Saturday, 2 December 2017

Pengalaman Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19

Assalamualaikum dan hello ho, everyone(s).

Seminggu yang lepas aku ada hadiri temuduga pembantu tadbir kewangan w19 di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ini bukanlah kali pertama aku hadiri temuduga bagi jawatan ini.  Doakan aku ya?


Di sini aku nak kongsikan rentetan perjalanan temuduga dan susunan fail, resume, serta salinan sijil.

1. Penyediaan resume.

- pastikan kau isi semua benda yang pihak SPA mahu. Nama, no kad pengenalan, sumbangan dan kebolehan istimewa.

Resume kalau boleh tak perlu gunakan template grafik yang selalu kita nampak di mukabuku tu. Buat resume padat, ringkas dan nampak lebih formal. (part ni aku dah lakukan kesilapan kecil, aku gunakan resume grafik, my bad.) jangan ulang kesilapan aku ya?

2. Susunan dokumen dalam fail.

- Kau buatlah lain sikit dari calon kebanyakan. Letakkan saperator. Tapi jangan sampai buka-buka je fail kau penuh dengan saperator, sijilnya tenggelam. Less is more.

Pertama, kau print Maklumat Temuduga, Maklumat peribadi, maklumat pendidikan, dan sijil anugerah dan penglibatan.

Kemudian, susunlah sijil mengikut yang dikehendaki.

1. Maklumat temuduga. (print di paparan yang kau check kau dapat temuduga tu atau print dari email. Jangan lupa print tau. Kalau takut hilang atau rosak, print la dua salinan. Pernah tengok ada orang datang interview tak bawa surat. Susah di kemudian hari. Mungkin juga dia tak ada pengalaman hadiri temuduga lagi. Jadi dia tak tahu. )

2. Maklumat diri yakni, kad pengenalan dan sijil kelahiran.

3. Maklumat pendidikan. Susun ikut spm dan seterusnya. Spm beserta ujian lisan, diploma beserta transkrip, degree beserta transkrip. Kalau kau adalah pelajar tajaan JPA, letak sekali surat tawaran lepas transkrip. So that, dia tahu la kau pelajar tajaan JPA. (untuk pelajar tajaan jpa sahaja, MARA, PTPTN or else tak perlu)

4. Letakkan sijil anugerah dan penglibatan.
------


Okey, kita berbalik kepada point yang ke 4.

4. Salinan sijil.

-Salinan sijil perlulah disahkan.

Okay habis dah part dokumen yang perlu disediakan.


----------


Next is, aku nak cerita apa jadi pada hari kejadian.(hari temuduga)

Aku sampai awal satu jam dari waktu yang tertulis dalam surat. Aku pergi makan dulu (supaya emosi aku stabil dan tahukah anda lapar ni boleh buat kakak marah? Kakakaka. Tak, gurau je.)

30 minit kemudian. Naik ke pusat temuduga. Letakkan surat panggilan depan urusetia/pegawai di kaunter. Kalau calon ramai, dia suruh duduk dulu. Tunggu giliran. Nanti dia panggil ikut siapa datang dulu.

Dia panggil, duduk. Kemudian dia suruh keluarkan apa yang dia nak.

1. surat panggilan temuduga. (kemudian dia print nombor giliran dan bilik nombor berapa)
2. Susunan sijil, ikut seperti dalam surat.(nanti dia ajar satu per satu. Tapi kalau kau ikut yang aku tulis kat atas, sama sahaja sebenarnya). Salinan pun sama. Salinan tu nanti dia letakkan apa yang ada dalam surat je. Kemudian dia stepler.
3. pesan aku, jangan lupa daftar mengundi. Mengundi Pilihanraya.(sebab dia tanya)

Kemudian dah sampai turn,
-
Ketuk pintu.
-
Masuk.
-
bagi salam.
-
hulur fail.
-
duduk. (dia suruh duduk baru duduk)

(sebenarnya kau klik blog ni sebab nak tau ni je kannnn? Haha. Dia tanya apa. )

1. perkenalkan diri, latar belakang keluarga, latar belakang pendidikan, pengalaman kerja, kerjaya sekarang. Ok. Sekian terima kasih.


