Thursday, 31 May 2012

kurang ohhsem .



Hari ini hari kurang ohhsem .aku mention sekali lagi kurang ohhsem..dua tiga hari ni sejujurnya aku letih .mungkin sebab penat.hari-hari jalan jauh pergi terminal.tunggu bas lepas balik kerja .kesiankan ? tak apa susah dulu .korang yang tak kesiankan aku tu . jeles kan ? sebab kau orang tak buat walkathon macam aku .tak apa aku tahu . insaflah.
Kerja lapan pagi sampai tiga petang je tiap-tiap hari . sampai pukul lima ? berapa sangat encik bos bayar gaji aku kan ?cukup cukup lah .janji kerja siap .
Lapan pagi aku masuk tengok orang dah start kerja .bos buat rilex je tengok tv ,tengok karton pagi-pagi ke bos ? .aku masuk dan duduk dan letak beg dan diam .dan senyum pada orang yang ada depan aku tu . nasib baik dia senyum balik.kalau tidak .
Si Pakcik : lin ,kenapa tak pakai baju kurung ?
Aku : ala pakcik pakai baju kurung esok lah . hari ni baru khamis .(dalam hati     (pak cik esok saya cuti)
Aku rasa selalu sangat pakcik suruh aku pakai baju kurung. Iyelah aku kan pakai baju kurung sekali je seminggu .(hari jumaat sebab selalu ada majlis ceramah agama untuk staff .) .tak macam kawan aku .ladies je memanjang .hehh .
Buat kerja sampai pukul satu .ohh dah lunch hour .tak payah keluarlah .pukul tiga dah nak balik kan .
Lastnya lepas semua orang keluar .aku pun balik .jalan jauh-jauh pergi terminal .pergi kedai buku kejap.beli buku.dan terus duduk atas kerusi batu yang bikin keras punggung tu . (dua jam duduk atas kerusi tu )ohh mengggg .
Dan lastly naik bas .dan hujan dan sampai rumah .
Eh eh kejap .aku nak cerita .hari ni aku jumpa pakcik conductor  yang kutip duit tiket hari tu . hari tu dia tak pulang baki aku.hari ni dia pulang.ohhsem .pakcik yang pulang .saya tak mintak .kan ?kan ?

Pakcik konduter : nah baki dua posen .hari ni seposen hari tu punya seposen ingat tak ?
Aku :ingat ..(ambik beberapa saat untuk fikir).
Tiba-tiba pakcik tu datang kat aku .ehh pakcik ni kenapa .aku rasa ada lah dalam beberapa minit dia pot pet-2 kat aku . ehh pakcik ni?
macam-macam dia interview aku .
kerja ke ?aku jawap trainee .
kat mana? Aku cakap Mdp .
sebagai apa ? err. Biasa-2 je pakcik .ala-ala pembantu akitek je pakcik .
belajar kat mana ? poly
hah polis .macam mana polis boleh jadi akitek ? aku jawap poli lah pakcik ,politeknik .bukan polissss .

umur berapa ? dua puluh .

ohh sama dengan budak depan ni lah .tak pernah Nampak pun sebelum ni.duduk dengan nenek ke ? aku jawap . tak lah dengan mak la .

pagi-pagi pergi kerja naik apa ? aku jawap dengan abang .dia dengar
ha ?naik bas kilang ? .
pakcik ni dah kenapa .sound system pakcik ni kena ada alat bantuan dah ke .ya rabbi .
dah ada pakwe ? aku jawap ada (penuh confidence ).. aku tahu pakcik nak usha untuk budak sebelah pakcik tu kan ? .budak awww tu kan .saya tak nok ahh pakcik . saya dengar perbincangan pakcik saya tahu kegampangan modus operandi pakcik lah.hehh , kuat sangat mainkan perasaan wanita.ingat mu hebat ke ? jap.sambung cite .

pakwe duduk mana ? aku jawap luar Pahang
dia cakap .
tak payah la cari jauh jauh .lelaki bukan setia sangat .
aku seyum je lah .aku nak risau apa .bukan aku ade pakwe .ekekeke .

pakcik ni bising ahh pasang lagu kemboja .dia cakap kat kemboja bunyinya macam tu . kalau kat Malaysia macam lagu screen ,bila cita didusta . banyak pulak bebel pakcik ni .tak tahu ke aku dah nak sampai rumah dan hari hujan dan aku kena jalan sampai rumah dalam hujan dan
pakcik saya dah sampai rumah.saya nak turun .(bangun dan tekan loceng dan turun. )
dan aku jalan dalam hujan dan ada kilat dan bunyi ribut .
k

(rahsia kita berdua )
Aku tak perasan makcik kat rumah aku tu naik bas sekali .kalau dia cite kat mak aku pak we aku tu duduk lua Pahang .haihh. kantoi ahh .  . ambik nokk .tipu lagi . okay okay .aku menyesal sikit . .kite tahu mak tak penah ajar kite menipu.sorry mak .



No comments:

Post a Comment