Friday, 31 August 2012

besi

dalam hidup , ahh hidup kita semua mana nak sama . peel pun berbeza .
apapun yang jadi aku tetap suka jadi aku .kau ? harap juga kau begitu .
ini kisah aku, tentang aku, jiwa aku .

kebelakangan ini , tetap sama,tetap biasa .
takde apa yang buat aku terlalu gembira .
dan ya , terkadang sedih itu akan muncul jua .
harap ,
itu hanya seketika.

kalau boleh ingin aku cerita
semuaaa ,
biar masalah segala hilang
pergi
sebab aku rasa
aku tak perlu masalah .

mungkin tuhan ingin menguji aku
sekuat mana aku
sekental mana jiwa aku,
dan
yang terangnya,
sesabar mana aku melayan karenah sang manusia
kadangkala bagi aku ,
membuat aku perlu sabar ,
ya,
sabar berterusan.

kalau jiwa menangis ?
biarkan
kalau hati sedih ?
diamkan
Allah ada ,
dia tahu apa setiapnya kita.

dari kelemahan aku kenal kekuatan
dan aku rasa kekuatan tak seperti kelemahan yang dirasa ,  jauh..
kenikmatan hidup dalam kekuatan tu tersangatlah indah
dan pada setiapnya aku akan rasa ,
mungkin aku boleh jadi seorang yang kuat.
lebih kuat daripada si perempuan besi ?
mungkin.





Tuesday, 28 August 2012

akhir puasa :)


Hey All? How about ur raya ? seronok? .
Saya?
Actually , this year saya sambut raya biasa –biasa saja . ramai yang dah pergi tak kembali . saya tahu Allah sayangkan mereka .
Tahun ni saya rasa ramadhan terlalu singkat . mungkin sebab busy dengan urusan dunia . dan ya, saya adalah manusia teruk . janji dengan diri sendiri nak khatam Al-Quran dalam masa sebulan .tapi ? saya taksempat pun . lagha .
Tapi saya akan habiskan juga baca dan  khatam sebelum habis sem ni . saya dah tak berani nak janji . sebab saya manusia teruk.

Sebenarnya teringin nak join tadarus AlQuran yang Lord zara buat tapi , (mungkin belum rezeki saya) .

Raya saya . mood raya macam biasa saja. Dengar takbir raya rasa macam sayu . Ya Rabbi , susah nak ungkap dengan kata-kata .kenapa kebelakangan ni hati mudah tersentuh ? entah .(tak ada jawapan) .Tapi bila sedara mara balik kampung tu seronok jugak lah . macam macam ragam ada .dari kecik sampai besar dan sampailah ke tua.

Macam biasa adik beradik mak ramai. Sepuluh orang , sepupu sepapat pulak kalau tambah tolak semua semua ada dalam 50 orang campur dengan anak anak kepada sepupu sepupu tu .err saya malas nak kira .sebab dah ramai sangat .saya malas nak buat salasilah keluarga -.- .

Hari raya hari kemenangan sebab semua manusia mampu puasa 29 hari tu dengan sabar dan tahan segala jenis nafsu .tahniah sebab puasa penuh .lagi lagi lelaki .

‘kepada lelaki-lelaki yang puasa penuh sekalian, awak lah calon suami soleh yang boleh  bawa isteri awak kesyurga nanti J

Saya teringat masa nak balik raya hari tu.singgah kat giant . selamba badak je pakcik tu makan kfc dalam kereta . sorok-sorok pulak tu .pakcik malu ke ? .takpe lah pakcik. Saya berperasangka baik kat pakcik. Mungkin pakcik sakit perut . kena gastric tiba tiba sebab tu pakcik makan .yedak ? .actually, takde lah pakcik sangat ,dalam lingkingan 30-an ++ sikit . .

Keesokannya, saya dengan kakak saya pergi beli lauk untuk raya . Pergi supermarket. fuhh panjangnya kena bratur nak bayar . kalau ukur kurang lebih 70 meter . tak boleh bayang ? ukur lah, senang je . . lepas tu ada termiss barang so beli kat kedai serbaneka biasa je lah.sebelah seven eleven . saya Nampak sorang mamat ni beli air twister sejuk .perhh abang, pagi lagi ni .takkan beli air dah.abang, muka hensem dah tapi beli air twister. Rugi je hensem *gatal. Haha. Takpe lah saya bersangka baik pada abang .mungkin abang ni musafir . (Nampak macam orang sini je) –sambil dengar lagu musafir di aidilfitri.

