Saturday, 7 February 2015

DakwahStreets #02

Assalamualaikum dan semoga kita sentiasa Allah sayang dan lindung sentiasa.  Ini mungkin boleh jadi penguat semangat saya untuk saya jadi manusia sabar.

Cerita dibawah ini saya ambil daripada facebook Ebit Lew.

Seorang wanita yang selalu berdoa inginkan perkahwinan dengan orang yang dicintainya semenjak remaja lagi. Usianya semakin bertambah .Membuka dan menebalkan muka cari jodoh dengan minta bantuan kepada kenalan yang baik. Tapi jodoh belum didapati. Ujian semakin besar. Kesusahan melanda keluarganya. Dia sambung belajar tapi tidak dapat biasiswa dan pinjaman. Anak sulung dalam keluarga. Dia seorang yang baik Jaga solat awal waktu. Dan suka bangun malam tahajud. Tapi masalah duit semakin menjadi besar.Tiba-tiba ayahnya meninggal dunia. Dia semakin derita dan sedih. Seolah-olah hilang segalanya. Dia Redha. Tapi boleh dikatakan setiap hari dia menangis mengenang nasib adik-adik dan ibu. Ibu semakin uzur dan tua. Ayahnya pergi tanpa meninggalkan harta. Dia berhenti belajar dan hanya bekerja. Dia padamkan niat untuk meneruskan belajar demi menyara adik-adik dengan ketentuan Allah. Takdir Allah dalam kesedihan dan kesusahannya. Hari rahmat disebalik susah yang Allah janjikan telah tiba. Lelaki yang amat dia sukakan semenjak muda
terjumpa di Masjid. Lelaki itu sangat hensem dengan jubah putih dan serban. Dia tegur lelaki itu. Dengan segera mereka buat keputusan kahwin. Lelaki itu cuma seorang lelaki biasa sederhana. Lelaki itu sangat rajin berusaha dan jaga agama. Rezekinya bertambah Semuanya berubah dengan
izin Allah. Rezeki dan semua perniagaan suaminya menjadi dalam masa sekejap. Paling bahagia suaminya orang baik jaga solat, buat dakwah, penyayang dan sangat rajin. Dia kata benarlah janji Allah. Disebalik segala
kesedihan dan kesusahan ada rahmat Allah yang besar menanti. Syaratnya belajar Redha dengan taat perintah Allah dan bawa sunnah Nabi saw. Bahagia bukan setelah mendapat apa yang kita inginkan. Dari mula lagi saat hati itu kenal Allah, Redha, Taat, ketika itu kita telah mendapat bahagia walaupun kadang-kadang kita tidak dapat apa yang kita inginkan-ebit lew

No comments:

Post a Comment