Friday, 29 June 2012

aku dan senibina dan polisas .fuhh ~

 (entry:senibina seni bikin pening :P )

Dengan nama Allah tuhan sekalian alam .hari ni .hari biasa- biasa sahaja .ceria ?gembira ?suka ? tak ada .Cuma Alhamdulillah.aku bersyukur untuk hari ini dan sebelumnya . dah dekat dua puluh tahun aku hidup . sedar tak sedar je .alhamdulillah .

Dah sebulan bulan cuti sem .masuk hari ni .banyak dah masa lapang yang dah aku terbuang . sayang kan ? baru perasan .baru nak insaf . teruknya -.-
After berhenti kerja ,aktiviti berubah sikit .tapi now Aktiviti harian aku tetap sama .bangun seawall yang boleh  . sembahyang kejap dan aktiviti tiap-tiap hari aku lepas subuh  .buat final report untuk latihan industri aku .ada sepuluh bab .baru siap empat bab .nak kena ni .hehh .
ada tak seni0r-senior yang pemurah dan  penyayang nak bagi saya pinjam final report ? tak ada ? tak ada sudah ..hehee

Tiga minggu lagi dah nak balik politeknik .excited ?sikit lah .tapi takut lagi banyak pada excited .biasa lah .semester 5 mean, ni dah masuk tahun terakhir .  .insyaallah. dan semester lima ni boleh memeningkan kepala aku sikit . aku dah dapat jadual subjek sem ni .fuhh~ *pengsan kejap.lepas tu sambung taip balik :D
First ,cuba korang tengok subjek aku sem lima .aku tengok sekali pun rasa macam tak sanggup nak tengok banyak-banyak kali .apa yang aku rasa ? aku TAKOT . L
Subjek aku semua macam karingeri je semua .





Aku tak tahu kenapa .dari tadika sampai aku masuk poli then sampai semester lima aku kena belajar bahasa inggeris .communicative English 3 .maknanya semester ke tiga aku belajar bi .ohmengg .tapi walaupun tak berapa pandai result bi rasa macam ohh lecturer silap bagi markah ke .time kasih mr quay ngan madam tini :D kenapa tak pandai-pandai nak speaking English lagi pun aku tak tahu .kalau setakat omputeh lalu kat terminal Tanya Tanya tasek chini kena naik bas mana  tu boleh lah .:P
“you go straight don’t belok belok .”bohh kemas ayat .haha .(dari kecik sampai besor aku ingat :D )
Atin selalu marah bila aku tak pandai sebut certain .haha .atin sekarang saya dah pandai lah .

Osha .occupation health and safety .nak sebut pun terbelit lidah . dan ni sem kedua aku belajar osha .dan osha ni bagi aku tak susah mana Cuma sebab rasa subjek ni senang lah .macam ketinggalan belajar subjek ni then dapat markah nyawa nyawa ikan sem tiga dulu .tapi takpe .,kalau buat jurnal macam sem tiga .konfem lulus tu sampai sem enam belajar osha pun takpe .lin tak kesah ..hancuss pointer aku kalau belajar subjek ni .fuhh~

Design 3 !hah kalau osha hancus pointer .design bikin aku pengsan terus agaknya .hehh . ni tiap-tiap sem belajar .dan Alhamdulillah .tak pernah sangkut sangkut walaupun mata kredit dia sentiasa banyak daripada orang lain .hehh .sem satu mata kredit 2.0 ,sem dua 3.0 kalau tak silap .sem 3 pun 3.0 .sem 4 aku praktikal .sem lima otak terkejut ke .short ke aku tak tahu la macam mana nanti .5.0 .mata kredit 5.0 !!!! tolong lahh faham .dan selama aku belajar kat poli nilah mata kredit paling tinggi pernah aku jumpa -.- #tiga mata kredit pun dah seminggu tak tidur .kalau 5.0 ni .tak boleh balik kampung satu sem agaknya . nak nangis sikit -.-

Architecture structure . .subjek yang insyaallah aku boleh catch up . insyaallah detail dia tak ada sampai kena kira berapa batang kayu  kena pakai untuk buat bangunan .fuhh ~semua kena fikir dari sekarang L
History of modern architecture . errr .sem ni aku belajar sejarah okay .kau ade ? fuhh .beruban lah kepala aku macam ni .sejarah senibina asia .ambik nokk .belajar lah kau sampai muntah lin ehh .

Environmental science .ambik senibina belajar sains .ni bikin ketor kepala lutut ni .tapi aku tengok senior aku macam ilek-2 je belajar subjek ni .final exam baru ingat belajar sains alam sekitar ni . .oh wait .aku rasa macam aku budak town planning la pulak belajar subjek ni ..takpe .ayu kawan aku kan budak town planning nanti boleh ajar aku .J .

Dan subjek kena pilih antara digital imaging , carpentry lab or lanscape design .sejujurnya aku tak boleh nak pilih.dan aku tak suka pilihan .yang mana dapat insyaallah .aku cuba buat yang terbaik .bukan sebab aku tak suka subjek-2 tu.tapi aku takut tak dapat apa yang aku nak .aku ni kalau sedih dah la lama .
Kalau aku dapat digital imaging .ok jugak sebab bab -2 photoshop je banyak sebenarnya , carpentry lab pun bab pertukangan .aku dah pernah buat kat sekolah teknik dulu .kau ingat perempuan tak boleh buat ke ? kalau kena landscape design ni . mungkin boleh buat aku demam sekejap .tapi kalau orang lain boleh buat.kenapa aku tak boleh .kan ??

Dan nak tak nak aku kena belajar jugak .kalau tak belajar .tak dapat grad .dan kau orang jangan lupa tau .doakan result latihan industry aku bagus .hihi .

Balik poly .aku kena presentation tentang ‘apa yang aku buat kat ofis lapan pagi lima petang .’ seronok .haha .takot weyh .
Kena interview lagi .nasib baik dapat lecturer yang cool-cool saje. Wehee .
Balik poly Sembilan belas haribulan tujuh . puasa dua puluh satu . khamis balik poly .jumaat balik rumah semula rasanya .haha .cun sangat lah tu .haha .

kalau boleh aku tak nak la stress macam budak ni .hewhew 

assignment
drawing
task
portfolio 



Persoalan  :: siapa yang akan kejutkan aku sahur tiap –tiap hari macam tahun             lepas ? .sedih sikit . :( .






Tuesday, 26 June 2012

epilog melankolia



(Entry : cinta tak kesampaian .)

Pandang
senyum
jumpa
sayang
rindu

Perjalanan cinta yang tamat sebelum waktu
mati sebelum tiba masa
tak perlu ungkit
hidup perlu ‘moving on’
 Hidup ngeri
dalam takut
nak tak nak
hadapi .
boleh dengan senyum?
tak ada jawapan untuk itu .
kawan pergi tanpa pesan ?
jangan sedih .
kan aku sudah bilang
kau jangan sedih .
Hati kata sayu?
jiwa rasa rabak?
mulut tetap kena senyum .
tak sapa tahu
siapa yang akan terpikat
terlekat dengan senyummu
aku ?
oihh .merepek .
Jangan layan orang sengal
nak kata dia celaka ?
tak baik .
entah ,mungkin dia terpaksa .
Pasrah
redha.

Tak ingat ?
sebenarnya ini jalan mu yang terbaik?
ke tak pernah fikir ?
Kalau baru nak fikir .
bersyukur
tadah tangan mintak kat Tuhan
orang yang baik
.nanti kau akan jumpa
Silap percaturan ?
itu biasa .
ramai yang anggap percaturan
itu perjudian .
siapa ajar ?

Mana ada orang berjudi masa depan .
Kau kena ingat masa depan milik Allah . .



Sunday, 17 June 2012

meninggalkan atau ditinggalkan . ohhmengg .


(Entry : pengalaman dan cinta dan pengalaman cinta  )
Bismillahirahmanirahim.assalamualaikum .

Kalau entry gedik ni buat kau orang tak nak hit blog aku dah .ok tak pe .tak pe .okay fine . merajuk ni . (bohh sorang pun tak nok pujukkk!! )

Aku rasa macam aku jatuh tangga cinta lah .sebab bila aku pandang dia ..rasa macam love banyak-banyak keluar dari mata aku .macam belon . hoihhh !ape aku merepek ni ? tolong lah .tolong .tolong tolong..!!!

Orang cakap kan .
‘jarang lelaki nak berkawan baik  dengan perempuan  melainkan nak cinta perempuan tu . ‘
Piweeet !
*stop *

Okay .sudah sudah la menggedik . .
Boleh aku nak bercakap tentang cinta ? hari ni je .esok aku cerita lah pasal lain pulak .alaa .boleh laa .boleh laa .boleh la ..boleh blah .