Saya bukan nak dump lelaki , perempuan pun sama je , jangan lah PMS terlebih hari ye , dosa tu .

Okaylah .kenapa saya banyak cakap hari ni ? saya rasa boleh tukar tajuk entry ni kot . jadi stalk manusia tak pose . hewhew. Ok lah .

tercancel nak upload gambar . kbye . senyum sikit .baru hensem dan cun :) 






Thursday, 16 August 2012

iftar dengan kawan-kawan .

k. err assalamualaikum .
hari ni bukan nak cerita benda touching -touching. nak cerita pasal iftar . lebih tepatnya bebuka puasa . 

memandangkan tahun ni insyaallah last year kat sini (dengan kawan-kawan poli)  .so semester ni saja nak mengaktifkan diri berbuka puasa sana sini . ye lah tahun depan dah tak de kan . tahun ni berbuka puasa sedang bertitle student .tahun depan mungkin pekerja ? kan . tapi tak tahu berpeluang atau tak nak merasa iftar bersama kawan kawan yang saya sayang ni lagi *senyum * 

first iftar kat luar dekat padang mpk . macam dah jadi macam trend kan berbuka kat padang tu . nak juga rasa macam mana .kot lah nasi boleh tukar jadi pizza . ehee ( main main je) . by the way ,serius seronok sangat . time sebelum berbuka tu semua orang bising bising .time makan , fuhh saya rasa macam tengah makan kat padang tu sorang sorang . senyap sunyi . kakak ngan abang lapar ye ? alololo .. takpe takpe . makan lah sampai kenyang . 

dua hari lepas berbuka kat dewan maktab kat poli a.k.a dewan mahkota kalau tak silap ( saya memang tak alert bab nama-nama dewan kat poli saya ni ) 
saya buka puasa bersama kawan-kawan saya dari jabatan kejuruteraan awam .dapat duit raya sekali . oh terharu , terima kasih poli .

sehari yang lepas pun seronok jugak, berbuka dengan semuaaa classmate dengan lecturer a.k.a penasihat akademik sekali .yang menariknya kitorang bukan buka puasa kat cafe or kedai makan bagai tapi kitorang berbuka kat civil square . rasa bangga bila dapat lecturer dengan kawan -kawan yang sporting giler .  okay entah bila nak merasa lagi rite ? . semua pun takde lah ade yang buat tak buat kerja . semua sporting la (alah, macam lah selama ni korang tak sporting, yedak ? ) .lepas habis makan -makan semua tu .waktu nak balik semua dah salam salam ucap selamat hari raya . tak nak pergi kelas design lah tu .dan ya . dua orang je yang pergi . 

dan last iftar dengan kawan kawan poli , berbuka kat tanjung lumpur . best lah . tapi majoriti kedai makan kat situ semua full . gila kan ? oh salah bukan gila .. lepas makan singgah sembahyang kat petronas . sembahyang kejap .
lepas tu . tadaaaa ... tak jadi balik kamsis terus . pergi shopping raya mehh .
pergi kamdar  , macam biasa saya bukan kaki shopping . bukan saya . bukan saya . saya tak beli apa-apa pun . dan macam biasa , kawan saya yang kuat shopping tu je beli . lepas tu pergi depan terminal makmur . penuh nya orangg . kat dalam tu rasa macam pergi treasure hunt . serius . rugi tak pergi . sampai kaki gatal-gatal . 

ohh lupa , saya beli bunga api yang letup letup kat atas tu je dua . nak bagi kat abang saya . perangai budak budak dah datang . apekah kan ? 


btw hari ni my brother punya birthday, so happy birthday , abang semoga panjang umur dan murah rezeki , kalau rezeki awok murah boleh lah share dengan aku .tak gitu  ? *sengihsengih* 


  nak tumpang tanya boleh ? raya esok ke ? - soalan perli .*ketawa* 

okaylah sampai sini dulu .gambar saya upload nanti lah . :) okay selamat hari raya dari saya . lin acik dan keluarga . 








Ramadhan

alhamdulillah .

