Sunday, 30 September 2012

kahwin awal . bahagia atau sengsara ?

assalamualaikum semua kawan kawan ,

hari ni aku nak share dengan korang semua . by the way . entry ni adalah hasil daripada catatan yang diambil masa program ceramah semalam . tajuk ceramah tu 'kahwin awal ,bahagia atau sengsara '

aku mula mula dengar pun jadi ekcited nak pergi kan . nak kawen awal ke ? ehh #

tak de lah excited ,tapi kalau bahagia kawen awal .apa salahnya kawen kannnn . ehemm 

okay , sebelum korang start baca entry ni .sila senyum .haaa . senyum . 

'wahai orang muda , sesiapa di kalangan kamu mampu maka kahwinlah . sabda Nabi ni .

mampu yang disebut di sini .adalah mampu dari segi zahir dan batin . zahir tu maknanya makan minum , tempat tinggal, pakaian .dan semua semua yang seangkatan lah , batin tu , (rasa korang semua dah faham . )bab bab macam ni cepat je kan , sebut moment structure , design semua melolopng , haih , apelahh . 

kahwin muda , 
bahagia ? sengsara ?


ustaz cakap kahwin muda mungkin bahagia tapi mungkin tak lama . 

sebab apa ya ?

jawapnya . semuanya terletak pada takdir Allah , kita tengok pulak kahwin tu sebab apa , sebab dah tak tahan tengok awek tu cun sangat ke , dah tak tahan awek ajak kawen cepat ke dan ada jugak sebab dah terlanjur . sebenarnya ni banyak berlaku .

kahwin awal . --> bahagia sekejap --> cerai 

sebab ? tak cukup ilmu . sebab ikutkan nafsu . 

(yang diceritakan oleh ustaz ni memang realiti anak anak muda zaman sekarang , zaman boleh pilih couple sendiri . )

aku tak cakap kahwin lambat tu kompem bahagia ,

baru baru ni ade keluar kat hot.fm .
bercerai berai sebab ubat gigi 

hoii .ubat gigi je?

tengok-- 

so jom kahwin .ekeke --
ehh,takde lah .memain je.

boleh je kahwin awal , tapi kalau nak kekal sampai syurga , sampai bila bila , carilah pasangan yang berilmu , bertakwa dan berakhlak ,


berilmu 

lelaki : carilah perempuan yang berilmu , nanti kahwin dengan emak kpd anak  yang  cerdik nanti dapatlah anak cerdik ,kann ?

perempuan : carilah lelaki yang berilmu , nanti syurga korang bawah tapak kaki suami kann ?kalau kita jahil dia boleh tolong ajar kan .kan ?? 


bertakwa 

lelaki : senangcakap lah kan , perempuan yang bertakwa ni dia kan beriman so , dia takkan langgar perintah Allah .so secara logik akalnya Allah bagi bonus dekat lelaki ni . tak payah dah tanggung dosa si isteri . tu belum masuk soal nusyuz dayus lagi ,haaaa kannn ? 

perempuan : carilah lelaki bertakwa . sampai syurga tuuuu ...

berakhlak 

lelaki : carilah perempuan yang berakhlak , (kalau nak bahagia lah kann ) . kat situ korang dah boleh fikir .bila dia ni berakhlak secara otomatiknya segala aib engkorang (lelaki) ni dia tutup , sebab ?  
yelah perempuan berakhlak ni , dia jenis yang baik baik , tutup aurat , dia dah jaga kelakuan dia ,takde lah datang fitnah fitnah dan gosip liar yang buat engko suka gaduh gaduh nanti .kann ? 

perempuan : kalau dapat laki akhlak buruk , malam malam pergi merempit . pergi disko .pergi berfoya foya . engkau pulak kena jaga anak kat rumah . sorang sorang . rumah pulak terpencil .kalau kena pecah rumah , kena rompak lah .camane ? haaaa . (tinggi pulak imaginasi aku ni .ishh ) 

tapi seperti yang kita tahu 

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan  yang baik untuk lelaki yang baik .
kalau tak baik ?
sempat lagi nak berubah ni
ehh-- 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

cinta dan sayang 

cinta yang betul betul cinta bukan lah cinta kerana nafsu *take note please .

kalau pakwe ngkorang cakap dia cinta kat korang tapi peluk peluk pegang pegang dan so on , engko ingat dia sayang ko ke ? dia cinta engko ke ? -ke engko suka jugak kena peluk . 
murahan nya -- .terasa ? memang nak suruh terasa pun . 

kalau laki tu cakap dia sayang ko (ehh sambung lagi ) 

ahh , taikk !! tolonglah perempuan .jangan suka sangat kena tipu ,

ustad kabor lelaki suka tipu .haaa . aku tak cakap .ustad yang cakap .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

lelaki akan terangsang melalui penglihatan .kalau tengok perempuan  tu mesti tengok atas sampai bawah . kat setengah setengah part tu dia scan lama sikit .ehh -- 

so perempuan , tu lah hikmah Allah suruh tutup aurat .

perempuan pulak dia ni mudah sgt cair dengan kata lelaki . macam aisss lah awokmerr ni .hehh .
biar tak hensem janji ayat power . -- yeke gitu ?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
as the conclusion .

kahwin muda ke , tua ke , sama je .janji cari laki yang berilmu, bertakwa dan berakhlak,
kalau gentleman , kalau suka, datang je rumah pasangan  engko , jumpa bapak dia ,cakap 'pakcik ,saya nak kawin dengan anak pakcik " 

pangggg ! *bunyi kena sepak .

motif ? anak pakcik tu semua lelaki .

hahh.nasiblah-- 

.okay lah .sampai sini je entry kali ni . byebye semua .assalamualaikum  :) .