Mula nak bercinta
putus cinta
masalah cinta
cinta hakiki
cinta abadi
cinta itu milik Allah .

Dah banyak kali aku cerita pasal cinta kan ? mungkin tak apa .itu lumrah .itu fitrah manusia .

‘jika diberi pilihan memilih yang pertama atau kedua .maka pilih lah yang kedua sebab kalau ada yang kedua bermakna yang kedua itu lebih bermakna dari yang pertama ‘

.lai lai .sape nak beli ?nah pakwe hengsem sekilo .hehh .

Eh kejap ? kau rasa patut ke pilih yang kedua ? aku rasa ,tak payah pilih dua dua rasanya .ehemm .

You know why ?

Sebab aku rasa kalau yang pertama ditinggalkan .probably ! mungkin !akan ada yang ketiga satu hari nanti .dan yang kedua ditinggalkan sebab yang ketiga tu lagi baik dan cun dan hengsem dan kacak dan lawa dan jelita dan gojes dan so on ? aku nak menakutkan kauorang ? ehh mane ada . and  better kau orang yang pertama ,kedua dan ketiga ni pergi cari orang lain yang tak ada kedua dan ketiga .means ,kaulah yang pertama dan terakhir .

Mesti kau rasa dihargai .kau rasa bahagia ,kau rasa cukup.dan kau rasa bangga sebab kau adalah yang pertama dan terakhir .

“Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.dan begitu juga sebaliknya .”

 kau orang pernah dengar ayat ni  ? mesti pernahkan ? kalau bab bab cinta .mesti pernah .expert dan ohhsem dalam bab ni . bukannya aku tanya structure apa yang boleh guna untuk bina stadium  ? berapa tebal saiz dinding rumah ? kan . (saiz dinding rumah kita 150 mm ye kawan kawan ) k. Saya bukan lecturer .

Tapi aku faham perempuan ,.iyelah sebab aku kan perempuan .
Bila dah dapat .memang kita sayang . sebenarnya sejak azali lagi .perempuan ni sifat dia penyayang . ehem .lelaki(s)  tu je yang tak pandai nak hargai .perasan hengsem lettew ..oh wait .kejap lagi aku cerita pasal lelaki .
Perempuan.sifat dia memang penyayang .dari kecik sampai bila bila .boleh aku kata girl kontra dengan lelaki .? .kita tengok  dari sudut lahiriah .
Kalau hati aku lembut (girl)
hati kau lembut (boy)
Edak ke same je ? boring rite ? .err boleh aku kata aku terbayang mak nyah? Yang tak lembut nak jadi lembut . tak payah nak eiuuw-2 sangat lah . .

‘Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum ,melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri .’

Berbalik kepada fitrah manusia .kalau lelaki buatlah cara lelaki .kalau perempuan buatlah cara perempuan . hancur hati mak ayah .ada orang ambik tahu ? syurga tu .jangan buat main main .

Allah takut kita boring . dia jadikan perasaan kita (perempuan ) dengan lelaki lain .biar hidup ni saling memerlukan dan saling melengkapi .sebenarnya lelaki yang buat hidup kau orang huru hara .kacau bilau , porak peranda , buat korang tak makan sampai seminggu .frust menonggeng-nonggeng .nangis sampai tertidur (tak pe buat lah lagi .nampak comel.macam baby ) , buat kauorang buat kerja gila .nak tahu kenapa ?
Sebab . anda sedang bertemu dengan orang yang salah .tadaaa :P .iye .sebab korang bertemu dengan orang yang salah .sama macam aku .tapi kita dah tau salah . kita tak nak perbetulkan .sebab
“Baby sayang bie “
“i sayangg u “

Eeiiuwww . boleh aku kata itu lagi menggelikan daripada melihat mak nyah.maknyah punya  dress up ?  .oh mengg ..

Heh .pergi jahanam lah dengan sayang kau . opss .sorry sorry .ter ‘emo ‘ lebih .adrinelin terlebih mengalir .wehe :P

Dan aku rasa .cukup-cukup lah sayang orang yang tak sayang kita .cukup-cukup lah jadi hamba cinta ,cukup-cukup lah gaduh siang malam sebab kau tak bagi boyfriend kau putuskan relationship . sebab semoga satu hari nanti akan ada seorang lelaki yang baik datang pada kita .semuanya dengan izin Allah . J

kalau kita redha dengan ketentuan Allah
insyaAllah kita sentiasa hidup dalam keredhaan Allah .

