Thursday, 16 August 2012

iftar dengan kawan-kawan .

k. err assalamualaikum .
hari ni bukan nak cerita benda touching -touching. nak cerita pasal iftar . lebih tepatnya bebuka puasa . 

memandangkan tahun ni insyaallah last year kat sini (dengan kawan-kawan poli)  .so semester ni saja nak mengaktifkan diri berbuka puasa sana sini . ye lah tahun depan dah tak de kan . tahun ni berbuka puasa sedang bertitle student .tahun depan mungkin pekerja ? kan . tapi tak tahu berpeluang atau tak nak merasa iftar bersama kawan kawan yang saya sayang ni lagi *senyum * 

first iftar kat luar dekat padang mpk . macam dah jadi macam trend kan berbuka kat padang tu . nak juga rasa macam mana .kot lah nasi boleh tukar jadi pizza . ehee ( main main je) . by the way ,serius seronok sangat . time sebelum berbuka tu semua orang bising bising .time makan , fuhh saya rasa macam tengah makan kat padang tu sorang sorang . senyap sunyi . kakak ngan abang lapar ye ? alololo .. takpe takpe . makan lah sampai kenyang . 

dua hari lepas berbuka kat dewan maktab kat poli a.k.a dewan mahkota kalau tak silap ( saya memang tak alert bab nama-nama dewan kat poli saya ni ) 
saya buka puasa bersama kawan-kawan saya dari jabatan kejuruteraan awam .dapat duit raya sekali . oh terharu , terima kasih poli .

sehari yang lepas pun seronok jugak, berbuka dengan semuaaa classmate dengan lecturer a.k.a penasihat akademik sekali .yang menariknya kitorang bukan buka puasa kat cafe or kedai makan bagai tapi kitorang berbuka kat civil square . rasa bangga bila dapat lecturer dengan kawan -kawan yang sporting giler .  okay entah bila nak merasa lagi rite ? . semua pun takde lah ade yang buat tak buat kerja . semua sporting la (alah, macam lah selama ni korang tak sporting, yedak ? ) .lepas habis makan -makan semua tu .waktu nak balik semua dah salam salam ucap selamat hari raya . tak nak pergi kelas design lah tu .dan ya . dua orang je yang pergi . 

dan last iftar dengan kawan kawan poli , berbuka kat tanjung lumpur . best lah . tapi majoriti kedai makan kat situ semua full . gila kan ? oh salah bukan gila .. lepas makan singgah sembahyang kat petronas . sembahyang kejap .
lepas tu . tadaaaa ... tak jadi balik kamsis terus . pergi shopping raya mehh .
pergi kamdar  , macam biasa saya bukan kaki shopping . bukan saya . bukan saya . saya tak beli apa-apa pun . dan macam biasa , kawan saya yang kuat shopping tu je beli . lepas tu pergi depan terminal makmur . penuh nya orangg . kat dalam tu rasa macam pergi treasure hunt . serius . rugi tak pergi . sampai kaki gatal-gatal . 

ohh lupa , saya beli bunga api yang letup letup kat atas tu je dua . nak bagi kat abang saya . perangai budak budak dah datang . apekah kan ? 


btw hari ni my brother punya birthday, so happy birthday , abang semoga panjang umur dan murah rezeki , kalau rezeki awok murah boleh lah share dengan aku .tak gitu  ? *sengihsengih* 


  nak tumpang tanya boleh ? raya esok ke ? - soalan perli .*ketawa* 

okaylah sampai sini dulu .gambar saya upload nanti lah . :) okay selamat hari raya dari saya . lin acik dan keluarga . 








1 comment:

  1. duk tekun2 baca... pastu tiba2 tergelak dgn satu kata nie.....
    thanks buat saya gelak
    ^__^

    ReplyDelete