Wednesday, 13 May 2015

Faith

Rezeki ni benda yang kita tak nampak kan ?

Sehari dua ni aku tak cukup tenang. Hadiri temuduga yang saingannya ribuan.

Semoga di situ terletaknya rezeki aku. Allah tahu aku perlukan duit . Hutang aku banyak mana. Hidup aku yang bagaimana. Semua Allah tahu.

Tapi aku tak tahu,Allah bagi aku atau tidak jawatan tu.

Aku tak tahu. Harapan ? Mestilah sangat berharap. Tersangat.

Tapi aku tak boleh terlalu mengharap. Bagaimana tu ?
Aku takut.

Hari ini , Allah tunjukkan lagi bahawa dialah pemberi rezeki. Orang sekeliling aku ramai berjaya
dan diberi rezeki yang diminta. Mungkin dah memang rezeki dia.

Aku tak boleh sedih. Lagilah kecewa. Mana boleh kecewa. Allah mengatur. Allah sedang mengatur.

Doa , aku tak putus putus berdoa. Semoga aku berjaya kali ni. Semoga Allah buka hati panel penemuduga.
Allah rezekikan pada aku.

Segalanya Allah.
Untuk Allah.

Kalau tak suka dengan pilihan Allah.
Aku nak duduk di dunia yang mana ?

Kalau aku tak dapat kerja jawatan tu. Aku tak tahu mana aku nak tuju.
Tiap tiap bulan kena bayar duit pinjaman pelajaran. Mana nak cari wang ? Kalau bukan minta pada tuhan biar aku dapat kerja dan boleh bayar hutang.

Swasta ? Aku tak tahu nak tuju kemana. Aku hanya ada Allah. Tak ada kawan . Tak ada saudara mara yang boleh membantu. 

Sedih.
Pahit.
Kelat.

Semua tu satu rasa  .
Berat nak tanggung. ALLAH tahu.
Tapi mungkin tu jalan . Allah permudahkan jalan aku ke syurga.