Monday, 22 September 2014

Kekurangan saya .

Hai seperti tora. Hari ini saya datang lagi. Saya cuma mahu kongsi apa saya rasa sehari dua ini. Hal negative barangkali.

Dua hari saya fikir patut atau tidak untuk saya luah apa yang saya rasa ini.

Lebih senang saya jujur dan berterus terang. Dalam keadaan saya baru nak menapak bangkit dalam hidup. Saya belajar untuk bersyukur pada setiap pemberian nikmat tuhan pada saya.  Kamu ( bukan kamu yang sedang membaca ni. Yang dimaksudkan pelaku dalam hal ini ) tuhan kirimkan pada saya untuk tunjukkan apa yang kamu ada.

Ayat saya berliku bukan ? Senangkata kejayaan kalian yang tuhan bagi pada kamu sedikit mengusik hati saya. Tak mengapa , saya sedar siapa saya.
Saya tak marah kamu. Apalagi ya Khaliq yang berkuasa. Langsung bukan itu yang saya maksudkan.

Yang sedikit mencalarkan hati yang 'kurang berjaya' seperti saya ini ialah sifat show off kamu. Kamu tunjuk seluruh kehidupan kamu yang membuktikan kamu bahagia. Tuhan pilih kamu untuk berjaya.tuhan bagi kamu rezeki bahagia yang tak semua orang rasa. Lagi lagi dilihat oleh orang yang tak punya apa apa.

Contohnya kamu punya rezeki tuhan bagikan kehidupan yang terbaik (tak perlu saya ulas baik dari segi apa ) kemudian kamu tunjuk rezeki itu pada orang yang tak punya apa apa. Apa dia rasa ?

Saya tak marahkan kamu. Sungguh saya tak marah. Saya cuma perlu pujuk hati saya supaya saya tak perlu fikirkan tentang rezeki yang tuhan beri pada kamu. Sebenarnya saya tak perlu tahu. . Saya tak perlu untuk jadi lebih baik daripada kamu.

Mungkin salah saya juga yang kelihatan tak bersyukur . Saya masih diberi rezeki yang cukup . Kenapa saya perlu iri hati pada kamu.? perlu rasa tuhan pilih pilih hamba untuk dia kurnia rezeki. ?
Ya. Lagi silap saya.

Tapi kan lebih baik jika saya tak perlu tahu  tentang kehidupan bahagia kamu. jangan paksa saya lihat apa saya tak mahu. Saya bukan tak mahu kamu berjaya.

Jauh di sudut hati saya saya mahu semuaaaaa kawan kawan saya berjaya.

Boleh kamu berada di tempat saya satu waktu ?

Saya punya impian.
Saya usaha.
Namun nasib tak menyebelahi saya.
Saya gagal.

Manakala kamu .
Bernasib baik.
berjaya.

Taqdirullah. Itu yang saya lupa.

..............................................................

Saya akan anggap ini cabaran akhir zaman.

Puncanya ; media sosial 


Twitter ; saya tak punya masalah dengan twitter. Cuma kadangkala 18 sx sangat.
Instagram ;saya tak punya masalah dengan instagram.

Cuma facebook dengan we chat. Mungkin saya perlu deactive. Whatsapp juga. Perlu remove group.

Saya tak kisah kamu mahu tampal kebahagian di garismasa muka buku kamu. Jangan tanda saya.

Jika mahu cerita kebahagiaan baru kamu jangan di kumpulan. Cukup kamu cerita berdua.

Saya tahu bukan saya sorang saja yang rasa apa saya rasa. Kawan kawan yang lain juga.

.......................................................

'Yang di simpan jauh lebih baik. Jika nampak yang disimpan pasti manusia minta tuhan simpankan doa dia. Tak dimakbulkan selalu. '

Semoga doa tempoh hari memberatkan timbangan baik saya di akhirat nanti.

Semoga Allah memberi rezeki lebih baik dari apa saya minta.

Saya terlalu pandang kehidupan orang paling bahagia buat saya lupa untuk cari kebahagiaan sendiri.

Saya perlu bersyukur. Walau tak dipilih ke universiti , tak diberi kerja pada usia yang saya jangka namun saya masih tuhan bagi nikmat berdoa , makan minum . Lakukan aktiviti seharian. Syukur.

ALLAH, maafkan atas segala kesilapan saya. Maaf juga pada reader jika terbaca.

No comments:

Post a Comment