Allah masih beri peluang untuk kita beramal dan bertaubat . lagi tiga hari nak raya bermakna tiga hari je lagi kita berpuasa . khamis (hari ni) , jumaat dengan sabtu.
lepas tu dah raya dah kan .

saya bukan nak bercerita pasal raya pun . nak cerita pasal benda yang jadi dalam bulan puasa ni je ? benda sedih ? tak lah .benda yang bisa menguatkan hati , menjaga mulut daripada mencarut tak tentu pasal dan menjaga akal fikir yang bukan bukan .hati ? ya , saya sedang jaga dia .

tapi kadang kadang khilaf tu datang juga .tak tentu masa . tak apa .sabar je .
dugaan datang menimpa-nimpa .sabar je lah (nangis sikit )

Monday, 13 August 2012

touching ni .huff~

duduk .
pandang timetable 
tiba tiba 
dongak keatas .
air mata bertakung .
kenapa ?

kenapa rasa macam ni . hati belum cukup kuat atau sendiri yang saja nak melemahkan hati . kebelakangan ni aku jumpa orang yang jauh lebih kuat lebih tabah lebih stronger dari aku .  mereka kekuatan aku <3 

sebenarnya hati tak harus lemah macam ni . 

seminggu sebelum raya
puasa yang ke berapa? 
malas nak kira 
kejam bukan ?

entah . bagi aku tak apa sahaja .

bila hati sunyi akan ada satu perasaan yang datang . 

semenjak dua menjak ni aku rasa macam semua orang hilang. yang ada ? assignment sampai dua tiga subject .tak masuk lagi design yang belum aku crit .Ya Rabb . (rasa nak menangis lagi ) 
nasib baik aku duduk sebilik dengan junior .kalau nangis tercalar maruah seorang senior (aku main main je) 


mana semua orang pergi .? 
entah 
yang pasti satu hari nanti 
tetap juga aku sendirian 

kita anti graviti. mungkin ?

mungkin dah bermula untuk engkau dengan cara engkau aku dengan cara aku .tapi kenapa aku takut hilang ? dan ya , kau dah pergi .kau dah hilang. *ayat taching ni *

dulu
kau kekuatan aku
bila aku terasa dengan orang sekeliling
kau ada untuk nasihat aku .
sekarang ?

semoga kau bahagia dengan hidup kau . sebenarnya aku rindu kat kau !

soalan kejam untuk kau .

 . dapat boyfriend dah lupa kawan kan . ? untung lah dah bahagia .*sambil sengih-sengih* 

. kau jangan lah salah faham . aku rindu kat kau je sebenarnya . 
k.bye

p/s : ko jangan nak mintak maaf .atau pun nak terasa . nanti hari raya kita bermaaf maafan dihari mulia ye . alololo . 







Saturday, 11 August 2012

jenis hati .



Kebelakangan ni lebih tepat jika aku kata banyak benda yang aku fikir dan banyak juga benda yang melibatkan hati .kalau manusia takde hati .macam mana lah kan ? . tersenyum sendiri .sayu bila fikir .besarnya anugerah yang Allah bagi pada kita .

Pernah satu masa dulu , hati rasa remuk jiwa kacau je .sebab?

‘dulu aku jahil’ .bercinta bagai . takde faedah langsung .

Okaylah .terlebih intro . jom kita kenal jenis hati

Qalbu makna pertama

Qalbu lahir atau dikatakan hati kasar iaitu seketul daging sebesar segumpal tangan terletak didalam dada sebelah kiri manusia. Hati jenis ini berongga dan tempat mengisi dan mengepam darah menjalar keseluruh urat saraf manusia, hati ini memang dapat dilihat, dijamah dan dikerat dan dibelah dengan pisau, ia akan hancur dan busuk berulat bila ia mati. Hati jenis ini terdapat pada jenis haiwan-haiwan yang tidak berakal yang mana tidak ada nilainya sedikit pun pada sisi Allah S.W.T.

Qalbu dengan makna yang kedua

Hati batin atau hati halus atau hati seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak dapat dijamah oleh tangan dan tidak dapat dikerat dengan pisau, tetapi ia dapat dirasa oleh pengakuan batin sendiri tentang wujudnya dan ia itu ialah suatu kejadian yang latifah rabbania atau yang dapat kita bahasakan dengan hati halus atau hati seni kejadian tuhan yang rohani. Hati ini berhubung rapat dengan kerja-kerja hati kasar tadi, perhubungan kerja diantara keduanya itu ialah suatu perkara yang tidak dapat diterangkan oleh otak doktor jenis manusia kerana hati batin umpama ini datang dari kejadian alam ghaib dan hati kasar adalah dari benda-benda alam kasar ini, bandingannya ialah hati batin itu laksana raja pemerintah dan hati kasar itu laksana raja tempat ia bertakhta dan anggota-anggota lahir umpama kaki, tangan dan sebagainya laksana rakyat jelata. Ia akan patuh kepada perintah raja, hati jenis ini tidak akan busuk, berulat dan tidak akan hancur buat selama-lamanya bila tubuh bercerai dengan nyawa (ralai). Dialah yang akan menemui alam akhirat, dialah yang merasa bahagia dan berasa celaka dunia dan akhirat. Dengan hati latifah rabania inilah maka hati kasar (jantung) itu dapat hidup dan berdenyut, ia mempunyai ta’aqul dan juga sifat-sifat ma’ani dari semenjak ia dijadikannya di alam arwah yakni sebelum ia bercantum dengan alam kasar ini. Ahli-ahli falsafah dan tassawuf adalah sependapat dan menakan hati jenis ghaib itu jauhar mujarat yakni ia bukan dari jenis benda-benda jirim atau ‘arad. Bahkan ia atau zat nya dapat berdiri sendiri dan terkaya daripada tubuh badan kasar, hati dengan makna yang kedua inilah hakikat kejadian manusia yang mempunyai tanggungjawab kepada tuhan didunia dan akhirat.

