Saturday, 30 November 2013

bersahaja

Bersahaja . #travelog90hari.



Dengan bersahaja aku melangkah mengikut mana kaki nak tuju . akal seakan berhenti berfikir , hati bagai pudar rasa . terlalu bersahaja mungkin .satu tempoh yang  cukup bagi menghilangkan rasa pada hati . mampu memudarkan perasaan penuh perasaan ingin tahu . aku ibarat membunuh diri sendiri . sebab ? terlalu bersahaja . mungkin . untuk beberapa millisecond aku seakan hilang arah . mana aku pergi ? entah .
Dalam keadaan bersahaja tiba tiba aku tersentak , masih mengorak langkah kearah yang dirasakan kesilapan . namun aku masih meneruskan kehidupan . dilalui pula jalan yang penuh dengan cabaran . makin pula aku  merasa bersalah pada diri sendiri .
Tanpa sedar aku dah memilih jalan yang benar .lama juga masa yang aku ambil untuk menyedarkan diri dari sifat bersahaja . fikir untuk kali ke dua dan  secara tak sengaja aku terjumpa hikmah disebalik kejadian. Sebenarnya  , mungkin ini jalan yang harus aku lalu dari dulu .  jalan bersusah dulu baru merasa senang .
Sebelah dari hati sudah berani mengatakan aku perlu suka dan aku akan suka pada jalan yang aku akan lalui sepanjang perjalanan ini . I have to love what I do . Cuma , aku tunggu hati sebelah lagi untuk memberikan kata yang sama . walaupun jasad penuh bersahaja . hati , kadangkala perlu belajar bersahaja . hati juga perlu sentiasa serius , aku rasa .

Persepsi negative dan positive berlegar di ruangan akal . Cuma aku yang perlu pilih yang mana hal yang akan mendewasakan aku masa depan . bila hanya aku yang boleh buat keputusan maka banyak lah sisi luar akal yang sama sama give he/her opinion yang kadangkala aku tak minta .selalunya telinga tetap aku tadahkan .

Dengan bersahaja aku masih bertahan buat benda yang aku kurang suka . satu hari nanti mungkin ini yang paling aku suka . mungkin ? bila aku dalam keadaan tiada pilihan aku rasa I have no choice . empat sisi tampak penuh memaksa .selagi aku mampu ukir lekuk senyum dimuka , aku akan bertahan .

Kenapa masih ada aku disini ? kerana doa kalian yang menguatkan hati aku disini , kerana doa kamu , kamu dan kamu . ya , yang paling agung aku di iringi doa ibu .dan hal yang lain nya terbawa aku ke sini , kerana  banyaknya rahmat dari Tuhan ,

jika kamu yakin dengan Allah , kamu akan dapat apa yang tak kamu jangka .kamu akan dapat yang lebih baik dari apa yang kamu fikir . ajaib bukan .?

 jika kamu jadikan Allah sumber kekuatan , kamu akan jadi lebih kuat dari apa yang kamu jangka .Allah sentiasa ada dengan aku untuk aku terus bertahan . Allah selalu bagi rasa tabah . untuk kamu juga.

jiwa yang rapuh tak selamanya jatuh . ingat , Allah ada . bila rasa banyak benda yang menyesakkan dada , bertahan lah  . jangan give up . kalau stress , dongak kan muka ke langit dunia .pandang langit atas sana . untung untung  ada sekor dua burung tengah terbang riang . boleh bagi hati tenang .

end.

entry draft on october 2013

move on #secondstep

Setelah sekian lama tak kerja , duk menganggur kat rumah finally ,  pergi juga mintak kerja . kerja sebagai apa ? sebagai operator . nak pandang aku dengan sebelah mata ? sila.

Apa pandangan orang pada aku , itu jatuh ke hieraki ke dua . yang utama . aku kena cabar diri sendiri . as long as nama aku lin . aku mesti harus kuat . aku bukan lah manusia yang paling tabah dalam semua hal tapi sekurang nya aku perlu jadi apa yang aku fikir aku perlu untuk mampu .

Hari ni second day aku masuk kerja , makin dekat dengan dunia yang amat lah ganjil bagi aku . tapi aku steady lagi lah . lagak macam dah lama masuk . ya , kadang kadang , pura pura boleh jadi baik dalam satu satu hal.

Hari kedua aku makin mengerti . kenapa Tuhan hantar aku ke situ . aku jumpa pelbagai jenis manusia . kalau selama ni aku jumpa manusia yang tampak sempurna dimata manusia lain . kini aku jumpa satu dunia yang penuh dengan sifat kekurangan. Namun mereka masih mampu meneruskan hidup . ketawa ria . semua mereka jug ada rasa . cukup bukan ?

Kadang kadang didepan hanya ada satu jalan . yes , have no choice . bila rasa takada pilihan yang boleh dipilih . anggaplah itu jalan terbaik daripada tuhan.
Okaylah , doa kan aku , agar aku mampu tahan dua bulan .

Undilah lin . demi Negara . yeah!

