Wednesday, 30 July 2014

Rayafest

Hey  guys.assalamualaikum.

Raya raya raya and raya.
Raya tahun ni takdak beza mana sgt nak dbandingkan raya sblum sebelum ni. Yg make diff . Sikit lah. Ramai sepupu sepapat yg dah kahwin.and ada anak . Soo keluarga makin bertambah. Kemeriahan ? Mcm biasa. Same like bfore.

Entah kenapa ramadhan aku rasa lebih indah lagi syawal. Syawal hari kemenangan. Tapi bila habis whole 24 hour of raya. Maknanya habislah raya. Nak raya 1 bulan. Jgn mimpi. Org raya ke tiga dah start kerja.

And im still menganggur skrg. So, tak rasa masa tu rushing sgt kejar aku. Lols.

Tak mau lah menganggur lagi. Sentiasa aku doa Allah makbulkan doa aku. Biar aku dpt result pplv tu berjaya. Insha Allah.

Selamat hari raya. Sentiasa doa untyk umat islam kat gaza selalu okay ? Insha Allah moga kita sentiasa sama sama berjaya. Mereka di palestin berjaya dalam perperangan. Kita kat sini berjaya mengelak dari tak berusaha utk kerja baru dan get new job ok ?
Yg penting doa.

Hmm apa lagi eh. , budget raya ? Habis lebih kurang 400++ jugak lah. Takpelah , bukan utk kepentingan sendiri dan sorang.

Saturday, 26 July 2014

Detik detik terakhir

Kurang lebih beberapa jam lagi. Dah nak masuk syawal. Sejujurnya , sedih. Ramadhan tahun ni jujur aku kata aku rasa lain. Bermakna sgt. Menghargai sangat.

1. Hari ni dah dapat baju raya. Simple dan murah. Janji ada. Jgn tak ada je. Sound disperate. Memang ye pun.

2. Something yang always in my mind. Gaza. Kat sana perang. Nak membelanya tanah suci. Allahu. Yang mana shahid tu , dah confirm ke syurga. Allah. Beruntungnya mereka. Yang masih hidup berjuang untuk membela islam.

3.tadi pergi beli lauk untuk eid fitri. And yes, rakyat malaysia alwaysssssa cukup makan. Beratur mengalahkan nak naik bas rapid dia punya panjang tu.

Aku akan sentiasa rindukan ramadhan.
Akan tunggu tiap tiap tahun.

Friday, 25 July 2014

Raya yang belum ada baju raya

Hmm hmm. Semalam pergi kuantan nak cari baju raya. Pegi dengan mak abg and my lil brother. Apa yang aku dapat ? Penat. Bertabahlah !

Bertolak dari rumah pukul 3 ,sampai bandar kuantan dlm kurang lebih 345. ALLAH. kenapa jalan jam sangat. Dkt peramu pun dah jam macam ape dah. Org dah strt balik raya.

Sooo sesampai je kuantan darul jam tu.first pegi dpn mydin tu. Mydin jgn cakap laaa. Mmg kalau nak bayor kena sabar bebanyak lah. Gi situ cari baju melayu dik am. I means baju melayu for him.

Lps tu pegi kp. Sini yang lama ni. Dan i just beli 3 helai tudung bawal.
Org lain beli bnyk laa. Sandal laa. Baju melayu laaa. *dan bnyk lg*

Lepas tu iftar dekat giant. Lps tu round giant pulak. Lepas tu pegi bank. Lpas tu balik. Dan tak dapat pun something yg aku nak. Hari tu tgk ada buku kat saujana tu yg aku minat and smlm aku g dah tade. Ishhh. Sabor lah.

Dan kesimpulan yg aku dpt. Semalam adalah penat yang tiada berguna yng mmbawa kepada penyrsalan. Hmm kay.

Penat.

Tuesday, 22 July 2014

The hangits

Tak suka betul dgn perangai hangit sekerat jalan ni. Lin ni. Semangat la sikit. Macammana nak capai mission kalo gtuuu. Eyyy :(

Saturday, 12 July 2014

Ramadhan 22

Hari ni hari ke 13 ramadhan.
Tadi petang buat pizza.
Ahlamdulillah jadi.
Dan
Best.
Hehewwwww !

