Tuesday, 6 November 2012

enamsebelas

tiap satu persatu , semua kurniaan ilahi pada aku . aku terima .

hari ni genap sudah dua puluh tahun aku di dunia yang sementara ini . 21 ? kalau panjang umur . aku merasa angka tu .kalau ditakdirkan aku perlu menghadap yang Maha Pencipta . aku redha .tiap satu persatu yang tertulis .itulah yang dinamakan takdir .

tiap  nikmat Allah bagi  pada aku . alhamdulillah . setiap nafas , setiap degup jantung , setiap titisan kasih sayang yang Allah bagi untuk aku . ya , aku bersyukur . semakin aku membesar dan semakin aku menginjak dewasa . alhamdulillah .semua bawah lindungan yang maha Pencipta . Rabb , alhamdulillah . terima kasih Allah .

yang kedua , 
untuk mak , terima kasih atas susah payah melahirkan saya . dan terima kasih menjadi seorang ibu yang kuat untuk saya .yang membesarkan saya .  yang jaga saya waktu saya sakit . yang sentiasa ada belakang saya bila saya rasa 'jatuh ' yang tak pernah patah semangat nak suruh anak mak yang malas ni malas nak belajar . yang selalu datang melawat saya kat poli masa sem satu dulu .tiap tiap minggu tu .ehhh -- .
yang masak bila saya nak makan makanan yang saya mintak mak masak . yang bagi saya belanja masa sekolah dulu .yang panggil saya makan bila saya merajuk .kahkah . macam budak kecik . dan terima kasih .seribu satu kata terima kasih saya untuk mak . 

terima kasih kerana mengurniakan saya macam macam jenis kawan yang boleh buat saya memerlukan kesabaran yang tertinggi , yang rasa disayangi . dan seribu satu jenis kawan lah .

terima kasih pada semua orang yang wish birthday saya . dan ramai yang saya tak sangka . saya tak  aim pun yang dia akan wish pada saya . terima kasih semua . hihi .

setiap apa yang berlaku dalam hidup . aku ikhlaskan . bila itu bukan lah kehendak aku , aku tahu itu ujian . tanda Allah sayang pada aku . dan bila masa aku rasa 'tak cukup 'alhamdulillah allah selalu bagi aku rasa cukup . walau dengan cara yang berbeza . segala keluhan aku mampu senyumkan .
ya , dunia buat aku mampu jadi seperti manusia matured . aku matured ? entah . itu orang yang judge . aku tak tahu .

setiap kali ada yang buat aku rasa tak mampu untuk lalui sesuatu ,aku tahu ada yang sedang perhatikan aku , ya , aku cuba  sabarkan diri . aku cuba cuba cuba dan cuba . berjaya atau tidak ? entah . jawapan itu masih bukan pada aku . aku harap yang memerhati tahu . ya , kerana dia Maha Mengetahui . 

kalaupun sesuatu itu dari sekecil zarah sampai sebesar dunia . aku cuba untuk terima dengan ikhlas . sebab aku tahu . masa depan aku pada Allah . masa depan aku milik Allah.

pada setiap doa ku 
tetap benda yang sama yang terbit dari hati kecil ni 
jangan pesongkan imanku setelah engkau berikan petunjuk-
permudahkan urusanku dunia akhirat .
doa untuk ibu bapa dan pendidik aku .

Rabb , terimalah doaku :') 

*stop*



No comments:

Post a Comment