Sunday, 21 December 2014

Penutup masa

Terlalu banyak berlaku dalam tempoh 365 hari.
Sampai kadang aku rasa tak termampu.

Aku hidup dalam penyesalan lalu.
Yang ibarat menghukum aku.
Biar bertapak kejak kat situ.

Aku tak mampu.

Mungkin kerna terlalu aku selalu bisik tak mampu.
Jadi penutup kepada hikmah semua yang berlaku.

Bila aku bisik aku tak mampu.
Aku lupa sekoyan bahagia yang dihadiah yang maha esa.

Aku sayang kehidupan aku.
Jika di izin aku mahu jadi
Hamba tuhan yang paling bahagia.

Yang sentiasa berpeluang padam masa lalu yang selalu menghantui diri aku.

Jika di izin.
Aku ingin kehidupan bahagia.

Jika di izin aku mahu yang terpaling baik untuk aku juga keluarga .

Jika di izin aku tak mahu masalah dipandang besar oleh hati kecil.

Aku harus kuat bukan ?

Thursday, 18 December 2014

Dengar

Pejamkan matamu doakan aku.
Jangan kau patahkan hati ibumu
Kau permata hatiku.

Bila tiba waktunya
Waktu engkau bercinta.
Cintalah dia sepenuhnya.
Di setiap kuntum bunga
Usah pandang warnanya.
Pilih yang harumnya.

Kesayangan beta -

Saturday, 13 December 2014

Suddenly rindu.

Lima belas may saya di offer oleh ayah saudara saya jadi cikgu ganti di sekolah dia bekerja. Saya terima. Lagi pun waktu tu saya baru berhenti kerja kan. Macam orang mengantuk di sorong bantal lah saya.

Tiga bulan bercampur cuti penggal. Segala puji bagi Allah. Semuanya berjalan lancar.

Saya rasa sepanjang duaribu 14 ini lah fasa yang paling saya suka.

Jadi pekerja kilang , saya sedih.
Bila dapat offer ni betapa sukanya saya even saya tak tahu nak pergi kerja naik apa. Ergh.

Tapi Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan Tuhan . Sempat sehari je kakak saya hantar saya ke sekolah selebihnya adik saya dan mak sedara saya. Betapa saya terhutang budi pada dia. Oh ya kakak saya kebetulan dipaksa beranak sebab tahap kesihatan yg membahayakan.

Oh ya. Hari pertama saya pergi lapor diri ke skka. Oh my , nervous tapi ok je. Yammeh. Tiga bulan langgar je la.

Lepas jumpa gb saya masuk kelas utk pnp. Saya tak mengajar pun sebab saya tak tahu nak ajar apa. Jadual dan buku biru pnp cikgu tu sy baru dapat.

Dan ya, saya buat tahu je lah sambil menghadap pelajar pertama saya. Empat figura depan saya senyum senyum. Nampak sangat nakal. Tak apa. Saya dulu nakal juga. Jadi saya tak anggap diorang pelajar saya. Maybe lebih best jika saya treat them like my cousin .

--------------------
best moments

Me : asyraf , elok elok pakai kasut kat tangga , nanti jatuh.

Him ; saya jatuh tak apa..tp teacher jgn.

(Can you imagine how sweet saya rasa waktu tu. ? )

-------------------------
5 heroes .

Teacher saya belikan teacher present warna biru sebab teacher suka warna biru. 
Oh myyyyy. Sweetnya diorang ni.

------------------------------------

Empat figura pertama dan terakhir.
Saya lihat masa kat sekolah tu.

Bagi kad tanda perpisahan.
Bagi pesan tanda sayang.

ALLAH .
hanya dia yang tahu betapa aku syukur jadi seorang lin. Seronok.

--------------—---

dengan layanan cikgu cikgu yang tersangat baik. Dari hari pertama until my last day . Mereka terpaling hebat pada pandangan aku.

-------------------

Yang terpaling memotivasikan saya. Cikgu zulhairi. Terlalu saya pandang tinggi pada dia.terlalu .

Kak syu juga , kawan terbaik saya rasa. Treat me like saya ni macam dah lama kenal dia.

Entah betapa saya terima kasih pada mereka.

-------------------
Kalau boleh saya nak masa tu bergerak perlahan.

Saya suka jadi cikgu. Namun tuhan lebih tahu. Rezeki tak salah alamat bukan ? . Saya letakkan redha .

Sekali saya tersilap langkah. Saya sendiri tersesat. Tak taju mana saya pergi.

Sunday, 7 December 2014

Jiwa

Assalamualaikum jiwa.

Apa khabar dengan kamu ? Aku dengar kamu berkecamuk melawan monolog jahat .

Teruskan .
Jangan mengalah.

Kamu mahu pulang ke syurga kan ? Bukan neraka.

Teruskn. Buat kebaikan.

Tuesday, 2 December 2014

Resepi janji jadi sekeping pizza

Cara buat roti pizza. Yang mak saya ajar pada saya

1- 5 cawan tepung gandum.
2- Satu cawan air.
3- Secubit garam.
4- 3 sudu planta / majerin. (Pelantar
     ?) Lol .
5- Sebungkus ibu roti /yis ke apa ntah nama dia. 
6- susu tepung 3 sudu (sudu yg free bila beli susu tu. Saya ambik susu baby rayyan hari tu. Heho)

Cara dia .