Masa nak angkat pizza td ltak atas talam. And terpegang talam panas.
Pehhh. Mmg A lah rasa dia. Ada kesan melepuh. Tp ok.

Sekurangnya dari sakit tu Allah mengurang kan dosa yg dah aku buat dengan tgn tu. allahumma amin.
Dan aku teringat tentang saudara di gaza. Kenapa aku nak lemah sgt .nk mwngadu sakit segala. Dkt gaza sane lagi kesian. kan ?

Semoga aku sentiasa bersyukur.amin.

Friday, 11 July 2014

Experience interview #2

Rasa tamak gila update blog dua kali sehari.

Ok tadi aku cerita pasal my experience in my first interview. Sekarang ke dua pulak.

Okay beberapa hari yang lalu aku pergi interview untuk jawatan pplv j 29 .

Kisahnya bermula hari selasa 1 julai 2014 . Aku received message dari spa. Suruh cek portal .

Aku macam suka gila sbb dapat panggilan interview memandangkan kontrak aku jadi cikgu ganti tu dah nak habis. Soooo i have to find another job lah  . Alhamdulillah.

Okay dalam masa kurang lebih seminggu tu aku prepare . Tak macam first i/v  .semua kakak aku siapkan  .so aku harus bergerak sendiri. Bawak keluar balik buku structure . Buku internship. Study bab Structure .bancuhan konkrit semua semua lah.

Dan hal hal isu semasa aku banyak tanya kawan kawan cikgu kat sekolah. Aku tgk teacher kala selalu pegang tab baca utusan online soooo. Hehew. . Dia cerita la.

Sebenarnya cikgu2 kat skolah banyak membantu. Daripada gb sampai lah kerani.

Cikgu zul dia cerita sedara dia ada yang jd tukang interviewer. Sooo dia bg tips nak interview .

Siapkan dokumen  dan fotostat segala jenis sijil dan resume.

Dan bila dah sampai tarikh dia aku pergi. Aku i/v kat ilp gebeng  . Under post pplv (ka).

Pagi tu macam bese je. Nak kata nervous tak sangat. Sbb kononnya dah habis study kan. Aku prepare dlm bi.

Dah sampai .
G cari tmpt interview.
Masuk.
Tunggu turn.

Masuk.
Ok .
Intro .
Soalan first dia tanya pasal autocadd .tahap pengetahuan aku. Ofcourse aku ckp mahir.
Lps tu works experience . Aku penah jadi cikgu so dia banyak tanya pasal cikgu la. Tugas .cara handle .sbb pplv dgn cikgu ni sama. Beza dia skolah aku mengajar budak. Kalau pplv aku akn ajr org dewasa. Tu je.

Cara selesaikan masalah.

Since aku scholarship jpa dia tanyalah pasal biasiswa tu.

Kelebihan dan kelemahan aku  .aku baru nak cerita pasal kelemahan dia potong sbb cerita pasal kelebihan banyak  .haha .putar belit dan psychologi amat penting ye !

Tu je dia tanya. Yg aku baca isusemasa bnyk2 tu dia tak tanya pun.

Aku tak tahu nak kecewa ke apa sbb honestly 50/50 .seperti dia tak bg aku letak harapan yg tinggi pada i/v ni. Dia suggest aku future study. Sbb aku muda lagi dia ckp. :( umur baru 22 y/o.

Result keluar 12/8

Wish me luck korang :')

Kalau dapat ini lah harapan aku .
Doakanlah aku dapat.
since ni bawah jabatan perkhidmatan awam sendiri . Jpa dah bg scholarship 70k. Harap aku diterima kerja dlm jwtn ni.aminnnn.

.

Experience interview #1

Sebenarnya interview ni dah lama . Kurang lebih setahun yang  lalu. Tapi aku nak cerita jugak. Share dengan semua orang tentang temuduga tu.

(Kalau tak nak baca . Its ok. Click x kat atas belah kanan ) hiks.