#entry draft on 24 oct 2013

on october

. Aku manusia yang selalu nak move on dari hidup. Dan aku juga manusia yang selalu jatuh. Tiap kali jatuh tiap tu jugak aku cuba moving on . aku tak kuat , aku tak setabah orang yang mampu tahan air mata.air mata ni hari hari jatuh . tak adil kalau aku simpan air mata kalau dalam masa yang sama jiwa aku tak kuat . kan ?aku belajar untuk adil dalam segala hal . termasuk dalam sekecil kecil hal. Aku memang perempuan air mata . perempuan yang bukan jadi kegemaran para lelaki ‘perempuan air mata’.sampai sekarang pun aku tetap setia memegang award perempuan air mata. Kakaka . walaupun memegang gelaran tu aku selalu gelak tak sopan  . tak sopan hanya di alam siber .ehem.
Dalam hitam putih warna hidup . sejujurnya aku selalu rasa hitam lebih setia bersama aku jika nak dibandingkan dengan putih. Sebab ? aku rapuh . kadang kadang aku pandang lifestyle aku lebih pada pandangan negative

‘lin , you are soo childish .’ 
‘ohh ya ? who care ? ‘
Lagi beberapa weeks ,days , lagi im 21 years old . dan insha Allah aku nak jadi perempuan yang super duper power dan mengehadkan jumlah air mata ke nilai yang lebih berpatutan . just crying if im feel soooo down/sad . dan semestinya aku menangis atas tikar sejadah . ya itu antara aku dengan Allah .
Antara aku dengan manusia . sapa buat aku . siapppp ! bior dia jatuh tangga . 
Em em . aku main main je tadi . aku doakan agar sesiapa yang rasa tak ngam / tak masuk dengan aku agar dia takkan pernah jumpa dengan aku .
,

Wednesday, 16 October 2013

move on #step one

Kemiskinan boleh menjadi satu ketentuan tetapi ianya juga satu pilihan . melayu memang banyak beralasan.masih mencari salah teman sedangkan yang lain sudah jauh ke hadapan –anonymous

Beberapa millisecond yang lepas terjumpa komen ni dekat satu blog .
dan tak henti henti aku ucap.

Betul-
betulll-
and betul.

Dan ya ,
aku ucap betul.
sebab banyak alasan
yang dah aku beri .

Dan I admit it ,
memang salah aku -
sentiasa mengharap sesuatu yang paling baik
mengharap tiap yang tampak sempurna

Sedangkan ini jalan yang dah Tuhan beri-
untuk masa kosong hari hari.

Sekarang -
tunggu apa lagi ?


She_lin 4 oct 2013

Wednesday, 24 July 2013

petua kurangkan lapar dan dahaga pada bulan puasa

assalamualaikum :)
hari ni nak share sikit ,pasal petua kurngkan lapar dan dahaga di bulan puasa .

   
Kalau nak  kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa
amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga. Mesti sahur . Ketika nak makan nasi, bacalahselayaknyasebagai seorang Islam. 
Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan       
nasi segumpal. 
Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3
gumpal tu makanlah seperti biasa. 
Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji . 
Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, 
baca lagi makan kurma lagi. Sampailah 7 kali.


Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya. 


SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang 

dalam badan kita dengan izin Allah swt.


 Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita.




Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan 

tenaga. Cuba lah dengan izin Allah swt .  



wallahualam . 

selamat menjalani ibadah puasa :) 

Saturday, 13 July 2013

main gila ?

hello people ! assalamualaikum J
takada apa yang istimewa
Cuma aku nak cakap 
aku dah dapat beli
 buku yang 
aku nak 4 or 5 month ago .
alhamdulillah . hari ni dapat dah .

tajuk dia main gila .

Esok puasa dah . so selamat berpuasa .
Jangan ponteng ponteng ye .
Senyum lah.



Ramadhan 1 .

Ramadhan pertama berlalu dengan cukup sederhana . rutin bulan puasa , lepas sahur menghadap laptop pagi pagi buta , lepas tu sembahyang .lepas tu ? tido .
bangun tido mandi lepas tu teruskan aktiviti tak productive macam biasa .
berbuka pulak takde agenda agenda memasak yang terlalu horror membuat kan wanita taknak turun ke dapur . lauk biasa biasa je .
kuih muih ? beli jela kat bazar , boleh beli dua tiga jenis . jangan lebih .nanti membazir .

ramadhan ke duapuluh satu




Salam Ramadan untuk seluruh umat islam di rata rata pelosok dunia . ini ramadhan ke dua puluh satu bagi aku . dua puluh satu bukanlah sejumlah angka yang kecil . dan bagi seseorang manusia dalam usia dua puluh satu baginya sudah cukup dewasa daripada menjadi seorang remaja . 

Dalam usia remaja meningkat dewasa ni apa lagi yang lebih diharapkan oleh seorang manusia melainkan mahukan satu perubahan untuk dapat tenang di alam sana . alam kekal .
Bagi aku bulan ramadhan adalah bulan yang paling sesuai untuk aku berubah .berubah menjadi lebih baik untuk Allah , untuk mak dan ayah yang selama ni menanggung dosa dosa aku .dan tak lain tak bukan untuk diri aku sendiri . 

Aku mendongak ke langit dunia , mula terfikir bagai mana nasib mak ayah kita kat sana nanti kalau dapat anak yang sentiasa buat mak ayah tanggung dosa dia ? nauzubillah min zalik.

‘Allah humma firlana zunubana waliwalidina warhamhumakamarabbayani soghiro .”

Ya Allah , kasihilah kedua ibubapa kami seperti mereka mengasihi kami . amin.


Kehidupan tak lari umpama mengira jari jemari sendiri .
Lima jari untuk lima fardhu solat ,
Lima jari untuk agama, keluarga, pasangan hidup, kerjaya dan cita cita . (gapailah cita – cita selagi mampu)

Cuba lekapkan jari kemudian perhatikan, 
bermula dengan jari kelingking ,
jari yang paling kecil dan kerdil .
pendek ? penjodoh bilangan kurang sesuai .  –_-

Pandang jari manis , lebih besar dari jari kelingking ,
sama macam manusia , 
mula mula dari baby , bayi dan membesar 
dan terus membesar .
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi 
kesan yang besar pada masa hadapan. 

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. 
Begitu juga dengan usia remaja. 
ramai berpendapat jari ni yang paling comel di alam semesta,
. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan 
sebentuk cincin bertatahkan berlian, 
beli pulak cincin dekat habib jewel ,
phew ,
bangga takterkira..
 pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. 
 Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan
dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk 
jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.
 Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala 
amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah aku ?? 