Dan .kau jangan pernah sedih .kau jangan pernah menangis.kau jangan pernah rasa tak ada yang sayang kau .kau jangan rasa kau jatuh bila si boyfren kau bersama dengan perempuan lain . kau jangan kata dunia tak adil .kau jangan kata lelaki tu macam macam .kita kan perempuan . bukan nak suruh cover cun bagai tapi untuk kita tahu betapa untungnya kita .Allah sayang kita .ujian putus cinta ? itu sekecik kecik ujian je dear .

Allah ‘jaga ‘ kita .sebab tu dia putuskan . sebab dia sayangg sangat kat hamba dia .tak nak bagi kita hanyut . .

Awak awak kawan kawan saya yang cantik dan cun sekalian .jangan bersedih .sebab dunia ni adalah sangat hina untuk ditangisi .okay ? J

Si lelaki ?
Awak yang hensem
awak yang kacak
awak yang pandai mengayat .
saya tahu awak ni lelaki limited edition .
tapi jangan buat perangai tak macam orang limited edition .sayang kan ?
saya tahu sekarang .akhir akhir zaman ni .lelaki kurang
ada yang kata lelaki kurang sebab
ramai masuk penjara .mereka tak limited edition macam awak kan ?,eh tapi bukan awak yang kena kejar .awak yang merempit tu ke ?
langsung tak limited edition lah kalau macam tu .
sedih dengar .
ada jugak yang cakap lelaki kurang sebab
waktu kapal titanic karam dulu .
yang dapat naik bot ,kanak kanak dengan perempuan je
yang lelaki . mati kesejukan .sebab dekat dengan iceberg kan .
( terima kasih sebab jaga perempuan baik baik .)
janganlah bangga .aku  cakap betul ni . .



Tuesday, 12 June 2012

akhirnya ..

(entry : terima kasih mdp ) 


bismillahirahmanirahim .assalamualaikum ohsemm hengsemm dan cun sekalian .hari ni hari last aku trainee kat sini .
okay first .boleh aku kata .





 suka sangat gayanya .:) 





 memandangkan hari ni wordless wednesday . hari rabu tanpa kata . tengok je lah gambar-2 ni . apa ?aku malas ? mana ada . kurang rajin je .sebab tu tak banyak menulis .



okay first photo .macam tak ada motif je kan ? ok 
next !


cop submission plan . macam dah memang kerja aku rasanya .bukan luar bidang ke ? 
ehh 

next !


kadang-kadang aku pening dengan perangai orang sekeliling aku . merepek mengalahkan aku
har har har 



gambar ni time aku pergi cfo . tapi sekarang orang dah tak panggil cfo .orang panggil ccc  (tekan kat ccc tu kalau nak tahu ccc tu about what okay ) 



kau tahu apa motif gambar ni ?. engineer tu henggsem .hahaha .




aku tak tahu apa motif orang naik atas ni .k


duduk kat atas ni memang best . tapi 
gayat sikit .alah sikit je .
bukannya tinggi sangat . tapi macam tak ada 
safety . takot aku hehh .



 bayang kalau aku jatuh .ouhhh menggg !




ni waktu majlis perpisahan .saya dah habis trainee kan .hohh sedih sedih . 

(terima kasih beli kek .rasa macam special dari orang lain pulak ) 


ni lah kawan kesana kesini aku . nama dia wani .



ni time aku kena jaga paddle boat waktu ecer dc .. dengan 
majlis perasmian pekan haritage zone . 

aku tak tau kenapa aku balik daripada event ni aku rasa macam aku hitam sikit -.- 
padan muka ? k .



kek angry bird .ada kisah .tapi simpan dulu .


lai lai .beli kasut .tapi aku jumpa sebelah je . ni kat .
yo pekan . tak datang ? rugi je . seronok tau ? 




 ni pun time yo pekan .nak beli tapi not for sale .nak buat macam mana kan ?kan ? 


haa .. 


lapan belas mei dua ribu dua belas .bye bye mdp 
(cek mat buat reminder .macam kita tak ingat .haha . ) 



note :// aku tak mampu nak jadi student trainee yang serba boleh tapi sekurang kurangnya 




dan lepas habis praktikal ni masuk sem bari  baru (typo dan aku malas padam )  kat poly semula .poly im coming !!! 

seronok trainee kat sini tapi kalau nak fikir seronok tak grad lah saye .tak gitu ? ngeh ngeh .






 terima kasih semua .doakan kejayaan saya .
doakan saya di peringkat seterusnya .











