Monday, 25 May 2015

pengalaman

minggu ni. aku akan hadap laman sosial melampau . mungkinlah

hari ni selasa ,
jadinya masih berbaki 3 hari curate akaun twt *******

itu semua dari Allah.
Allah nak saya belajar berdakwah brangkali.

saya kena positif.

haters gonna hate.

benda kecik dia nak perbesarkan . terpulang.

saya juga rasa. itu semua dari Allah

Tak apa.
saya tak berpengalaman.

Allah will help me. Allahumma solli ala saidina Muhammad. ����

Aku yang tak tahu nak faham orang.

Entah.

Aku makin tak faham orang.
Makin tak faham apa orang mahu.
Apa orang tak mahu
Kenapa orang marah
Kenapa orang tak suka.
Kenapa. Segala apa kenapa.

Aku tak faham orang.
Dan selalu berada dalam keadaan orang tak faham aku.

_______________________
Macam entah apa apa aku ni kan ? -memang kot.

Aku tak faham.

Orang nak kudrat aku tapi orang tak suka aku.

Aku tak faham

Orang mintak aku buat itu ini.
Tapi orang marah marah aku.

Aku tak faham

Orang arah aku kerja segala
Tapi orang sindir sindir aku.

Allah dengar.
Allah nampak
Allah tahu.

Cukuplah itu sumber kekuatan aku.
ALLAH.

Sunday, 17 May 2015

Aku , novel ?

Jiwa aku selalu berantakan.
Entah,
Dah takdir tuhan
Tapi aku masih usaha .
Seadanya aku usaha.
Sebolehnya.

Kadang kadang.
Hati aku mati
Jiwa aku tuli.

Aku sakit hati.
Hati aku pedih.
Hidup aku sakit.
Jiwa aku memberontak.

Aku ambik novel.
Aku baca.

Eskep .

Aku tutup buku.
Aku tidur.

Bangun tidur.
Aku fikir lagi.

Sampai bila macam tu.
Entah.

Saturday, 16 May 2015

First trying

Saya nak cuba
Saya cuba.

Semoga Allah permudahkan.

#untukkawankawanyangkitasuka.
#dakwah

Innallah maana.

Wednesday, 13 May 2015

Faith

Rezeki ni benda yang kita tak nampak kan ?

Sehari dua ni aku tak cukup tenang. Hadiri temuduga yang saingannya ribuan.

Semoga di situ terletaknya rezeki aku. Allah tahu aku perlukan duit . Hutang aku banyak mana. Hidup aku yang bagaimana. Semua Allah tahu.

Tapi aku tak tahu,Allah bagi aku atau tidak jawatan tu.

Aku tak tahu. Harapan ? Mestilah sangat berharap. Tersangat.

Tapi aku tak boleh terlalu mengharap. Bagaimana tu ?
Aku takut.

Hari ini , Allah tunjukkan lagi bahawa dialah pemberi rezeki. Orang sekeliling aku ramai berjaya
dan diberi rezeki yang diminta. Mungkin dah memang rezeki dia.

Aku tak boleh sedih. Lagilah kecewa. Mana boleh kecewa. Allah mengatur. Allah sedang mengatur.

Doa , aku tak putus putus berdoa. Semoga aku berjaya kali ni. Semoga Allah buka hati panel penemuduga.
Allah rezekikan pada aku.

Segalanya Allah.
Untuk Allah.

Kalau tak suka dengan pilihan Allah.
Aku nak duduk di dunia yang mana ?

Kalau aku tak dapat kerja jawatan tu. Aku tak tahu mana aku nak tuju.
Tiap tiap bulan kena bayar duit pinjaman pelajaran. Mana nak cari wang ? Kalau bukan minta pada tuhan biar aku dapat kerja dan boleh bayar hutang.

Swasta ? Aku tak tahu nak tuju kemana. Aku hanya ada Allah. Tak ada kawan . Tak ada saudara mara yang boleh membantu. 