Dan ya , sekarang aku berada di jari yang kedua 
“alah, baru kedua “ 
Tak tahu ke kedua ni yang bahaya ? 
Haihh . 

Okaylah . muhasabah diri untuk manusia yang lahir tahun 90-an .

Harapan ramadhan aku , agar menjadi insan yang lebih baik dan Berjaya . amin.

Saturday, 29 June 2013

stress out :( #1

Lama aku tenung kosong pada skrin laptop . lama lama kabur dan tiba tiba ada air lalu pada pipi aku ni . jam dah pun menunjukkan sekarang dah tiba waktu untuk aku tidur . satu pagi .nak buat apa lagi ? mak aku masuk bilik suruh tutup lampu . kabur lagi pandangan aku. Ya sekali lagi.
Tapi mata ni tak dapat dapat jugak nak lelap .ni belum hentam secawan nescafe yang ada kefein tu lagi.perut pulak tiba tiba meragam . alah lapar pulak . esok jelah makan. Aku baring terlentang , mata terkelip kelip . mengeluhz lagi dan aku lifeless ! 
Tengah aku khusyuk typing tiba tiba ada rama rama buat aksi .pusing pusing badan depan laptop .yeah aku terkejut lalu aku penjarakan dia dalam cawan jernih aku . pusing lah kau wahai rama rama sampai pening.
Aku teruskan kerja aku . layari laman web kebanyakannya blogspot . facebook dengan twitter pun ada juga .Cuma mungkin sekarang bukan masa sesuai nak aku online facebook bagai . takdelah sebenarnya sebab dah bosan dengan facebook . hari hari benda sama . newsfeed pun asyik asyik muncul orang sama je .cakap benda mengarut pulak tu dan  kat facebook jugak selalu  Nampak muka yang tak ingin kite tengok  .nak block kang tak sampai hati .lol !  twitter pun sama , bila dah lama aku tak online follower makin kurang  yang aku follow pulak bertambah automatic .pages entah apa –apa pulak tu . haish.
Rasa berdosa pulak buat rama rama ni macam ni . dan aku lepaskan dia bebas tapi dengan syarat dia tak buat tarian depan aku .
Ok masuk ke bab yang serius . period  untuk  lapor diri Cuma tinggal seminggu je lagi . esok dah 24 june  .aku kena settle benda ni before 30 june . aku tak tahu apa nak jadi dengan aku . tak bersemangat langsung nak teruskan hidup in life with architecture .macam mana nak tempuh sampai tua woi .
Last time aku cek jawatan yang aku boleh mohon dalam spa ada 4 je yang berkait dengan diploma yang aku ambik ni . kenapa limited sangat? Dah la belajar pun payah .aduhh .kepala ni dah macam hard disk dah . macam macam file kena masukkan . 
Ok jawatan yang aku boleh pohon tu bhagian senibina pure , bahagian akitek lanskap, curator muzium, penolong pensyarah  . aku baru usha usha . hari rabu ni baru aku nak isi . 
Esok isnin aku rest dulu . (cuti dah dua bulan nak rest kejadah apa lagi .pfftt.! ) by the way aku bukan nak cuti . aku nak pastikan poli betul betul tak cuti . masalah jerebu ni pun macam masalah besar juga dalam hidup aku . 
Ok so hari isnin aku nak mulakan dengan print surat yang aku dah download dari portal poli . poligami ? no ! politeknik .  then Photostat surat tawaran scholarship lepas tu bawak pergi poly . 
Rabu isi spa dan isi form jpa . soooo ! setel . (rabu baru boleh senyum riang dan berlagak tenang ) 
Bila aku nak mula kerja ? soalan yang aku sendiri takde jawapan . mungkin payah orang nak ambil aku kerja sebab aku tak ade pengalaman kerja . latihan industry tu pernah la .macam sama dengan kerja tapi tetap tak sama . 
Bila aku dah lama duduk rumah ni . ya Allah puasnya rehat sampai rasa macam nak lari rumah . ayat belagak sungguh .heh ! 
Takdelah , sebenarnya duduk lama lama kat rumah pun boleh jadi stress juga .
Buat benda kita tak suka memanglah susah tapi kadang kadang buat benda yang kita suka pun susah juga . 
Lebih kurang sama la maksud yang aku nak sampaikan .
Bila duduk rumah lama lama bosan jugak , tapi apa lagi yang boleh aku buat ? Kadang kadang aku rasa rumah macam tempat persinggahan keja kejap je . Dari umur setahun sampai 12 tahun sekolah rendah duduk rumah. Takkan baby baby nak duduk hostel yedak .?  start umur 13 tahun duduk hostel . sampai lah umur 21 .maknanya ? sembilan tahun rumah jadi tempat persinggahan kejap kejap .
Ayat macam ni sebab sedih . sedih dengan mak kite . sobs sobs .
Entah macam mana hari ni aku nak cerita semua yang aku rasa . salah  ? entahlah .
Aku rasa macam dah tiba masa untuk aku ada kehidupan sendiri , jauh pada keluarga . aku ada kerja ada kereta. Kereta biasa pun takpe . tak payah nak evo bagai . dan rumah kecik pun dah cukup .senangkata cukuplah bila aku rasa selesa .taknak pun design rumah sendiri keapa ke . cukup lah rumah dah siap kita beli je . membuak buak rasa nak kehidupan sendiri . yang aku nak berdikari .
Cuma hari ni aku mengaku la aku stalker mr.honeycomb dan perempuan besi kat alam maya sana .mereka yang buat aku rasa aku nak luah semua benda yang ada dalam kepala aku . tak boleh blah aku guna perkataan ‘mereka’  .skema gittew ..
dorang buat aku rasa aku kena kuat .aku kena tabah dan aku kena usaha .jangan putus asa .Dorang boleh berdikari nape aku tak boleh ? haaa kan ?
sebelum ni aku lemah , orang buat apa pun aku diam . belagak tenang biar hati hancur ranap pun . tapi tu zaman dulu . zaman mula mula nak jadi dewasa . 
sekarang ?
 *senyum panjang sambil ucap good bye hatersssss*











Sunday, 23 June 2013

skizo paranoid


Takkan ada yang abadi . 
sayang lah macam mana pun, lama lama hilang juga .
 Percaya pada waktu ,
 percaya pada setiap yang ada .

