Sunday, 21 December 2014

Penutup masa

Terlalu banyak berlaku dalam tempoh 365 hari.
Sampai kadang aku rasa tak termampu.

Aku hidup dalam penyesalan lalu.
Yang ibarat menghukum aku.
Biar bertapak kejak kat situ.

Aku tak mampu.

Mungkin kerna terlalu aku selalu bisik tak mampu.
Jadi penutup kepada hikmah semua yang berlaku.

Bila aku bisik aku tak mampu.
Aku lupa sekoyan bahagia yang dihadiah yang maha esa.

Aku sayang kehidupan aku.
Jika di izin aku mahu jadi
Hamba tuhan yang paling bahagia.

Yang sentiasa berpeluang padam masa lalu yang selalu menghantui diri aku.

Jika di izin.
Aku ingin kehidupan bahagia.

Jika di izin aku mahu yang terpaling baik untuk aku juga keluarga .

Jika di izin aku tak mahu masalah dipandang besar oleh hati kecil.

Aku harus kuat bukan ?

Thursday, 18 December 2014

Dengar

Pejamkan matamu doakan aku.
Jangan kau patahkan hati ibumu
Kau permata hatiku.

Bila tiba waktunya
Waktu engkau bercinta.
Cintalah dia sepenuhnya.
Di setiap kuntum bunga
Usah pandang warnanya.
Pilih yang harumnya.

Kesayangan beta -

Saturday, 13 December 2014

Suddenly rindu.

Lima belas may saya di offer oleh ayah saudara saya jadi cikgu ganti di sekolah dia bekerja. Saya terima. Lagi pun waktu tu saya baru berhenti kerja kan. Macam orang mengantuk di sorong bantal lah saya.

Tiga bulan bercampur cuti penggal. Segala puji bagi Allah. Semuanya berjalan lancar.

Saya rasa sepanjang duaribu 14 ini lah fasa yang paling saya suka.

Jadi pekerja kilang , saya sedih.
Bila dapat offer ni betapa sukanya saya even saya tak tahu nak pergi kerja naik apa. Ergh.

Tapi Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan Tuhan . Sempat sehari je kakak saya hantar saya ke sekolah selebihnya adik saya dan mak sedara saya. Betapa saya terhutang budi pada dia. Oh ya kakak saya kebetulan dipaksa beranak sebab tahap kesihatan yg membahayakan.

Oh ya. Hari pertama saya pergi lapor diri ke skka. Oh my , nervous tapi ok je. Yammeh. Tiga bulan langgar je la.

Lepas jumpa gb saya masuk kelas utk pnp. Saya tak mengajar pun sebab saya tak tahu nak ajar apa. Jadual dan buku biru pnp cikgu tu sy baru dapat.

Dan ya, saya buat tahu je lah sambil menghadap pelajar pertama saya. Empat figura depan saya senyum senyum. Nampak sangat nakal. Tak apa. Saya dulu nakal juga. Jadi saya tak anggap diorang pelajar saya. Maybe lebih best jika saya treat them like my cousin .

--------------------
best moments

Me : asyraf , elok elok pakai kasut kat tangga , nanti jatuh.

Him ; saya jatuh tak apa..tp teacher jgn.

(Can you imagine how sweet saya rasa waktu tu. ? )

-------------------------
5 heroes .

Teacher saya belikan teacher present warna biru sebab teacher suka warna biru. 
Oh myyyyy. Sweetnya diorang ni.

------------------------------------

Empat figura pertama dan terakhir.
Saya lihat masa kat sekolah tu.

Bagi kad tanda perpisahan.
Bagi pesan tanda sayang.

ALLAH .
hanya dia yang tahu betapa aku syukur jadi seorang lin. Seronok.

--------------—---

dengan layanan cikgu cikgu yang tersangat baik. Dari hari pertama until my last day . Mereka terpaling hebat pada pandangan aku.

-------------------

Yang terpaling memotivasikan saya. Cikgu zulhairi. Terlalu saya pandang tinggi pada dia.terlalu .

Kak syu juga , kawan terbaik saya rasa. Treat me like saya ni macam dah lama kenal dia.

Entah betapa saya terima kasih pada mereka.

-------------------
Kalau boleh saya nak masa tu bergerak perlahan.

Saya suka jadi cikgu. Namun tuhan lebih tahu. Rezeki tak salah alamat bukan ? . Saya letakkan redha .

Sekali saya tersilap langkah. Saya sendiri tersesat. Tak taju mana saya pergi.

Sunday, 7 December 2014

Jiwa

Assalamualaikum jiwa.

Apa khabar dengan kamu ? Aku dengar kamu berkecamuk melawan monolog jahat .

Teruskan .
Jangan mengalah.

Kamu mahu pulang ke syurga kan ? Bukan neraka.

Teruskn. Buat kebaikan.

Tuesday, 2 December 2014

Resepi janji jadi sekeping pizza

Cara buat roti pizza. Yang mak saya ajar pada saya

1- 5 cawan tepung gandum.
2- Satu cawan air.
3- Secubit garam.
4- 3 sudu planta / majerin. (Pelantar
     ?) Lol .
5- Sebungkus ibu roti /yis ke apa ntah nama dia. 
6- susu tepung 3 sudu (sudu yg free bila beli susu tu. Saya ambik susu baby rayyan hari tu. Heho)

Cara dia .

1.   Mula mula ambik satu bekas. Letak tepung lima cawan. (Selalunya cawan yg orang buat minum teh kat rumah  tu.Yg tinggi dia lebih kurang 3 inci tu. Yg ada piring bawah tu )

2.  Lepas tu ambil satu lagi cawan . (Cawan tinggi yg macam teh o ais kat kedai. Yg ada tangkai kat tepi tu . Yg takdak piring tu  ) . Letak air & garam &yis & susu tepung . Kacau.

Lepas tu.

Kacau lah tepung dengan air yang awak dah kacau tu. Lepas tu uli sampai rasa macam puas hati benda tu sebati.. lepas tu dah uli sampai puas hati . Awak biarkan kejap. Biarkan . Bertutup.

Okay. Sediakan topping pizza.

Sos pasta . Saya beli brand adabi.
Prego pun boleh tapi ada yang kata ada ingredient dia yang kita tak boleh makan. Harommmm.  Terpulang lah nak brand apa pun.

Lepas tu. Saya letak sosej. Ayam. Mayonis. Cheese.

Tu je.

Nak lagi sedap letaklah mix vege ke. Buah yg campuran tu ke. Tapi saya tak letak pun.

Lepas tu bakar.

Saya bakar dalam pemanggang ajaib. Oven lagi lah elok rasanya. Bakar lebih kurang 15 Minit. . Angkat.
Potong
Hidang
Dan boleh makan.
.

# sebenarnya bagi saya topping dia senang je nak buat. Letak laa apa apa nak letak pun. Janji kena pandai buat roti dia.

Oh lupa. Satu adunan kat atas tu dapat 4 keping roti  size kecik macam kat pizza hut.

Maaf lah kandungan post ni macam
entah apa apa sikit. Janji jadi sekeping pizza.