Wednesday, 30 May 2012

manusia berjasa



Bismilahirahmannirahim.Saat manusia mentransformasikan dunia . manusia berhalusinasi .adrinalin mengalir terus tanpa berhenti.saat mata terus memandang.tangan terus bergerak dan otak terus berfikir,.dunia menjadi semakin ‘dewasa’Dewasa yang aku fikir tiada jalan untuk keluar dari kepompong emas milik manusia berjasa .ahh .manusia berbudi . Nampak baik tetapi dalam baik ada ‘manfaatnya’ .Manusia yang sentiasa meminta balasan sedangkan membantu sekadar tak seberapa .membantu sebagai satu tanggungjawap .mengeluh .mengungkit mengherdik . senang aku kata .kau manusia sombong .manusia yang mampu buat segalanya kerana satu perkara .Dan mangsanya adalah si miskin yang memerlukan pertolongan .pandangan aku lebih baik si miskin tak pernah berjumpa ‘manusia berjasa’ .tapi manusia biasa .tak boleh mengelak takdir dari yang maha esa . takdir yang mana tak mampu nak hadapi ,dan takdir yang membuat aku tulis itu dan ini . tentang dunia yang kejam.Semuanya tertakdir atau ditakdir ? jawap aku sama sahaja .Menindas dan ditindas . itu hukum alam .hukum yang dibuat manusia , mungkin bermula dari manusia berjasa . sebab dia umpama raja .raja dunia . alam akhirat ? usah disebut kerana aku tak tahu bagaimana nasib disana nanti .Aku ditempat yang mana ? jawap aku entah .jawap engkorang ?Menjadi ‘si miskin ‘ adalah penat . nak membalas jasa manusia berjasa .membalas budi baik  yang diberikan walau manusia miskin hanya diberi sedikit pertolongan . selepas diberi pertolongan si miskin men jadi HAMBA  . hamba manusia berjasa . si miskin perlu menyiapkan segala keperluan manusia berjasa sedangkan itu tidak seperti yang diberikan oleh manusia berjasa .ibarat diberi ikan bilis perlu dipulangkan satu bucket kfc . satu perumpamaan yang mana bagi aku .itu yang tergambar dimata aku .ini lah hukum dunia kadang bagi aku .itu tidak adil .Menerima segala takdir untuk meneruskan hidup .itulah benda pahit yang tak pernah tawar .yang tawar hanya hati .hati yang aku kira sentiasa menangis . menangis memikirkan takdir hidup .Kekuatan hidup hilang sedikit demi sedikit . mungkin juga takdir aku ini ujian besar dalam hidup‘Allah tak menjanjikan hidup tanpa masalah tetapi Allah menjanjikan pertolongan ‘Buktinya . Walau takdirnya tak seperti orang lain .aku masih mampu tersenyum.membuat orang sekeliling  tersenyum sama .janji kita ikhlas . senyum .