Tuesday, 1 September 2015

Mengenali Allah Rabbul 'Izzati dengan HATI...

Untuk hati-hati yang hidup berhubung denganNya....dengarilah seruan Tuhanmu..

Di dalam sebuah hadith al-Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya Nabi saw bersabda: Allah 'Azza wa Jalla berfirman :

‏يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

“Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diriKu, dan aku telah menjadikannya suatu yang haram sesama kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi.

يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلَّا مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ
Wahai hamba-hambaKu, semua kamu berada dalam kesesatan, melainkan sesiapa yang aku beri hidayah kepadanya, maka mintalah hidayah daripadaKu, Aku akan memberi hidayah kepada kamu semua.

يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلَّا مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ
Wahai hamba-hambaKu, semua kamu adalah orang yang lapar, melainkan sesiapa yang Aku berikan makan kepadanya, maka mohonlah makanan kepadaKu, Aku akan memberi makan kepada kamu semua.

يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ عَارٍ إِلَّا مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ
Wahai hamba-hambaKu, kamu semua adalah telanjang melainkan sesiapa yang Aku memakaikan pakaian kepadanya, maka mohonlah pakaian kepadaKu, Aku akan berikan pakaian kepada kamu semua.

يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ
Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu semua melakukan kesalahan di malam hari dan di siangnya, dan Aku (tuhan) yang mengampunkan dosa keseluruhannya, maka pohonlah keampunan daripadaKu, aku akan mengampunkan kamu semua.

يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضَرِّي فَتَضُرُّونِي وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُونِي
Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu semua tidak dapat memberi mudharat kepadaKu, seandainya kamu dapat tentulah kamu telah memudharatkanKu, dan kamu semua tidak dapat mendatangkan manfaat kepadaKu, seandainya kamu dapat tentulah kamu telah memberi manfaat kepadaKu.

يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئًا
Wahai hamba-hambaKu, seandainya orang yang sebelum dan sesudah kamu semua, manusia mahupun jin, semuanya adalah (seumpama) seorang lelaki yang paling bertaqwa dari kalangan kamu, demikian itu tidaklah menambah sedikitpun dari perbendaharaanKu.

يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئًا
Wahai hamba-hambaKu, seandainya orang yang sebelum dan sesudah kamu semua, manusia mahupun jin, semuanya adalah (seumpama) seorang lelaki yang paling jahat dari kalangan kamu, demikian itu tidaklah mengurangkan sedikitpun dari perbendaharaanKu.

يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي ‏ ‏صَعِيدٍ ‏ ‏وَاحِدٍ فَسَأَلُونِي فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إِلَّا كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ
Wahai hamba-hambaKu, sekiranya orang yang sebelum dan sesudah kamu semua, manusia mahupun jin, berkumpul di satu tempat yang luas, lalu mereka semua meminta kepadaKu, dan Aku perkenankan (berikan) setiap orang itu akan permintaannya, tidaklah yang demikian itu mengurangkan sedikitpun dari perbendaharaanKu, melainkan sepertimana berkurangnya sebatang jarum apabila dimasukkan ke dalam laut.

Justeru...sahutlah panggilan Tuhanmu ..dengan hatimu..


ABi

Wednesday, 19 August 2015

lin masak asam pedas tempoyak

acah acah terer konon.

3 ekor ikan (mak yang siang. heh)

letak ikan dalam periuk
tumbuk bawang merah 2
bawang putih 3.
halia seinci.
letak lada kecik 6 biji. cukuplah kot.

ok .
letak ikan dalam periuk.
gaul dgn bawang lada halia yg dah ditumbuk tadi.
letak air . sama paras dgn ikan. tak timbul tak tenggelam. gituuuw.

pastu letak asam keping 2 .
letak kunyit 2 sudu kecik (sudu mashed potato kfc )
letak garam secukup rasa.

pastu masak kan.

lepas tu letak daun kesum.
last sekali letak tempoyak 2 sudu.

renehkan sampai masak pekat sedap.

boleh lah angkat.
makan.

.....
mak hulur lada setengah genggam. aku tumbuk dan letak semua.
lol. pedas gila. tapi licin habis.

wehu. :)

Tuesday, 18 August 2015

nota lin

[9:33am, 8/18/2015] ‪+60 17- 4610‬: ASSALAMU'ALAIKUM...

TAZKIRAH

03 ZULKAEDAH 1436 / 18 OGOS 15

BISMILAHHIRRAHMANIRRAHIM

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG . SEGALA PUJI BAGI ALLAH S.W.T YANG BERSIFAT DENGAN SEGALA SIFAT KESEMPURNAAN DAN MEMPUNYAI NAMA-NAMA YANG BAIK (ASMA'UL HUSNA) SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH S.A.W . KELUARGA, SAHABAT DAN PARA PENGIKUT BAGINDA .

'ALLAH DIDAHULUKAN RASULULLAH DIUTAMAKAN'

HADITH 8 (Siri 4)

4.     Isytiqaq iaitu ilmu punca perkataan. Ilmu ini amat penting kerana satu-satu perkataan yang berasal daripada dua punca yang berlainan, maknanya juga berlainan . Contohnya perkataan 'masih' . Perkataan ini berpunca daripada 'masah' yang mempunyai maksud menyentuh atau mengerakkan tangan yang basah ke atas sesuatu . Perkataan ini juga berpunca daripada perkataan 'masahat' yang bermakna ukuran .