Okay pada tarikh 29 mei 2013 aku dapat interview untuk jawatan jururawat u 29 . So aku pun pergi lah.

28 hb tu ada presentation untuk fyp (final year project) measured drawing. Surat interview sampai rumah kurang lebih seminggu dari tarikh tu. Tapiiiii oleh sebab busy aku tak ambik port pun pasal interview sehinggalah tamatnya presentation fyp terrrrsebut.

Ok. After habis presentation. Abang aku ambil aku kat rumah sewa bawak pegi rumah kakak aku kat galing.

Rumah kakak aku dgn rumah sewa dekat je . Tapiiii lebih sng duk dgn kawan2 .

Ok abg aku ambik tu pun dah malam .
Aku pergi beli kasut kejap kat kp.
Lepas tu balik rumah kakak aku.

Alhamdulillah . Everything. Segala jenis maklumat dia carikan . Sbb dia pun faham aku tak sempat nk prepare seorang diri. Bukan stakat maklumat . Fail pen pensil pemadam segalaaaaa benda dia siapkan. Kakak aku juga seorang nurse jadiiii sedikit sebanyak membantu. Banyakkkk kot. Semua dia suruh study semua keluar. Pawer !

Malam tu aku prektis .then baca segala jenis nota yang dia kasi.

Tapi mengikut kajian seorang lin . (Aku lettew)

Soalan interview ni sama je.

1. Please intoduce your self . (Sila perkenalkan diri awak ) cerita lah pasal awak lepas tu family awak sikit . Kalau ibu/bapa awak ada surat jkm awak cerita la. insha Allah tu mengukuhkan sbb kenapa dia perlu bagi awak kerja . Pekerjaan mak ayah. Dannnn cerita pasal education awak.

2.skop kerja (tugas tugas seorang jururawat ) yg ni baca diskripsi tugas kat portal spa. Adaaaa !

3. Cara menyelesaikan masalah. (Yang ni dia nak tengok kebolehan yuols dalam menyelesaikan masalah. Time aku dulu dia bagi situasi. (Eksiden kat tepi jalan. Dan apa tindakan pertama yang awak akan buat )  so cerita jelaaa .

4. Kalau nk kerja dgn kesihatan ofcourse dia tanya pasal penyakit.

Aku dulu dia bg penyakit Aids . Segala jenis fakta pasal aids kena cerita dr a sampai z .

Lagi 1. Organ dlm badan kita. Dia suruh sebut 5(5 tu contoh je .maybe dia akan sebut 1 )depends on interviwer lah. Lps tu dia suruh sebut fungsi organ tu. Aku dulu sebut jantung. Jantung tugas dia memgepam darah.

5. Pengetahuan am . Ni macam biasa la.

Isu semasa dlm negara
Luar negara .
Nama menteri. (Menteri jabatan tu wajibbbbbb tahu tau) kebarangkalian nak kena tanya tu sangat tinggi !

Soooo. Esok paginya aku pergi interview.

Di kolej kejururawatan kuantan.

Keputusan ; gagal.

Sebab gagal ; aku pelajar tajaan JPA. Biasiswa persekutuan dalam negara.  Aku macam 50/50 . Aku terikat kontrak dgn kerajaan malaysia 5 tahun . Itu takpe lagi  , nurse kan dia kena kursus 3 tahun. So perbelanjaan kerajaan tanggung.dan ya aku rasa kerajaan dah habiskan 70 k kat poly takkan nak bagi lagi 70k . kan ?

Ni penemuduga tu sendiri bg tau aku dia tak boleh bg aku kerja ni.kalau x aku kena pulang dulu 70k biasiswa aku dulu tu ke jpa.

Kalau awak tak terikat dgn jpa inshaAllah awak dpt.

Rezeki aku bidang lain kot.
Tahap aku punya kecewa fail inteview  tu kalau persepuluh. Aku bagi 5/10 la.

Rezeki kita Allah yang pegang. Kalau tertulis untuk kita insha Allah ttp jadi hak kita.

Kalau bukan tu tetap bukan.

So., jangan dissapointed if you fail in interview . :)

Peace !

#pray for gaza #pray4palestina