kesekolah
zaman main ramai-ramai kat padang sekolah sampai tak ingat nak balik rumah
zaman beli aiskrim banyak-banyak.
zaman dapat homework banyak-banyak .kalau tak siap .nangis nangis sikit lepas tu emak tolong buatkan. (yang ni paling aku suka)
zaman yang mana tidak perlu menyelesaikan masalah sendiri .senyum
Puan emak lah yang sentiasa menyelesaikan masalah aku.walau sebesarmanapun masalah itu .dia tetap ada di belakang aku .anak kecil ini (dulu lah .sekarang dah besar) insan yang lemah .ehem.

Zaman kanak-kanak yang tak cukup sempurna dimata orang tapi cukup sempurna dimata aku .kau ada ? .ketawa .
k.
sebenarnya aku jeles tengok budak-budak sekolah cuti dua minggu ni .walaupun poli aku bagi cuti dua bulan .aura cuti tu memang tak sama

Kalau cuti sekolah.

Orang kat ofis pun cuti .bawak anak pergi balik kampung lah .bawak anak pergi melancong lah.bawak anak bercuti lah .bawak anak makan angin lah .tgk ? mak ayah sayang kat anak-anak yang sekolah je ke ? hehh :P
Kalau ipt yang cuti ?
Dua bulan cuti .duduk melepak .lepas penat melepak .kerja part time .seronok ? itu atas diri masing-masing.mak ajak pergi melancong? Aku rasa tu pilihan terakhir mak ayahkorang. . 

padan muka lahir awal .ekeke :D 

No comments:

Post a Comment