Thursday, 30 May 2013

the end

assalamualaikum . dan hello peeps ! 

Ok . nak cerita good news ni . Alhamdulillah , aku dah boleh graduate. Aku dah pass 6 semesters so insha Allah tahun depan convo . 2 hari yang lepas aku check result aku . pointer tak ada macam orang lain pun . ok forget about that .  dah boleh convo . graduate on time pun .syukur Alhamdulillah . Allah bagi apa yang kita perlu , bukan apa yang kita nak . alah lagi pun dulu siapa suruh tak study betul betul . basicly salah sendiri . by the way . takpe , keep calm . hiks 

Tiga tahun penat lelah , macam macam ranjau berliku berduri segala aku dah tempuh . akhirnya aku boleh senyum panjang .bye bye polisas . 



Monday, 20 May 2013

double triple 'selamat'

1. selamat hari belia ,im4u sepuluh kali .eheher -

 jadilah belia berguna untuk bangsa dan negara 
2. selamat hari ibu , 

terima kasih lebih dari 150 juta , infinity barangkali :) thank you for everything. 

tak terbilang dengan jari

3. selamat hari guru ,

 terima kasih untuk 70 sen tu , saya akan ingat ,sampai bila bila .(tahun depan saya cerita kisah tujuhposen ni :)

semulia mulia perkerjaan adalah seorang guru , bak kata orang lah :) 

terima kasih pada semua cikgu yang pernah ajar saya 

Tadika Kemas 
Sekolah rendah 
sekolah menengah Agama . 
Sekolah teknik
cikgu kelab komputer yang saya belajar sekejap tu ,
lecturer kat poli 
dan tak lupa juga 
ustad dan ustazah yang ajar fardhu ain . 


kena rotan
kena jalan itik .
lompat bintang
turun naik tangga beround round 
kliling padang 
kena makan bunga plastik
-satu kerjaan pulak nak kena ingat semua .hahaha 



, terima kasih tak terhingga 
untuk setiap satu persatu .

Thursday, 9 May 2013

cuti panjang ?


Hai semua , assalamualaikum .
Dah lama tak update , so nak update lah ni .tak ada apa yang special , tak ada apa yang seronok , tak ada apa sangat nak cerita pun . Cuma hari hari menghadap empat permukaan yang sama , siang mahupun malam . persoalannya , tak bosan ke . ?

Gila tak bosan . jerit jerit nak keluar dari sini , tapi takpe , sabar dulu .bila dah tiba masa ,pergilah hidup bebas . tak kan ada lagi masa macam ni , nak melepak tak tentu hala , nak tidur pun lantak la pukul berapa nak makan takde orang heran bila . heaven sekejap . heh.
Penganggur ? maaf , tak ada istilah penganggur or menganggur or tanam anggur dalam hidup , dengar macam malas je kan ? .sebenarnya saya tengah tunggu result last sem saya nak keluar . lepas tu boleh pergi poly , ambil transkrip dan boleh minta kerja . oh lupa . spa tak isi lagi .

So dalam masa dua bulan yang agak singkat tapi perasan lama ni , aku tak boleh duduk goyang kaki je . so benda first ! bila nak gi tukar ic ?. muka tak sememeh je . muka darjah enam .ishhh .takkan nak pakai ic muka macam tu sampai tua . apekah yang akan terjadi ? hehh

Okay , selain daripada kena tukar ic , mykad apa yang saya perlu buat adalah tunggu dan semak keputusan interview tempoh hari . moga moga dapat , kalau dapat . its for you mak . ala ala im4u .

Kalau tak dapat , ? terpaksa saya ikut plan b . apa apa pun , hidup kena ada wawasan , bila jatuh bangkit . jangan hanya harap huluran tangan orang . tapi jiwa saya tak berapa kental lagi . apelah .harap harap korang semua kat luar sana doakan saya.

Oh , aktiviti hari hari saya . bangun pagi buat kerja rumah sikit , siap semua makan . lepas tu tengok tv sampai bosan . kadang kadang ada jugak tv tu tengok saya . hebatnya tv tu . lepas tu tengok tv lepas tgk tv tgk tv lagi .malam sikit , online , malam sikit lagi , online dan akhirnya tido .macam tu lah tiap tiap hari .

Apa apa pun baru seminggu saya duduk rumah , tapi dah bulat macam kentang . potato people barangkali.hahaha.mak yang cakap .

Dalam masa seminggu ni juga saya rasa macam saya bukan saya , sanggupnya , tegarnya , saya pun tak pasti kenapa ,mungkin perlukan lebih daripada org lain.

Bila duduk sorang sorang kadang kadang ada juga rasa rindu zaman belajar . zaman tak tido malam malam . balik rumah pukul 4.30 pagi , stay kat studio , kat kelas kat cadd lab . pergi trip ramai ramai , keluar tengok wayang , main bowling , ahaaaa . yang aku tak lupa pergi karoks seringgit kat mega . macam tin sardine bilik tu .semua nak masuk .waktu tu sem tiga . pergi buat case study sikit .karoks banyak . apelah .lagi ape ehh , aha buka puasa kat padang mpk ramai ramai . ngan pui yee sekali even puiyee tak puasa .

Bila aku baca balik yang kat atas ni . Nampak sangat banyak main . hehh -.-
Oklah nak mempotato serta cheezy wedges kan diri .assalamualaikum semua. 

saya rasa awak tak perlu text dan call saya hari hari . saya pandai bawak diri .bye bye .