Friday, 11 July 2014

Experience interview #1

Sebenarnya interview ni dah lama . Kurang lebih setahun yang  lalu. Tapi aku nak cerita jugak. Share dengan semua orang tentang temuduga tu.

(Kalau tak nak baca . Its ok. Click x kat atas belah kanan ) hiks.

Okay pada tarikh 29 mei 2013 aku dapat interview untuk jawatan jururawat u 29 . So aku pun pergi lah.

28 hb tu ada presentation untuk fyp (final year project) measured drawing. Surat interview sampai rumah kurang lebih seminggu dari tarikh tu. Tapiiiii oleh sebab busy aku tak ambik port pun pasal interview sehinggalah tamatnya presentation fyp terrrrsebut.

Ok. After habis presentation. Abang aku ambil aku kat rumah sewa bawak pegi rumah kakak aku kat galing.

Rumah kakak aku dgn rumah sewa dekat je . Tapiiii lebih sng duk dgn kawan2 .

Ok abg aku ambik tu pun dah malam .
Aku pergi beli kasut kejap kat kp.
Lepas tu balik rumah kakak aku.

Alhamdulillah . Everything. Segala jenis maklumat dia carikan . Sbb dia pun faham aku tak sempat nk prepare seorang diri. Bukan stakat maklumat . Fail pen pensil pemadam segalaaaaa benda dia siapkan. Kakak aku juga seorang nurse jadiiii sedikit sebanyak membantu. Banyakkkk kot. Semua dia suruh study semua keluar. Pawer !

Malam tu aku prektis .then baca segala jenis nota yang dia kasi.

Tapi mengikut kajian seorang lin . (Aku lettew)

Soalan interview ni sama je.

1. Please intoduce your self . (Sila perkenalkan diri awak ) cerita lah pasal awak lepas tu family awak sikit . Kalau ibu/bapa awak ada surat jkm awak cerita la. insha Allah tu mengukuhkan sbb kenapa dia perlu bagi awak kerja . Pekerjaan mak ayah. Dannnn cerita pasal education awak.

2.skop kerja (tugas tugas seorang jururawat ) yg ni baca diskripsi tugas kat portal spa. Adaaaa !

3. Cara menyelesaikan masalah. (Yang ni dia nak tengok kebolehan yuols dalam menyelesaikan masalah. Time aku dulu dia bagi situasi. (Eksiden kat tepi jalan. Dan apa tindakan pertama yang awak akan buat )  so cerita jelaaa .

4. Kalau nk kerja dgn kesihatan ofcourse dia tanya pasal penyakit.

Aku dulu dia bg penyakit Aids . Segala jenis fakta pasal aids kena cerita dr a sampai z .

Lagi 1. Organ dlm badan kita. Dia suruh sebut 5(5 tu contoh je .maybe dia akan sebut 1 )depends on interviwer lah. Lps tu dia suruh sebut fungsi organ tu. Aku dulu sebut jantung. Jantung tugas dia memgepam darah.

5. Pengetahuan am . Ni macam biasa la.

Isu semasa dlm negara
Luar negara .
Nama menteri. (Menteri jabatan tu wajibbbbbb tahu tau) kebarangkalian nak kena tanya tu sangat tinggi !

Soooo. Esok paginya aku pergi interview.

Di kolej kejururawatan kuantan.

Keputusan ; gagal.

Sebab gagal ; aku pelajar tajaan JPA. Biasiswa persekutuan dalam negara.  Aku macam 50/50 . Aku terikat kontrak dgn kerajaan malaysia 5 tahun . Itu takpe lagi  , nurse kan dia kena kursus 3 tahun. So perbelanjaan kerajaan tanggung.dan ya aku rasa kerajaan dah habiskan 70 k kat poly takkan nak bagi lagi 70k . kan ?

Ni penemuduga tu sendiri bg tau aku dia tak boleh bg aku kerja ni.kalau x aku kena pulang dulu 70k biasiswa aku dulu tu ke jpa.

Kalau awak tak terikat dgn jpa inshaAllah awak dpt.

Rezeki aku bidang lain kot.
Tahap aku punya kecewa fail inteview  tu kalau persepuluh. Aku bagi 5/10 la.

Rezeki kita Allah yang pegang. Kalau tertulis untuk kita insha Allah ttp jadi hak kita.

Kalau bukan tu tetap bukan.

So., jangan dissapointed if you fail in interview . :)

Peace !

#pray for gaza #pray4palestina