Saturday, 29 June 2013

stress out :( #1

Lama aku tenung kosong pada skrin laptop . lama lama kabur dan tiba tiba ada air lalu pada pipi aku ni . jam dah pun menunjukkan sekarang dah tiba waktu untuk aku tidur . satu pagi .nak buat apa lagi ? mak aku masuk bilik suruh tutup lampu . kabur lagi pandangan aku. Ya sekali lagi.
Tapi mata ni tak dapat dapat jugak nak lelap .ni belum hentam secawan nescafe yang ada kefein tu lagi.perut pulak tiba tiba meragam . alah lapar pulak . esok jelah makan. Aku baring terlentang , mata terkelip kelip . mengeluhz lagi dan aku lifeless ! 
Tengah aku khusyuk typing tiba tiba ada rama rama buat aksi .pusing pusing badan depan laptop .yeah aku terkejut lalu aku penjarakan dia dalam cawan jernih aku . pusing lah kau wahai rama rama sampai pening.
Aku teruskan kerja aku . layari laman web kebanyakannya blogspot . facebook dengan twitter pun ada juga .Cuma mungkin sekarang bukan masa sesuai nak aku online facebook bagai . takdelah sebenarnya sebab dah bosan dengan facebook . hari hari benda sama . newsfeed pun asyik asyik muncul orang sama je .cakap benda mengarut pulak tu dan  kat facebook jugak selalu  Nampak muka yang tak ingin kite tengok  .nak block kang tak sampai hati .lol !  twitter pun sama , bila dah lama aku tak online follower makin kurang  yang aku follow pulak bertambah automatic .pages entah apa –apa pulak tu . haish.
Rasa berdosa pulak buat rama rama ni macam ni . dan aku lepaskan dia bebas tapi dengan syarat dia tak buat tarian depan aku .
Ok masuk ke bab yang serius . period  untuk  lapor diri Cuma tinggal seminggu je lagi . esok dah 24 june  .aku kena settle benda ni before 30 june . aku tak tahu apa nak jadi dengan aku . tak bersemangat langsung nak teruskan hidup in life with architecture .macam mana nak tempuh sampai tua woi .
Last time aku cek jawatan yang aku boleh mohon dalam spa ada 4 je yang berkait dengan diploma yang aku ambik ni . kenapa limited sangat? Dah la belajar pun payah .aduhh .kepala ni dah macam hard disk dah . macam macam file kena masukkan . 
Ok jawatan yang aku boleh pohon tu bhagian senibina pure , bahagian akitek lanskap, curator muzium, penolong pensyarah  . aku baru usha usha . hari rabu ni baru aku nak isi . 
Esok isnin aku rest dulu . (cuti dah dua bulan nak rest kejadah apa lagi .pfftt.! ) by the way aku bukan nak cuti . aku nak pastikan poli betul betul tak cuti . masalah jerebu ni pun macam masalah besar juga dalam hidup aku . 
Ok so hari isnin aku nak mulakan dengan print surat yang aku dah download dari portal poli . poligami ? no ! politeknik .  then Photostat surat tawaran scholarship lepas tu bawak pergi poly . 
Rabu isi spa dan isi form jpa . soooo ! setel . (rabu baru boleh senyum riang dan berlagak tenang ) 
Bila aku nak mula kerja ? soalan yang aku sendiri takde jawapan . mungkin payah orang nak ambil aku kerja sebab aku tak ade pengalaman kerja . latihan industry tu pernah la .macam sama dengan kerja tapi tetap tak sama . 
Bila aku dah lama duduk rumah ni . ya Allah puasnya rehat sampai rasa macam nak lari rumah . ayat belagak sungguh .heh ! 
Takdelah , sebenarnya duduk lama lama kat rumah pun boleh jadi stress juga .
Buat benda kita tak suka memanglah susah tapi kadang kadang buat benda yang kita suka pun susah juga . 
Lebih kurang sama la maksud yang aku nak sampaikan .
Bila duduk rumah lama lama bosan jugak , tapi apa lagi yang boleh aku buat ? Kadang kadang aku rasa rumah macam tempat persinggahan keja kejap je . Dari umur setahun sampai 12 tahun sekolah rendah duduk rumah. Takkan baby baby nak duduk hostel yedak .?  start umur 13 tahun duduk hostel . sampai lah umur 21 .maknanya ? sembilan tahun rumah jadi tempat persinggahan kejap kejap .
Ayat macam ni sebab sedih . sedih dengan mak kite . sobs sobs .
Entah macam mana hari ni aku nak cerita semua yang aku rasa . salah  ? entahlah .
Aku rasa macam dah tiba masa untuk aku ada kehidupan sendiri , jauh pada keluarga . aku ada kerja ada kereta. Kereta biasa pun takpe . tak payah nak evo bagai . dan rumah kecik pun dah cukup .senangkata cukuplah bila aku rasa selesa .taknak pun design rumah sendiri keapa ke . cukup lah rumah dah siap kita beli je . membuak buak rasa nak kehidupan sendiri . yang aku nak berdikari .
Cuma hari ni aku mengaku la aku stalker mr.honeycomb dan perempuan besi kat alam maya sana .mereka yang buat aku rasa aku nak luah semua benda yang ada dalam kepala aku . tak boleh blah aku guna perkataan ‘mereka’  .skema gittew ..
dorang buat aku rasa aku kena kuat .aku kena tabah dan aku kena usaha .jangan putus asa .Dorang boleh berdikari nape aku tak boleh ? haaa kan ?
sebelum ni aku lemah , orang buat apa pun aku diam . belagak tenang biar hati hancur ranap pun . tapi tu zaman dulu . zaman mula mula nak jadi dewasa . 
sekarang ?
 *senyum panjang sambil ucap good bye hatersssss*











No comments:

Post a Comment