Semua sementara . 
menangis meraung ? meroyan ? 
Buat apa pun. 
Semua dah hilang .Nak kata apa lagi ?
Semua buat kita rasa kehancuran 
Hancur depan mata.
Sampai pudar rasa .

Kesah ke ?

Orang tak rasa apa kita rasa .
Orang tak rasa lama mana kita tunggu .
Orang tak rasa sakit macam kita rasa .
Yang pasti orang bersorak gembira .
Kita jatuh .
Aku elak nak membenci .
Kata takdir yang salah
 Bukan kau .
Dua tiga kali Jadi macam ni 
Tapi sampai bila aku nak salahkan takdir kalau macam ni ?

Dan ya  kau rasa aku kalah lagi 
Raikanlah ‘kemenangan ‘ yang 
kau cipta masa kau menjatuhkan orang.
kau cipta satu permainan 
yang kau sendiri main sorang sorang .

Dah . cukup lah sampai sini 

Kau 

Pergi mati. 


tadi aku dah google nak letak image .
taip go die .
keluar word 
'keep calm and go die'

seram .
tak jadi letak image.



Thursday, 30 May 2013

the end

assalamualaikum . dan hello peeps ! 

Ok . nak cerita good news ni . Alhamdulillah , aku dah boleh graduate. Aku dah pass 6 semesters so insha Allah tahun depan convo . 2 hari yang lepas aku check result aku . pointer tak ada macam orang lain pun . ok forget about that .  dah boleh convo . graduate on time pun .syukur Alhamdulillah . Allah bagi apa yang kita perlu , bukan apa yang kita nak . alah lagi pun dulu siapa suruh tak study betul betul . basicly salah sendiri . by the way . takpe , keep calm . hiks 

Tiga tahun penat lelah , macam macam ranjau berliku berduri segala aku dah tempuh . akhirnya aku boleh senyum panjang .bye bye polisas . 



Monday, 20 May 2013

double triple 'selamat'

1. selamat hari belia ,im4u sepuluh kali .eheher -

 jadilah belia berguna untuk bangsa dan negara 
2. selamat hari ibu , 

terima kasih lebih dari 150 juta , infinity barangkali :) thank you for everything. 

tak terbilang dengan jari

3. selamat hari guru ,

 terima kasih untuk 70 sen tu , saya akan ingat ,sampai bila bila .(tahun depan saya cerita kisah tujuhposen ni :)

semulia mulia perkerjaan adalah seorang guru , bak kata orang lah :) 

terima kasih pada semua cikgu yang pernah ajar saya 

Tadika Kemas 
Sekolah rendah 
sekolah menengah Agama . 
Sekolah teknik
cikgu kelab komputer yang saya belajar sekejap tu ,
lecturer kat poli 
dan tak lupa juga 
ustad dan ustazah yang ajar fardhu ain . 


kena rotan
kena jalan itik .
lompat bintang
turun naik tangga beround round 
kliling padang 
kena makan bunga plastik
-satu kerjaan pulak nak kena ingat semua .hahaha 



, terima kasih tak terhingga 
untuk setiap satu persatu .

Thursday, 9 May 2013

cuti panjang ?


Hai semua , assalamualaikum .
Dah lama tak update , so nak update lah ni .tak ada apa yang special , tak ada apa yang seronok , tak ada apa sangat nak cerita pun . Cuma hari hari menghadap empat permukaan yang sama , siang mahupun malam . persoalannya , tak bosan ke . ?

Gila tak bosan . jerit jerit nak keluar dari sini , tapi takpe , sabar dulu .bila dah tiba masa ,pergilah hidup bebas . tak kan ada lagi masa macam ni , nak melepak tak tentu hala , nak tidur pun lantak la pukul berapa nak makan takde orang heran bila . heaven sekejap . heh.
Penganggur ? maaf , tak ada istilah penganggur or menganggur or tanam anggur dalam hidup , dengar macam malas je kan ? .sebenarnya saya tengah tunggu result last sem saya nak keluar . lepas tu boleh pergi poly , ambil transkrip dan boleh minta kerja . oh lupa . spa tak isi lagi .

So dalam masa dua bulan yang agak singkat tapi perasan lama ni , aku tak boleh duduk goyang kaki je . so benda first ! bila nak gi tukar ic ?. muka tak sememeh je . muka darjah enam .ishhh .takkan nak pakai ic muka macam tu sampai tua . apekah yang akan terjadi ? hehh

Okay , selain daripada kena tukar ic , mykad apa yang saya perlu buat adalah tunggu dan semak keputusan interview tempoh hari . moga moga dapat , kalau dapat . its for you mak . ala ala im4u .

Kalau tak dapat , ? terpaksa saya ikut plan b . apa apa pun , hidup kena ada wawasan , bila jatuh bangkit . jangan hanya harap huluran tangan orang . tapi jiwa saya tak berapa kental lagi . apelah .harap harap korang semua kat luar sana doakan saya.