Friday, 28 September 2012

memories or history #lagu satu


tadaa , okay hari ni aku nak cerita pasal kenangan aku dengan lagu ni . maaflah ,aku rasa macam ayat aku gedik sangat je hari ni . apekah apekah .

lagu ni . now aku tengah playing lagu ni . best ? tak sangat pun.tapi not bad lah .and im not the najwa latif big fans yang awesome tu pun . just suka saja saja . tak de pekdah pun kann suka ni .ishh ,teruknya .


lagu ni top masa zaman aku praktikal dulu . selaluuu sangat nyanyi kat komen . ehh ,macam mana tu ?
alahai , biasalah zaman praktikal adalah zaman kita berfesbook sepanjang masaa . tak gitu ?so apa lagi ramai lah manusia dan rakyat jelata yang update status pasal lagu ni .tak ketinggalan juga minah minah twitter yang htag kan #NP carta hati .haaa . macam tu lah .

tapi yang buat aku rinduuuuu sangat sangat pada lagu ni .err selalu sangat . tiap tiap pagi .mostly lah nak katanya kat hot.fm lagu ni berkumandang riang ditemani hon hon kereta sebelah depan dan belakang yang kadang kadang rasa macam nak je cakap .

pakcik . pak cik ni asyik tekan hon je . bunyi hon kete pakcik  sama je macam bunyi  hon kete saya punn . 
meh saya hon sekali . tengok --.

haa , menjawap menjawap . eh-- sapa yang pakcik sekarang ni -- 

nak cerita tu je lah , kbye semua .




Thursday, 27 September 2012

sabar lah , jangan marah marah :)

bismillahirahmanirahim ,
,


Ada seorang lelaki menemui Nabi saw., “Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepada saya ilmu yang dapat mendekatkan saya ke syurga dan dijauhkan dari neraka”. Nabi menjawab, “Jangan luahkan kemarahanmu." (HR. Thobrani, Shohih)


Nabi SAW bersabda : ”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim” (HR Bukhari dan Muslim)


Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)


Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)


Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu DaUD


ohh my baby ,


Serius ,
entry ni sedih dan tersangatlah menyayat hati ,aku nak cerita pasal baby aku ni ,
Seminggu dua minggu tiga minggu empat minggu ni , aku tengok keadaan baby ku sakit sangat dah gayanya , aku harap dia dapat bersabar dengan tuan dia ni .
Baby mouse lahh -.- .

dulu masa aku mula mula beli , perhhh , tahukah engkau wahai babyku , betapa aku sayang nak guna kau ,tapi kalau tak guna , membazir je aku beli , by the way . engko ni bukan free give waktu aku beli lappy ni dulu ke , maaf la .tuan engko ni mudah lupa daratan . ya lupa daratan , bukan lupa dara d.eh apa tu ? apa tu .

selalu aku campak campak je kau kan , atas katil lah selalunya , dua tahun wooo , engkau berkhidmat pada aku . tapi sekarang engko selalu je sakit sakit . iyelah , aku tido engko tak tido yedak ,.and selaluuu sangat engkau kerja 48 jam sehari . tak ada rehat langsung . sian jugak kat lappy . tapi nak buat camane . kerja aku banyak wooo .

tapi , sekarang ni, tolong la sihat demi aku . kejappppp je L . nanti bila sketch up dah siap, cadd dah siap . semuaaa dah siap . aku bagi kau rehat yang paling paling cukup (beli mouse baru .haha)

bukan tak nak beli mouse baru .tapi .... malas nak keluar . dan tak nak jalan jauh jauh jauh . engko kena tahu engko dapat tuan yang pemalas nak kelua .suka berhibernasi memanjang .
lappy ? nak kena service dah ? .wait .. wait . as soon as possible lah aku service semuanya k. 

Wednesday, 26 September 2012

rare betei

pada setiap yang berlaku,
itu bukan dari aku
itu kehendak Tuhan.

-september2012 

assalamualaikum , mohon jawap . 
hari ni aku tak nak lah cakap ayat yang korang korang semua susah nak hadam , sebab aku pun sebenarnya tak berapa nak rajin update benda yang 'main hati ' macam tu ,(sekarang lah , nanti nati kalau aku rajin dan nak menjiwa tak bertempat aku taip lagi , haaa )

ohh , sekarang aku nak cerita kat korang . jap , korang ? who ? . err .sapa sapa yang terhit dan rajin nak baca je lah okay . minggu lepas . ditakdirkan aku dapat ujian dari Allah , dan Alhamdulillah , sekarang  aku dah mampu tersenyum seperti dulu .wuwuwuwu . 