Sunday, 10 June 2012

yang berlalu biarlah berlalu . .


(entry : yang lalu biarlah berlalu ..)

sepuluh hari bulan enam  dua ribu duabelas 

Bismillahirahmanirahim .segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam .Boleh aku mula bicara ? kalau tak boleh .sila tekan  ctrl + w serentak  . senyum . eh eh takde lah .aku main-main je .
Apa yang aku nak cerita adalah sesuatu yang boleh buat aku bangkit dari jatuh .

aku mengharap andai anda yang baca ni adalah orang yang ‘jatuh’ sama seperti aku .bangkit semula sebab kita dilahirkan untuk menang !

 ‘ sebenarnya manusia tak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya kebelakang kerana angin terus menghembus kehadapan ,air mengalir ke hadapan ,setiap khalifah akan berjalan kehadapan .dan sebab tu lah kita jangan pernah menyalahi sunnah kehidupan .’ Cuma... awi dalam cerita kembar siang tu je bawak kereta undur ke belakang ?kan ?  . itu salah . (;

Sejarah lama ? lipat dan jangan lihat semula .kurung dan lupakan sejarah itu dalam penjara .ikat dengan tali sekuat yang boleh .agar ‘sejarah ‘ itu tidak berhak lagi melihat cahaya .

Sedih ?kesian ? tak dapat nak lupakan ?
Buat apa nak sedih?
buat apa nak kesian ?
buat apa nak ingat lagi ?
Itukan hanya kisah lalu .kisah yang bikin bunuh kita dalam diam .kan ? kan ?

Kembali membuka sejarah lama sama macam nak korbankan diri .
bikin hati rasa resah
rasa gelisah
rasa sedih dan
rasa takut .
Jadi .jangan ingat lagi .

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang .orang tersebut bertanya kepada keldai
“mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang berlaku ?’ keldai menjawap “kerana aku tidak suka kebohongan “

Aku baca ni dalam buku don’t be sad .siri satu .










entry sembilan haribulan enam dua ribu dua belas


(Entry : alasan.perlu ada ke ?)
Jangan kau anggap ini plagiat . aku sekadar nak berkongsi ilmu .terkadang apa yang aku tulis apa aku baca .
Ingin sekali aku melihat diri aku sendiri .
Diri aku yang Berjaya melonjakkan potensi diri .

Contoh :/ Kalau dulu aku bangun pagi pukul Sembilan pagi kini aku nak bangun pukul enam pagi . itulah perubahan yang aku akan buat .
Bila aku tengok orang semua nak Berjaya .aku pun nak Berjaya .tapi aku tak tahu jalan mana aku kena ikut . kadang-kadang ada orang jalan dia ‘lurus ‘ tapi kadang-kadang jalan dia bengkang bengkok .

Ahh sudah .kena  buat pilihan lagi .

Kadang-kadang juga bila kita nak ikut jejak langkah orang yang Berjaya . tapi dia ada ‘kenderaan ‘ tapi kita tak ada kenderaan .ha .macam mana tu ?jawapnya .buat apa nak guna apa yang dia ada .kita buatlah guna apa yang kita ada .kan ?

Kalau aku kata wang penyebab aku tak mampu Berjaya .fikir sekali lagi .eh ye ke ? jawap aku .itu bukan menghalang .Cuma kenalah lalu di jalan yang jauh sikit .ibarat highway . kalau dilahirkan mak ayah kaya raya . pemilik kilang proton .boleh jual preve banyak-banyak . segala keperluan untuk Berjaya tu cukup .itu bonus untuk anda Berjaya . Berjaya awal sikit daripada orang yang ada masalah kewangan .
Kalau orang yang ada masalah kewangan tu . seperti yang aku kata .kita kenalah bekerja keras sikit .

Kalau kat universiti ,poly ,natc or etc yang lain .kan ada biasiswa . ptptn pun ada kan .derma siswa pun ada untuk orang-orang yang kurang berkemampuan . kan ? jadi .wang bukan masalah lah kan .

