Monday, 20 July 2015

permulaan perjalanan

langkah saya mula berterabur mula hari ke tujuh puluh.

saya perlukan dia.
tapi saya malu.
sebab saya dah gagal ikut apa dia cakap.
hidup saya terlalu liar.
terlalu leka dengan dunia.

dah banyak kali saya cuba nak melangkah sendiri.
tapi saya gagal.
sebab dia yg selalu nasihatkan pada saya.

kalau dia.
orang yg beriman pun lari dr saya.
bagaimana pula Allah.

:(
saya terlalu teruk.
saya takut.

saya tak punya pilihan.
saya perlu juga kuat.

saya yakin.
Allah akan bantu mengenaliNya.
dan Allah pasti dampingkan saya sgn orang baik baik.

insha Allah.

langkah pertama dimulakan dgn bismillahirahmanirahim.

Friday, 17 July 2015

rayalinlonbabylon1436h

satu syawal.
sepertinya terlalu banyak perbezaan.
dalam beberapa hal.

tahun lepas.
adik beradik mak semua ada.
tapi tidak untuk tahun ini.
mak cik dah menghadap ilahi.

alfatihah untuk makcik
yang baru kembali ke rahmatullah
syaaban satu yg lalu.

dari sepuluh.
dah kurang satu.
tinggal sembilan.

kehilangan tu benda normal.
tapi terbalut kesedihan.
kan?

kita juga akan mati nanti.
tapi tarikh nya blum diketahui.
tak menanti.
tapi tetap juga perlu dihadapi.

-----
tahun ni jadi assistant mak.
penganti kak ngah yang dah kahwin dan ada anak.

kalau tak pun memang kak ngah tak raya di sini.
turn balik kampung abang ngah.

---------

orang datang tak henti dari pagi.
Alhamdulillah rezeki.

rezeki yang ada dikongsi.
dan Allah hantar ramai tetamu kat rumah harini.

itu juga rezeki.

direzekikan ramai kenalan.
sedara mara.
kawan kawan.

senyum itu sedekah.
lagi ramai orang datang.
lagi banyak orang senyum .
lagi ramai orang dapat pahala.
lagi banyak kan ? hehe

tahun ni juga ramai yang sebelum ni tak pernah datang .
tahun ni datang.
semuanya bagaikan satu family.

sampai org  cari aku kat dapur lagi. win kan?

---
dah macam kenduri.
tapi tak apa.
setahun sekali.

10 pagi sampai 8malam.
orang tak henti-henti.
berganti.

------
tahun ni berbeza sikit.
aku banyak buat kuih.

kurang lebih belas belas jenis jugak la.

gunakan konsep try and error.

ada yang terlebih sedap. (ehem)
ada yang sedap(ehem lg)
ada yang biasa biasa(cornflakes madu misalnya)
ada yang dah biasa org buat.
yang taksedap? tak de okay. takde.
hehew.

---
dan dapatlah seketul dua pickup lines raya.

'kuih ni awak buat ke?'
'haah'.

'manis mcm org yg buat dia.'

kahkahkah.

yang tak best aku suruh kimi tolong refill kuih dalam balang.(yang mana dah kosong)

dia letak kuih cornflakes .
ada 3biji yg hangus.
cisss betei. haha.
dah kantoi kuih tu ada yg hangus.

tapi boleh je makan sebenarnya.
sengaja sepupu sepapat duk menyakat.

kek aku yang dah mcm tak jadi tu pun licin .

dua biji kek tu. haha.

------
tahun ni jugak mercun dan bunga api banyak dari biasa.
pelita pun sama.

so budak budak tak nak balik rumah sendiri.nak tidur rumah aku sebab nak main bunga api.

malam raya. bakar lemang sampai dua pagi.

yang lama tu sebab berborak je padahal. haha.

buat sate 120 cucuk.
bakar malam sebab takut tak sempat bakar waktu pagi.

esok paginya aku tgk ada 30 batang je baki.

lagi sembilan puluh dah masuk perut dorang malam tadi.

haha.

---------

harapan syawal.
semoga kita sama samà jaga silaturahim

untuk diri sendiri ;

kena jadi makin rajin. lol
kena bangun awal pagi raya.
oh tahun ni saya tak perlukan baju raya.dan saya bahagia. hehew.

dan.

saya suka apa adanya saya.

selamat hari raya. !


raya saya #

duapuluh sembilan ramadhan.
hati mula rasa berantakan.
takut , risau , sebak dan penuh kesedihan.

takut dan terlalu mengharapkan.
agar aku bertemu lagi dengan seterus ramadhan.

pelita di susun lapan lapan.
di laman rumah yang lengang dari sebarang kenderaan.

satu persatu pelita dihidupkan.
sengaja nak rasa raya punya kemeriahan.

meriam dan mercun  jadi hiasan tambahan.
berdentum bunyi dari arah utara selatan.
hey tadi kata ramadhan pergi dgn penuh kesedihan?

hmm. terpaksa saya diamkan.

hari ini satu syawal.selamat hari raya kawan kawan. hidangan sedap- sedap buat santapan.ingat sikit kawan, jaga nafsu makan, jangan sampai perut ke depan.

lepas makan jangan lupa basuh pinggan.oh ya , juga gelas dan cawan.

kuih raya berbalang balang di ruang tamu hadapan. lepas satu- satu lagi balang di buka dan kuih diambil lalu dimakan .

adakah raya memang hari untuk makan?

hmm . mungkin lah kan.

asyik ingat nak makan , salam tangan ayah bonda jangan dilupakan. salam,mintak maaf dan aku-kan segala kesalahan.

tak mengaku kita punya kesalahan?
hmm hantuk kepala kat dinding bagi hilang ingatan.

saudara mara datang memeriahkan keadaan.
itu belum lagi jumpa sedara yang tak tahu nama dan entah siapa siapa tapi macam dah tinggal sama sama sebulan.

berborak sambil makan.
semua soalan diluahkan.
soalan paling kerap ditanyakan.
resepi dan cara penyediaan makanan.

misalnya nasi ayam dan sate ikan.
tanya banyak banyak tu. balik nanti awak bukan nak buat pun kan?

**dahlah. aku lupa nak taip apa lagi.bye bye kalian.

kakakaka.

Sunday, 12 July 2015

janji jadi seketul biskut kelapa.

jangan tak tahu pulak lin buat biskut kelapa ni. acewah.

½ cawan gula
½ cawan planta
1 kuning telur
1 ts esen vanilla
1 ts pewarna hijau
1ts baking powder.
2 cawan tepung jagung
½ cawan tepung gandum.
1 cawan kelapa.

bakar dalam oven ,
api atas bawah.

15 min/ 180 darjah celcius.

_______________________

july 132015
ramadhan 251436.

Monday, 6 July 2015

kenapa saya?

kerana dah ditetapkan di luh mahfuz. mmg awak yang kena hadap mcm ni.

Saturday, 4 July 2015

Goboknotalin

Ramadhan 17

salam ramadhan 17
salam nuzul quran.

lin gagal diet

hi seperti tajuk entri ni.saya dengan rendah hati nak mengaku. gagal diet. wuwuwuwu. i is sad tau.

jadinya mulai esok kena start re induction.

kurangkan makan.
banyakkan beribadah.

esok 18 ramadhan

air 4 liter wajib habiskan
sayur telur sosej.
makan tu je.
ayam goreng.
kena sukat makan apa.

good luck lin.

esok saya datang taip lagi.