5.     Ilmu al-Ma'ani . Ilmu ini penting kerana dengan ilmu ini maksud sesuatu ayat akan dapat diketahui . Ini adalah kerana cara pembentukan sesuatu ayat akan menentukan makna ayat itu .

6.     Ilmu Bayan . Ilmu ini penting kerana dengan ilmu ini dapat diketahui sesuatu ayat itu sama ada zahir atau tersembunyi, bandingan atau kiasan .

7.     Ilmu Badi' . Dengan ilmu ini dapat diketahui kecantikkan bahasa dari segi olahan . Tiga jenis ilmu yang akhir ini dinamakan sebagai ilmu 'balaghah' . Ilmu ini adalah salah satu ilmu yang sangat penting bagi setiap pentafsir al-Quran kerana al-Quran penuh dengan keindahan bahasa dan dengan ilmu 'balaghah' inilah keindahan tersebut dapat diketahui .

8.     Ilmu Qiraat . Mengetahui ilmu qiraat juga penting kerana dengan berlainan cara qiraat (bacaan) kita akan dapat mengetahui makna yang berlainan . Selain daripada itu makna yang lebih patut dipakai juga akan dapat diketahui .

9. Ilmu 'Aqidah . Mengetahui ilmu 'aqidah juga penting kerana makna zahir dalam sebahagian ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan secara mutlak terhadap Allah . Oleh kerana itu makna zahir memerlukan kepada takwilan seperti ayat yang bermaksud, 'Tangan Allah di atas tangan mereka.'

10.     Mengetahui ilmu usul fiqah adalah penting kerana dengan perantaraan ilmu usul fiqah seseorang itu akan mengetahui cara-cara menggunakan dalil dan cara mengeluarkan hukum daripada satu-satu ayat al-Quran .

11.     Mengetahui asbabun-nuzul juga penting kerana dengan ilmu ini maksud sesuatu ayat akan dapat difahami dengan lebih jelas . Kadang-kadang kefahaman makna yang tepat daripada sesuatu ayat pun bergantung kepada pengetahuan asbabun-nuzul .

12.     Mengetahui tentang 'nasikh-mansukh' juga penting supaya dapat membezakan hukum yang telah dimansuhkan (dibatalkan) dengan hukum yang masih dipakai .

Apa yang baik itu dari Allah, yang buruk itu adalah kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri sebagai manusia biasa yang banyak dosa semoga Allah mengampunkan dosa kita semua . Mohon para ustaz dan Ustazah memberi teguran pada saya sekiranya terdapat kesilapan dalam tazkirah saya .

WALLAHU A'LAM

Mudah-mudahan apa yang kita baca ini sama-sama kita jadikan iktibar dan amalkan mengikut kemampuan kita .  Sampaikanlah pada saudara dan sahabat kita mudah-mudahan   @ lebih memahami dari kita . Ya Allah Engkau jadikan lah ini salah satu ilmu yang bermanfaat yang aku tinggalkan setelah aku mati yang  mana ketika itu terputuslah segala amalanku...Aamiin...

Kita tangguhkan majlis kita ini dengan tasbih kafarah dan surah Al-'Ashr .

[9:39am, 8/18/2015] ‪+60 11-4 7781‬: Ada 15 ilmu dalam mempelajari al-Quran.. Semua yg diatas tu, salah satu darinya

[9:53am, 8/18/2015] ‪+60 11-4 7781‬:

1)ilmu Lughah(bahasa arab), untuk memahami setiap maksud suatu perkataan al-Quran..

2)Ilmu Nahu untuk mengetahui suatu perkara jika bertukar dan berubah i'rab(sebutan akhir perkataan), maka makna dia pon akan berubah dan untuk menentukan i'rab tu bergantung atas ilmu nahu..

3)Ilmu sorof untuk tahu perubahan bentuk atau 'singhah' suatu perkataan, makna perkataan tu akan berubah sama sekali. Bab ilmu sorof ni ada disebut oleh 'Allamah Zamakhshari dalam kitabnya Tafsir 'Ujubat'..

4)Isytiqaq ialah ilmu punca perkataan. Kerana ada satu-satu perkataan yang berasal daripada dua punca berlain. Contoh perkataan 'maasih' berpunca dari perkataan 'masaha' yg bermaksud menyentuh/mengerakkan tangan yg basah ke atas sesuatu. Perkataan ni juga berpunca dari perkataan 'masahah' maksudnya 'ukuran'..

5)ilmu ma'ani untuk memahami maksud sesuatu ayat, sebab setiap cara pembentukan suatu ayat akan menentukan makna ayat tu..

6)ilmu bayan, untuk mengetahui suatu ayat tu sama ada zahir atau tersembunyi atau kiasan dan bandingan..

7)ilmu badi utk mengetahui kecantikan bahasa dari segi olahan. 3jenis ilmu akhir ni, dinamakan 'ilmu balaghah'. Ilmu ni penting utk setiap pentafsir al-Quran sbb al-Quran penuh dengan keindahan bahasa dan dengan 'ilmu balaghah'.

.
[10:06am, 8/18/2015] ‪+60 4 7781‬:

8)ilmu qiraat, utk mengatahui dengan cara berlainan qiraat(bacaan) maka kita akan dapat mengetahui makna yang berlainan. Dan makna yang sepatutnya dipakai pun kita akan tahu..

9)ilmu 'aqidah penting kita kena tahu sebab dalam al-Quran ada makna zahir dalam banyak ayat-ayat al-Quran yang tidak boleh kita pkai secara mutlak terhadap Alah. Oleh sebab tu makna zahir memerlukan kepada takwilan seperti ayat yang bermaksud. "Tangan Allah s.w.t di atas tangan mereka"..