Sedih.
Pahit.
Kelat.

Semua tu satu rasa  .
Berat nak tanggung. ALLAH tahu.
Tapi mungkin tu jalan . Allah permudahkan jalan aku ke syurga.

Saturday, 9 May 2015

Happy mother's day

Bagaimana nak mula cerita ya ?

Macam ni.

Saya ada join group untuk interview .Dan ramai yang join group tu berbilang bangsa dan agama.

So, cerita dia.

Ada seorang kakak ni copy and paste something tentang hari ibu.
Tak elok sambut. And so on lah kan.
Then ada seorang penganut kristian ni tegur (baca screencap kat bawah tu )

Lepas dia bagi tahu tu la kan .
Terus tu dia left group.
Terkejut.
Sentap kot.

Lepas tu ada seorang lagi kristian ni. (Orang sabah if im not wrong)
Dia terangkan lah .

Dia explain la pada kita umat islam ni.

_______________________

Saya bukan lah nak menangkan dia , tapi

1.dia baik , selalu nasihatkan saya. Bagi semangat dan suruh think positive.

2. Surah al kafirun pun ada sebut kan . Dalam ayat terakhir .

maksudnya bagi kamu agamamu , bagiku agamaku.

"Lakum dinukum , waliyadin "


(qs 109:6
)

Friday, 8 May 2015

All i need

Bagaimana nak jaga hati ya ?

Aku ada mengharap pada sesuatu.
Sesuatu milik Allah

Aku doa.
Aku minta pada Allah.

Semoga Allah terima doa aku.
Semoga Allah terima asbab aku betul betul perlukan benda tu.

Allah lebih kenal aku. Tapinya.

Insha Allah .
Kalau permintaan aku tu baik disisi Allah.
Allah mesti bagi.
Allah akan bagi.
Aku percaya.
.
Aku bukan nak belajar eskep pada kehidupan.

Tapi.

Aku perlu belajar berdikari.
Aku nak berhijrah.
Tiba masa aku kena kuatkan hati.

Aurat tu kena jaga.
Ipar duai bukan mahram aku. selamanya bukan.
Kurang lebih setahun.
Banyak mana dah dosa aku kena tanggung. (?)

Rezeki tu di dalamnya ada hak orang lain .
Ibu tu bukan lagi penanggung makan pakai aku .
Tapi dia bawah tanggung jawap aku.
Dah kurang lebih 10 bulan sepatutnya aku tanggung dia. 
Orang sekeliling aku tanggungjawab aku.

Nak hijrah dari kurang baik kepada baik dan lebih baik.

Allah dah buka laluan. Tapi aku belum jumpa pintu dia. Rasa nak menangis lah. Tapi rasa cuma rasa. Allah lebih tahu kan . ?

Sesiapa yang baca pos ni boleh tolong doakan aku ?

Terima kasih
:)

Bonda-day

Tadi di twitter banyak hashtag #makpesan.

Baru teringat. Bulan banyak hari peringatan

Hari ibu
Hari belia
hari guru
Hari nurse

Tapi saya nak cerita tentang hari bonda je.

Ada yang kata hari ibu ni memperingati (benda yang bertentangan dengan islam )

Saya tak tahu dan saya bukan cakap tentang itu.

Saya cuma nak kata

Selamat hari bonda untuk para pemegang syurga.

Wednesday, 6 May 2015

You'll find your way.

Insha Allah.

Every single thing (s) happen for a reason.

Never fed up.
Do not sad.

It will be fine.
Will.
Trust Allah.

.................

Saturday, 2 May 2015

Kemalangan

Aku terasa perlu aku taip ini. Semoga ini memberi kesedaran bukan kerana nafsu.

Kemalangan pajero dengan myvi.

Entah kenapa hati ni di rentap rasa sedih. Tak tahu kenapa. Lagi lagi tengok wajah amira . Anak mangsa tu.
...........................................................

