Sunday, 28 September 2014

Kehidupan seorang lin #00001

Isnin. September 14

Bermula rentetan 'initial walk' perjalanan kelahiran baby. Melawat si kakak pada petang hari. Berlarutan  sehingga rabu khamis serta jumaat. Muka ceria. Ya, empat hari dengan wajah ceria. Hari hari suka. Penuh gelak tawa. Sampai jururawat pelik . You're awesome sis. Sakit pun masih boleh ketawa.

Jumaat .
Keadaan jadi lebih mencabar.
Sabtu hingga jumaat masih tiada tanda bby nak keluar walaupun .dan doktor bawa ke hospital lain untuk menggunakan another inisiative .

Jumaat 8.40 am.

Masih cuba untuk bersalin cara normal. Dan kami tunggu sehingga pukul 240 pagi , she still dont sick yet. Dan inisiatif terakhir. Cesar. Masuk ot . (Ot :operation teathe)

Itu jalan yang dia tak mahu.
Tapi Allah tentukan begitu.
Semua takdir Allah.

Taqdirullah, ketentuan Allah.

Allah know everything while you know not -albaqarah verse 216

......................................................

Saya tak punya perasaan pada jiwa beberapa hari ni. Berkali saya pesan pada jiwa. 'Berdamailah dengan Allah'

Monday, 22 September 2014

Kekurangan saya .

Hai seperti tora. Hari ini saya datang lagi. Saya cuma mahu kongsi apa saya rasa sehari dua ini. Hal negative barangkali.

Dua hari saya fikir patut atau tidak untuk saya luah apa yang saya rasa ini.

Lebih senang saya jujur dan berterus terang. Dalam keadaan saya baru nak menapak bangkit dalam hidup. Saya belajar untuk bersyukur pada setiap pemberian nikmat tuhan pada saya.  Kamu ( bukan kamu yang sedang membaca ni. Yang dimaksudkan pelaku dalam hal ini ) tuhan kirimkan pada saya untuk tunjukkan apa yang kamu ada.

Ayat saya berliku bukan ? Senangkata kejayaan kalian yang tuhan bagi pada kamu sedikit mengusik hati saya. Tak mengapa , saya sedar siapa saya.
Saya tak marah kamu. Apalagi ya Khaliq yang berkuasa. Langsung bukan itu yang saya maksudkan.

Yang sedikit mencalarkan hati yang 'kurang berjaya' seperti saya ini ialah sifat show off kamu. Kamu tunjuk seluruh kehidupan kamu yang membuktikan kamu bahagia. Tuhan pilih kamu untuk berjaya.tuhan bagi kamu rezeki bahagia yang tak semua orang rasa. Lagi lagi dilihat oleh orang yang tak punya apa apa.

Contohnya kamu punya rezeki tuhan bagikan kehidupan yang terbaik (tak perlu saya ulas baik dari segi apa ) kemudian kamu tunjuk rezeki itu pada orang yang tak punya apa apa. Apa dia rasa ?

Saya tak marahkan kamu. Sungguh saya tak marah. Saya cuma perlu pujuk hati saya supaya saya tak perlu fikirkan tentang rezeki yang tuhan beri pada kamu. Sebenarnya saya tak perlu tahu. . Saya tak perlu untuk jadi lebih baik daripada kamu.

Mungkin salah saya juga yang kelihatan tak bersyukur . Saya masih diberi rezeki yang cukup . Kenapa saya perlu iri hati pada kamu.? perlu rasa tuhan pilih pilih hamba untuk dia kurnia rezeki. ?
Ya. Lagi silap saya.

Tapi kan lebih baik jika saya tak perlu tahu  tentang kehidupan bahagia kamu. jangan paksa saya lihat apa saya tak mahu. Saya bukan tak mahu kamu berjaya.

Jauh di sudut hati saya saya mahu semuaaaaa kawan kawan saya berjaya.

Boleh kamu berada di tempat saya satu waktu ?

Saya punya impian.
Saya usaha.
Namun nasib tak menyebelahi saya.
Saya gagal.

Manakala kamu .
Bernasib baik.
berjaya.

Taqdirullah. Itu yang saya lupa.

..............................................................

Saya akan anggap ini cabaran akhir zaman.

Puncanya ; media sosial 


Twitter ; saya tak punya masalah dengan twitter. Cuma kadangkala 18 sx sangat.
Instagram ;saya tak punya masalah dengan instagram.

Cuma facebook dengan we chat. Mungkin saya perlu deactive. Whatsapp juga. Perlu remove group.

