Tuesday, 28 August 2012

akhir puasa :)


Hey All? How about ur raya ? seronok? .
Saya?
Actually , this year saya sambut raya biasa –biasa saja . ramai yang dah pergi tak kembali . saya tahu Allah sayangkan mereka .
Tahun ni saya rasa ramadhan terlalu singkat . mungkin sebab busy dengan urusan dunia . dan ya, saya adalah manusia teruk . janji dengan diri sendiri nak khatam Al-Quran dalam masa sebulan .tapi ? saya taksempat pun . lagha .
Tapi saya akan habiskan juga baca dan  khatam sebelum habis sem ni . saya dah tak berani nak janji . sebab saya manusia teruk.

Sebenarnya teringin nak join tadarus AlQuran yang Lord zara buat tapi , (mungkin belum rezeki saya) .

Raya saya . mood raya macam biasa saja. Dengar takbir raya rasa macam sayu . Ya Rabbi , susah nak ungkap dengan kata-kata .kenapa kebelakangan ni hati mudah tersentuh ? entah .(tak ada jawapan) .Tapi bila sedara mara balik kampung tu seronok jugak lah . macam macam ragam ada .dari kecik sampai besar dan sampailah ke tua.

Macam biasa adik beradik mak ramai. Sepuluh orang , sepupu sepapat pulak kalau tambah tolak semua semua ada dalam 50 orang campur dengan anak anak kepada sepupu sepupu tu .err saya malas nak kira .sebab dah ramai sangat .saya malas nak buat salasilah keluarga -.- .

Hari raya hari kemenangan sebab semua manusia mampu puasa 29 hari tu dengan sabar dan tahan segala jenis nafsu .tahniah sebab puasa penuh .lagi lagi lelaki .

‘kepada lelaki-lelaki yang puasa penuh sekalian, awak lah calon suami soleh yang boleh  bawa isteri awak kesyurga nanti J

Saya teringat masa nak balik raya hari tu.singgah kat giant . selamba badak je pakcik tu makan kfc dalam kereta . sorok-sorok pulak tu .pakcik malu ke ? .takpe lah pakcik. Saya berperasangka baik kat pakcik. Mungkin pakcik sakit perut . kena gastric tiba tiba sebab tu pakcik makan .yedak ? .actually, takde lah pakcik sangat ,dalam lingkingan 30-an ++ sikit . .

Keesokannya, saya dengan kakak saya pergi beli lauk untuk raya . Pergi supermarket. fuhh panjangnya kena bratur nak bayar . kalau ukur kurang lebih 70 meter . tak boleh bayang ? ukur lah, senang je . . lepas tu ada termiss barang so beli kat kedai serbaneka biasa je lah.sebelah seven eleven . saya Nampak sorang mamat ni beli air twister sejuk .perhh abang, pagi lagi ni .takkan beli air dah.abang, muka hensem dah tapi beli air twister. Rugi je hensem *gatal. Haha. Takpe lah saya bersangka baik pada abang .mungkin abang ni musafir . (Nampak macam orang sini je) –sambil dengar lagu musafir di aidilfitri.

Saya bukan nak dump lelaki , perempuan pun sama je , jangan lah PMS terlebih hari ye , dosa tu .

Okaylah .kenapa saya banyak cakap hari ni ? saya rasa boleh tukar tajuk entry ni kot . jadi stalk manusia tak pose . hewhew. Ok lah .

tercancel nak upload gambar . kbye . senyum sikit .baru hensem dan cun :) 






1 comment: