Friday, 17 July 2015

raya saya #

duapuluh sembilan ramadhan.
hati mula rasa berantakan.
takut , risau , sebak dan penuh kesedihan.

takut dan terlalu mengharapkan.
agar aku bertemu lagi dengan seterus ramadhan.

pelita di susun lapan lapan.
di laman rumah yang lengang dari sebarang kenderaan.

satu persatu pelita dihidupkan.
sengaja nak rasa raya punya kemeriahan.

meriam dan mercun  jadi hiasan tambahan.
berdentum bunyi dari arah utara selatan.
hey tadi kata ramadhan pergi dgn penuh kesedihan?

hmm. terpaksa saya diamkan.

hari ini satu syawal.selamat hari raya kawan kawan. hidangan sedap- sedap buat santapan.ingat sikit kawan, jaga nafsu makan, jangan sampai perut ke depan.

lepas makan jangan lupa basuh pinggan.oh ya , juga gelas dan cawan.

kuih raya berbalang balang di ruang tamu hadapan. lepas satu- satu lagi balang di buka dan kuih diambil lalu dimakan .

adakah raya memang hari untuk makan?

hmm . mungkin lah kan.

asyik ingat nak makan , salam tangan ayah bonda jangan dilupakan. salam,mintak maaf dan aku-kan segala kesalahan.

tak mengaku kita punya kesalahan?
hmm hantuk kepala kat dinding bagi hilang ingatan.

saudara mara datang memeriahkan keadaan.
itu belum lagi jumpa sedara yang tak tahu nama dan entah siapa siapa tapi macam dah tinggal sama sama sebulan.

berborak sambil makan.
semua soalan diluahkan.
soalan paling kerap ditanyakan.
resepi dan cara penyediaan makanan.

misalnya nasi ayam dan sate ikan.
tanya banyak banyak tu. balik nanti awak bukan nak buat pun kan?

**dahlah. aku lupa nak taip apa lagi.bye bye kalian.

kakakaka.

No comments:

Post a Comment