Di sini aku share apa soalan sering ditanya bagi jawatan ni.

1. sebutkan tugas pembantu tadbir kewangan (boleh check di portal SPA)(aku syak ni soalan wajib tanya. jadi jawab dengan yakin, jangan menghafal tapi fahamkan. Lepas tu boleh huraikan ikut jalan yang benar.)

2. Apa itu panjar? Panjar ada berapa jenis? Sebutkan. Huraikan.

3. Apa itu sebut harga. 

4.Apa itu tender.

5. Apa itu perolehan kerajaan.

6. Sebutkan jenis perakaunan di malaysia. (ada dua, tunai dan perakaunan akruan)

7. Ceritakan apa yang kau tau mengenai belanjawan. 

8. Bajet 2018 (ikut tahun interview) (soalan wajib study)

9. Dasar-dasar negara. 

10.NKRA 

11. GTP 

12.GST (soalan famous)

13.Gagasan 1 Malaysia

14.nyatakan salah satu agensi kerajaan bersama fungsi fungsinya.

15.NBOS

16. TN50.(soalan terlebih famous)

17. Lambang jata negara.

18. Integriti (soalan famous) 

19. Nama PM ,menteri kewangan i , menteri kewangan ii, ketua setiausaha negara, ketua negara, agung, ketua perbendaharaan, timbalan menteri kewangan i, timbalan menteri kewangan ii. (soalan famous)

20. Rasuah (boleh tahan famous)

21. Sanggup di hantar ke sabah dan sarawak tak? 

22. Soalan berkaitan situasi. Cara nak handle masalah.

Ini aku rangkumkan soalan yang ditanya pada aku dan kawan-kawan seangkatan yang interview dalam pengambilan yang sama. (created whatsapp group) haha.

Ada lagi sebenarnya, tapi aku list yang paling kerap ditanya sahajalah ya?

Pemakaian

Lelaki : baju kemeja lengan panjang(kalau baju putih lagi sesuai), seluar hitam, kasut kulit. 

Perempuan ; berbaju kurung (atau boleh check di portal SPA). Kasut hitam, bertumit. 

ada yang share, 10 persen permarkahan adalah dari pemakaian. Wallahualam. Kalau dia tipu aku, aku cakap awal awal ni. Takkan lah aku nak tipu kau pulak. Haha

Last but not least, doakan aku berjaya dalam temuduga ni. Syarat kelayakan makin ketat. Semoga kita semua direzekikan dengan rezeki terbaik ya? Amin.


Good luck !



Monday, 27 November 2017

part 2

Tiba giliran aku, aku ketuk pintu bilik temuduga dua kali (effect bunyi: tuk tuk).
Aku masuk, bagi salam dan senyum. Hulur fail kepada panel. Ada dua panel, panel dari Suruhajaya Perkidmatan Awam dan Jabatan Kewangan (Akauntan).
Mula mula panel SPA ucapkan tahniah dan terima kasih. Kemudian dia baca rekod interview yang pernah aku hadiri. Dia punya tembak soalan, semua tepat.
Kemudian, dia suruh perkenalkan diri, latarbelakang keluarga, kerjaya, pendidikan dan beberapa hal hal peribadi lagi.
Aku rasa, ini kali ke dua aku direzekikan panel yang down to earth. Humble. Dan sangat-sangat supportive.
Soalan berbaur motivasi, memang aku katakan ini pengalaman temuduga yang paling comfort yang pernah aku hadiri.
Dan, pegawai kewangan tak tanyakan apa apa pun pada aku sebab aku dah cerita pengalaman aku pernah terlibat dalam audit, aset kerajaan, maintenance dan etc etc. Alasan lainnya, ini interview kedua dalam jawatan yang sama. Yang pertama kali dulu aku hanya sebagai calon simpanan namun tak dipanggil.
Usai interview, panel akan tanya, adakah kita ada soalan untuk ditanya.
Soalan aku, apa kriteria yang diperlukan untuk menjawat jawatan ini.
Dia bagi jawapan yang 'positive' pada aku.
Attitude, cara kita solve problem, tengok sama ada kita bertanggungjawab atau tidak. Dan ada beberapa kriteria yang lain.
Akhir, aku ucapkan terima kasih kerana bagi peluang dan luangkan masa untuk aku.
Ambil fail. Keluar.
Aku harap aku berjaya kali ni. Sengaja aku pos di sini, sebab akaun satu lagi masih ramai yang struggle cari kerja. Mungkin kecilkan hati kawan kawan aku kalau aku pos di sana. Semua struggle. Aku faham macam mana rasa bila kawan dapat tapi aku tak dapat. Bukan dengki, cuma (mungkin hati aku yang bermasalah.) jadi lebih baik aku tak pos terus. Itu dapat menjaga hati sendiri dan kawan kawan.
Ini sekadar nota untuk aku lihat di masa hadapan sahaja. Ini temuduga kali ke 8 untuk tahun ini. Doakan aku ya?
Di sini, aku bebas sedikit meluah. Kawan kawan pun aku akan kurangkan. Tak dikira memutuskan silaturahim kan? Sebab kita masih berkawan di akaun satu lagi.

pengalaman temuduga pembantu tadbir kewangan w19 (dibaca: kali ke dua) part 1

Bertemu dengan orang yang baik-baik kadangkala mendatangkan sebak dalam hati aku untuk kesekian kalinya, aku hadiri temuduga lagi. Aku mulakan perjalanan awal pagi, datang ke pusat temuduga sejam awal.
Macam biasa, letak surat panggilan temuduga di tempat yang disediakan. Kemudian duduk di ruang menunggu.
Beberapa minit kemudian, nama dipanggil, ada urusetia yang ajar cara untuk susun sijil dalam fail. Aku agak umur urusetia tu kurang lebih dengan umur mak aku.
Aku duduk, dia suruh keluarkan resume.
Resume aku jenis grafik, katanya tak sesuai dengan jawatan ni. Mesti kelihatan lebih formal. (My bad, mesti di perbaiki lepas ni).
Kemudian, aku berborak borak dengan dia. Susun segala sijil, dia tanya latar belakang aku. Dan dia bagi beberapa tips temuduga.
1. Katanya, kalau kita orang susah, jangan jadikan susah sebagai alasan (supaya panel bersimpati dengan kita) . Contohnya, "ayah saya driver je. Hidup saya susah. Keluarga saya susah. Yada yada. " Urusetia tu kata itu seolah kita merungut, sedangkan walaupun ayah kita driver, kita dah belajar sampai ke peringkat ini. Hidup, kita tetap hidup. Kita masih hidup hingga saat ini.
2. Jawab dengan tenang. Jawapan dari hati (sambil dia tepuk dada dia).
3. Katanya aku orang pertama yang dia jumpa (entah, mungkin bonus, mungkin tidak bagi aku.) mungkin ini sedikit sebanyak menaikkan semangat aku.
Dah siap susun, stapler kertas, ambil no giliran. Pakcik tu cakap selamat berjaya.
Kemudian aku katakan "doakan saya".
Dan dia kata baiklah, saya harap tak jumpa awak dah lepas ni. (Dia harap aku dapat jawatan ni dan dia tak jumpa aku lagi). Ayat negatif dalam situasi positif bukan?
Aku kembali ke ruang menunggu, aku pergi tandas. Rasa dah ok. Dah confident, aku duduk di kerusi yang betul betul depan bilik temuduga.
-----------------------------------
Separuh lagi 'perjalanan' kalau aku rasa nak menulis, nanti aku sambung.

Monday, 23 October 2017

Pengalaman Temuduga Pembantu Makmal Filem C19

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam keatas Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Minggu lepas aku ada hadiri temuduga di Finas Petaling Jaya. Jadi aku nak kongsikan pengalaman temuduga tersebut. Aku mula dengan Panggilan telefon seterusnya membawa aku ke Finas okay?

1. Pada seminggu sebelum (temuduga), ada dapat satu panggilan telefon dari Finas mengatakan aku dipanggil menghadiri temuduga bagi jawatan Pembantu Makmal Filem C19.