10)mengetahui ilmu usul fiqah utk mengetahui cara-cara menggunakan dalil dan cara mengeluarkan hukum daripada satu-satu ayat al-Quran..

11)Mengetahui asbab un-nuzul penting, sebab untuk memudahkan seseorang tu faham sesuatu ayat dengan jelas. Kadang-kadang kefahaman makna yang tepat daripada sesuatu ayat pun tergantung kepada pengetahuan asbab un-nuzul..

12)mengetahui tentang 'nasikh mansukh', untuk kita tahu membezakan hukum yang telah dimansuhkan(dibatalkan) dengan hukum yang masih terpakai..

13)ilmu fiqah utk mengetahui secara menyeluruh hukum-hakam cabangan(furu') akan memudahkan kita mengenali hukum yang asal..

14)penting utk mengetahui hadis-hadis yg menjadi tafsiran kpd sesetengah ayat al-Quran yang umum..

15)yang akhir sekali ialah 'ilmu mauhub', yang merupakan kurniaan khas Allah kepada hamba-hambaNya yang tertentu. Perkara ni telah dibayangkan oleh Nabi s.a.w melalui Hadis Baginda s.a.w.: "Sesiapa beramal dengan apa-apa ilmu yang telah diketahuinya nescaya Allah akan menganugerahkan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya."

[10:13am, 8/18/2015] ‪+60 11-4 7781‬: Sayyidina Abu Hurairah r.a berkata, "Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia  mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?" Para sahabat r.a menjawab, "Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran." Rasulullah s.a.w bersabda, "Maka demikian juga solah lima waktu, melalui solah Allah s.w.t akan mengampunkan dosa-dosa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

about the girl who's not knowing everythings.

please pray for me.
for my imaan
for my life .

Dont know how to explain . but
what can i say just i cant give up . so please do not give up. i know that's nothing easy .without challenges.

but opportunity is everywhere.

Allah. please easier everything.

everyday, every morning i chose to be a good person.
good slave .
good daughter.
good lil sister .
good to strangers.
good friend. ahem.

its easy choice but its didnt go smoothly.

if you wanna  see what Allah planned you've to sabr -be patient

--someone.

He told me that cause he's know Allah will give me the right way.
if i follow him, i'll success.

life is like a battlefield . only the strongers can survive . hmm. some people said life is hard . and the other ppl say life is easy.

honestly im not good in making  decision.

---------

i think i've to make schedule for my life.(my future life)  wuwu :p

wishlist before 2016

1 .khatam alquran with translation.
i've to tadabbur surah by surah.
2. solat dhuha 6 rakaat
3. recite yasin everyday after subuh prayer.
4 . search new job. :(.

yesterday , i asked my mom. what's wrong with my life? my faith? .
*crying*

she said ;

'Allah loves you'
'Allah test to see your patient . '
'Allah know what we know not'

my angah say ; Tanda Allah sayang.
-------

Friday, 7 August 2015

.

Ada orang berdiana dgn saya. lalu saya pun berhuhuhuhu

lin masak kari

hai, seperti tora , saya datang lagi.

hari ni jumaat syawal 22 , 1436
ogos enam 15 .


bahan A

lada kering
bawang merah
bawang putih.

KISAR.

masukkan bahan A
masukkan rempah kari satu sudu teh
masukkan bunga lawang , cengkih , kulit kayu manis dan buah pelaga . (4,3,1,3)
masukkan ayam .

gaul gaul.

curah santan. renehkan. 2 mangkuk kot .
letak asam keping (besar duit doposen)
letak garam secukup rasa.

dah masak angkat lah. dah boleh makan.



Monday, 20 July 2015

permulaan perjalanan

langkah saya mula berterabur mula hari ke tujuh puluh.

saya perlukan dia.
tapi saya malu.
sebab saya dah gagal ikut apa dia cakap.
hidup saya terlalu liar.
terlalu leka dengan dunia.

dah banyak kali saya cuba nak melangkah sendiri.
tapi saya gagal.
sebab dia yg selalu nasihatkan pada saya.

kalau dia.
orang yg beriman pun lari dr saya.
bagaimana pula Allah.

:(
saya terlalu teruk.
saya takut.

saya tak punya pilihan.
saya perlu juga kuat.

saya yakin.
Allah akan bantu mengenaliNya.
dan Allah pasti dampingkan saya sgn orang baik baik.

insha Allah.

langkah pertama dimulakan dgn bismillahirahmanirahim.

Friday, 17 July 2015

rayalinlonbabylon1436h

satu syawal.
sepertinya terlalu banyak perbezaan.
dalam beberapa hal.

tahun lepas.
adik beradik mak semua ada.
tapi tidak untuk tahun ini.
mak cik dah menghadap ilahi.

alfatihah untuk makcik
yang baru kembali ke rahmatullah
syaaban satu yg lalu.

dari sepuluh.
dah kurang satu.
tinggal sembilan.

kehilangan tu benda normal.
tapi terbalut kesedihan.
kan?

kita juga akan mati nanti.
tapi tarikh nya blum diketahui.
tak menanti.
tapi tetap juga perlu dihadapi.

-----
tahun ni jadi assistant mak.
penganti kak ngah yang dah kahwin dan ada anak.

kalau tak pun memang kak ngah tak raya di sini.
turn balik kampung abang ngah.