Pemandu.

Entah. Selalu aku buat perumpamaan.

Saya tak salahkan pemandu.

Saya cuma tulis . Bukan untuk salahkan siapa siapa.

Bukan salah siapa siapa.
Ketentuan Allah yang bersalut hikmah.

Mintak cuba faham pun cukup.

________________________

Keadaannya sama seperti

Jasad dipandu nafsu.
Habis hancur semua. Kemalangan.

Kereta : jasad

Pemandu baik ; iman . Hati . Akal
Pemandu tak baik : nafsu.

Sebagaimana pemandu tak baik tu drive. Macam tulah nafsu. Suka pada benda buruk yang akhirnya memasukkan ke dalam api yang menjulang tinggi. (Neraka).

Stop.

Saja tanya.

Awak pandu dengan apa ? Hati iman atau akal ? Atau nafsu ?

Awak boleh tahu .
Tak perlu jawap pada saya.

Jawap pada diri sendiri.

Friday, 1 May 2015

Fatihah untuk ayahanda

Tiga puluh april beberapa tahun yang lalu.

Dia menghadap ilahi.
Sang pencipta.

Pulang ke tempat asal.
Dari Allah kepada Allah.

Ya Allah.
Peluklah dia dengan penuh kasih sayang.
Sayanglah dia sebagaimana dia sayangkan Engkau wahai Allah.
Ampunkan dosa dia.
Rahmatilah ruhnya.

Yang tinggal di dunia dibawah sana cuma jasad.
Ruh diangkat.
Semoga Allah menerima ampun taubat dia.

Mungkin dia usaha nak baiki keadaan - tapi aku tak tahu

Mungkin dia nak adil pada tanggungjawab dia- tapi aku tak tahu

mungkin dia mengharapkan dia mampu nak buat yang terbaik sepanjang hayat dia - tapi aku tak tahu.

Terlalu banyak hal yang kita tak pernah tahu.

Cukuplah Allah yang tahu satu persatu tentang dia.

Allahu Rabbi ,
ampunkan dia.
Sayangi dia.
Angkatlah darjat dia.

Sebab ,
Dia hambaMu.

Dia,
Ayah aku.

Alfatihah..
Sungguh tak ada dendam .
Tak ada apa yang hendak diungkit.
Semuanya aturan Allah untukku.
Manusia tak diuji sia siakan ?

Cuma doa yang tak putus aku hadiahkan untukmu.
Semoga tenang di sana.

Alfatihah untuk ayahanda.
Sentiasalah tenang disana.

Alfatihah

____________________________

Nota tangan lin ;

Dunia ibarat persinggahan. Sama macam saya bermusafir , dan saya berhenti di bawah sepohon pokok.

Di bawah pohon saya teruji dengan serangga . ( yakni di dunia saya diuji. Untuk Allah tambah bekalan saya di destinasi saya nanti )

Ujian bukan untuk melemahkan.
Saya perlu tenang dalam pelbagai keadaan.

Menangis -Doa pada Allah
Suka -syukur pada Allah.
Bahagia - gembira pada Allah.
Sedih- mengadu pada Allah.

Tak ada kekuatan saya ni melainkan Allah yang kurnia kekuatan.

Tak ada apa yang membahagiakan saya melebihi saya sedar , saya tahu , saya bersyukur dengan apa yang Allah kurnia pada saya. Allah

Cukuplah Allah sebagai penolong dan sebagai pelindung.

Terima kasih kurniakan saya seorang guru. Yang ajar saya jadi setenang ini. ALLAH.terima kasih.

Subhanallah wabihamdih subhanallahil azim.

Terima kasih Allah
Terima kasih guru.

Terima kasih bonda .
Terima kasih keluarga.

Terima kasih Alam.
Terima kasih malaikat.
Terima kasih abdullah.

Terima kasih.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.