Oh , aktiviti hari hari saya . bangun pagi buat kerja rumah sikit , siap semua makan . lepas tu tengok tv sampai bosan . kadang kadang ada jugak tv tu tengok saya . hebatnya tv tu . lepas tu tengok tv lepas tgk tv tgk tv lagi .malam sikit , online , malam sikit lagi , online dan akhirnya tido .macam tu lah tiap tiap hari .

Apa apa pun baru seminggu saya duduk rumah , tapi dah bulat macam kentang . potato people barangkali.hahaha.mak yang cakap .

Dalam masa seminggu ni juga saya rasa macam saya bukan saya , sanggupnya , tegarnya , saya pun tak pasti kenapa ,mungkin perlukan lebih daripada org lain.

Bila duduk sorang sorang kadang kadang ada juga rasa rindu zaman belajar . zaman tak tido malam malam . balik rumah pukul 4.30 pagi , stay kat studio , kat kelas kat cadd lab . pergi trip ramai ramai , keluar tengok wayang , main bowling , ahaaaa . yang aku tak lupa pergi karoks seringgit kat mega . macam tin sardine bilik tu .semua nak masuk .waktu tu sem tiga . pergi buat case study sikit .karoks banyak . apelah .lagi ape ehh , aha buka puasa kat padang mpk ramai ramai . ngan pui yee sekali even puiyee tak puasa .

Bila aku baca balik yang kat atas ni . Nampak sangat banyak main . hehh -.-
Oklah nak mempotato serta cheezy wedges kan diri .assalamualaikum semua. 

saya rasa awak tak perlu text dan call saya hari hari . saya pandai bawak diri .bye bye .

Saturday, 20 April 2013

Allah always be there for us :')

bismillahirahmanirahim ,
assalamualaikum :)

kebelakangan ni macam macam berlaku dalam hidup saya ,
sesetengah perkara yang membuat saya rasa stress ,
sejujurnya ,
itu silap saya .
bergantung pada manusia .
mulai hari ni ,
harap saya lebih pandai berdikari.

bermula kakak saya bertunang dulu ,
sejak itu saya rasa jauh .
memang itu silap saya .

ya Allah ,moga moga aku tak rasa jauh dari Engkau  lagi . ameen .

orang kata , kepala serabut buat kita rasa hubungan kita jauh dengan Allah ,
dan ya ,
aku baru lepas rasa .
hidup rasa sesak .
bagai tak ada tempat bergantung .

sekarang ?
Alhamdulillah ,
Allah sentiasa rasa ada ,
rasa dekat ,
Alhamdulillah :')
ya Rabb ,
bersyukurnya aku :(

salah aku fikir macam tu ,
dan
satu lagi,

 kadang kadang ,
mulut buat jugak perangai ,
nak cakap yang bukan bukan ,
moga Allah ampunkan .

Aku kuatkan semangat ,
macam mana ?
aku minta pada Allah :)

saat aku rasa rahmat Allah datang dalam hidup,
saat itu aku bangkit ,

tersenyum sendiri .

kalau nak fikir pasal masalah ,
sampai tak terfikir masalah ni oleh manusia ,
seluruhnya ,
tiap satu persatu ,
aku serahkan masalah aku pada Allah ,
bila Allah tunjuk jalan ,
aku tak boleh malas malas .
aku kena rajin ,
tahan nafsu yang sembilan tu . ok ? :)

bila aku bangkit ,
ada yang menjatuhkan .

anggaplah itu biasa ,
itu ujian .

Allah angkat darjat manusia melalui ujian ,
jangan lupa tau :)


doakan aku lepas tiap satu persatu ujian :)
Allah ujia apa yang kita mampu :)
jangan menyerah ye lin :)

baru baru ni .
aku perlu buat keputusan yang tak boleh dijangka ,
antara minat dan masa depan .

anggapkan saja rezeki kamu bukan di sini ye lin :)
Allah atur apa yang kamu mampu ,
Allah maha mengetahui .
masa depan kamu milik Allah
aku tahu dulu pernah,
engkau menangis ,
badmood sebab fikir tentang ni ,
sekarang ,
aku tahu engkau dah fikir masak masak ,
cara orang umur 21 tahun berfikir kan :)
senyum,

aku tahu engkau redha .
sebab ?
Allah dah atur yang paling baik .

rezeki yang Allah bagi juga Alhamdulillah ,
cukup ,
tak pernah kurang ,
tak pernah tak cukup ,

Alhamdulillah ,

sekarang pun ,
engkau dah tak stress stress lagi ,
kerja assignment pun alhamdulillah,
tinggal design je lagi :)

jangan kusut kusut dah ok ?


okaylah ,.nak sambung buat design ,

#last semester
#last subject assgnment
#last project .

inshaallah success .

1.senyum
2. jangan stress
3.bersyukur lah
4.jangan sedih pada perpisahan ni ye :)
5. saya sayang diri saya ,

Wednesday, 17 April 2013

assalamualaikum, sihat semua ? harap harap sihat dan kita semua sentiasa berada di bawah lindungan-Nya .

firstly , syukur Alhamdulillah . peresentation measured drawing dah setel . tak dapat group terbaik pun takpe . setakat ni je kita mampu kan kawan kawan ? :)

cuma design je lagi yang macam kusut masai sikit . heheh :p 
inshaAllah aku mampu buat sampai siap :) 

nak cerita jugak , nak cerita yang sebenarnya aku sedih nak tinggalkan poly , kawan kawan dan kos aku .
serius . yang paling sayang ofcos lah kawan .  (ishh , dunia betul) 

setelah sekian lama berhempas pulas , berguling guling , lagi dua minggu tamatlah saya sebagai pelajar diploma architecture . 

sedih memang sedih tapi 

' kenapa perlu sedih pada setiap perpisahan sedangkan kita boleh redha pada tiap pertemuan . ' 

please lin , senyumkan semua . 
simpankan sebak , 
ukir senyum paling ikhlas .
itu yang orang nak tengok .

nak tengok ke ?hahahhahahha .


ok , be steady ,
tak pawer takpe ,
janji bajet steady ,
dont be gelabah tak tentu pasal ,
clumsy orang kata ,
then yes , bukan aku yang kata :p 


kalau boleh di hujung hujung semester ni ,
aku nak senyum je ,
tak nak stress ,
nak kumpul kenangan berkotak kotak ,
dan nak pos pada 
semua org .ok bye .