Saya tak kisah kamu mahu tampal kebahagian di garismasa muka buku kamu. Jangan tanda saya.

Jika mahu cerita kebahagiaan baru kamu jangan di kumpulan. Cukup kamu cerita berdua.

Saya tahu bukan saya sorang saja yang rasa apa saya rasa. Kawan kawan yang lain juga.

.......................................................

'Yang di simpan jauh lebih baik. Jika nampak yang disimpan pasti manusia minta tuhan simpankan doa dia. Tak dimakbulkan selalu. '

Semoga doa tempoh hari memberatkan timbangan baik saya di akhirat nanti.

Semoga Allah memberi rezeki lebih baik dari apa saya minta.

Saya terlalu pandang kehidupan orang paling bahagia buat saya lupa untuk cari kebahagiaan sendiri.

Saya perlu bersyukur. Walau tak dipilih ke universiti , tak diberi kerja pada usia yang saya jangka namun saya masih tuhan bagi nikmat berdoa , makan minum . Lakukan aktiviti seharian. Syukur.

ALLAH, maafkan atas segala kesilapan saya. Maaf juga pada reader jika terbaca.

Friday, 19 September 2014

Jodoh berdua

Semoga kita sama sama istiqamah untuk dapatkan kehidupan sebenar. untuk alam sana.

Saya tak tahu kamu siapa. Yang pasti Allah  memilih kamu untuk jadi pendamping saya untuk ke syurga.

Kamu yang entah wujud atau tidak.
Saya doa Allah pinjamkan awak sebagai  pendamping saya ke syurga. Dan sampai ke syurga. 

Saya sedang belajar .
Sedang belajar.
Dan
Masih belajar.

Tentang ilmu tauhid , akhlak , hadis ,tafsir. Dan macam macam lg.

Saya belum cukup ilmu untuk jadi solehah . Tapi saya sedang usaha. Semoga Allah permudahkan.

Jodoh kita cerminan diri kita.
Semoga saya jadi lebih baik .

Dan.
Saya punya pembimbing yang baik.

Semoga Allah merahmati perjalanan hidup kita.

Untuk : jodoh saya.

____________________________________

Andaikata saya tidak berjodoh di dunia. Semoga Allah berikan saya syurga dan bidadara di sana.

Semoga Allah kuatkan hati saya untuk kembali ke jalan dia. Semoga saya dipinjamkan kekuatan untuk berubah serta istiqomah.

Semoga Allah murahkan rezeki saya .
lapangkan dada saya.

Sekian,
Servantof Allah.

Monday, 15 September 2014

Pagi

Setiap hari. Saya lakukan rutin yang sama. Rutin kurang produktif. Salah saya. Sayakan manusia.

Pagi yang saya tahu adalah tentang manusia manusia yang permulaannya bersemangat tinggi. Pagi sinonim dengan perubahan kebaikan. 

Angin lembut yang menyapa lembut.angin dingin yang mengetuk halus tulang temulang manusia.

Indah.

Pagi juga membawa semangat .
Semangat yang kemudiannya lemah ditinggal pagi menginjak ke tengahari.

Ada apa pada sebuah pagi ?

Entah. Aku tak ada jawapan .
Aku cuma ada rasa.

Wednesday, 10 September 2014

http://www.youtube.com/watch?v=f8r7VnKj00A&feature=youtube_gdata_player

Saya

Hari ni saya disini lagi. Saya tak tahu kenapa. Saya belum cukup kuat jadi saya. Saya tak boleh penat. Sebab saya masih muda.

Saya sebolehnya tak mahu menyoal pada tuhan tentang apa yang ada di hadapan saya. Kenapa saya . Kenapa saya.kenapa saya.  Tapi kadang kadang saya tertanya juga. Sungguh saya lupa bahawa saya tak mahu tanya lagi.

Sebolehnya saya nak singkap tabir hikmah . Yang selama ni terhijab oleh pandangan mata saya. Tapi tak bolrh. Itu bukan pada kuasa saya. Hanya Allah yang ada kuasa setiap apa yang ada di langit dan bumi. Sedangkan saya ? Saya hamba. Saya tak mampu untuk buat segala. Hamba . Hina. Banyak dosa.ya, itulah saya. 

Saya hilang kata. Tiba tiba.....

Saturday, 6 September 2014

Saya yang tak hendak tahu apa apa

Mungkin saya dah tak berperasaan. Hati saya mati untuk kejar dunia. Akhirat ? Saya cuba tapi sesekali rebah juga.

Mungkin mau mati.
Tapi tuhan masih sayang saya lagi.