Nak baca lebih banyak lagi . tekan .sini  (link entry note tu ) 

Ps : terima kasih pada kawan facebook saya sebab tag note pada saya . sebenarnya dah lama dia tag pada saya . baru sekarang hati terbuka nak buka semula semua note-note .dan saya harap kawan facebook saya tu tak kisah saya share entry ni dengan kawan –kawan saya yang lain .semoga ada ganjaran pahala untuk kawan saya (yang tag pada saya ni )









Friday, 10 August 2012

saya suka apa adanya saya


Jumaat .duapuluh satu ramadhan seribu empat ratus tiga puluh tiga hijrah .Cuma beberapa hari sahaja lagi .umat islam seluruh dunia nak sambut raya .
Dah janji nak update hanya untuk seminggu sekali . banyak persoalan kat kepala ni . nak keluarkan . biar aku urai sampai usai . Cuma jangan bersepai . bahasa apa yang aku guna ni .jawapnya .saya belajar dari orang lejen dalam blog-blog cinta jiwang tangkap lentok tu saje .saya tidaklah jiwang karat seperti mereka *senyum.

Kebetulan minggu  balik kampung .tak kebetulan mana lah memang selalu excited lebih nak balik .orang tak balik pun aku balik jugak . jeles ? sapa suruh belajar jauh jauh .dekat dekat sudah . tapi time balik raya tu tak meriah sangat lah kan . alah tak pe lah .raya sekali je setahun . balik rumah ? tiap tiap minggu .see ? manfaatkan sesuatu mengikut kadar yang betul . tiket bas pun . lima ringgit tiga puluh sen .tiket bas kawan aku lima puluh tiga ringgit . mahal tu . *sengih sengih .saya suka tentang apa adanya saya .

Tapi minggu ni ada program . pengurusan jenazah katanya .tak dapat balik. dah terindu kat mak saya .urghh .(aku tak join pun sebenarnya)

Abang : nak aku ambik awak tak ? dah ada kat kuantan ni .
Aku : minggu ni tak balik
Abang : kenapa?  tak boleh balik ke ?
Aku : haah , ade program pengurusan jenazah
Abang : haha ,elok lah tu awak pergi
(psstt .abang aku tampor awok nok ? ) –slow je cakap dalam hati

Masuk bab hati
Apa yang orang tak tahu . aku sedang tersepit . ya tersepit antara kedua dua orang yang aku sama-sama sayang . orang yang sama-sama penting. Orang yang sama sama susah senang dah orang yang samasama tu adalah (cukup untuk aku bisik dalam hati ) .

Baru hari ni aku faham susah menjadi orang tengah . dan ya , terpaksa menjaga hati setiapnya , memerlukan ‘slow talk’ dengan kedua-duanya . dan apa yang buat lidah jadi kelu ,langkah jadi kaku . aku tak boleh untuk memberikan yang terbaik pada kedua nya sekali . masalah mungkin boleh diselesaikan .tapi hati ?

Hati . benda paling susah nak jaga . imma right ? hati orang ke hati sendiri ? jawapnya sama sahaja asal masih dipanggil hati .maafkan saya .

Minggu ke empat pengajian . rilex-rilex saja . pukul empat pagi baru tidur .buat design . ? itu biasa . biar hasilnya tak seperti manusia manusia awesome yang lain tapi saya dah cuba yang terbaik untuk diri saya .

“Allah tak pandang kau punya pointer tapi Allah pandang usaha dan effort yang kau bagi “ *please taknote .