1.   Mula mula ambik satu bekas. Letak tepung lima cawan. (Selalunya cawan yg orang buat minum teh kat rumah  tu.Yg tinggi dia lebih kurang 3 inci tu. Yg ada piring bawah tu )

2.  Lepas tu ambil satu lagi cawan . (Cawan tinggi yg macam teh o ais kat kedai. Yg ada tangkai kat tepi tu . Yg takdak piring tu  ) . Letak air & garam &yis & susu tepung . Kacau.

Lepas tu.

Kacau lah tepung dengan air yang awak dah kacau tu. Lepas tu uli sampai rasa macam puas hati benda tu sebati.. lepas tu dah uli sampai puas hati . Awak biarkan kejap. Biarkan . Bertutup.

Okay. Sediakan topping pizza.

Sos pasta . Saya beli brand adabi.
Prego pun boleh tapi ada yang kata ada ingredient dia yang kita tak boleh makan. Harommmm.  Terpulang lah nak brand apa pun.

Lepas tu. Saya letak sosej. Ayam. Mayonis. Cheese.

Tu je.

Nak lagi sedap letaklah mix vege ke. Buah yg campuran tu ke. Tapi saya tak letak pun.

Lepas tu bakar.

Saya bakar dalam pemanggang ajaib. Oven lagi lah elok rasanya. Bakar lebih kurang 15 Minit. . Angkat.
Potong
Hidang
Dan boleh makan.
.

# sebenarnya bagi saya topping dia senang je nak buat. Letak laa apa apa nak letak pun. Janji kena pandai buat roti dia.

Oh lupa. Satu adunan kat atas tu dapat 4 keping roti  size kecik macam kat pizza hut.

Maaf lah kandungan post ni macam
entah apa apa sikit. Janji jadi sekeping pizza.

Tuesday, 11 November 2014

Doa kekal di hati saya

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang . Beberapa hari lepas saya sudah masuk ke angka baru . Dua puluh dua. Hidup saya masih sama. Tetap belum berubah. yang berubah cuma angka.

Enam november setiap tahun. Saya menghitung umur yang semakin hari semakin meningkat.

Bila umur saya meningkat secara tak sengaja umur ibu saya juga meningkat. Itulah yang sentiasa merisaukan saya.

Entah kenapa saat ini (121114 :415am) saya betul betul takut untuk kehilangan.

Dua puluh dua dan

; maafkan saya ya Allah atas setiap kelakuan tak sepatutnya. Saya banyak kali cuba mencari jalan pulang. Sampai sekerat jalan. Iman saya mula rapuh. Ya Allah tetapkanlah iman saya
Kurniakan lah saya pekerjaan dan rezeki yang tak putus2. Ampunkanlah saya ya Allah yang maha pengampun lagi maha menerima taubat. Kurniakan lah saya imam yang benar. Kurniakanlah saya rahmat dan nikmat .

Jadikanlah saya orang yang bersabar dan bertakwa ya Allah.

Kurniakanlah saya kebaikan di dunia dan alhirat. Jadikanlah saya seorang wanita muslimah yg mampu menjaga maruah diri .

Kurniakanlah saya suami yang soleh . Ilmu yang bermanfaat.

Hari ini , saya masih belum dapat offer kerja. Saya tak boleh bimbang dan putus asa. Saya harus usaha sampai saya berjaya.

Ya Allah , jadikanlah hati saya bersih , sebersih bayi yang baru dilahirkan.

Tuesday, 21 October 2014

Penat

Sungguh aku penat. Cukup penat dengan permainan takdir.

Pelangi lepas hujan ? Mana pelangi ? Perlu sabar lagi. ? Baiklah.

Hati  kuatlah untuk aku
jiwa  hiduplah untuk aku.

Ya Allah, kembalilah rasa kasih sayang pada aku. Kembalikanlah ketenangan pada aku.

Hati aku di siat tarik oleh takdir.

Ya Allah , tolonglah.aku Rayu padamu. Mudahkanlah jalan hidup aku. Jadikan aku manusiAAA bersyukur. Tuhan . Dengarlah doa aku.

Sunday, 28 September 2014

Kehidupan seorang lin #00001

Isnin. September 14

Bermula rentetan 'initial walk' perjalanan kelahiran baby. Melawat si kakak pada petang hari. Berlarutan  sehingga rabu khamis serta jumaat. Muka ceria. Ya, empat hari dengan wajah ceria. Hari hari suka. Penuh gelak tawa. Sampai jururawat pelik . You're awesome sis. Sakit pun masih boleh ketawa.

Jumaat .
Keadaan jadi lebih mencabar.
Sabtu hingga jumaat masih tiada tanda bby nak keluar walaupun .dan doktor bawa ke hospital lain untuk menggunakan another inisiative .

Jumaat 8.40 am.

Masih cuba untuk bersalin cara normal. Dan kami tunggu sehingga pukul 240 pagi , she still dont sick yet. Dan inisiatif terakhir. Cesar. Masuk ot . (Ot :operation teathe)

Itu jalan yang dia tak mahu.
Tapi Allah tentukan begitu.
Semua takdir Allah.

Taqdirullah, ketentuan Allah.

Allah know everything while you know not -albaqarah verse 216

......................................................

Saya tak punya perasaan pada jiwa beberapa hari ni. Berkali saya pesan pada jiwa. 'Berdamailah dengan Allah'

Monday, 22 September 2014

Kekurangan saya .

Hai seperti tora. Hari ini saya datang lagi. Saya cuma mahu kongsi apa saya rasa sehari dua ini. Hal negative barangkali.

Dua hari saya fikir patut atau tidak untuk saya luah apa yang saya rasa ini.

Lebih senang saya jujur dan berterus terang. Dalam keadaan saya baru nak menapak bangkit dalam hidup. Saya belajar untuk bersyukur pada setiap pemberian nikmat tuhan pada saya.  Kamu ( bukan kamu yang sedang membaca ni. Yang dimaksudkan pelaku dalam hal ini ) tuhan kirimkan pada saya untuk tunjukkan apa yang kamu ada.

Ayat saya berliku bukan ? Senangkata kejayaan kalian yang tuhan bagi pada kamu sedikit mengusik hati saya. Tak mengapa , saya sedar siapa saya.
Saya tak marah kamu. Apalagi ya Khaliq yang berkuasa. Langsung bukan itu yang saya maksudkan.

Yang sedikit mencalarkan hati yang 'kurang berjaya' seperti saya ini ialah sifat show off kamu. Kamu tunjuk seluruh kehidupan kamu yang membuktikan kamu bahagia. Tuhan pilih kamu untuk berjaya.tuhan bagi kamu rezeki bahagia yang tak semua orang rasa. Lagi lagi dilihat oleh orang yang tak punya apa apa.

Contohnya kamu punya rezeki tuhan bagikan kehidupan yang terbaik (tak perlu saya ulas baik dari segi apa ) kemudian kamu tunjuk rezeki itu pada orang yang tak punya apa apa. Apa dia rasa ?

Saya tak marahkan kamu. Sungguh saya tak marah. Saya cuma perlu pujuk hati saya supaya saya tak perlu fikirkan tentang rezeki yang tuhan beri pada kamu. Sebenarnya saya tak perlu tahu. . Saya tak perlu untuk jadi lebih baik daripada kamu.

Mungkin salah saya juga yang kelihatan tak bersyukur . Saya masih diberi rezeki yang cukup . Kenapa saya perlu iri hati pada kamu.? perlu rasa tuhan pilih pilih hamba untuk dia kurnia rezeki. ?
Ya. Lagi silap saya.

Tapi kan lebih baik jika saya tak perlu tahu  tentang kehidupan bahagia kamu. jangan paksa saya lihat apa saya tak mahu. Saya bukan tak mahu kamu berjaya.

Jauh di sudut hati saya saya mahu semuaaaaa kawan kawan saya berjaya.

Boleh kamu berada di tempat saya satu waktu ?

Saya punya impian.
Saya usaha.
Namun nasib tak menyebelahi saya.
Saya gagal.

Manakala kamu .
Bernasib baik.
berjaya.

Taqdirullah. Itu yang saya lupa.

..............................................................

Saya akan anggap ini cabaran akhir zaman.

Puncanya ; media sosial 


Twitter ; saya tak punya masalah dengan twitter. Cuma kadangkala 18 sx sangat.
Instagram ;saya tak punya masalah dengan instagram.

Cuma facebook dengan we chat. Mungkin saya perlu deactive. Whatsapp juga. Perlu remove group.

Saya tak kisah kamu mahu tampal kebahagian di garismasa muka buku kamu. Jangan tanda saya.

Jika mahu cerita kebahagiaan baru kamu jangan di kumpulan. Cukup kamu cerita berdua.

Saya tahu bukan saya sorang saja yang rasa apa saya rasa. Kawan kawan yang lain juga.

.......................................................

'Yang di simpan jauh lebih baik. Jika nampak yang disimpan pasti manusia minta tuhan simpankan doa dia. Tak dimakbulkan selalu. '

Semoga doa tempoh hari memberatkan timbangan baik saya di akhirat nanti.

Semoga Allah memberi rezeki lebih baik dari apa saya minta.

Saya terlalu pandang kehidupan orang paling bahagia buat saya lupa untuk cari kebahagiaan sendiri.

Saya perlu bersyukur. Walau tak dipilih ke universiti , tak diberi kerja pada usia yang saya jangka namun saya masih tuhan bagi nikmat berdoa , makan minum . Lakukan aktiviti seharian. Syukur.

ALLAH, maafkan atas segala kesilapan saya. Maaf juga pada reader jika terbaca.

Friday, 19 September 2014

Jodoh berdua

Semoga kita sama sama istiqamah untuk dapatkan kehidupan sebenar. untuk alam sana.

Saya tak tahu kamu siapa. Yang pasti Allah  memilih kamu untuk jadi pendamping saya untuk ke syurga.

Kamu yang entah wujud atau tidak.
Saya doa Allah pinjamkan awak sebagai  pendamping saya ke syurga. Dan sampai ke syurga. 

Saya sedang belajar .
Sedang belajar.
Dan
Masih belajar.

Tentang ilmu tauhid , akhlak , hadis ,tafsir. Dan macam macam lg.

Saya belum cukup ilmu untuk jadi solehah . Tapi saya sedang usaha. Semoga Allah permudahkan.

Jodoh kita cerminan diri kita.
Semoga saya jadi lebih baik .

Dan.
Saya punya pembimbing yang baik.

Semoga Allah merahmati perjalanan hidup kita.

Untuk : jodoh saya.

____________________________________

Andaikata saya tidak berjodoh di dunia. Semoga Allah berikan saya syurga dan bidadara di sana.

Semoga Allah kuatkan hati saya untuk kembali ke jalan dia. Semoga saya dipinjamkan kekuatan untuk berubah serta istiqomah.

Semoga Allah murahkan rezeki saya .
lapangkan dada saya.

Sekian,
Servantof Allah.

Monday, 15 September 2014

Pagi

Setiap hari. Saya lakukan rutin yang sama. Rutin kurang produktif. Salah saya. Sayakan manusia.

Pagi yang saya tahu adalah tentang manusia manusia yang permulaannya bersemangat tinggi. Pagi sinonim dengan perubahan kebaikan. 

Angin lembut yang menyapa lembut.angin dingin yang mengetuk halus tulang temulang manusia.

Indah.

Pagi juga membawa semangat .
Semangat yang kemudiannya lemah ditinggal pagi menginjak ke tengahari.

Ada apa pada sebuah pagi ?

Entah. Aku tak ada jawapan .
Aku cuma ada rasa.

Wednesday, 10 September 2014

http://www.youtube.com/watch?v=f8r7VnKj00A&feature=youtube_gdata_player

Saya

Hari ni saya disini lagi. Saya tak tahu kenapa. Saya belum cukup kuat jadi saya. Saya tak boleh penat. Sebab saya masih muda.

Saya sebolehnya tak mahu menyoal pada tuhan tentang apa yang ada di hadapan saya. Kenapa saya . Kenapa saya.kenapa saya.  Tapi kadang kadang saya tertanya juga. Sungguh saya lupa bahawa saya tak mahu tanya lagi.

Sebolehnya saya nak singkap tabir hikmah . Yang selama ni terhijab oleh pandangan mata saya. Tapi tak bolrh. Itu bukan pada kuasa saya. Hanya Allah yang ada kuasa setiap apa yang ada di langit dan bumi. Sedangkan saya ? Saya hamba. Saya tak mampu untuk buat segala. Hamba . Hina. Banyak dosa.ya, itulah saya. 

Saya hilang kata. Tiba tiba.....

Saturday, 6 September 2014

Saya yang tak hendak tahu apa apa

Mungkin saya dah tak berperasaan. Hati saya mati untuk kejar dunia. Akhirat ? Saya cuba tapi sesekali rebah juga.

Mungkin mau mati.
Tapi tuhan masih sayang saya lagi.

Saya mesti bangkit.
Sebab tuhan masih bagi peluang pada saya lagi.

Friday, 5 September 2014

Tanda akhir zaman (printscreen facebook ) 2.0

Sambung printscreen yang kelmarin.
Oh ya. Kenapa saya printsreen. ?

Sebab page yang ada entri ni tak boleh buka hari tu.cuma sikit org yg boleh buka. Saya sendiri pun tak boleh. Itu sebab saya share .

Saya tak tahu kenapa.

Mungkin hack ataupun server jd sibuk sbb org nak buka. Entah.

Saya sebarkan supaya ramai org tahu .

Saya yang tak tahu apa apa.

Hari ni saya nak cerita. Tentang tak tahunya saya pada banyak perkara. Lagi lagi tentang hal ehwal keluarga.
Saya tak tahu tahap mana sayangnya ibu saya pada saya. Saya tak tahu bagaimana cara ibu ayah didik saya. Sebetulnya ibu yang banyak didik saya. ayah ? Ada. Cuma ibu lebih menyerlah jadi guru utama saya.

Sekarang saya dah dewasa. Menginjak ke umur dua di depan. Kadang kadang saya masih rasa. Umur saya bagai satu angka saja.

Saya tak tahu kenapa ibu saya selalu jadi orang yang membangkitkan saya.
Bila jiwa saya sakit. Dia juga yang selalu ubatkan dengan nasihat yang saya sendiri boleh mengalirkan air mata.

Hebat bukan ? Sedangkan saya sendiri tak tahu apa.

Minggu lepas saya dengar satu ceramah di laman sosial. Dia kata ibu ayah itu. Syurga neraka kita. Saya senyum serta tak semena rasa layak kah saya untuk ke syurga. ?
Saya mula rasa nak berubah biar sedikit jangan tak ada. Sebab saya nak syurga.

Kalau boleh saya nak jadi penyebab untuk ibu ayah saya ke syurga.

Ayah ,saya tak banyak perkara boleh cerita sebab jodoh saya dengan ayah cuma sekejapan. Cuma tahu dia wujud dan cuma tahu tuhan kirimkan keluarga yang sempurna.

Selepas sempurna tuhan ajarkan saya tentang sabar atas setiap perkara. Saya mulanya memberontak. Tapi mahu marah pada siapa ? Sedangkan saya bukan siapa siapa.

Januari 2005 saya cuba belajar jadi dewasa. Semuanya atas aturan Allah juga. Tak kira mana saya mengembara.

Saya manusia yang tak tahu apa apa , cuma minta Allah kurniakan saya ilmu untuk saya lebih mengenal Dia.

Yang saya tahu saya cinta ibu ayah keluarga saya,

Di sini lahirnya sebuah cinta ?
Entah .
Saya tak tahu apa apa.

Yang saya tahu. Allah itu pemberi nikmat dan rahmat yang amat amat besar pada saya. 

Thursday, 4 September 2014

Saya yang menyakiti diri sendiri

Hari ini tak semena mena . Saya terluka lagi. Saya terluka dengan apa yang ada dI sekeliling saya. Saya tak tahu apa harus saya lakukan. Setiap hal belum mencukupi untuk memuaskan hati sendiri. Ya Allah. Dakaplah aku . Dekatkanlah aku dengan Mu. Bukalah hijab setiap hikmah wahai Allah.

Saya jadi tak bersyukur lagi harini. Apalah sangat pandangan manusia nak dibanding dengan pandangan Allah kan ? 

Saya harus senyum. Saya mesti senyum.

Saya bakal kuat.
Saya akan kuat.

Kalau pun sekarang saya rebah.
Dengan izin tuhan saya mesti bangkit.

Esok ?
Bukan.
Sekarang.

Jadilah pemerhati. Jangan yang diperhati. Sesungguhnya Allah tu bersama orang yang sabar.

Saya manusia .kadang kadang saya lupa. Tapi tentang Allah. Saya tak mahu lagi lupa. Saya tak mahu....

Tuesday, 2 September 2014

Saya perempuan

Aku perempuan.
Lemah.

Tapi harus kuat jadi aku.
Harus senyum dari bibir aku
Harus melangkah dengan kaki aku.

One day aku akan jadi kuat.
Jadi tabah.
Dengan izin Allah.

Tanda akhir zaman ( printscreen facebook) 1.0

Tanda akhir zaman. Maaf pada nama yang aku screenshotkan ni. Niat aku nak sebarkan ilmu ni. Semoga usaha kalian pun mendatangkan pahala untuk kalian.

Tuesday, 26 August 2014

Masih okay.

Im fail in jpj test. Dalam keadaan tak bekerja. Duit simpanan makin kurang. Allah permudahkanlah.
Rezeki Allah yang pegang. Ya razzak. Permudahkanlah.

Masih kosong

Can you imagine ?

Aku rasa tak selesa nak makan kat rumah sendiri.

Hopefully , benda ni tak berlarutan lama. Amin.

Friday, 15 August 2014

Kosong.

.aku letih. Cukup letih . Bila hati yang selama ini aku jaga orang remukkan sekelip mata. Ya tuhan , apa ini khilaf dosa aku ? Yang kau nak balas pada aku. Ampun ya rabb, maaf atas ketelanjuran kata aku.

Ya Allah. Pedih sangat pedih dan cukup pedih bila hati aku di koyakcarik. Allah. Permudahkan lah , permudahkanlah ,permudahkanlah. Aku lalui jalan yg liku liku sampai aku rebah. Sampai aku terdiam bengang dan jadi bodoh. Aku dah tak boleh fikir apa yg dideoan ya tuhan . Permudahkanlah ya rahim.

Tuhan , tertolak ke doa aku ?

Melalui liku kehidupan yang perit jerih dalam jiwa yang ranap hancur.hati punah ranah.apa lagi yang mampu aku buat ? 

Apa esok pagi suasana jadi normal seperti takda apa yg berlaku.

Apa esok pagi aku akan dapat berita yg bakal merrmukkan hati aku lagi.

Atau
Apa pagi esok aku akan dapat berita yang mampu kembalikan lekuk senyum bahagia lagi ?

Tuhan , sungguh . Hidup ni rahsia. Aku langsung tak tahu apa apa tentang esok.

Berkali kali hati aku jerit kecil
Aku takut dan cukup takut nak menempuh esok.

Aku benar benar takut.
Tapi selalu di pesankan .
Allah itu ada sentiasa.

Itu .
Cuma itu
Kekuatan yang sentiasa aku pegang
.
Setiap masa

Allah, ringankann beban aku ya ?

Tak tertanggung dek hati kecil aku.

Semoga perit punah ranah ini tuhan balas dgn sebaik baik taqdir. Amin.

Thursday, 14 August 2014

Jatuh.

Assalamualaikum. Hopefully hari ni we'll be better than yesterday.  Bukan senang nak jatuh after rebah. Bukan senang nak lap airmata sendiri. Bukan senang nak kawal bengkak kat hati. Everythingssss Is not easy. tapi aku kena kuat. ALLAH . Betul eiqa cakap , kalau kita sendiri tak tolong diri kita siapa lg. Kalau nampak putaran hidup. Macam putaran roda. Sejujurnya aku  pada tahap yg paling bawah. Saat ni.  Aku tak suka keadaan ni .tapi siapa aku untuk melawan taqdir. Aku tak mampu. Sunnah tuhan siapa boleh lawan ? Rasa macam lagi teruk daripada kena dump. 

Dalam empat hal alhamdulillah sekarang tinggal 3 hal. Hati masih remuk ? Ya , masih. Tapi kau harus kuat kan ? .

Pasal kemalangan. Kecelakaan pada diri aku. Ini kali pertama aku rasa teruk sebab salah sendiri. Silap yang di sandarkan pada aku. Sapa mahu jadi bersalah menyakiti orang lain. Tentu tak ada. Takkan pernah ada.

Tak ada siapa menyalahkan aku atas apa yg disandarkan pada aku. Cakap macam aku tak mengaku salah bukan ? Kesilapan yang aku  lakukan. Tak pernah aku jangka aku akan lakukan kesilapan ini. Takkan pernah aku terfikir aku perlu lalui keadaan ini. Tak salahkan apa apa. Ini yang tuhan nak jadikan. Sedih .tapi mungkin sedih aku berbaloi . Syukurlah.

Aku tak salahkan tuhan . Cuma aku perlukan ihsan dari tuhan. Kasih sayang, dipermudahkan urusan. Itu yang aku perlu.dan aku perlu tengok hikmah dr tuhan. Rezeki juga. Yg dah lepas biarlah lepas.

Aku minta moga Allah permudahkan urusan aku yg kedepan. Yg ke belakang. Aku dah tempuh. Mati hidup semula pun aku tetap tak boleh padam apa yg berlaku. Tak suka tapi siapa aku ? Kan ?

Doakan aku.

Slowtalk

Ya Allah. Please forgive all my mistakes i've done.
Ya Allah. Sedikit demi sedikit. Aku belajar redha . Tapi ya Allah. Terlalu banyak beban aku ya Allah. Rabbi yassir wala tuassir ya Allah. Tak ada tempat lain untuk aku pinta. ALLAH. tolong permudahkan.

1. Keputusan temuduga. Aku terlalu berharap agar aku berjaya dlm temuduga tu. Semoga Allah permudahkan. Sepatutnya result tu dah keluar tapi sampai sekarang tak keluar lg.tanpa kabar berita. Kau permudahkanlah ya Allah.

2. Minggu depan test jpj and my confident level terletak di paras bawah sekali. ALLAH. ape yg perlu aku buat ?

3. Surat dari amaran loan belajar dah keluar.

Wednesday, 13 August 2014

Bad day

Post ni bukan untuk kalian.

Allah.
Aku nak cerita dengan Allah. Hari ni aku eksiden . Salah aku. Aku tak tahu nak  mengadu macam mana. Kalau aku tahu jadi. Aku takkan bawak kereta tu. ALLAH. Allah dengar kan apa aku mengadu. ? Aku betul2 sakit.  Ya Allah. Aku tahu. Segala musibah yg jadi sebab dosa dosa aku. ALLAH, ape hikmah semua ni. Aku sedihhhhh. Aku takut. Sebab ni ke aku tak dapat ambik lesen awal ? Aku dah lawan takdir ke ya Allah ? Allah :(

Kakak aku sampai kena cuci luka. ALLAH. semua salah aku. Kakak aku sikit pun tak marah atas apa yang jd. Allah. Lagilah aku sedih.
Sebab dosa aku. Sebab khilaf aku.Dia yg kena tanggung. ALLAH. kau dgr kan isi hati aku ? Kau faham kan apa yg aku rasa sekarang ?  Allah.

Ya Allah , kau tahu. Mak dgn adik beradik aku sikit pun tak marah. Semua pegang pada satu je. Qada, dan qadar dr engkau.  Ya Allah. Ampunkanlah aku. Keluarga aku. Allah. :(

Saturday, 9 August 2014

Monday, 4 August 2014

.

Aku tak tahu nak cerita macam mana apa yang aku rasa. 

1. Macam mana nak elak untuk terus buat dosa . Anyone ? Jawapan cliche . Taubat. Ye tahu. Taubat lah penutup segala perbuatan dosa. First step. Cemana nak taubat. Dah taubat buat lg. Hmm. Tak istiqomah . Allah tlg pegang hati aku. Tolong jaga hati aku. Iman tak kuat .jiwa perempuan aku rapuh. Kuatkanlah benteng taubat aku. Nak taubat. Tak nak buat dah. ALLAH tolong laaaaa
:( :( :(

2. Bukan nak mengeluh just nak bercerita. Pasal nak ambik lesen ni. Cerewet. I accept it. Cikgu ok cuma boleh aku cakap kurang kimia ? Hmm . Ade lagi 8 jam kena jadi pemandu berhemah. Pegang stereng pun aku main putar je.cemana nak test jpj next week kalau  cenggini. Dushhh. Sebenarnya ni la yang buat makan aku tak selera. Haih. Takde ke driving school masuk masuk test jpj konfem lulus ?

Ohhh Allah , please easier everything.

Dah nak masuk kerja ni.

Ok .
Take adeep long breath. Fuhhhhh.

Rabbi yassir wala tuassir .rabbi tamim bikhair. 

Lin bukan seorang yang gelabah kan ?
Allah uji setakat lin mampu je kan ?
Ingat lin.

Wednesday, 30 July 2014

Rayafest

Hey  guys.assalamualaikum.

Raya raya raya and raya.
Raya tahun ni takdak beza mana sgt nak dbandingkan raya sblum sebelum ni. Yg make diff . Sikit lah. Ramai sepupu sepapat yg dah kahwin.and ada anak . Soo keluarga makin bertambah. Kemeriahan ? Mcm biasa. Same like bfore.

Entah kenapa ramadhan aku rasa lebih indah lagi syawal. Syawal hari kemenangan. Tapi bila habis whole 24 hour of raya. Maknanya habislah raya. Nak raya 1 bulan. Jgn mimpi. Org raya ke tiga dah start kerja.

And im still menganggur skrg. So, tak rasa masa tu rushing sgt kejar aku. Lols.

Tak mau lah menganggur lagi. Sentiasa aku doa Allah makbulkan doa aku. Biar aku dpt result pplv tu berjaya. Insha Allah.

Selamat hari raya. Sentiasa doa untyk umat islam kat gaza selalu okay ? Insha Allah moga kita sentiasa sama sama berjaya. Mereka di palestin berjaya dalam perperangan. Kita kat sini berjaya mengelak dari tak berusaha utk kerja baru dan get new job ok ?
Yg penting doa.

Hmm apa lagi eh. , budget raya ? Habis lebih kurang 400++ jugak lah. Takpelah , bukan utk kepentingan sendiri dan sorang.

Saturday, 26 July 2014

Detik detik terakhir

Kurang lebih beberapa jam lagi. Dah nak masuk syawal. Sejujurnya , sedih. Ramadhan tahun ni jujur aku kata aku rasa lain. Bermakna sgt. Menghargai sangat.

1. Hari ni dah dapat baju raya. Simple dan murah. Janji ada. Jgn tak ada je. Sound disperate. Memang ye pun.

2. Something yang always in my mind. Gaza. Kat sana perang. Nak membelanya tanah suci. Allahu. Yang mana shahid tu , dah confirm ke syurga. Allah. Beruntungnya mereka. Yang masih hidup berjuang untuk membela islam.

3.tadi pergi beli lauk untuk eid fitri. And yes, rakyat malaysia alwaysssssa cukup makan. Beratur mengalahkan nak naik bas rapid dia punya panjang tu.

Aku akan sentiasa rindukan ramadhan.
Akan tunggu tiap tiap tahun.

Friday, 25 July 2014

Raya yang belum ada baju raya

Hmm hmm. Semalam pergi kuantan nak cari baju raya. Pegi dengan mak abg and my lil brother. Apa yang aku dapat ? Penat. Bertabahlah !

Bertolak dari rumah pukul 3 ,sampai bandar kuantan dlm kurang lebih 345. ALLAH. kenapa jalan jam sangat. Dkt peramu pun dah jam macam ape dah. Org dah strt balik raya.

Sooo sesampai je kuantan darul jam tu.first pegi dpn mydin tu. Mydin jgn cakap laaa. Mmg kalau nak bayor kena sabar bebanyak lah. Gi situ cari baju melayu dik am. I means baju melayu for him.

Lps tu pegi kp. Sini yang lama ni. Dan i just beli 3 helai tudung bawal.
Org lain beli bnyk laa. Sandal laa. Baju melayu laaa. *dan bnyk lg*

Lepas tu iftar dekat giant. Lps tu round giant pulak. Lepas tu pegi bank. Lpas tu balik. Dan tak dapat pun something yg aku nak. Hari tu tgk ada buku kat saujana tu yg aku minat and smlm aku g dah tade. Ishhh. Sabor lah.

Dan kesimpulan yg aku dpt. Semalam adalah penat yang tiada berguna yng mmbawa kepada penyrsalan. Hmm kay.

Penat.

Tuesday, 22 July 2014

The hangits

Tak suka betul dgn perangai hangit sekerat jalan ni. Lin ni. Semangat la sikit. Macammana nak capai mission kalo gtuuu. Eyyy :(

Saturday, 12 July 2014

Ramadhan 22

Hari ni hari ke 13 ramadhan.
Tadi petang buat pizza.
Ahlamdulillah jadi.
Dan
Best.
Hehewwwww !

Masa nak angkat pizza td ltak atas talam. And terpegang talam panas.
Pehhh. Mmg A lah rasa dia. Ada kesan melepuh. Tp ok.

Sekurangnya dari sakit tu Allah mengurang kan dosa yg dah aku buat dengan tgn tu. allahumma amin.
Dan aku teringat tentang saudara di gaza. Kenapa aku nak lemah sgt .nk mwngadu sakit segala. Dkt gaza sane lagi kesian. kan ?

Semoga aku sentiasa bersyukur.amin.

Friday, 11 July 2014

Experience interview #2

Rasa tamak gila update blog dua kali sehari.

Ok tadi aku cerita pasal my experience in my first interview. Sekarang ke dua pulak.

Okay beberapa hari yang lalu aku pergi interview untuk jawatan pplv j 29 .

Kisahnya bermula hari selasa 1 julai 2014 . Aku received message dari spa. Suruh cek portal .

Aku macam suka gila sbb dapat panggilan interview memandangkan kontrak aku jadi cikgu ganti tu dah nak habis. Soooo i have to find another job lah  . Alhamdulillah.

Okay dalam masa kurang lebih seminggu tu aku prepare . Tak macam first i/v  .semua kakak aku siapkan  .so aku harus bergerak sendiri. Bawak keluar balik buku structure . Buku internship. Study bab Structure .bancuhan konkrit semua semua lah.

Dan hal hal isu semasa aku banyak tanya kawan kawan cikgu kat sekolah. Aku tgk teacher kala selalu pegang tab baca utusan online soooo. Hehew. . Dia cerita la.

Sebenarnya cikgu2 kat skolah banyak membantu. Daripada gb sampai lah kerani.

Cikgu zul dia cerita sedara dia ada yang jd tukang interviewer. Sooo dia bg tips nak interview .

Siapkan dokumen  dan fotostat segala jenis sijil dan resume.

Dan bila dah sampai tarikh dia aku pergi. Aku i/v kat ilp gebeng  . Under post pplv (ka).

Pagi tu macam bese je. Nak kata nervous tak sangat. Sbb kononnya dah habis study kan. Aku prepare dlm bi.

Dah sampai .
G cari tmpt interview.
Masuk.
Tunggu turn.

Masuk.
Ok .
Intro .
Soalan first dia tanya pasal autocadd .tahap pengetahuan aku. Ofcourse aku ckp mahir.
Lps tu works experience . Aku penah jadi cikgu so dia banyak tanya pasal cikgu la. Tugas .cara handle .sbb pplv dgn cikgu ni sama. Beza dia skolah aku mengajar budak. Kalau pplv aku akn ajr org dewasa. Tu je.

Cara selesaikan masalah.

Since aku scholarship jpa dia tanyalah pasal biasiswa tu.

Kelebihan dan kelemahan aku  .aku baru nak cerita pasal kelemahan dia potong sbb cerita pasal kelebihan banyak  .haha .putar belit dan psychologi amat penting ye !

Tu je dia tanya. Yg aku baca isusemasa bnyk2 tu dia tak tanya pun.

Aku tak tahu nak kecewa ke apa sbb honestly 50/50 .seperti dia tak bg aku letak harapan yg tinggi pada i/v ni. Dia suggest aku future study. Sbb aku muda lagi dia ckp. :( umur baru 22 y/o.

Result keluar 12/8

Wish me luck korang :')

Kalau dapat ini lah harapan aku .
Doakanlah aku dapat.
since ni bawah jabatan perkhidmatan awam sendiri . Jpa dah bg scholarship 70k. Harap aku diterima kerja dlm jwtn ni.aminnnn.

.

Experience interview #1

Sebenarnya interview ni dah lama . Kurang lebih setahun yang  lalu. Tapi aku nak cerita jugak. Share dengan semua orang tentang temuduga tu.

(Kalau tak nak baca . Its ok. Click x kat atas belah kanan ) hiks.

Okay pada tarikh 29 mei 2013 aku dapat interview untuk jawatan jururawat u 29 . So aku pun pergi lah.

28 hb tu ada presentation untuk fyp (final year project) measured drawing. Surat interview sampai rumah kurang lebih seminggu dari tarikh tu. Tapiiiii oleh sebab busy aku tak ambik port pun pasal interview sehinggalah tamatnya presentation fyp terrrrsebut.

Ok. After habis presentation. Abang aku ambil aku kat rumah sewa bawak pegi rumah kakak aku kat galing.

Rumah kakak aku dgn rumah sewa dekat je . Tapiiii lebih sng duk dgn kawan2 .

Ok abg aku ambik tu pun dah malam .
Aku pergi beli kasut kejap kat kp.
Lepas tu balik rumah kakak aku.

Alhamdulillah . Everything. Segala jenis maklumat dia carikan . Sbb dia pun faham aku tak sempat nk prepare seorang diri. Bukan stakat maklumat . Fail pen pensil pemadam segalaaaaa benda dia siapkan. Kakak aku juga seorang nurse jadiiii sedikit sebanyak membantu. Banyakkkk kot. Semua dia suruh study semua keluar. Pawer !

Malam tu aku prektis .then baca segala jenis nota yang dia kasi.

Tapi mengikut kajian seorang lin . (Aku lettew)

Soalan interview ni sama je.

1. Please intoduce your self . (Sila perkenalkan diri awak ) cerita lah pasal awak lepas tu family awak sikit . Kalau ibu/bapa awak ada surat jkm awak cerita la. insha Allah tu mengukuhkan sbb kenapa dia perlu bagi awak kerja . Pekerjaan mak ayah. Dannnn cerita pasal education awak.

2.skop kerja (tugas tugas seorang jururawat ) yg ni baca diskripsi tugas kat portal spa. Adaaaa !

3. Cara menyelesaikan masalah. (Yang ni dia nak tengok kebolehan yuols dalam menyelesaikan masalah. Time aku dulu dia bagi situasi. (Eksiden kat tepi jalan. Dan apa tindakan pertama yang awak akan buat )  so cerita jelaaa .

4. Kalau nk kerja dgn kesihatan ofcourse dia tanya pasal penyakit.

Aku dulu dia bg penyakit Aids . Segala jenis fakta pasal aids kena cerita dr a sampai z .

Lagi 1. Organ dlm badan kita. Dia suruh sebut 5(5 tu contoh je .maybe dia akan sebut 1 )depends on interviwer lah. Lps tu dia suruh sebut fungsi organ tu. Aku dulu sebut jantung. Jantung tugas dia memgepam darah.

5. Pengetahuan am . Ni macam biasa la.

Isu semasa dlm negara
Luar negara .
Nama menteri. (Menteri jabatan tu wajibbbbbb tahu tau) kebarangkalian nak kena tanya tu sangat tinggi !

Soooo. Esok paginya aku pergi interview.

Di kolej kejururawatan kuantan.

Keputusan ; gagal.

Sebab gagal ; aku pelajar tajaan JPA. Biasiswa persekutuan dalam negara.  Aku macam 50/50 . Aku terikat kontrak dgn kerajaan malaysia 5 tahun . Itu takpe lagi  , nurse kan dia kena kursus 3 tahun. So perbelanjaan kerajaan tanggung.dan ya aku rasa kerajaan dah habiskan 70 k kat poly takkan nak bagi lagi 70k . kan ?

Ni penemuduga tu sendiri bg tau aku dia tak boleh bg aku kerja ni.kalau x aku kena pulang dulu 70k biasiswa aku dulu tu ke jpa.

Kalau awak tak terikat dgn jpa inshaAllah awak dpt.

Rezeki aku bidang lain kot.
Tahap aku punya kecewa fail inteview  tu kalau persepuluh. Aku bagi 5/10 la.

Rezeki kita Allah yang pegang. Kalau tertulis untuk kita insha Allah ttp jadi hak kita.

Kalau bukan tu tetap bukan.

So., jangan dissapointed if you fail in interview . :)

Peace !

#pray for gaza #pray4palestina

Friday, 10 January 2014

selamat berdua

Selamat pagi . Just quite

Semalam cik.-
Hari ni puan.

Tahniah kakak.

Kalau bisa aku kabarkan .
Nak aku kata tanggungjawap dia
Satu lagi telah terlaksana.



One more thing-
. Selamat datang abang baru.-