Tuesday, 24 July 2012

Allah uji sebab Allah Sayang kan ?

Alah bagi ujian sebab Allah sayang ,
Sambil duduk guling-guling atas katil dapat idea untuk aku tulis entry.ya, sekarang bukan macam dulu.masa lapang tu kurang dah .dan dugaan datang menimpa-nimpa tulang empat kerat ni .tapi dengan semangat mak dan kakak-2 aku . aku kena kuat.kalau dorang nak suruh aku sambung degree pun. Ya ,aku akan sambung.

Empat hari yang sangat meletihkan. Dua hari aku tahu salah sendiri .tapi dua hari lagi ?

Dua hari tak makan tak minum tak tido siapkan final report latihan industry yang 134 muka surat tu .penat? ya .tapi tak sakit kepala .

Dua hari lagi .Alhamdulillah pada mulanya semua berjalan dengan lancar . pergi lapor diri .dia bagi surat tamat l.i .Alhamdulillah. setel semua aku keluar . then selagi Ada Mall kat kuantan ni aku pergi . itulah penyebab kaki aku penat tanpa had .

Pukul tiga aku datang semula.nak daftar kamsis .warden cakap aku tak boleh daftar hari ni.kena daftar esoknya. Tapi dalam surat yang aku dapat, dia cakap aku kena daftar hari ni (semalam) . dengan takde belas kasihannya dia suruh aku balik .kalau taknak balik aku kena tumpang bilik kawan .masalahnya aku punya kawan pun tak dapat jugak. .apekah kan ?

Dalam hujan aku redah jugak, then dari pukul tiga sampai pukul 5 , sia sia . akhirnya aku balik juga . dugaan Ya Allah . balik rumah ? ya .
Esoknya aku datang dia cakap takde bilik .pening lagi sekali aku . lepas dibual bicara, aku dapat bilik .persoalannya, kenapa pendaftaran ni macam ni .unit pengurusan macam mana ?
Sedih .
Sembilan bulan duk kat rumah tiba tiba kena balik belajar .sedih lah . L
Aku rasa macam student baru . dengan keadaan exco yang kerek .tak sedor ke kita ni sama sem? Semalam perbualan aku dengan kakak aku

Aku :tahu tak, rasa malas sangat balik .rasa macam hilang semuanya
Kakak aku : macam mana?
Aku : ye lah duk jauh ngan mak .semua-2 orang
Kakak aku : ye lah . oi .belajar tu kan jihad .buat ape nak sedih .baru belajar kat kuantan .macam mana nak ambik degree kalau macam ni.
Aku gelak je lah .

Puasa dan mulakan hidup baru,
#01 : Alhamdulillah, kehidupan yang aku lalui aku mampu tempuh dengan senyuman .

#02 : Kalau kita bersyukur kita tetap akan rasa cukup walau tak sesempurna orang lain. imma rite? Kalau salah tegur saya .

#03 : Puasa tahun ni kira dah masuk tahun terakhir aku puasa kat sini .Tetap sama tak berubah apa-apa . Cuma yang berubah bilik semakin tinggi .dulu duduk bawah sekali .sekarang duduk atas sekali . barangkali mereka mahu aku kurus tanpa pergi slim world mungkin.

#04 : Aku belajar memaafkan . Aku tak pernah marah sebab kadangkadang terdetik dihati kecil, hati ini barangkali pernah juga bersalah, semalam sebenarnya aku tak sangka ‘kawan’ aku  msg . ya aku tak lupa sebab dulu tiap- tiap hari mesti kejutkan aku sahur .terima kasih untuk itu.sekarang ? takde orang kejut sahur dah .sedih ? tak .satu jam loceng dan dua handphone sudah mampu untuk membangunkan hamba Allah ni untuk sahur . Alarm lah jawapnya.

#Kalau aku tak mintak  putus dulu mesti tahun ni dia kejutkan lagi kan ?
Eh kejap, kenapa sebut kalau ?Allah tak suka hamba dia sebut  ‘kalau jika mungkin ‘.

Sebab putus dulu pun sebab umur dah masuk duapuluh tapi macam budak-budak lagi . kapel kapel bagai . dan sebab utama aku putus . aku takot dosa . serius memang berat nak lepaskan apa yang kita sayang kan .? tapi nak tanggung dosa pun aku tak mampu . aku kena kuat dan Allah bantu kuatkan hati aku .Alhamdulillah. Dan ‘kawan’ pun terima .Terima kasih untuk itu .
Tak lama lepas putus tu  .aku dengar ‘kawan’ kapel dengan kawan dia . eh ?
dan ya .Sebab Allah sayang aku dia jauhkan diri aku dari orang yang tak sayang aku .itu yang tebaik Allah bagi aku kan ?. tipu lah kalau tak sedih kan ? tapi redha tu kunci kejayaan . betul.serius aku tak tipu .bila aku redha yang pahit pun boleh jadi benda ‘pengalaman hidup’ paling manis yang pernah ditempuh .just keep smile .

Luka memang akan sembuh ,rabak memang akan hilang tapi agak agak lah sekejap bebenor hilangnya sampai beratur kat mekdi lagi lama .-terfaktab.
Allah ambil apa yang kita sayang dan dia bagi yang jauh lebih baik untuk kita kan .benarlah kata orang .Masa depan milik Allah .

#05:aku takut .serius aku tak tipu .aku tulis then share kat sini bukan sebab aku tak ada kawan untuk meluahkan Cuma lebih baik aku tak menyusahkan orang lain untuk mendengar apa aku rasa .semuanya tentang  sesuatu yang negative .mana lin yang kuat semangat masa zaman sekolah dulu .dia belum mati kan ? semester ke lima kat politeknik . memang mencabar . siapa ada dengan aku ? Allah je yang ada dan hanya Allah je yang tahu perasaan aku .aku takut Ya Allah .subjek yang boleh buat aku berhenti pengajian ? tak boleh . masa depan milik Allah apa yang aku perlu buat ? Insyallah aku cuba usaha sampai Berjaya . doakan aku .aku tahu aku mampu .Ya Allah . Pada jalan berliku moga Allah permudahkan langkahku . .





No comments:

Post a Comment