Monday, 8 April 2013

Friday, 5 April 2013

jangan jatuh :)

1. air kat rumah sewa takde .
2. bumi kuantan sangat panas .
3. kerja measured drawing susah nak faham .
4. design  . kerja bercampur . sketch up , cadd , 
5. lecturer ckp mungkin aku tak past keluar pada poly . ( ni buat aku down ) 


semua aku rasa , buat aku jatuh .
tipu kalau air mata ni tahan empangan ,

tapi ,

hasbunallah wanikmal wakil , (Allah itu sebaik baik penolong ) 

aku tahu ,
tiap satu persatu ,
jadinya ia ,
sebab Allah mengatur sesuatu ,


Allah bagi ujian untuk tingkatnya darjat seseorang hamba ,
sabarlah ,

Aku tak boleh menyerah sebelum tiba waktu .

kawan aku cakap tadi .

ciepot : kalau ko buat keje semua lengkap , belum tentu gagal .

aku diam sekejap ,
fikir .

ya , betul kata dia .

aku tak boleh stop buat kerja terus . 
aku kena kerja keras .
bukan berhenti usaha ,
belum tiba masa untuk aku berhenti .

doakan aku cemerlang ,
doakan aku sentiasa berfikiran positif ,
tolong :')

aku minta doa dari mak .
aku minta doa dari kawan kawan .
dan 
aku minta doa dari kamu .







Sunday, 31 March 2013

design

 i will update All my design process for my last project .

korang jst doakan aku berjaya kay , #kerjakeras.

Friday, 29 March 2013

jodoh

entry : jodoh .(opsss . bukan gatal ) 

kalau ada jodoh ,
adalah ,
kalau tak ada ,
kita sama sama terima kenyataan ,
memang kita tak ditetapkan untuk bersama .

dalam tiap doa kudus ini ,
saya sentiasa mintak benda yang sama ,
dari yang maha esa ,

 jika ditakdirkan kita bukan untuk bersama ,
jauhkan lah hati saya dengan hati kamu ,
agar kita sama sama tenang ,
dan redha dengan takdir Allah .

masa di luh mahfuz bukan kamu yang  dipilih untuk aku  ,
carilah separuh dari diri kamu ,
yang pasti ,
separuh dari kamu , mungkin bukan aku .

terfikir jugak saya , 
kenapa perlu saya sedih sedih ,
kalau kamu hilang tiba tiba ,

sedangkan belum tiba masa ,
untuk bercinta .

rasa terlalu awal .
masih terlalu mentah .( ayat ni kurang sesuai ) 
bersepah kawan kawan dah kawin .hehhh . 

okay cerita dah tamat .

haihh , apelahh .


*entry ni macam err .geli sikit . tapi jujur , heheh;p

Thursday, 28 March 2013

fate .

pesanan untuk diri sendiri -

jangan mudah dengki dengan apa yang orang ada ,
sedangkan engkau tak ada ,

dah tertulis , 
takdir kita tak sama dengan takdir orang ,
tertulis tiap manusia itu takdirnya ,
ketentuannya berbeza beza .

terima dengan hati yang terbuka ,

Allah tak bagi apa yang kita nak ,
tapi Allah bagi apa yang paling paling baik untuk kita .

dalam hidup ,
boleh jadi ,
tiada istilah ,
silap jalan hidup ,
silap pilih jalan hidup ,
melainkan setiap satu persatu ,
semuanya Allah yang tentukan .

Allah hantar aku kesini , 
dengan tujuan lain ,
bukan untuk iri hati sesama manusia .
faham kan ?

'usaha sikit ,
tak sembahyang pun boleh dapat 4 flat .'

tipu kalau cakap tak dengki dengan golongan macam ni 
kan ?

fikirkanlah 

jangan ikut otak negative ,
being positive ,

Bersyukurlah , bukan sebab kita tak dapat macam dia ,
tapi , 
Allah sentiasa ada dengan kita ,
bila kita lalai , dia tarik semula ,
bila kita macam nak putus asa ,
putus harap ,
Allah sentiasa ada dengan kita ,
itulah kemanisan iman yang sebenar benarnya :) 

Allah tahu apa yang kita perlu ,
itu yang paling penting . 

sekian , assalamualaikum . keep smile :) 

Wednesday, 27 March 2013

plastik

tak ubah macam plastik ,
boleh buat plastic surgery , 
boleh buat beli barang kat giant .
boleh jadi punca pencemaran alam .

semua tak ubah ,
macam plastik .

manusia sebenarnya tak terlahir 
sebagai metafora si plastik ,
boleh diubah ubah ,
dipijak pijak ,
dilanyak ,
dan bagai tiada nilai harga .

jadi ,jangan jadi plastik .

maaf andai ayat ni terlalu sarkastik bagi ,
kamu .

ya , kamu. 