Kalaulah  aku nak kata orang sekeliling penyebab aku tak mampu Berjaya . ok fine .memang aku silap besar kan .
Dulu .aku teringin nak belajar jauh jauh . (aku merajuk sikit la kan . terasa  ) macam orang-orang lain . duduk kl. Belajar kat Pahang .duduk Pahang belajar kat perak .oihh .ape pasal perak ? .abaikan .. lama-lama bila aku fikir dan aku jumpa orang yang duk jauh-jauh menetap dekat ngan aku ni .aKu rasa kesian pun ada juga .iyelah aku balik rumah tiap-tiap minggu .kalau minggu aku tak balik .mak aku datang ,bawak nasi ayam .siap boleh berkelah kat tempat aku belajar .kalau tak pun bawak aku keluar ..budak budak jauh tu tak da . dah la kena balik naik bas . kena bertolak awal pulak tu . aku ? kalau belum malam .susah aku nak balik.kehkeh . sebelum balik tu singgah pulak makan kat tanjung lumpur .memang best lah kan .hahha .
Terima kasih orang sekeliling .love you ..

Dan andaikata .. (to be continue ….. )






 

lapan haribulan enam dua ribu dua belas


(Entry :rutin  harian aku)

Bismillahirahmanirahim . dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang . segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam .assalamualaikum .senyum .

Tentang hari ini . hari ini sama seperti harihari semalam . hari yang penat ? sebab kerja ? jangan mengeluh penat sebab kerja .itu ibadah (;
Aku fikir hari ni hari terakhir aku memijakkan kaki di bumi MDP  . l. Namun dengan izin Allah , aku perlu berkhidmat untuk satu waktu lagi .satu waktu yang mana aku perlu membantu orang yang banyak berjasa dan orang tersebut terpaksa bersusah payah untuk mendidik aku .terima kasih hamba Allah tersebut .doa aku agar dia sentiasa berada di bawah lindungan Allah .
Pagi tadi aku pergi kerja dalam lingkungan lapan pagi.sampai di pejabat lapan dua puluh tiga pagi .bagi aku,itu belum terlalu lambat lagi . ketawa .okay .aku tahu aku lambat .hihi .
Tangan kiri pegang tempat bukak pintu dah , tiba-tiba handphone cikai aku bunyi-bunyi .keluar lagu .glade you came .ohh see , pakcik dah call aku .
memerlukan aku mungkin .

Pakcik : tido lagi ke ?
Aku : takde lah .dah depan ofis ni . .(gelak gelak sikit )
Dalam office
Pakcik :pakcik ingat awok tido lagi.
Ayie gelak .sengal betul .maluuu .. 
Aku : mane ada lah , dah kat bawah lah tadi . gelak lagi .adoii .

k.fine .aku tengok mereka bertiga dah bermusyawarah pagi pagi . kuat gossip betul .
siapa ?
pakcik , ayie  dan wani lah . (aku datang lambat sikit kan )
tak boleh berenggang langsung .hehh !
duduk join mereka bincangkan masalah Negara .lepas tu pakcik ajak pergi breakfast (macam tiap-tiap pagi yang sebelumnya)
lepas makan balik office dan duduk-duduk online facebook . ajak pakcik pergi buat aduan ,pakcik kata dia mengantuk . ok .tak apa , (;

dalam kurang lebih pukul sepuluh pagi . dah buntu tak tahu nak pergi mana .pakcik ajak aku makan buah durian kat pekan riverfront .ohhmeng .haha boleh aku kata itu dah kira luar bidang . ahh tak apa rasanya . ngehehe
dan aku bertiga pergi makan durian .yohoo !k. tak cukup sorang.ayie kena tinggal . dia pergi ‘buang ‘ ..rugi je .kalau tak boleh pergi makan durian dengan kitaorang .haha .makan durian musang king . sebelum ni aku tak pernah dengar pun .yang aku tahu buah durian .durian yang banyak duri .tu jelah ..

balik tu ayie bising tak bawak dia . sampai ke petang tak habis habis dengan issue durian dia .haha .takpe ayie , nanti pergi dengan abang firdaus ye .
tiga petang. Masuk dari lunch , aku borak-borak kejap dengan encik saiful,encik mat .dan dengan wani ngan ayie lah . gila bising .nasib baik ambil port belakang .hehh .
tiba-2:
 lin wani  (pakcik panggil suh masuk bilik bos .maluuu .)         
bos bagi gaji . haha . terima kasih bos .ni lah last saya masuk bilik bos ni (cakap dalam hati )
dan . ohh . isnin kena datang lagi ?? ohhmenggg !
okay bos .isnin saya datang . terima kasih sebab bagi kepercayaan pada saya untuk buat kerja kerja ni  ye bos .hehh .
okay .isnin saya kena datang lagi . senyum .sebab boleh bising-2 lagi . har har har . *gelak jahat .
sampai belakang .
abang emi suruh belanja kfc
cek mat suruh belanja anw
ayie special sikit . suh belanja durian .ohhmengg .haha
note : wani ingat hari ni dah last day .dia kasi kura-kura warna biru .warna faveret tu . mekasih wani (;
sebab-sebab mereka rapat dengan aku nilah buat aku susah nak berhenti .mesti sedih kan .entah bila jumpa lagi .hmmm . tapi satu masa aku kena pergi .kalau tak pergi sampai tua lah aku tak grad . sedih aku .hehh .

 

hukum gerakan newton ketiga


Hukum gerakan newton ketiga .
Dan,
reality kehidupan.
sebenarnya tak banyak beza ,
dunia ini banyak benda yang boleh  difikir
untuk orang-orang yang berfikir .senyum
Hukum gerakan ke tiga .
Satu,
si orang baik
kedua,
si orang jahat .

Sibaik selalu dibuli oleh si jahat .
namun dalam masa yang sama
hukum gerakan newton ketiga (sibaik)
melawan semula sijahat .untuk memperjuangkan hak sibaik .
senang kan ?

Terkadang orang gelar itu karma .
atau lebih jelas ,
itu adalah balasan daripada setiap perbuatan.
kadang orang tak Nampak.
yang jelas .sebenarnya itu selalu berlaku .




Wednesday, 6 June 2012

kekuatan itu datangnya dari hati


Bismillahirahmanirahim .dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang .
Hari ini hari biasa .hari yang sama dari sebelum-sebelumnya . Cuma kisah hari ini adalah apabila aku ‘bertemu ‘ dengan orang-orang yang membawa aku kearah kebaikan .
Alhamdulillah .terima kasih ‘orang’ tersebut .
Kisah ini adalah kisah seorang bakal doctor . kisah yang mana menguatkan lagi untuk membawa aku kearah kebaikan . semoga diberi ganjaran pahala kepada beliau . senyum
Dia .seorang bakal doctor .tapi dia juga seorang pesakit .sakit yang membuatkan beliau terpaksa makan ubat painkiller selama tujuh tahun . tujuh tahu bagi aku bukan satu masa yang singkat . dan terpaksa makan ubat tersebut sebelum ke kuliah .setiap hari . walaupun sakit  kalau ada ceramah agama  dia tetap pergi. digagahkan juga kakinya kearah kebaikan .ya Allah .besarnya ganjaran pahala untuk dia . kakinya yang sakit itu tak menghalang dia untuk kearah kebaikan .kaki kita ?
Dan hari ini juga aku terbaca kisah arwah adik yasmin johan  .(kauorang google .mesti jumpa )  . lebih dikenali  trend remaja twitter ke apa.dia ni ada nama omputeh sikit .aku tak pandai nak eja .maafkan atas kekurangan aku .
 .. adik ni telah kembali ke rahmatullah .sedekah alfatihah untuk dia .amin ya rabbal alamin .

dia excident kat langkawi . kes yang van excident dengan motor .(aku tak tahu cerita lanjut. )
Macam mana aku kenal dia ?
 adik ini ada post kat twitter , buku malam pertama di alam kubur .seolah-olah tahu dia akan pergi tak lama lagi .aku ada baca blog dia .dan apa yang aku rasa . sayu .
kita ? dah besedia ke nak menghadapi malam pertama di alam kubur ?
aku.
sudah tentu belum.
kau ?
aku terdiam
putaran akal berfikir bagaimana nasib ku disana nanti .
jawapnya hanya Allah yang mengetahui .
semoga Allah tunjukkan aku jalan yang lurus .