---------

orang datang tak henti dari pagi.
Alhamdulillah rezeki.

rezeki yang ada dikongsi.
dan Allah hantar ramai tetamu kat rumah harini.

itu juga rezeki.

direzekikan ramai kenalan.
sedara mara.
kawan kawan.

senyum itu sedekah.
lagi ramai orang datang.
lagi banyak orang senyum .
lagi ramai orang dapat pahala.
lagi banyak kan ? hehe

tahun ni juga ramai yang sebelum ni tak pernah datang .
tahun ni datang.
semuanya bagaikan satu family.

sampai org  cari aku kat dapur lagi. win kan?

---
dah macam kenduri.
tapi tak apa.
setahun sekali.

10 pagi sampai 8malam.
orang tak henti-henti.
berganti.

------
tahun ni berbeza sikit.
aku banyak buat kuih.

kurang lebih belas belas jenis jugak la.

gunakan konsep try and error.

ada yang terlebih sedap. (ehem)
ada yang sedap(ehem lg)
ada yang biasa biasa(cornflakes madu misalnya)
ada yang dah biasa org buat.
yang taksedap? tak de okay. takde.
hehew.

---
dan dapatlah seketul dua pickup lines raya.

'kuih ni awak buat ke?'
'haah'.

'manis mcm org yg buat dia.'

kahkahkah.

yang tak best aku suruh kimi tolong refill kuih dalam balang.(yang mana dah kosong)

dia letak kuih cornflakes .
ada 3biji yg hangus.
cisss betei. haha.
dah kantoi kuih tu ada yg hangus.

tapi boleh je makan sebenarnya.
sengaja sepupu sepapat duk menyakat.

kek aku yang dah mcm tak jadi tu pun licin .

dua biji kek tu. haha.

------
tahun ni jugak mercun dan bunga api banyak dari biasa.
pelita pun sama.

so budak budak tak nak balik rumah sendiri.nak tidur rumah aku sebab nak main bunga api.

malam raya. bakar lemang sampai dua pagi.

yang lama tu sebab berborak je padahal. haha.

buat sate 120 cucuk.
bakar malam sebab takut tak sempat bakar waktu pagi.

esok paginya aku tgk ada 30 batang je baki.

lagi sembilan puluh dah masuk perut dorang malam tadi.

haha.

---------

harapan syawal.
semoga kita sama samà jaga silaturahim

untuk diri sendiri ;

kena jadi makin rajin. lol
kena bangun awal pagi raya.
oh tahun ni saya tak perlukan baju raya.dan saya bahagia. hehew.

dan.

saya suka apa adanya saya.

selamat hari raya. !


raya saya #

duapuluh sembilan ramadhan.
hati mula rasa berantakan.
takut , risau , sebak dan penuh kesedihan.

takut dan terlalu mengharapkan.
agar aku bertemu lagi dengan seterus ramadhan.

pelita di susun lapan lapan.
di laman rumah yang lengang dari sebarang kenderaan.

satu persatu pelita dihidupkan.
sengaja nak rasa raya punya kemeriahan.

meriam dan mercun  jadi hiasan tambahan.
berdentum bunyi dari arah utara selatan.
hey tadi kata ramadhan pergi dgn penuh kesedihan?

hmm. terpaksa saya diamkan.

hari ini satu syawal.selamat hari raya kawan kawan. hidangan sedap- sedap buat santapan.ingat sikit kawan, jaga nafsu makan, jangan sampai perut ke depan.

lepas makan jangan lupa basuh pinggan.oh ya , juga gelas dan cawan.

kuih raya berbalang balang di ruang tamu hadapan. lepas satu- satu lagi balang di buka dan kuih diambil lalu dimakan .

adakah raya memang hari untuk makan?

hmm . mungkin lah kan.

asyik ingat nak makan , salam tangan ayah bonda jangan dilupakan. salam,mintak maaf dan aku-kan segala kesalahan.

tak mengaku kita punya kesalahan?
hmm hantuk kepala kat dinding bagi hilang ingatan.

saudara mara datang memeriahkan keadaan.
itu belum lagi jumpa sedara yang tak tahu nama dan entah siapa siapa tapi macam dah tinggal sama sama sebulan.

berborak sambil makan.
semua soalan diluahkan.
soalan paling kerap ditanyakan.
resepi dan cara penyediaan makanan.

misalnya nasi ayam dan sate ikan.
tanya banyak banyak tu. balik nanti awak bukan nak buat pun kan?

**dahlah. aku lupa nak taip apa lagi.bye bye kalian.

kakakaka.

Sunday, 12 July 2015

janji jadi seketul biskut kelapa.

jangan tak tahu pulak lin buat biskut kelapa ni. acewah.

½ cawan gula
½ cawan planta
1 kuning telur
1 ts esen vanilla
1 ts pewarna hijau
1ts baking powder.
2 cawan tepung jagung
½ cawan tepung gandum.
1 cawan kelapa.

bakar dalam oven ,
api atas bawah.

15 min/ 180 darjah celcius.

_______________________

july 132015
ramadhan 251436.

Monday, 6 July 2015

kenapa saya?

kerana dah ditetapkan di luh mahfuz. mmg awak yang kena hadap mcm ni.

Saturday, 4 July 2015

Goboknotalin

Ramadhan 17

salam ramadhan 17
salam nuzul quran.

lin gagal diet

hi seperti tajuk entri ni.saya dengan rendah hati nak mengaku. gagal diet. wuwuwuwu. i is sad tau.

jadinya mulai esok kena start re induction.

kurangkan makan.
banyakkan beribadah.

esok 18 ramadhan

air 4 liter wajib habiskan
sayur telur sosej.
makan tu je.
ayam goreng.
kena sukat makan apa.

good luck lin.

esok saya datang taip lagi.


Sunday, 21 June 2015

Hari ini aku tak ubah seperti mayat hidup.

Semangat aku hilang.

Pedihnya hati.
Wahai tuhan.
bantulah aku

Tolonglah aku.

.
Perasaan aku kini separa mati.
Mati !!!!!!!

Thursday, 18 June 2015

Ramadhan day-two

Allah merancang . Sabarlah.
Nanti mesti dapat yang jauh lebih baik.

Cuma.
Do not expect to much.

Ingat tujuan berada di dunia.
Benda yg tak selamanya.

Tabah.
Kuat.

Sabar.
Syukur..

Allah know everything while we not know.

Wednesday, 17 June 2015

Travelog ramadhan day-one

Salam ramadhan.

Saya masih beku.
Buntu

Hilang punca.

Ya Allah masukkanlah dalam hati saya kelazatan beribadah.
Sedar yang hidup tak lama.
Ingatkan saya yang saya cari redha Allah di dunia.

Tak perlu patah hati bila belum dapat kerja.
Itu bukan tujuan utama kehidupan saya.

Allah, saya mohon ,
Kuatkan hati saya.
Tabahkan jiwa saya.

Ya Allah, saya berlindung dgn Allah dari hati yang tak khusyuk, jiwa yang tak pernah puas dan doa yg tak dikabulkan.

Saya cari rahmat Allah.
Kasih sayang Allah

Semoga Allah kuat-eratkan pegangan tali saya pada dia.

Kuatkan saya wahai hati dan jiwa. !

Friday, 12 June 2015

.

Bukan salah Allah bila saya tak dapat apa yang saya pinta.

Salah tangan saya sendiri.

Dan silap saya.
Saya rasa kecewa .

ALLAH kn sebaik baik perancang.

Tuesday, 9 June 2015

Road to Ramadhan #01

salam syaaban everyone!

assalamualaikum. semoga sentiasa berada dalam pelukan dan lindungan Allah. ya rahman ya rahim.

bagaimana persediaan ramadhan? harapnya okay dah lebih bersemangat . ok?

kehidupan saya

ramadhan tahun ni tak sama dgn ramadhan tahun lepas. tahun lepas saya bekerja.tahun Ini saya menganggur. sangatlah tak best jadi seorang penganggur ni. jangan jadi macam saya okay? :) .

rezeki kita tak sama. semoga sentiasa dapat yg baik baik saja ok. masa tetap berjalan.saya juga tetap dengan aturan tuhan. Ini yang ditetapkan .saya perlu tabah.saya kena juga tabah nak hadap kehidupan. tak boleh kata tidak.

saya nak rebel tapi saya lupa Allah mengatur. mungkin nanti saya dapat kerja yg lebih baik. oh ya, saya tunggu result Interview . result keluar 3 hari sebelum ramadhan. semoga saya berjaya dan itu jadi rezeki ramadhan buat saya.

dah lama rasanya tak menulis kat sini. saya cuba tahan untuk menulis, saya takut emosi kawal akal.

okaylah. nanti saya tulis lagi.

Monday, 25 May 2015

pengalaman

minggu ni. aku akan hadap laman sosial melampau . mungkinlah

hari ni selasa ,
jadinya masih berbaki 3 hari curate akaun twt *******

itu semua dari Allah.
Allah nak saya belajar berdakwah brangkali.

saya kena positif.

haters gonna hate.

benda kecik dia nak perbesarkan . terpulang.

saya juga rasa. itu semua dari Allah

Tak apa.
saya tak berpengalaman.

Allah will help me. Allahumma solli ala saidina Muhammad. ����

Aku yang tak tahu nak faham orang.

Entah.

Aku makin tak faham orang.
Makin tak faham apa orang mahu.
Apa orang tak mahu
Kenapa orang marah
Kenapa orang tak suka.
Kenapa. Segala apa kenapa.

Aku tak faham orang.
Dan selalu berada dalam keadaan orang tak faham aku.

_______________________
Macam entah apa apa aku ni kan ? -memang kot.

Aku tak faham.

Orang nak kudrat aku tapi orang tak suka aku.

Aku tak faham

Orang mintak aku buat itu ini.
Tapi orang marah marah aku.

Aku tak faham

Orang arah aku kerja segala
Tapi orang sindir sindir aku.

Allah dengar.
Allah nampak
Allah tahu.

Cukuplah itu sumber kekuatan aku.
ALLAH.

Sunday, 17 May 2015

Aku , novel ?

Jiwa aku selalu berantakan.
Entah,
Dah takdir tuhan
Tapi aku masih usaha .
Seadanya aku usaha.
Sebolehnya.

Kadang kadang.
Hati aku mati
Jiwa aku tuli.

Aku sakit hati.
Hati aku pedih.
Hidup aku sakit.
Jiwa aku memberontak.

Aku ambik novel.
Aku baca.

Eskep .

Aku tutup buku.
Aku tidur.

Bangun tidur.
Aku fikir lagi.

Sampai bila macam tu.
Entah.

Saturday, 16 May 2015

First trying

Saya nak cuba
Saya cuba.

Semoga Allah permudahkan.

#untukkawankawanyangkitasuka.
#dakwah

Innallah maana.

Wednesday, 13 May 2015

Faith

Rezeki ni benda yang kita tak nampak kan ?

Sehari dua ni aku tak cukup tenang. Hadiri temuduga yang saingannya ribuan.

Semoga di situ terletaknya rezeki aku. Allah tahu aku perlukan duit . Hutang aku banyak mana. Hidup aku yang bagaimana. Semua Allah tahu.

Tapi aku tak tahu,Allah bagi aku atau tidak jawatan tu.

Aku tak tahu. Harapan ? Mestilah sangat berharap. Tersangat.

Tapi aku tak boleh terlalu mengharap. Bagaimana tu ?
Aku takut.

Hari ini , Allah tunjukkan lagi bahawa dialah pemberi rezeki. Orang sekeliling aku ramai berjaya
dan diberi rezeki yang diminta. Mungkin dah memang rezeki dia.

Aku tak boleh sedih. Lagilah kecewa. Mana boleh kecewa. Allah mengatur. Allah sedang mengatur.

Doa , aku tak putus putus berdoa. Semoga aku berjaya kali ni. Semoga Allah buka hati panel penemuduga.
Allah rezekikan pada aku.

Segalanya Allah.
Untuk Allah.

Kalau tak suka dengan pilihan Allah.
Aku nak duduk di dunia yang mana ?

Kalau aku tak dapat kerja jawatan tu. Aku tak tahu mana aku nak tuju.
Tiap tiap bulan kena bayar duit pinjaman pelajaran. Mana nak cari wang ? Kalau bukan minta pada tuhan biar aku dapat kerja dan boleh bayar hutang.

Swasta ? Aku tak tahu nak tuju kemana. Aku hanya ada Allah. Tak ada kawan . Tak ada saudara mara yang boleh membantu. 

Sedih.
Pahit.
Kelat.

Semua tu satu rasa  .
Berat nak tanggung. ALLAH tahu.
Tapi mungkin tu jalan . Allah permudahkan jalan aku ke syurga.

Saturday, 9 May 2015

Happy mother's day

Bagaimana nak mula cerita ya ?

Macam ni.

Saya ada join group untuk interview .Dan ramai yang join group tu berbilang bangsa dan agama.

So, cerita dia.

Ada seorang kakak ni copy and paste something tentang hari ibu.
Tak elok sambut. And so on lah kan.
Then ada seorang penganut kristian ni tegur (baca screencap kat bawah tu )

Lepas dia bagi tahu tu la kan .
Terus tu dia left group.
Terkejut.
Sentap kot.

Lepas tu ada seorang lagi kristian ni. (Orang sabah if im not wrong)
Dia terangkan lah .

Dia explain la pada kita umat islam ni.

_______________________

Saya bukan lah nak menangkan dia , tapi

1.dia baik , selalu nasihatkan saya. Bagi semangat dan suruh think positive.

2. Surah al kafirun pun ada sebut kan . Dalam ayat terakhir .

maksudnya bagi kamu agamamu , bagiku agamaku.

"Lakum dinukum , waliyadin "


(qs 109:6
)

Friday, 8 May 2015

All i need

Bagaimana nak jaga hati ya ?

Aku ada mengharap pada sesuatu.
Sesuatu milik Allah

Aku doa.
Aku minta pada Allah.

Semoga Allah terima doa aku.
Semoga Allah terima asbab aku betul betul perlukan benda tu.

Allah lebih kenal aku. Tapinya.

Insha Allah .
Kalau permintaan aku tu baik disisi Allah.
Allah mesti bagi.
Allah akan bagi.
Aku percaya.
.
Aku bukan nak belajar eskep pada kehidupan.

Tapi.

Aku perlu belajar berdikari.
Aku nak berhijrah.
Tiba masa aku kena kuatkan hati.

Aurat tu kena jaga.
Ipar duai bukan mahram aku. selamanya bukan.
Kurang lebih setahun.
Banyak mana dah dosa aku kena tanggung. (?)

Rezeki tu di dalamnya ada hak orang lain .
Ibu tu bukan lagi penanggung makan pakai aku .
Tapi dia bawah tanggung jawap aku.
Dah kurang lebih 10 bulan sepatutnya aku tanggung dia. 
Orang sekeliling aku tanggungjawab aku.

Nak hijrah dari kurang baik kepada baik dan lebih baik.

Allah dah buka laluan. Tapi aku belum jumpa pintu dia. Rasa nak menangis lah. Tapi rasa cuma rasa. Allah lebih tahu kan . ?

Sesiapa yang baca pos ni boleh tolong doakan aku ?

Terima kasih
:)

Bonda-day

Tadi di twitter banyak hashtag #makpesan.

Baru teringat. Bulan banyak hari peringatan

Hari ibu
Hari belia
hari guru
Hari nurse

Tapi saya nak cerita tentang hari bonda je.

Ada yang kata hari ibu ni memperingati (benda yang bertentangan dengan islam )

Saya tak tahu dan saya bukan cakap tentang itu.

Saya cuma nak kata

Selamat hari bonda untuk para pemegang syurga.

Wednesday, 6 May 2015

You'll find your way.

Insha Allah.

Every single thing (s) happen for a reason.

Never fed up.
Do not sad.

It will be fine.
Will.
Trust Allah.

.................

Saturday, 2 May 2015

Kemalangan

Aku terasa perlu aku taip ini. Semoga ini memberi kesedaran bukan kerana nafsu.

Kemalangan pajero dengan myvi.

Entah kenapa hati ni di rentap rasa sedih. Tak tahu kenapa. Lagi lagi tengok wajah amira . Anak mangsa tu.
...........................................................

Pemandu.

Entah. Selalu aku buat perumpamaan.

Saya tak salahkan pemandu.

Saya cuma tulis . Bukan untuk salahkan siapa siapa.

Bukan salah siapa siapa.
Ketentuan Allah yang bersalut hikmah.

Mintak cuba faham pun cukup.

________________________

Keadaannya sama seperti

Jasad dipandu nafsu.
Habis hancur semua. Kemalangan.

Kereta : jasad

Pemandu baik ; iman . Hati . Akal
Pemandu tak baik : nafsu.

Sebagaimana pemandu tak baik tu drive. Macam tulah nafsu. Suka pada benda buruk yang akhirnya memasukkan ke dalam api yang menjulang tinggi. (Neraka).

Stop.

Saja tanya.

Awak pandu dengan apa ? Hati iman atau akal ? Atau nafsu ?

Awak boleh tahu .
Tak perlu jawap pada saya.

Jawap pada diri sendiri.

Friday, 1 May 2015

Fatihah untuk ayahanda

Tiga puluh april beberapa tahun yang lalu.

Dia menghadap ilahi.
Sang pencipta.

Pulang ke tempat asal.
Dari Allah kepada Allah.

Ya Allah.
Peluklah dia dengan penuh kasih sayang.
Sayanglah dia sebagaimana dia sayangkan Engkau wahai Allah.
Ampunkan dosa dia.
Rahmatilah ruhnya.

Yang tinggal di dunia dibawah sana cuma jasad.
Ruh diangkat.
Semoga Allah menerima ampun taubat dia.

Mungkin dia usaha nak baiki keadaan - tapi aku tak tahu

Mungkin dia nak adil pada tanggungjawab dia- tapi aku tak tahu

mungkin dia mengharapkan dia mampu nak buat yang terbaik sepanjang hayat dia - tapi aku tak tahu.

Terlalu banyak hal yang kita tak pernah tahu.

Cukuplah Allah yang tahu satu persatu tentang dia.

Allahu Rabbi ,
ampunkan dia.
Sayangi dia.
Angkatlah darjat dia.

Sebab ,
Dia hambaMu.

Dia,
Ayah aku.

Alfatihah..
Sungguh tak ada dendam .
Tak ada apa yang hendak diungkit.
Semuanya aturan Allah untukku.
Manusia tak diuji sia siakan ?

Cuma doa yang tak putus aku hadiahkan untukmu.
Semoga tenang di sana.

Alfatihah untuk ayahanda.
Sentiasalah tenang disana.

Alfatihah

____________________________

Nota tangan lin ;

Dunia ibarat persinggahan. Sama macam saya bermusafir , dan saya berhenti di bawah sepohon pokok.

Di bawah pohon saya teruji dengan serangga . ( yakni di dunia saya diuji. Untuk Allah tambah bekalan saya di destinasi saya nanti )

Ujian bukan untuk melemahkan.
Saya perlu tenang dalam pelbagai keadaan.

Menangis -Doa pada Allah
Suka -syukur pada Allah.
Bahagia - gembira pada Allah.
Sedih- mengadu pada Allah.

Tak ada kekuatan saya ni melainkan Allah yang kurnia kekuatan.

Tak ada apa yang membahagiakan saya melebihi saya sedar , saya tahu , saya bersyukur dengan apa yang Allah kurnia pada saya. Allah

Cukuplah Allah sebagai penolong dan sebagai pelindung.

Terima kasih kurniakan saya seorang guru. Yang ajar saya jadi setenang ini. ALLAH.terima kasih.

Subhanallah wabihamdih subhanallahil azim.

Terima kasih Allah
Terima kasih guru.

Terima kasih bonda .
Terima kasih keluarga.

Terima kasih Alam.
Terima kasih malaikat.
Terima kasih abdullah.

Terima kasih.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Sunday, 19 April 2015

Aku.

Bicara aku sama Tuhan

Senyap.
Kaku.
Lupa apa nak tulis tadi.

Allah ,
Mungkin  silap saya terlalu banyak pada dia.
Mungkin saya dah tak boleh nak dimaafkan oleh dia.

Ya Allah.

Kenapa ? Apa hikmah disebalik ini wahai Allah.

____________________

Aku belajar di tempat A. Dia juga ditakdirkan kerja disitu.

Aku belajar di tempat b dia juga kerja disitu.

Aku belajar di tempat c . Masih juga dia engkau titipkan bersama aku.

Tuhan, aku selalu susahkan dia.
Tuhan betapa aku tak tahu segala hal.
Tak tahu segala hikmah.

Mata kotor aku hanya melihat 1
Kehancuran.
Kerenggangan aku sama dia.

Tuhan. Sebelum aku mati.
Kalau boleh aku nak aku sedar.
Aku bersaudara pada semua orang.
Setiap satu persatu yang ada di bumi.

Allah. Tolonglah.
Tolong hambamu.
Yang tak tahu tentang apa apa.
Tolong sedarkan aku .
Tolong sedarkan aku wahai Allah.
Tolong

;(

Tuhan, pahitnya hidup.

Sunday, 5 April 2015

Self.

You're what you think.
You're what you say.
You're what you eat.
You're what you do.

Every single think you did, its you.

Laugh.
Cry.
Smile.
Clumsy.
Happy.
Some times sweet.

Its you.
Your attitude.

Its still you.

Sunday, 1 March 2015

Selamat hari lahir lin.

11 jamadil awal 1413 - 11 jamadil awal 1436

Alhamdulillah.
Masih dikurnia nafas sempurna.

Semoga sentiasa dikurniakan
Kesihatan yang baik.
Ilmu yang bermanfaat.
Rezeki yang banyak lagi halal.
Jodoh yang membahagiakan.
Kebahagiaan yang berpanjangan.
Umur yang bermanfaat.
Pekerjaan yang elok.
Semoga perjalanan musafir kamu membawa kamu ke syurga.

Dunia sementara.
Berpahitlah sementara.
Tabah
Kuat.
Tenang
Diam
Senyum.
Asuh diri jadi baik.

Ingat.
Syurga akhirat.
Sedang tunggu .

Thursday, 19 February 2015

Kosong 1

Mungkin ini jalan.
Supaya perkataan dari mulut saya dikurangkan.

Rabbi yassir wala tuassir.
Rabbi tamim bikhair.

Kasar ? Terima
Sedih ? Terima.

Sebab itu hanya lintasan kehidupan.

Monday, 16 February 2015

Aturan tuhan

Orang tak tahu betapa strugglenya kita nak tahan air mata.

Tuhan , kurniakan lah aku rezeki.

Rezeki yang banyak.
Rezeki yang melimpah.
rezeki yang halal.

Cukuplah engkau maha pelindung. Pemurah. Penyayang.

Maafkan dosa aku untuk duapuluh dua tahun yang kosong tanpa pahala.

cukuplah engkau ya Allah.

Sunday, 15 February 2015

My heart #01

Lapangkan hati.
Tenangkan jiwa.

Buang jerit pekik.
Terus-
Senyumkan bahagia.

-caliph

Wednesday, 11 February 2015

StreetDakwah #03

Yang salah,
Bukan-

Muka yang cantik.
Tangan yang lincah.
Paras yang menawan.
Senyum yang memikat

Tapi.

Mata kita yang tak pandai dijaga.

Mulai hari ni.
Istiqomah untuk 7 hari.

Jaga mata.

Dari mata.
Turun ke hati.

:)

Saturday, 7 February 2015

DakwahStreets #02

Assalamualaikum dan semoga kita sentiasa Allah sayang dan lindung sentiasa.  Ini mungkin boleh jadi penguat semangat saya untuk saya jadi manusia sabar.

Cerita dibawah ini saya ambil daripada facebook Ebit Lew.

Seorang wanita yang selalu berdoa inginkan perkahwinan dengan orang yang dicintainya semenjak remaja lagi. Usianya semakin bertambah .Membuka dan menebalkan muka cari jodoh dengan minta bantuan kepada kenalan yang baik. Tapi jodoh belum didapati. Ujian semakin besar. Kesusahan melanda keluarganya. Dia sambung belajar tapi tidak dapat biasiswa dan pinjaman. Anak sulung dalam keluarga. Dia seorang yang baik Jaga solat awal waktu. Dan suka bangun malam tahajud. Tapi masalah duit semakin menjadi besar.Tiba-tiba ayahnya meninggal dunia. Dia semakin derita dan sedih. Seolah-olah hilang segalanya. Dia Redha. Tapi boleh dikatakan setiap hari dia menangis mengenang nasib adik-adik dan ibu. Ibu semakin uzur dan tua. Ayahnya pergi tanpa meninggalkan harta. Dia berhenti belajar dan hanya bekerja. Dia padamkan niat untuk meneruskan belajar demi menyara adik-adik dengan ketentuan Allah. Takdir Allah dalam kesedihan dan kesusahannya. Hari rahmat disebalik susah yang Allah janjikan telah tiba. Lelaki yang amat dia sukakan semenjak muda
terjumpa di Masjid. Lelaki itu sangat hensem dengan jubah putih dan serban. Dia tegur lelaki itu. Dengan segera mereka buat keputusan kahwin. Lelaki itu cuma seorang lelaki biasa sederhana. Lelaki itu sangat rajin berusaha dan jaga agama. Rezekinya bertambah Semuanya berubah dengan
izin Allah. Rezeki dan semua perniagaan suaminya menjadi dalam masa sekejap. Paling bahagia suaminya orang baik jaga solat, buat dakwah, penyayang dan sangat rajin. Dia kata benarlah janji Allah. Disebalik segala
kesedihan dan kesusahan ada rahmat Allah yang besar menanti. Syaratnya belajar Redha dengan taat perintah Allah dan bawa sunnah Nabi saw. Bahagia bukan setelah mendapat apa yang kita inginkan. Dari mula lagi saat hati itu kenal Allah, Redha, Taat, ketika itu kita telah mendapat bahagia walaupun kadang-kadang kita tidak dapat apa yang kita inginkan-ebit lew

Dakwahstreets #01

Allah sentiasa tahu apa yang terpaling baik untuk kita.

Sunday, 25 January 2015

26 of 365

Tiada tuhan selain Allah dan nabi muhammad pesuruh Allah.

Selawat dan salam keatas baginda nabi muhammad saw.

Kicau burung sama langit makin mencerah.
Membawa aku kepada satu keadaan bernama realiti.
Yang mana bagaimana aku tak mahu sekalipun.
Aku tetap perlu hadapi.

Selama ini aku lupa.
Tuhan sentiasa persiap waktu untuk aku sama dia.
Anugerah .
Yang jarang jarang aku lihat.
Yang jarang jarang orang ada.
Semoga dosa aku diampunkan .

Ketenangan itu-rezeki.
Banyak masa denganNya juga Rezeki.
Pagian alam