Saya mesti bangkit.
Sebab tuhan masih bagi peluang pada saya lagi.

Friday, 5 September 2014

Tanda akhir zaman (printscreen facebook ) 2.0

Sambung printscreen yang kelmarin.
Oh ya. Kenapa saya printsreen. ?

Sebab page yang ada entri ni tak boleh buka hari tu.cuma sikit org yg boleh buka. Saya sendiri pun tak boleh. Itu sebab saya share .

Saya tak tahu kenapa.

Mungkin hack ataupun server jd sibuk sbb org nak buka. Entah.

Saya sebarkan supaya ramai org tahu .

Saya yang tak tahu apa apa.

Hari ni saya nak cerita. Tentang tak tahunya saya pada banyak perkara. Lagi lagi tentang hal ehwal keluarga.
Saya tak tahu tahap mana sayangnya ibu saya pada saya. Saya tak tahu bagaimana cara ibu ayah didik saya. Sebetulnya ibu yang banyak didik saya. ayah ? Ada. Cuma ibu lebih menyerlah jadi guru utama saya.

Sekarang saya dah dewasa. Menginjak ke umur dua di depan. Kadang kadang saya masih rasa. Umur saya bagai satu angka saja.

Saya tak tahu kenapa ibu saya selalu jadi orang yang membangkitkan saya.
Bila jiwa saya sakit. Dia juga yang selalu ubatkan dengan nasihat yang saya sendiri boleh mengalirkan air mata.

Hebat bukan ? Sedangkan saya sendiri tak tahu apa.

Minggu lepas saya dengar satu ceramah di laman sosial. Dia kata ibu ayah itu. Syurga neraka kita. Saya senyum serta tak semena rasa layak kah saya untuk ke syurga. ?
Saya mula rasa nak berubah biar sedikit jangan tak ada. Sebab saya nak syurga.

Kalau boleh saya nak jadi penyebab untuk ibu ayah saya ke syurga.

Ayah ,saya tak banyak perkara boleh cerita sebab jodoh saya dengan ayah cuma sekejapan. Cuma tahu dia wujud dan cuma tahu tuhan kirimkan keluarga yang sempurna.

Selepas sempurna tuhan ajarkan saya tentang sabar atas setiap perkara. Saya mulanya memberontak. Tapi mahu marah pada siapa ? Sedangkan saya bukan siapa siapa.

Januari 2005 saya cuba belajar jadi dewasa. Semuanya atas aturan Allah juga. Tak kira mana saya mengembara.

Saya manusia yang tak tahu apa apa , cuma minta Allah kurniakan saya ilmu untuk saya lebih mengenal Dia.

Yang saya tahu saya cinta ibu ayah keluarga saya,

Di sini lahirnya sebuah cinta ?
Entah .
Saya tak tahu apa apa.

Yang saya tahu. Allah itu pemberi nikmat dan rahmat yang amat amat besar pada saya. 

Thursday, 4 September 2014

Saya yang menyakiti diri sendiri

Hari ini tak semena mena . Saya terluka lagi. Saya terluka dengan apa yang ada dI sekeliling saya. Saya tak tahu apa harus saya lakukan. Setiap hal belum mencukupi untuk memuaskan hati sendiri. Ya Allah. Dakaplah aku . Dekatkanlah aku dengan Mu. Bukalah hijab setiap hikmah wahai Allah.

Saya jadi tak bersyukur lagi harini. Apalah sangat pandangan manusia nak dibanding dengan pandangan Allah kan ? 

Saya harus senyum. Saya mesti senyum.

Saya bakal kuat.
Saya akan kuat.

Kalau pun sekarang saya rebah.
Dengan izin tuhan saya mesti bangkit.

Esok ?
Bukan.
Sekarang.

Jadilah pemerhati. Jangan yang diperhati. Sesungguhnya Allah tu bersama orang yang sabar.

Saya manusia .kadang kadang saya lupa. Tapi tentang Allah. Saya tak mahu lagi lupa. Saya tak mahu....

Tuesday, 2 September 2014

Saya perempuan

Aku perempuan.
Lemah.

Tapi harus kuat jadi aku.
Harus senyum dari bibir aku
Harus melangkah dengan kaki aku.

One day aku akan jadi kuat.
Jadi tabah.
Dengan izin Allah.

Tanda akhir zaman ( printscreen facebook) 1.0

Tanda akhir zaman. Maaf pada nama yang aku screenshotkan ni. Niat aku nak sebarkan ilmu ni. Semoga usaha kalian pun mendatangkan pahala untuk kalian.