minggu lepas aku ada masuk satu seminar , seminar ADVANCE super student . bukan super spontan . no no no and no . *sambil geleng geleng kepala *nak cerita feel tu lah . 
mula mula tu aku rasa macam tak nak je pergi .ye lah baru je balik dari rumah . kerja yang sepatutnya buat masa weekend tu pun macam everest. kat rumah pulak ada majlis sikit , tak sikit lah , .tiga hari cuti tu memang tak membantu langsung untuk aku siapkan segala jenis esaiment ,task , autocadd dan sketch up , nak fikir idea lagi .doyaii . . so , kebarangkalian tak nak pergi tu tinggi lah kan , tapi dah bayar . cane ?lagi lagi bayar guna duit sendiri .lagi lah kena pergi nya . kalau free , paham-2 je lah.

dengan dua kaki ni , aku melangkah gagah (puihh) ke dewan seminar kaunseling . sebelum aku pergi tu ada jugak aku fikir ,bermanfaat ke benda ni , ada pekdah ke aku pergi seminar ni .kerja bertimbun . air takde kat kamsis , nak ter ter ,nak mandi nak sembahyang nak bangun pergi kelas esok pagi , macam mana . tension lagi .haaa .dua kali aku cakap pada kawan aku . rasa nak menjerit je kuat kuat .lepas tu nak basuh baju , lupa air takde , dengan muka hampa dan nak nangis nangis sikit . 

k ,berbalik kepada seminar , kena daftar nama .time daftar tu pun dah rasa macam menyesalnya aku pergiii , suruh datang pukul lapan, tapi pukul sembilan baru start class ,no mean seminar tu lah , firstly ,masuk-masuk dorang suruh senaman . chicken dance lah , gangnam style lah , macam macam lagi lah , tapi macam bese , engko ingat aku suke ke benda benda cenggitu ? mak , saya nak balik .lepas tu dia cerita cerita lah peraturan kelas dia . dia cakap phone sapa sapa bunyi . dia mintak 50 ringgit . adoii .so kalau kawan aku yang ada called aku , aku tak angkat malam tu , paham lah . sampai bilik dalam 12.30 malam , aku mandi , buat otocadd sikit lepas tu . tido 

aku ni kan manusia yang gelabah gelabah sikit bila tahu ada test tapi tak pandai pandai nak study kan , takpe takpe , relax , cool , fuuuuhh . 

alhamdulillah boleh je buat test tu , bincang reramai kann ,haha , sains pun sahabat saya yang paling paling baik tu tolong ,ye lah nota mesti dikongsi bersama , tak gitu ? hahaha .

seronok.

setiap hari , setiap masaaaaa aku ingat kat rumah , haihh , cane nak sambung degree ni deyy .

*entri ni tergantung . mengantuk .bye 



Saturday, 22 September 2012

rasa aku ,


.
Satu,
kalau aku jadi dia ,
maafkan aku puan bonda ,

Dua,
ringkas lebih seronok?
mungkin.
benda dah lepas,
tak payah ungkit,
Cuma jadi pengajaran,
nanti jangan buat lagi,
kan ?

Tiga,
kalau masih ada,
nak juga aku kabarkan,
satu daripada kami ,
bukan lagi tanggungjawap dia,
aku tahu,
sebenarnya,
dia tahu,
Cuma tak dikabarkan pada kami
*senyum*

Empat ,
orang baru ?
jangan kekok ,
biasakan saja ,
seronok juga kadangnya,
kan ?
*ketawa*

Lima ,
berkali di pesan,
walau dia dah berpunya ,
tetap juga nak
pergi tengok wayang bersama
makan mcd bersama ,
nak hantar aku pulang,
haa . yang ini kompem
seronok tergelak sampai ternganga.

Tujuh,
kerja kerja kerja,
task,
task
task
equal to ,
task(ssss) .
Haaa. Esaimen tak siap ,
macam mana
nak siapkan sketch up dalam masa satu hari,
tanpa ilmu ?
takpe ,
saya tahu,
Allah ada dengan saya
saya akan cuba -.-
*senyum dan berdebar *

Lapan
rasa kosong,
ahh sudah.
dah kenapa .
bercakap malam hari ,
Tiba tiba ,
satu dari ibu sedara kata
Bagus dapat boipren yang tidur malam.
kerjanya siang ,
err ,
terasa sebab selalu bercakap malam-malam,
okaylah ,
nanti saya cari boiprenn tidur malam ,
apa lah ,
Mungkin ,
kalau si keluarga tahu,
dia tak bagi aku kawan dengan
manusia ini ,
pernah ditanya ?
pernah sebenarnya ,
jawapnya ,
cukup untuk aku jawap seringkas mungkin,
*mak saya ada seribu satu jenis kawan*
terdiam sudah –
satu rahsia itu tetap juga tak dikabarkan
pada sesiapa ,
termasuklah
 orang yang paling paling rapat juga ,

Sembilan
Ramai yang kata aku perahsia,
perlu aku jaja pada semua orang ?
perlu aku kabarkan pada semua orang?
setiap cerita hidup aku ?
Cukup untuk aku saja yang tahu ,
rasa aku,
itu aku,
rasa tu ,
hak aku,

Sepuluh ,
aku ada seribu satu kawan,
dan aku perlu pandai bawa diri ,
ya pada setiap satu satu,
pada setiapnya,
Baru dunia Nampak sempurna,
baru hidup rasa lengkap,
kan ?
Tersalah pilih kawan ?
siapa kata,
memang tersalah tu benda biasa ,
tapi sedar tak sedar juga ,
dalam tersalah tu ,
tetap ada hikmah pada setiapnya ,

