Saturday, 11 August 2012

jenis hati .



Kebelakangan ni lebih tepat jika aku kata banyak benda yang aku fikir dan banyak juga benda yang melibatkan hati .kalau manusia takde hati .macam mana lah kan ? . tersenyum sendiri .sayu bila fikir .besarnya anugerah yang Allah bagi pada kita .

Pernah satu masa dulu , hati rasa remuk jiwa kacau je .sebab?

‘dulu aku jahil’ .bercinta bagai . takde faedah langsung .

Okaylah .terlebih intro . jom kita kenal jenis hati

Qalbu makna pertama

Qalbu lahir atau dikatakan hati kasar iaitu seketul daging sebesar segumpal tangan terletak didalam dada sebelah kiri manusia. Hati jenis ini berongga dan tempat mengisi dan mengepam darah menjalar keseluruh urat saraf manusia, hati ini memang dapat dilihat, dijamah dan dikerat dan dibelah dengan pisau, ia akan hancur dan busuk berulat bila ia mati. Hati jenis ini terdapat pada jenis haiwan-haiwan yang tidak berakal yang mana tidak ada nilainya sedikit pun pada sisi Allah S.W.T.

Qalbu dengan makna yang kedua

Hati batin atau hati halus atau hati seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak dapat dijamah oleh tangan dan tidak dapat dikerat dengan pisau, tetapi ia dapat dirasa oleh pengakuan batin sendiri tentang wujudnya dan ia itu ialah suatu kejadian yang latifah rabbania atau yang dapat kita bahasakan dengan hati halus atau hati seni kejadian tuhan yang rohani. Hati ini berhubung rapat dengan kerja-kerja hati kasar tadi, perhubungan kerja diantara keduanya itu ialah suatu perkara yang tidak dapat diterangkan oleh otak doktor jenis manusia kerana hati batin umpama ini datang dari kejadian alam ghaib dan hati kasar adalah dari benda-benda alam kasar ini, bandingannya ialah hati batin itu laksana raja pemerintah dan hati kasar itu laksana raja tempat ia bertakhta dan anggota-anggota lahir umpama kaki, tangan dan sebagainya laksana rakyat jelata. Ia akan patuh kepada perintah raja, hati jenis ini tidak akan busuk, berulat dan tidak akan hancur buat selama-lamanya bila tubuh bercerai dengan nyawa (ralai). Dialah yang akan menemui alam akhirat, dialah yang merasa bahagia dan berasa celaka dunia dan akhirat. Dengan hati latifah rabania inilah maka hati kasar (jantung) itu dapat hidup dan berdenyut, ia mempunyai ta’aqul dan juga sifat-sifat ma’ani dari semenjak ia dijadikannya di alam arwah yakni sebelum ia bercantum dengan alam kasar ini. Ahli-ahli falsafah dan tassawuf adalah sependapat dan menakan hati jenis ghaib itu jauhar mujarat yakni ia bukan dari jenis benda-benda jirim atau ‘arad. Bahkan ia atau zat nya dapat berdiri sendiri dan terkaya daripada tubuh badan kasar, hati dengan makna yang kedua inilah hakikat kejadian manusia yang mempunyai tanggungjawab kepada tuhan didunia dan akhirat.

Nak baca lebih banyak lagi . tekan .sini  (link entry note tu ) 

Ps : terima kasih pada kawan facebook saya sebab tag note pada saya . sebenarnya dah lama dia tag pada saya . baru sekarang hati terbuka nak buka semula semua note-note .dan saya harap kawan facebook saya tu tak kisah saya share entry ni dengan kawan –kawan saya yang lain .semoga ada ganjaran pahala untuk kawan saya (yang tag pada saya ni )









No comments:

Post a Comment