Sunday, 10 June 2012

entry sembilan haribulan enam dua ribu dua belas


(Entry : alasan.perlu ada ke ?)
Jangan kau anggap ini plagiat . aku sekadar nak berkongsi ilmu .terkadang apa yang aku tulis apa aku baca .
Ingin sekali aku melihat diri aku sendiri .
Diri aku yang Berjaya melonjakkan potensi diri .

Contoh :/ Kalau dulu aku bangun pagi pukul Sembilan pagi kini aku nak bangun pukul enam pagi . itulah perubahan yang aku akan buat .
Bila aku tengok orang semua nak Berjaya .aku pun nak Berjaya .tapi aku tak tahu jalan mana aku kena ikut . kadang-kadang ada orang jalan dia ‘lurus ‘ tapi kadang-kadang jalan dia bengkang bengkok .

Ahh sudah .kena  buat pilihan lagi .

Kadang-kadang juga bila kita nak ikut jejak langkah orang yang Berjaya . tapi dia ada ‘kenderaan ‘ tapi kita tak ada kenderaan .ha .macam mana tu ?jawapnya .buat apa nak guna apa yang dia ada .kita buatlah guna apa yang kita ada .kan ?

Kalau aku kata wang penyebab aku tak mampu Berjaya .fikir sekali lagi .eh ye ke ? jawap aku .itu bukan menghalang .Cuma kenalah lalu di jalan yang jauh sikit .ibarat highway . kalau dilahirkan mak ayah kaya raya . pemilik kilang proton .boleh jual preve banyak-banyak . segala keperluan untuk Berjaya tu cukup .itu bonus untuk anda Berjaya . Berjaya awal sikit daripada orang yang ada masalah kewangan .
Kalau orang yang ada masalah kewangan tu . seperti yang aku kata .kita kenalah bekerja keras sikit .

Kalau kat universiti ,poly ,natc or etc yang lain .kan ada biasiswa . ptptn pun ada kan .derma siswa pun ada untuk orang-orang yang kurang berkemampuan . kan ? jadi .wang bukan masalah lah kan .

Kalaulah  aku nak kata orang sekeliling penyebab aku tak mampu Berjaya . ok fine .memang aku silap besar kan .
Dulu .aku teringin nak belajar jauh jauh . (aku merajuk sikit la kan . terasa  ) macam orang-orang lain . duduk kl. Belajar kat Pahang .duduk Pahang belajar kat perak .oihh .ape pasal perak ? .abaikan .. lama-lama bila aku fikir dan aku jumpa orang yang duk jauh-jauh menetap dekat ngan aku ni .aKu rasa kesian pun ada juga .iyelah aku balik rumah tiap-tiap minggu .kalau minggu aku tak balik .mak aku datang ,bawak nasi ayam .siap boleh berkelah kat tempat aku belajar .kalau tak pun bawak aku keluar ..budak budak jauh tu tak da . dah la kena balik naik bas . kena bertolak awal pulak tu . aku ? kalau belum malam .susah aku nak balik.kehkeh . sebelum balik tu singgah pulak makan kat tanjung lumpur .memang best lah kan .hahha .
Terima kasih orang sekeliling .love you ..

Dan andaikata .. (to be continue ….. )