Dapat kawan alim ,
taat agama ,
sedarlah ,
Allah ajak kita ke arah kebaikan ,
ikutlah dia ,

Dapat kawan sama level ,
negative ada positif ada ,
sedarlah,
Allah nak kita sama-sama Berjaya
Dapat kawan over social ,
kenapa perlu tinggalkan serta merta ?
takut terikut ikut ,?
sabar ,
fikir dulu,
baru bertindak,
tuhan tak hantar  golongan ni untuk menyusahkan hidup kita,
apa salahnya bimbing dia ,
memang kita tak macam kawan yang alim ,
Tapi sekurang nya kita cuba ,
tarik semula bila hanyut ??
Allah tak hantar sesuatu pada kita ,
sebab sengaja,
sebab suka suka ,
ingat tu ,
Tapi dalam masa yang sama ,
jaga diri kita dulu ,
sayang diri kita dulu,
baru diri derang ,

Alhamdulillah setiap satu persatu.semua setel , Cuma esaiment je tak siap , program berjalan lancar . seronok lah jugak masa majlis tu , tapi serabut sikit , ye lah aku kan diangkat sebagai ajk serabut .haha .ehh , takdelah , main main je .

___________________________________________________________________________________


Hari ini buat pertama kalinya aku mahu bicara tentang seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku .orang yang mulia .dan bagaimana pandangan orang padanya.dia tetap mulia bagi aku .susah untuk meluahkan namun sekurang-kurangnya aku tahu dan aku pasti . aku sentiasa menghargai dia . aku tahu dia tak akan pernah dan tak akan baca , sebab ditakdirkan dia menghadap ilahi .siapa aku nak menghalang takdir ? . dalam hidup dialah yang pertama dan terakhir . hidup Cuma sekali . kadang-kadang memang Allah bagi dua tiga kali peluang tapi kadang kita juga perlu menyedari hakikat .kita hanya diberi peluang SEKALI  sahaja dalam hidup.segala yang terjadi bukan disebabkan dosa orang tua kita tetapi ditakdirkan Allah memberi ujian kepada kita .kecil atau besar ujian tersebut .itu bukan kerja kita .itu kerja Allah.
Semenjak sepuluh tahun lalu puan emak mengambil alih tugas dia . puan emak ditakdirkan perlu mengambil alih tugas si dia .puan emak wanita tabah .dari kecil aku sudah tahu . senyum.

Stop .
Apa yang perhatikan .yang jelasnya puan emak sentiasa menyediakan keperluan yang cukup untuk semua anak-anak dia . dan puan emak juga lah pakar motivasi paling lama yang aku kenal. Yang tak jemu mendidik dan menjaga aku.serta memastikan aku sentiasa merasa cukup segalanya .

Aku ? aku bukan lah anak yang terbaik dilahirkan mak aku .aku tak cukup sempurna untuk mendapat totally and fully perfect . aku tahu itu memang tak akan dapat  aku manusia yang mana tidak sesempurna orang lain .tapi aku tetap cuba menjadikan diri aku yang berkualiti .tidak terbaik di mata sesiapa pun tak mengapa . janji terbaik di mata bonda .

Psstt .: mak nanti tolong carikan jodoh untuk kite ye . *ketawa sampai guling guling *
.
kurang lebih sepuluh minit lalu,
satu panggilan masuk,

benda paling paling aku benci, akutak suka ,
engkau jiwa kacau ,
engkau stress,
kau marah aku,
kau tengking aku,
kau ingat aku ni apa ?
robot simsimi kat gugle ?


kalau engkau rasa aku simsimi ,
aku tak sebodoh tu,
sekering hati aku,
aku manusia ,.

kalau kau pernah menangis,
ketawa ,
aku pun macam tu ,

paham ? :/ 

aku tak tahu , ayat kau yang buat aku terasa ,
atau ,
aku yang mudah terasa ,
tak apa ,
Allah faham aku ,





Wednesday, 12 September 2012

impian

impian aku yang orang tak penah tahu .


Impian,
jalan hidup,
permulaan kejayaan?

ya ,

Tiga impian ,(dalam masa setahun starting from now)

# 01 :lepas habis diploma ,
nak sambung degree ,
then ,
bachelor in architecture ,

#02 : nak cuba hidup jauh dari keluarga ,
jauh jarak,
bukan jauh hati,
nak cuba berdikari,
taknak cengeng-cengeng lagi.


#03 : nak grad diploma on time ,
tak ada carry module ,
no extend ,
no gb ,
pointer pun mestilah nak yg paling paling tinggi ,
boleh score ,

Semua orang ada impian , dan diatas  tu impian aku .
Menghadap pantai,
angin pantai , sedap
laut tenang ,
macam faham apa yang kita mahu,
ia jadi apa yang kita nak rasa,
Pandang laut ,
Nampak impian ,
di tengah laut tenang ,
aku Nampak impian ,
impian,
impian ,

Nampak,
impian pertama,
tengah laut,
kat situ aku Nampak,
aku tengah senyum,
gembira ,
melangkah masuk u
utm skudai ? mungkin .

pandang lagi,
Nampak impian kedua,
Nampak keluarga ,
yang serius aku sayanggg sangat-2 tu ,
bagi aku hidup berdikari,
bagi aku jadi,
anak yang boleh harap diri sendiri ,
Aku senyum,
Aku pandang lagi laut tu ,
Nampak impian ketiga ,
aku Nampak hari aku graduate ,
pegang segulung diploma ,
pakai jubah konvo,
pegang bunga ,
aku senyum lagi ,
dan aku senyum puas ,
Tiba tiba ,
ada satu tembok ,
yang besar,
yang halang dari aku pergi kat impian aku tu ,
mulanya,
serius,
aku kecewa ,

tapi ,aku pandang belakang,
ya,
ada sesuatu yang sedang perhatikan aku,
yang support aku,
yang bagi pengharapan pada aku,
yang bagi kekuatan pada aku,
yang nak aku Berjaya ,
yang nak aku usaha ,
sebab ,
aku hamba Dia ,
Allah Hu Rabbi ,

aku nampak bayangan  Dia senyum,
aku rasa Dia makin dekat dengan aku,
aku rasa Dia datang lagi dekat,
lagi dekat,
dan aku rasa dia peluk aku,
dengan rahmat Dia ,
Allah tak pernah lupakan aku , Ya Rabb ,

Aku doa,
biar tembok tu pecah ,
nak kembali melihat impian aku,

Terfikir ,
doa saja tak cukup,
usaha kena ada ,
Dan pergi kat tembok tu ,
tumbuk sampai pecah ,
selagi mana mampu,
itu aku buat ,
Tumbuk lagi,
tumbuk lagi,
dan akhirnya .
Aku Berjaya ,
Pada setiap jalan berliku moga Allah permudahkan langkahku .
Buang masalah jauh jauh sebab aku ‘tak payah ‘ ada masalah . buat apa nak fikir fikir lagi ?
Lepas habis diploma terikat dengan penaja ?
hubungi penaja, cakap nak tangguhkan kontrak ,
nak sambung degree
apa yang susahnya !!
Lepas ni, ambik degree kos sara hidup meningkat?
takut tak mampu ?
dah biasa suka membazir duit ,
jangan fikir ,
mintak lah ptptn pulak,
kalau family tak mampu lah ,
kalau berpeluang ,
 insyaallah mintak lah penaja sambung taja lagi ,
ingatlah ,
duit bukan segalanya ,
jangan fikir sangat ,
Allah dah janji,
setiap manusia tu dah ditetapkan rezeki masing masing.

kalau Allah tetapkan jalan kita begitu begini ,
ikut saja ,
insyaallah ,
dia dah bagi yang terbaik untuk kita ,

Janji aku : aku akan terus dan boleh Berjaya  :)













patutlah :/




Patutlah praktikal dulu berat naik tak dijangka ,
nasib baik turun semula dah,
haha ,rasa hebat sikit lah sebab dia baik hati nak turun . kan :D

Praktikal adalah masa yang paling sesuai untuk menghadamkan apa yang diidam .ewah ,

kadang –kadang aku rasa lawak bila ingat semula ,
duduk kuarters dengan kakak aku ,
tiap tiap hari tak payah masak ,
petang petangpergi kedai makcik sebelah  seven e ,
beli nasi,

kalau tak pun,
pergi pasar malam ,
yang tu aku suka tu , wiwiwi ,
dah lama ,
tak pergi pasar malam,
tak pergi beli mee bungkus,
Tak beli steamboat,
tak beli aiskrim goreng yang sedap tu ,
whooaaa .

menguntungkan kat area sini,
tiap tiap hari ada pasar malam ,
nak aku senaraikan ?
takpayah lah ,
korang bukan orang pekan pun,

time praktikal dulu
.. pernah lah jugak aku masak ,
tapi
yang simple-simple je la,
kueh tiaw contohnya,
kalau tak pun tomyam ,
janji cepat dan senang ,
dan ada instruction kat blakang packet perencah tu ,haha
pernah sekali masak lemak cili api ,
letak udang,
dan letak pokok serai .
akak aku bising sebab batang serai tu panjang sangat , 

haha , selok dia cite kat mak ,
tapi macam biasa lah ,
mak akan bake up sapa ?

ehemm .*sengih sengih*

AKU laa !!! .

Mak cakap tak pe , tu proses belajar .

Tu lah masakan paling ohhsem pernah aku buat ,
masak pokok serai . kau ade ? 

takde kan .

Dah diam . hwheheeh .

Haa ,,

Eleh , akak pun same je ,
masak soto ,
goreng kacang ,
meletup sikit ,
tutup api dapur ,
start kereta ,
balik rumah mak .
sambung masak kat rumah mak pulak ,
motif?? Haha .
haaa . lagi hebat ,haha .