Oklah dah habis merepek.selamat malam J






Segmen "Syoknya Blogwalking bersama Aisyah Humaira'


Wednesday, 1 August 2012

Allah uji sebab dia sayang kan ? #02


Allah uji sebab dia sayang kan ?
Minggu ini sama seperti minggu –minggu sebelumnya . minggu kedua meneruskan pengajian dan minggu kedua puasa .



#01 : hidup berdikari . ehh macam lah kecil lagi nak duduk bawah ketiak emak . dah besarkan .sama macam aku . pada setiapnya perlu untuk 
tidak lagi mengharapkan seratus peratus pengharapan itu kepada si ibu dan ‘carta hati ‘ yang saya sayang

#02 : Allah dah aturkan yang terbaik untuk hidup kita .bukti setiap kesusahan dibalas dengan kegembiraan . mulanya hati ingin menangis .belum sempat air mata jatuh telah Allah kurniakan kebaikan dan kegembiraan . cukup unik jalan yang Allah tetapkan untuk aku . Alhamdulillah . syukur Ya Rabb .
‘ mengharapkan Allah mengampunkan setiap kesalahan dan dosa aku :’)

Duabelas ramadhan satu ratus tiga puluh tiga hijriah . Aku diuji lagi . mungkin ujian ini kecil kerna Alhamdulillah aku masih mampu untuk menguruskannya .Terima Kasih Allah .

#hari ni aku interview untuk pelajar tamat latihan industry . dan ya aku dapat interview dengan lecturer (pensyarah ) yang agak cerewet bagi aku . dan ya .pada setiapnya aku memerlukan kesabaran yang tinggi .jangan hanya pandang  kelemahan aku . interview ini seperti yang pernah aku alami dulu . bisa buat hati menangis . tapi kata hati juga itu biasa , hanya mainan kehidupan yang setiap orang perlu lalui . mungkin cara sahaja yang berbeza . terdetik pada hati mungkin cara aku salah .

Final report yang aku taip dua hari tanpa henti tu dibelek berkali- kali .dan katanya report tak perlu terlalu tebal .sebelum praktikal suruh buat tebal tebal .dah balik tak kasi buat tebal-tebal .eh ?? apekah ?

Aku : awak saya kena baiki report ni lah
Si kawan :kena baiki apa ?
Aku : muka depan tak letak jurusan
Si kawan : tu je .?
Aku : haah
(selebihnya aku kira tidak penting )

K. aku kena baiki report .bagi aku itu tak penting. Sebab yang salah bukan benda penting , Cuma tak letak jurusan . hati sedih .serius . kesalahan kecil yang bagi aku jadi beban memandangkan tarikh akhir hantar report tu dua hari dari sekarang .
Kata hati , biarkan , sabar .Allah tak tengok report kita tu lengkap atau tak .tapi Allah tengok cara kita berusaha untuk siapkan report tu . walau hati memujuk .tetap juga rasa sedih .dan bila redha semua jadi indah .
Akhirnya aku ikut jalan yang dah ditetapkannya Allah ..jangan merungut .jangan membantah ,Allah tak suka kan ?

Setiap jalan berliku yang aku lalui tetap juga Allah membantu , bermula lah hidup di dunia .mungkin detik sebelumnya aku jahil ,tidak mengerti hidup .sekarang ? Aku cuba untuk lebih mengenali semua .

Kawan : lecturer awak cerewet tapi bos kat firma awak bagi markah tinggi kan ?
Aku : bolehlah . (malu nak cakap tinggi .haha )
#Allah ajar aku lagi . dulu dia bagi senang sekarang bukan susah Cuma kena usaha lebih .

#03: Allah ambil apa yang kita sayang dan beri apa yang kita perlu .Ya Rabb , betapa ajaibnya kuasa Kau Ya Allah .
Barang disayang hancur . tapi bila redha Allah bagi yang jauh lebih baik daripada itu . untuk menutup kesedihan atau keperluan untuk hari mendatang .jawap aku , entah . biar masa menjawap .

#04 benda yang paling mengembirakan
Benda yang buat aku rasa tenang .bila aku dekat dengan Allah . dan ya lebih mengembirakan bila kita tak rasa keseorangan . dalam islam tak ada istilah ‘forever alone ‘ okay ? .Allah mengabulkan doa kita .Alhamdulillah .

Bila aku hanyut dalam dunia yang lalai Allah tarik aku semula .bila fikir fikir .malu pada-Nya kan ? tapi Aku tahu Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku .
p/s : esok saya  ada public speaking untuk course architecture communication  .doakan saya ye (sambil kenyit mata ) *tolong jangan kenyit mata pada saya .hehee . .takot tergoda .haha

*bersangka baik lah pada Allah *