Tuesday, 2 December 2014

Resepi janji jadi sekeping pizza

Cara buat roti pizza. Yang mak saya ajar pada saya

1- 5 cawan tepung gandum.
2- Satu cawan air.
3- Secubit garam.
4- 3 sudu planta / majerin. (Pelantar
     ?) Lol .
5- Sebungkus ibu roti /yis ke apa ntah nama dia. 
6- susu tepung 3 sudu (sudu yg free bila beli susu tu. Saya ambik susu baby rayyan hari tu. Heho)

Cara dia .

1.   Mula mula ambik satu bekas. Letak tepung lima cawan. (Selalunya cawan yg orang buat minum teh kat rumah  tu.Yg tinggi dia lebih kurang 3 inci tu. Yg ada piring bawah tu )

2.  Lepas tu ambil satu lagi cawan . (Cawan tinggi yg macam teh o ais kat kedai. Yg ada tangkai kat tepi tu . Yg takdak piring tu  ) . Letak air & garam &yis & susu tepung . Kacau.

Lepas tu.

Kacau lah tepung dengan air yang awak dah kacau tu. Lepas tu uli sampai rasa macam puas hati benda tu sebati.. lepas tu dah uli sampai puas hati . Awak biarkan kejap. Biarkan . Bertutup.

Okay. Sediakan topping pizza.

Sos pasta . Saya beli brand adabi.
Prego pun boleh tapi ada yang kata ada ingredient dia yang kita tak boleh makan. Harommmm.  Terpulang lah nak brand apa pun.

Lepas tu. Saya letak sosej. Ayam. Mayonis. Cheese.

Tu je.

Nak lagi sedap letaklah mix vege ke. Buah yg campuran tu ke. Tapi saya tak letak pun.

Lepas tu bakar.

Saya bakar dalam pemanggang ajaib. Oven lagi lah elok rasanya. Bakar lebih kurang 15 Minit. . Angkat.
Potong
Hidang
Dan boleh makan.
.

# sebenarnya bagi saya topping dia senang je nak buat. Letak laa apa apa nak letak pun. Janji kena pandai buat roti dia.

Oh lupa. Satu adunan kat atas tu dapat 4 keping roti  size kecik macam kat pizza hut.

Maaf lah kandungan post ni macam
entah apa apa sikit. Janji jadi sekeping pizza.