Itulah salah satu sebab kenapa kita kena kawin dengan orang dekat ,
faham tu ,

. perh lambatnya jumaat,
nak balik,
nak pergi pasar malam,
 : (

k.bye .

ps: ntah kenapa banyak sangat haha yg keluar hari ni :/











Monday, 10 September 2012

tutup mata buka hati


Satu ;

 pengharapan yang tak ada kesudahan, perlu ?
dah terang terang ,
tak perlu kan ,*tutup mata*


Dua :

bukan senang nak suruh orang masuk dunia kita,
Kita nak masuk dunia orang nanti,
Macam mana ?
aku tak minat nak masuk dunia orang
aku harap orang pun macam tu ,
tak payah,
tak perlu,
tak penting untuk masuk hidup aku,

sekarang,
baru aku faham,
baru aku tahu,
orang sekeliling juga
kadang ,
tak faham aku,

tak berminat nak faham, ? mungkin,
ahh , biar kan ,

kalau engkau di tempat aku , macam mana ? :/

tiga :

 kadang kadang ,
demi sebuah perubahan,
kita perlu buat
apa yang kita LANGSUNG tak suka ,
serius , aku tak tipu ,
makan hati ?
benda biasa kan .
bila tengok masa lampau,
baru aku perasan,
banyak hati yang koyak,
banyak jiwa yang rabak .
sebab aku ?
sebab engkau?
atau
sebab dia ??

empat :
aku tak tahu pengakhiran sebuah ‘kesabaran’
aku cari,
tapi tak jumpa,
aku tunggu,
tapi tak muncul tiba ,
hikmah ?
tuhan tengah simpan .
bekalan untuk akan datang ? mungkin ,
lima:
Nikmat tuhan hari hari melimpah ruah,
Alhamdulillah , Allah memang maha pengasih lagi maha penyayang,
Syukur pada setiap kurniaannya,

Enam :
Semalam aku takut untuk bangun,
hari ni bila aku dah bangun,
aku takut untuk jatuh ,
ya,
jatuh yang tak diingini sesiapa,
jatuh yang tak diingini manusia,
kalau jatuh juga ?
Anggaplah Allah sedang menguji,
jangan cepat melatah,
jangan cepat melatah,
dan,
jangan cepat melatah,

Tujuh :

Cita cita yang masih samar-2 ,
adakah aku perlu untuk cari petunjuk dari sekarang?
atau
belum tiba masa ?

*aku tak tahu *














Saturday, 8 September 2012

fakap day ,?

jangan fakap-2 lah ,Allah baru uji sikit je tu ,
kata stronger ,
nak jadi perempuan hati besi,
elehhh ,

serius,
tension nya hari ni !

bangun pagi ,
ada orang ajak saya pergi joging ,
ahh, cancel ahh ,
lepak kat tasik poly je lah ,
(pergi jugak )
ok saja,


lepas habis round satu poly ,
lepak dekat court netball ,
pagi tadi,
dengan si sahabat ,
tadi kan, masa lalu depan dewan seri makmur,
masa  lalu tadi , (berapa kali nak cakap ni,)
ada sekumpulan budak lelaki ni,
kamsis diorang ada program ala-ala
merentas desa poly ,
haaa , macam tu lah .
ada sorang budak ni dia terkentut ,kuat pulak tu ,
hehh ,
apa ni ,
tak tahu lah yang mana satu ,
kentut bersepah ,
tak senonoh betei ,haha

adik junior , awak sungguh lawak :)

tahukah anda, kentut dan sendawa (ye ke eja sendawa ni)
boleh menyebabkan pemanasan global ,
sebab anda mengeluarkan gas . gas metana , kalau tak silap.


balik,
makan mee goreng,
sambil tengok cite kartun
planet sheen , haa . kau ade ?
sheen tu kawan jimmy neutron . kalau kau tak kenal lah .
haa :D
sakit perut ,
ahh, dah kenapa


makan pagi tu kurang lebih
pukul 10 ,
naik bilik,
lari laju-laju,
ahh, bukan aku nak joging lagi ,
nak kejar masuk tandas ,

lepas tu,
on laptop ,
tulis kat tumblr sikit .
n tengok fb
tengok facebook macam masalah,
ahh , apekah ,
geramnya ,
facebook tu memang dah tak boleh pakai ,
so aku buat lah facebook baru ,
add kawan kawan ,
derang cakap macam retis ,
banyak facebook ,

aku bukan nak jadi retis lahh ,
dah ada orang hack --
nak buat cane ?
sedih ni--

aku add sume kawan kawan ,
sampai request limit ,
sebab aku sayang kawan aku,
tau ?



# aku geram sikit

1. kawan aku cerita benda yang tak sepatutnya dia cerita ,

kawan ,
sepatutnya ,
cerita tu kau simpan dulu,
diamkan,
biar jadi rahsia hidup,
dah besarkan?
dah matangkan ?
so please ,

2. adik ,
herm , ni pun buat aku geram juga ni ,
buat request minta kredit ,
,dah awak yang mintak,
awak lah buat request ,
apa akak kau ni pulak yang kena baik hati ?
eii ,
geram,

3. orang sekeliling,
please ,
faham saya sehari je ,

4. semorang,
kalau tengok perempuan emosional,
tengok perempuan marah-marah,
dikatanya PMS ,
oih , fikir lah sikit ,
kalau engkau tak buat dia marah ,
kau ingat dia nak marah ke ?
so,
please,
please
and,
please ,



bye ,assalamualaikum ,





Wednesday, 5 September 2012

the rare rabu , stringy

#01 : pagi tadi terbangun lambat . gelabah lah , subuh lebih daripada gajah dah . hmmm .