Thursday, 21 March 2013

menghadap empat permukaan

nak post boleh ,?

tapi sebelum tu ,
aku nak cakap panjang panjang . nak lepasss apa semua yang ada dalam hati ,
harap boleh lah .
aku buat ni bukan nak melemahkan diri sendiri ,
cuma . cerita masalah pada orang kadang kadang bukan lah cara yang paling betul .
mengadulah pada Allah .
mengadu pada orang kadang kadang buat kita lagi seronok nak menyebarkan kelemahan sendiri.


buatlah apa yang kau nak buat ,
buatlah apa yang kau suka .
buatlah semuanyaa ,
sampai satu masa .
buat kau rasa .
hidup ni bukan untuk kau saja.
dan
roda takkan sentiasa kat atas .
.
lin , ni untuk kau .
aku harap kau jauh dari hal begini .
bangkitlah .

setiap apa yang ada pada kau ,
semua Allah punya .
jangan rasa itu kau punya ,.

apa yang kena buat malam ni ,

1.measured drawing
2. design . buat site . esok crit . kasi green light from lecturer .
kerja jalan .



Wednesday, 20 March 2013

#thesibling

I wish I was strong enough to lift not one but both us
Someday I will be strong enough to lift not one but both of us.

Assalamualaikum and hello people ,
nothing special today , im just wanna share what im  feel right now. .
last time i check my phone . i've  received  a message from my sis ,
she told me that she have to change to new workplace .
i think that  place she have to go  not  faraway but ,
we never seperated ;')
seriously ,


sis,
I can feel your pain,
I can feel your struggle
You just want to live.
me to :)


When it's your problem , its not just your own problem ,
can you share it with me ?  .
we care your problem ,

sis thanks coz  being a good sister ,
for me and for other sibling .

i love you .
 :(
















Tuesday, 19 March 2013

hikmah bersabar .


Nak suruh orang bersabar sangat senang tapi nak suruh diri sendiri bersabar bukan perkara yang mudah. Senang atau susah untuk bersabar bergantung kepada seseorang, persekitaran dan masa. Sebenarnya kita dituntut supaya bersabar kerana banyak hikmahnya.

Pertama, dapat mengelakkan daripada penyakit. Jika kita tidak sabar ...tentu hati dan fikiran serta perjalanan darah dalam diri kita akan terganggu. Contohnya katakan jika kita terlampau marah kepada seseorang kerana ia telah menjatuhkan air muka kita di depan orang ramai maka kita pun tidak sabar dengan terus bertindak balas atau menyerangnya di depan orang ramai juga. Pada masa itu denyutan jantung kita semakin laju dan tekanan darah akan bertambah. Akibatnya jika kita terus bersikap demikian sudah pasti lama-kelamaan kita mungkin diserang sakit jantung atau darah tinggi.

Kedua, dapat mengekalkan hubungan silaturahim. Bila orang melihat sikap kita yang sentiasa bersabar menyebabkan mereka merasa senang dengan kita dan mereka ingin mengekalkan hubungan yang baik dengan kita.

Ketiga, Tuhan akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Sabar itu adalah separuh daripada iman.

Keempat, amalan bersabar boleh menyebabkan fikiran kita menjadi lapang dan tenang. Mungkin semasa kesusahan tidak berlaku kesenangan tetapi selepas itu barulah kita merasakannya.

Kelima, kajian telah mendapati ketika kita marah berjuta-juta sel dalam darah kita akan mati sedangkan sel-sel tersebut adalah penting untuk kita. Bagi mengelakkan kematian sel yang banyak ia perlu disekat dengan cara menghentikan kemarahan iaitu bersabar.

Walaupun pepatah ada mengatakan bahawa seberat-berat mata memandang berat lagi bahu  memikul namun mengamalkan kesabaran sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan atau kesusahan yang sedang kita alami.

Monday, 18 March 2013

ya Rabb :')

rabb , kuatkan lah hati ,
bagilah aku rasa cepat , sekejap 
daripada aku lalui masa masa macam ni .
aku tak kuat
:(
permudahkanlah segala urusan ku ya Allah ,
amin .

Saturday, 16 March 2013

ordinary people

aku berfikir -
serasional mungkin .

aku terfikir .
apa aku rasa sekarang 
adalah apa yang orang rasa .


orang yang paling rapat ,
mestilah mak . 

bila aku macam marah marah ,
mak tak pernah nak marah aku semula ,
melainkan ,
pujuk , pujuk dan pujuk lagi ,
bagi aku tak marah marah lagi ,

. bila aku ada masalah ,
orang pertama yang cari jalan penyelesaian 
setiap masalah
aku ,
mak .

aku pernah luah ,
cakap orang lain lebih dari aku ,
mak cakap ,
anak anak dia .
mak tak pernah beza .

bila aku cakap macam tu .
kalau mak terasa ,
aku berdosa .

tak pandai bersyukur ke aku ?


kawan kawan ,
adik adik . 
jangan jadi macam aku .


26 january 2011 #awannano


awak , tak kira  . saya nak cerita jugak .
tadi saya buat request lagu untuk awak 
kat hotfm .
awak dengar tak .
tahu dah mesti awak tak dengar . 
*saya pasrah* 
sebab saya pun tak dengar jugak .
eherherher . 


lagu awan nano 
ececehh ,

yang macam awak nyanyi kat saya masa dulu dulu tu ...
hahaha :) 





Friday, 15 March 2013

ini manusia .




power charging -
save energy .


manusia payah nak fikir positif ,

susah nak ikhlas bersyukur ,
susah nak ikhlas redha je ,
payah nak ikhlas untuk senyum sepanjang masa .

ye . itu kita semua . eh .tolonglah percaya .
jangan cakap tak pernah rasa .

bila orang dapat lebih mesti kita rasa ,
nak tanya banyak banyak soalan .
kenapa kita tak dapat macam dia .

ehh , kenapa nak kena tanya .
haih manusia oh manusia *mengeluh sendiri*


semua orang pandai .

ada yang betul betul pandai .
tapi ada yang takat pandai cakap saja .

