Tuesday, 1 September 2015

Mengenali Allah Rabbul 'Izzati dengan HATI...

Untuk hati-hati yang hidup berhubung denganNya....dengarilah seruan Tuhanmu..

Di dalam sebuah hadith al-Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya Nabi saw bersabda: Allah 'Azza wa Jalla berfirman :

‏يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

“Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diriKu, dan aku telah menjadikannya suatu yang haram sesama kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi.

يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلَّا مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ
Wahai hamba-hambaKu, semua kamu berada dalam kesesatan, melainkan sesiapa yang aku beri hidayah kepadanya, maka mintalah hidayah daripadaKu, Aku akan memberi hidayah kepada kamu semua.

يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلَّا مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ
Wahai hamba-hambaKu, semua kamu adalah orang yang lapar, melainkan sesiapa yang Aku berikan makan kepadanya, maka mohonlah makanan kepadaKu, Aku akan memberi makan kepada kamu semua.

يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ عَارٍ إِلَّا مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ
Wahai hamba-hambaKu, kamu semua adalah telanjang melainkan sesiapa yang Aku memakaikan pakaian kepadanya, maka mohonlah pakaian kepadaKu, Aku akan berikan pakaian kepada kamu semua.

يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ
Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu semua melakukan kesalahan di malam hari dan di siangnya, dan Aku (tuhan) yang mengampunkan dosa keseluruhannya, maka pohonlah keampunan daripadaKu, aku akan mengampunkan kamu semua.

يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضَرِّي فَتَضُرُّونِي وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُونِي
Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu semua tidak dapat memberi mudharat kepadaKu, seandainya kamu dapat tentulah kamu telah memudharatkanKu, dan kamu semua tidak dapat mendatangkan manfaat kepadaKu, seandainya kamu dapat tentulah kamu telah memberi manfaat kepadaKu.

يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئًا
Wahai hamba-hambaKu, seandainya orang yang sebelum dan sesudah kamu semua, manusia mahupun jin, semuanya adalah (seumpama) seorang lelaki yang paling bertaqwa dari kalangan kamu, demikian itu tidaklah menambah sedikitpun dari perbendaharaanKu.

يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئًا
Wahai hamba-hambaKu, seandainya orang yang sebelum dan sesudah kamu semua, manusia mahupun jin, semuanya adalah (seumpama) seorang lelaki yang paling jahat dari kalangan kamu, demikian itu tidaklah mengurangkan sedikitpun dari perbendaharaanKu.

يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي ‏ ‏صَعِيدٍ ‏ ‏وَاحِدٍ فَسَأَلُونِي فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إِلَّا كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ
Wahai hamba-hambaKu, sekiranya orang yang sebelum dan sesudah kamu semua, manusia mahupun jin, berkumpul di satu tempat yang luas, lalu mereka semua meminta kepadaKu, dan Aku perkenankan (berikan) setiap orang itu akan permintaannya, tidaklah yang demikian itu mengurangkan sedikitpun dari perbendaharaanKu, melainkan sepertimana berkurangnya sebatang jarum apabila dimasukkan ke dalam laut.

Justeru...sahutlah panggilan Tuhanmu ..dengan hatimu..


ABi