#02 : tadi , ada test structure , aku cuma dapat jawap 4 /8  soalan je . my mark ? hancur lah agaknya , kepala bukan kepala engineer , macam mana yedak ? . takpe , 
nanti next test saya buat better than yang ni . 
bukan tak cuba belajar , 
aku dah cuba-- 
tapi ,
mungkin rezeki masih belum memihak kepada aku ,
dan aku tahu
Allah nak aku usaha lebih lagi .
*senyum *

#03 : hari ni kelas sains takde so , ingatkan boleh balik awal ,
then ada someone told me , ada ganti dengan kelas communicative english ,
kelas english tu , lecturer tak bagitahu pun nak present hari ni
dan ya
kami semua
sekelas 
markah kosong .
tak ada langsung ke peluang untuk kami 
membetulkan keadaan ?
agar markah kami tak kosong?

#04 : balik kelas ,ada sedikit terasa dengan manusia sekeliling ,
hati kata tak apa ,
jiwa?
diamkan saja
rasa tu tak lama ,

#05 : balik kelas , tertidor . ter sengaja-- , 
mungkin ,
bangun kejap ,
sembahyang ,
lepas tu sambung tidur ,
rasa gila sekejap ,
hilang ingatan kejap ,
tulah== 
orang dah pesan 
jangan tidur
petang 
jangan tidur petang ,
degil ,

#06 : order makanan kat cafe ,
order pukul 6.30 
dapat pukul 8 ,
makcik , 
lamanya -- 
nasib baik makcik baik ,
hmmm ,
saya tahu makcik nak ajar saya jadi manusia sabarkan?
takpe,
saya cuba :) 

*saya cuba walaupun perut saya ni dah macam oppa gangnam style , lapar :( .

#07 : tadi called mak ,
ada ke patut ,dia cakap aku lupa dia,
mak salu buat ayat touching macam tu ,
padahal ,
tiap tiap hari aku ingat,
tiap tiap hari tak lupa :/ 
biasanya hari ahad balik poly ,
hari jumaat balik rumah semula,
cuma kebelakangan ni busy sikit ,
tak boleh balik tiap tiiap minggu ,
alaaa
lagi pun ni baru masuk minggu kedua 
tak balik kannn :( 

#08 :akak suruh balik, siapkan majlis dia, hermm , sorry , tak boleh balik awal, :( 
--sedih lah .

#09 : im in love with design , so chalo ! gua cau dulu , aceceh , 
okaylah , 

aku nak sambung buat kerja , nak tengok hari jumaat .kbye , assalamualaikum :) 
















Monday, 3 September 2012

chalo !

selepas tiga hari tak dapat tidur dengan nyenyaknya .
sebab ?
photoshop ,untuk  site analysis (kajian tapak )  , 
semester ni site kitorang dekat je 
 ,site ktorang tengah bandar
the esplanade , depan HTAA,
dekat benteng , 

*semua aku nak cakap ni . dah kenapa kan ? *hmm .

type entry sambil dengar lagu jerrypah .rasa macam nak type laju laju . :) 

alhamdulillah dalam masa tiga hari ,
baju sebakul tak basuh,
makan lintang pukang,
mandi pun, lambat,hehh 

finally , 
siaplah photoshop saya ,its done :) 
dan 
dah hantar tadi,
lecturer kata ok n blablabla (tak penting rasanya) ,
(hari tu dah buat tapi gambar dia pecah pecah, ye lah , budak baru belajar kan )
lecturer pun faham,
dia tak marah dan,
aku suka,

semalam after pergi print photoshop tu,
pergi kedai beli aiskrim ,
ala ala merdeka gitew , tak terbeban dengat task dah kan ,
seronok sangat dapat makan eskrem gayanya , haha .


oh tadi alhamdulillah , 
dah selesai mid term port folio .
seronoknyeeee .

rasa hilang satu beban ,

daN sekarang boleh tidur nyenyak dah rasanya , dan qadha' tido , semalam dapat tido kejap je .

jadi , saya tidur dulu , assalamualaikum .

next phase , untuk design , saya akan buat better daripada ni . doakan kejayaan saya :) 


#kawan aku gaduh ngan awek dia lah sebab aku kawan dengan dia , acane ni ? . kawan , adey , adey , adey , 

 (awek kawan aku) : mintak maaf lah , err , speechless , 

kawan aku : aku tak nak kawan dengan kau dah lah  :/ .kalau kau dah baik dengan awek kau nanti , tak payah kabarkan pada aku . 

_____________________________________________________________

kawan baru :

 selamat masuk dunia aku 
dunia serabut,
dunia hati besi,
dunia hati kering ,
dan dunia budak architecture ,
almaklumlah ,
dunia kita berbeza :)

chalo ! 