heyy , sarkastik gila ayat aku -.- fuhhh.


hermm , takpelah
manusia macam macam ragam ,

terimalah .


sekarang dah belajar ikhlas ,
orang tak tahu , sikitpun tak kesah ,
Allah tahu :)


hasbunallah wani'mal wakil :)

apa apapun berubahlah lin . hehhh :/


Tuesday, 12 March 2013

let me say it

Allah tahu ,
aku rasa ,

kadang nampak pengharapan yang takde kesudahan.

jalan samar samar ,
baru samar bukan kelam ,

 , be steady

Hasbunallah wa ni'mal wakeel :)






Wednesday, 6 March 2013

26 january 2011 #maafkan saya 1

awak ,


saya mintak maaf . betul betul ni .
sorry betul betul .

betul betul bersalah .
hmm . k , saya mintak maaf sekali lagi
banyak banyak .
:')


semuaaa salah saya .
kalau awak terasa saya berdosa ,
hmm , tapi mesti awak dah terasa .

apa saya dah cakap ni ,
haihhh .
saya mintak maaf betul betul
sikit pun tak main main .

dua tahun lepas awak dah jadi
sebahagian dari kehidupan saya ,
sekarang ,
sy dah buat awak touching .
macam awak takde perasaan .
saya mintak maaf lagi .


eiiii , teruknya saya :(
maafkan lah saya .

kalau saya ada salah lagi ,
tegurlah .

dan yang terakhir dari saya

saya mintak maaf ,


dan ,
Walau tak masuk dalam mimpi, awak sentiasa lekat dalam hati. <3

maaf tak boleh tulis panjang panjang lagi ,
sketch up ,
cadd ,
report carpentry ,

semuaaaa , tak siap lagi .




untuk awak ,
kite tak pandai nyanyi sedap sedap  ,
nyanyi tak sedap pun kurang pandai jugak .
ehh-
kasi fynn jamal ni nyanyi jelaa .
hmm. k,bye :) 



Thursday, 28 February 2013

terimakasih #1

segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam ,

hello semua , dah lama tak update kan ,
by the way ade  ke orang baca  ? *gelak*

 : Alhamdulillah febuary  sempurna buat aku ,
 Allah perkenankan doa aku ,
 Allah permudahkan segala urusan aku ,
 Allah menguji aku takat aku mampu .
 Alhamdulillah , rezeki Allah juga murah ,
sebenarnya bukan hanya bulan ni ,
tapi sepanjang masa 


: makin hari ,
ujian buat aku makin dewasa ,
serius ,
kalau dulu aku hanya mampu diam ,
sekarang aku belajar untuk senyum ,

ada sesuatu buat aku hidup kembali ,
dan
ada sesuatu buat aku rasa mati hati ,
tapi tu semua sementara ,
bukan sampai betul betul mati ,

bila jatuh aku cari Rabb ,
Allah ,
Ampunkan aku :') 

tiap satu persatu apa yang aku belajar ,
Allah ajar agar tiap satu persatu ayat yang aku belajar jadi 
sempurna .dan Subhanallah ,
Allah makbulkan doa aku ,

lailahaillallah muhammadarasullullah :) 
subhanallah ,
maha suci Allah .

hmmm , bulan ni ,
apa yang paling paling paling perlu ?
sabar ,
sabar ,
sabar 
dan terus sabar .

Aku tak boleh  lupa pada janji Allah :) 
setiap apa yang kita buat ada balasan ,
bila terfikir 
rasa malu pada tuhan .
tapi aku nak cari sapa lagi ?
hanya Allah tempat yang paling tepat untuk aku menyerah .

manusia ,
mungkin ada dua muka ?

bukan nak salahkan sesiapa dan bukan nak menunjukkan kekurangan sesiapa ,

mungkin silapnya,
khilafnya,
kurangnya ,
pada aku ,

mungkin silap aku ,
tak pandai nak faham orang ,
tapi ,
aku sedang cuba ,

entah kenapa bulan ni aku rasa aku terlalu renggang dengan keluarga,
message ,
call,
bila rasa perlu .
cuma dua hari lepas ,
kakak aku message ,
dia cakap dia rindu . 
hihihi :) 

sampai orang yg rindu  kat aku ,
nampak sangatlah ,
berapa lama aku tak contact dengan diorang ,
kan ?

call mak ritu pun ,
mak tengah busy ,
ada orang kat rumah ,
nak borak banyak banyak pun ,
macam ,\
hmmm , takpelah .
lain kali .
cuma mak cakap kalau tak balik hujung minggu ni ,
mak boleh dtg ,
mak cari anak ?
ehh , 
ape ni ???

tak payah la ,
nanti kite balik :( 

k, rindu mak okeyy ! 

dan housemate  , 
dan roomate 
dan classmate ,

masalah buat aku cukup dewasa ,
cukup ahh cakap pasal housemate -

haaa - nak cerita pasal terukur di bintang dengan design .
okay . 
korang dah bosan ke baca -.- 

Alhamdulillah , 
design dengan terukur .
aku macam dapat semangat aku .
Allah yang bagi :) 
aku kena kuat untuk dua bulan lagi ni .
takpe Allah tetap ada .
Allah jaga aku ,
inshaa Allah :) 

hasbunallahwani'mal wakil ni'mal maula wa ni'mal nasir .

-cukuplah Allah sebaikbaik penolong dan sebaik baik pelindung :) 

dan Terima kasih Allah 

.... dan terima kasih juga pada manusia yang sentiasa buat saya tak jatuh lagi 

terima kasih keluarga tersayang :) 
terima kasih awak :) 
terima kasih kawan kawan :) 

dan yang paling paling saya nak terima kasih 

manusia yang hebat  ni :) 
:)
:)