Wednesday, 25 July 2012

Jangan hanya Pandang kesempurnaan orang .


Hari ini sama seperti hari-hari sebelumnya . tapi hidup tetap perlu diteruskan . segala yang tersimpan tetap cuba diurai . diurai sampai usai .sampai satu masa manusia kenal semua benda manusia jumpa apaa yang dicari .
Sudah dibilang banyak kali agar manusia bersyukur dengan apa yang dia dapat ,apa yang diperoleh dan apa yang ada pada dia . tapi kenapa manusia lebih gemar untuk melihat kesempurnaan orang lain berbanding kesempurnaan diri sendiri . sudah dibilang agar buka mata lebih luas tentang itu ,tapi jawapnya tetap sama . Manusia lebih suka melihat kelebihan dan kesempurnaan orang lain ber banding melihat kesempurnaan diri sendiri .
Bukan di suruh untuk menjadi manusia yang sombong dengan kesempurnaan diri sendiri tetapi berpada padalah di setiapnya .

Tak perlu untuk diungkap kepada orang lain .ungkap sahaja kepada diri sendiri .
“kalau  aku macam dia kan best ‘

Kamu boleh kata seronok jadi dia kerana dia kelihatan macam tak pernah bermasalah . tidak macam diri sendiri yang sentiasa bermasalah .
Yang engkau tak tahu dihatinya mungkin ada seribu satu masalah yang mana engkau belum tentu dapat menyelesaikan masalah tersebut atau tidak .Setiap orang diuji dengan cara yng berbeza beza .berhentilah melihat kelebihan orang lain .

*stop*
#01 : kehidupan bukan satu perjudian . ia Cuma satu proses pembelajaran yang mana sesetengah manusia kurang berminat untuk apa yang dilalui . itu ujian . jangan mengeluh dan jangan berdukacita .Allah sentiasa bagi pertolongan kan . Allah tak pernah mungkir janji dengan hamba dia kan .
#02 : buang jauh jauh rasa macam tu . ingatlah masa depan milik Allah , apa yang ada sekarang belum tentu menjadi milik kita selamanya .
#03 : Allah tak akan membebankan kita kecuali menguji hambanya dan itu satu petanda bahawa  Dia sayangkan kita .





No comments:

Post a Comment