seterusnya aku bangga . kerana mampu untuk membuang rasa sayangku kepada manusia kerana Allah taala . walau aku tak mampu untuk terus melupakannya .aku tahu . itu fitrah . fitrah manusia untuk rasa disayangi dan dicintai . ahh .lupakan semua .
benda yang aku rasa sukar adalah bagaimana aku sedang bahagia .tiba-tiba terpanggil aku untuk berubah .aku akur  dan aku redha .hilang cinta manusia . mulanya aku rasa kosong . Alhamdulillah walau aku hilang cinta manusia .tapi aku dapat cinta Allah . dan aku tahu Allah nak bagi aku kawan yang baik-baik . husnuzon .
walau
aku masih jahil
aku banyak dosa
aku banyak khilaf .
namun ,
masih Allah bagi pertolongan
masih Allah bagi aku kekuatan untuk aku berubah
Alhamdulillah.terima kasih Allah .

namun .aku sedikit terkilan .kerana kekurangan diri aku .aku tak mampu bawa kawan aku . ‘dia’  kearah kebaikan . maafkan aku . dan satu yang aku tak pernah lupa untuknya .doa aku agar dia berada di jalanmu ya rabbi . kuatkan aku ya rabb .








Monday, 4 June 2012

salah .



Seringkali aku dengar
‘life does’nt  come with instruction ‘
Salah sekali,
itu biasa
salah dua kali
itu khilaf
salah tiga kali
apa mahumu yang sebenarnya ?
ikhlaskan diri .
peluang keempat masih ada
.tapi belum tentu masih berpeluang



diam


Diam tanpa bicara .itu bisu
berkata-kata tanpa motif .itu bising
luah bila perlu.itu normal .






Bukannya mencari yang terlalu sempurna .hanya mencari yang mampu bahagia .
hidup hari ini ,
hidup semalam,
mana sama ,
kalau sama ?
tak meriah hidup kan ?
konklusinya ,
jangan cakap orang
kita juga sama
memerlukan perubahan 
perubahan yang kadangnya bukan perbezaan
perbezaan yang bikin orang benci 
aku juga sama 


*senyum * 





Putus cinta



Bismillahirahmanirahim. assalamualaikum awesome boy n girl .
Putus cinta .ahh .satu ayat singkat yang mana boleh membunuh dalam diam .yang boleh buat pecah saudara and so on .tapi yang aku tertanya – Tanya kenapa manusia hanya fikir negative ++ bila orang putus cinta ? why not kita anggap itu takdir yang boleh buat aku bahagia suatu hari nanti . andainya sudah ditakdirkan tiada tindak balas kimia antara kita .masing-masing mencari salah pasangan . buat apa nak couple-couple bagai . sedangkan itu selangkah kearah kita membina hidup bersama pasangAn . andai kata kawen dengan orang yang tak berchemistry . besar kebarangkalian untuk beli pinggan mangkuk seminggu sekali . itu pendapat aku .pendapat engkau orang ? aku tak tahu . senyum . (aku berimpian untuk beli pinggan polisterin saja dirumah .andai dilayang ke udara . lebih jauh pinggan itu terbang bebas aku rasa ).sesiapa yang nak buat test .korang boleh cuba .senyum .
Andai aku ditakdirkan pasangan yang social ‘over dose’  .sama sekali aku tidak menyalahkan takdir .mungkin itu salah satu cara kita mendekatkan diri kepada Allah . mungkin dari situ kita sedar Allah sedang menguji kita . member seorang kawan yang hampirr hanyut yang mana kita perlu tolong agar si dia dapat meneruskan hidup dengan sempurna . kalau dah putus pun sure tak sedih sangat .mesti tak terkilan sangat kan . ha .kenapa ? aku rasa kau orang tahu kenapa .senyum .
Andai pula aku ditakdirkan dengan seorang lelaki yang baik dan henggsemm dan kacak dan lawa  .andai tiada jodoh . ape boleh dibuat . takkan nak jadi second wife aron aziz ? ohh menggg . itu salah . andai dia bukan jodoh kita  ,bersyukurlah . sebab kita mungkin dapat yang lebih baik daripada itu .mungkin dapat pemilik syarikat proton . nanti kawen boleh susun kereta preve buat hantaran  banyak-banyak .kan .ohhsemmm gitew ? kalau setakat letak brosher .tak boleh kawen .ketawa .




kebangkitan


I’m not going to spend my life chasing people. You want to leave? Fine then, go ahead. I’m done with chasing and caring for people who never had interest in me. Nothing lasts forever and people change. I’ve learned love is hard and life isn’t always what you want it to be."




'kini aku bangkit '  . 





sumber gambar : tekan sini