Friday, 17 July 2015

rayalinlonbabylon1436h

satu syawal.
sepertinya terlalu banyak perbezaan.
dalam beberapa hal.

tahun lepas.
adik beradik mak semua ada.
tapi tidak untuk tahun ini.
mak cik dah menghadap ilahi.

alfatihah untuk makcik
yang baru kembali ke rahmatullah
syaaban satu yg lalu.

dari sepuluh.
dah kurang satu.
tinggal sembilan.

kehilangan tu benda normal.
tapi terbalut kesedihan.
kan?

kita juga akan mati nanti.
tapi tarikh nya blum diketahui.
tak menanti.
tapi tetap juga perlu dihadapi.

-----
tahun ni jadi assistant mak.
penganti kak ngah yang dah kahwin dan ada anak.

kalau tak pun memang kak ngah tak raya di sini.
turn balik kampung abang ngah.

---------

orang datang tak henti dari pagi.
Alhamdulillah rezeki.

rezeki yang ada dikongsi.
dan Allah hantar ramai tetamu kat rumah harini.

itu juga rezeki.

direzekikan ramai kenalan.
sedara mara.
kawan kawan.

senyum itu sedekah.
lagi ramai orang datang.
lagi banyak orang senyum .
lagi ramai orang dapat pahala.
lagi banyak kan ? hehe

tahun ni juga ramai yang sebelum ni tak pernah datang .
tahun ni datang.
semuanya bagaikan satu family.

sampai org  cari aku kat dapur lagi. win kan?

---
dah macam kenduri.
tapi tak apa.
setahun sekali.

10 pagi sampai 8malam.
orang tak henti-henti.
berganti.

------
tahun ni berbeza sikit.
aku banyak buat kuih.

kurang lebih belas belas jenis jugak la.

gunakan konsep try and error.

ada yang terlebih sedap. (ehem)
ada yang sedap(ehem lg)
ada yang biasa biasa(cornflakes madu misalnya)
ada yang dah biasa org buat.
yang taksedap? tak de okay. takde.
hehew.

---
dan dapatlah seketul dua pickup lines raya.

'kuih ni awak buat ke?'
'haah'.

'manis mcm org yg buat dia.'

kahkahkah.

yang tak best aku suruh kimi tolong refill kuih dalam balang.(yang mana dah kosong)

dia letak kuih cornflakes .
ada 3biji yg hangus.
cisss betei. haha.
dah kantoi kuih tu ada yg hangus.

tapi boleh je makan sebenarnya.
sengaja sepupu sepapat duk menyakat.

kek aku yang dah mcm tak jadi tu pun licin .

dua biji kek tu. haha.

------
tahun ni jugak mercun dan bunga api banyak dari biasa.
pelita pun sama.

so budak budak tak nak balik rumah sendiri.nak tidur rumah aku sebab nak main bunga api.

malam raya. bakar lemang sampai dua pagi.

yang lama tu sebab berborak je padahal. haha.

buat sate 120 cucuk.
bakar malam sebab takut tak sempat bakar waktu pagi.

esok paginya aku tgk ada 30 batang je baki.

lagi sembilan puluh dah masuk perut dorang malam tadi.

haha.

---------

harapan syawal.
semoga kita sama samà jaga silaturahim

untuk diri sendiri ;

kena jadi makin rajin. lol
kena bangun awal pagi raya.
oh tahun ni saya tak perlukan baju raya.dan saya bahagia. hehew.

dan.

saya suka apa adanya saya.

selamat hari raya. !


No comments:

Post a Comment