*aku suka ayat kau tadi *







Saturday, 1 September 2012

saja borak borak kosong

entah kenapa , rasa nak update lagi . bukan nak suruh sapa sapa baca pun tapi 
rasa macam ,,, 
aku suka untuk berkata-kata .
apa? bising ? shedap u.
k. jangan lah terasa , gurau je .

hidup manusia 
ada macam macam peel ,
ada yang terlalu boleh diterima
tapi
ada juga sampai tak ada yang mahu melayan karenahnya.
engkau? dibahagian yang mana?

aku jawap aku dulu lah , 
boleh ? 

aku. manusia biasa saja, 
sempurna ?
itu bukan aku rasanya,
kehidupan aku
dari kecil sampai besar 

ya , kecil dulu aku anak yang serba serbi lambat ,
ya,
berbanding adik beradik yang lain .
termasuk lah segala 
aktiviti aku kat sekolah,
aku takkan join .kecuali 
aku rasa aku akan menang .
heee

.(aku masuk pertandingan .menang wowowowo . bangga ) 

masa sekolah menengah 
baru aku fikir nak fight 
dengan adik beradik.
aku tak bagi tahu sesapa ,
cuma 
cukup aku saja yang tahu 


serius,
bila kita bukan didepan
rasa macam terbuang
siapa yang buang ?
tak ada sapa sebenarnya.

dalam fight dalam diam tu ,
aku mula rasa aku mampu lebih dari orang
lain,
serius ,

result aku pun takde lah cemerlang mana , (bagi orang lain)
tapi aku mampu capai target aku .
sape tolong ?? 
ALLAH. :) 
nampak kan ? aku tak pernah sorang sorang .Allah ada dengan aku
yesss, setiap masa ,
lebih setia dari sang manusia , 

sebelum aku capai target aku tu ,
beribu kali aku pernah tak mampu capai ,
kalau diingat ,
dari kecil 
aku pernah dapat nombor  kedua last dalam kelas ,
duduk kelas last pun penah ,


cukup untuk aku kata

bukan semua benda aku nak aku  dapat .

masa belum matang, tak fikir terus sembur je, rasa sedih menangis segala, ishh cengeng nya masa tu , 
menyampah, tapi nak buat macam mana  , itu aku ,
takpe lah, belajar dari kesilapan,bila rasa jatuh terus marah , kata tuhan tak adil .
- ya hidup aku tak semudah yang disangka, dulu jarang orang melaluinya, sekarang?
mungkin lebih ramai,dan mungkin makin ramai manusia yang mengerti apa yang aku rasa dulu ,
cukup sekadar aku kata mungkin
mungkin
mungkin ,dan tetap selamanya hanya mungkin,

(mengharap Allah ampunkan dosa dosa aku kemarin, masa belum meningkat dewasa.)

Alhamdulillah bila aku masuk sekolah menengah (form4 sebenarnya) ,\terasa cerdik pandai sikit woii .
dapat rangking top 3 
pelajar harapan SPM .
-geli sebenarnya , malu sebab aku bukan budak pandai. 

bukan nak bangga , cukup untuk aku kata budak nombor kedua last dalam kelas last 
dapat nombor satu . dan aku naik kelas first . , 
seee ?
semua atas usaha 
bukan usaha aku 
tapi usaha si ibu 
yang tukarkan aku sekolah 
ya ,

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MUADZAM SHAH ,
bior dalam hutan pun tapi , dia tetap best , rasa macam besor duduk sekali dengan akak akak ngan abang -abang politeknik muadzam shah , heee :) 

*masuk part tiba-2 *

zaman aku kecil dulu , aku takpernah ada kawan baik, 
cukup hanya kawan biasa biasa dan
kawan yang nak share kerja sekolah dia dengan aku .hee .

baru aku perasan , aku bukanlah seorang yang perlukan
kawan baik waktu tu ,
siapa kawan baik aku ?
mestilah si ibu ,
terima kasih mak .

masa kecil aku 
stiapnya semuanya dengan mak
sampai sekarang pun ,
aku tak manja ,
cengeng ? lagi lah taknya ,

kena marah dengan emak ? 
itu selalu , 
aku kan anak yang slow .
hmmm .. 

tapi aku tahu mak marah sebab 
mak sayang aku ,
kalau dia tak marah 
mungkin aku sekarang 
jadi anak liar ,

walau serapat mana aku dengan si ibu ,
aku tetap rasa aku bukan yang terbaik untuk dia 

*play* 
(untuk dia hey untuk dia ) -najwa latif pulak dahh , 

sambung 
siapa yang terbaik 
?
mestilah anak dia yang lain 

yang berjasa kakak long
yang lembut kak. angah
yang sabar abang
yang cerdik pandai adik bongsu 
yang rajin teman dia berkebun adik lelaki aku .
aku ? takde rasanya 
*woiwoi , buat sedih pulak dah 

mak aku tak kabor ke aku , dia kabor ke makcik aku , aku anak dia paling simple 
aku anak yang pandai berdikari masa duk asrama,
kecik-kecik dah hantor asrama .hmmm
aku anak yang tak boros , sebab kalau adik beradik aku sebulan mintak dua tiga kali duit,
aku ?
mak tak bagi aku tak mintak pun .sebab aku tahu kalau mak aku bagi adik ngan abang aku, dia akan bagi aku sekali.hawhawahaha
kalau takde duit 
abis abis aku keluar simpan  je . sampai kering .heee :) 
masa zaman poly je , sebelum dapat biasiswa ni aku banyak habiskan duit mak aku 
dan
aku anak yang tak suruh dia masak bila takde lauk kat rumah
*aku rasa sebab utama tu je 
kalau adik beradik yang lain ,
demand ,
nak mak masak jugak .
alasan derang?
lambat pulak dapat balik bila balik kolej nanti .
alasan ...
puihhh ....


nanti aku sambong cite .maghrib dah  :)