2. Aku bertolak dari Pekan ke Petaling Jaya pagi, sebab temuduga pukul 2 petang. Jauh betul budget jimat. Alhamdulillah, rezeki. Kalau temuduga 8 pagi mesti kena spend duit hotel, makan dan jalan-jalan.

3. Sampai lebih kurang jam 12 Tengah hari. Selepas waze dan dah pakai waze pun salah masuk simpang lagi. Yihh.

4.  Jam 1.30 Berkumpul di bilik perbincangan. Tunggu turn untuk dipanggil. Temuduga bermula jam 2.30. Waktu ni ada brother kat luar yang tolong macam mana nak susun sijil dan resume. He guide one by one what we have to do.

Jadi di sini cara susun sijil if you guys nak hadiri interview government. Nak lagi kemas, sediakan saperator. Tapi jangan terlalu banyak saperator. Takut panel boring sebab selak banyak-banyak pun bukan sijil tapi saperator. Bersederhanalah.
1. Maklumat temuduga (saperator)
- letak surat panggilan temuduga.
2. Maklumat peribadi. (Saperator)
-kad pengenalan,
- sijil kelahiran.
-resume.

2. Maklumat pendidikan (Saperator)
-SPM
Sijil Berhenti Sekolah.
-Diploma
-Transkrip Diploma
-Pengesahan MQA tempat study dulu. (Check di JPA.GOV.MY)
-Ijazah dan seterusnya. (aku tak ada ijazah. Jadi letak diploma sahaja lah) * jika direzekikan, doakan aku dapat ijazah juga nanti ya?
-(kalau masa belajar dulu you dapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam. Letak surat tawaran tajaan tu.)

3. Sijil Anugerah dan penglibatan. (Saperator)
-Sijil anugerah kecemerlangan
-Sijil penghargaan.
-Sijil Penglibatan.
Letak lah surat sokongan (Jika ada).

Okay, tu je.

5. Sampai turn aku, aku pun masuk bilik temuduga. Benda-benda basic yang akan ditanya masa temuduga. 5 point.

1. Introduce yourself

2. Nama Jawatan yang dipohon. Kena tahu lah kita mohon jawatan apa kan. Kemudian Tugas dan tanggungjawab.
*tugas sebagai pembantu makmal filem.
*jenis bahan kimia, tindakbalas kimia.
*filem dan negatif.
*primary color, secondary color.
*radas dan kegunaan.
*Cara handle bahan kimia.

3. Tentang organisasi, jabatan, kementerian. Memang ni basic, dia akan tanya. Nama pengarah, menteri. (kena tahulah, nak jadi ‘keluarga’ kan. )

4. ISU SEMASA, penting ni. Dia nak tengok kita alert ke tak. (aku disoal tentang Festival Filem Malaysia 29. Aku jawab sikit-sikit je. Seriously, tak jangka. Tapi still, boleh jawab. Alhamdulillah.)

5. Soalan berbentuk tindak balas cara kita solve problem. Dia bagi situasi kemudian kita kena solve.
Itu sahaja. Doakan aku berjaya dalam temuduga ni okay. Aku tunggu jawapan temuduga ni. And i really hope aku berjaya dalam temuduga ni. Doakan aku ya.

Lepas lebih kurang 25 minit. Maka, pengharapan aku semakin tinggi semoga aku berjaya.

6. Lepas setel temuduga, lepak jap dalam kereta. Lama lah juga. Sebab bateri telefon habis. Tak boleh waze nak balik. Haha. So lepas ada bateri baru lah gerak balik.

So, itu sahaja perkongsian dari aku. Good luck !

(Aku post sebab sebelum interview aku google kot-kot ada yang share temuduga jawatan ni, tapi tak ada. So, aku tulis ni, orang-orang yang akan interview akan datang ada la tempat rujukan. Walaupun sikit. Semoga membantu. Kalau nak tanya, boleh comment below. Kalau rasa lambat, boleh email di email tertera.)

#Journey12Jam.
tarikh interview 16/10/2017, PJ Selangor.


Tuesday, 22 August 2017

PESANAN UNTUK LIN DI MASA HADAPAN #1

Dalam era yang serba mencabar ni, aku terpanggil untuk berbicara tentang ini.
Pertama sekali maafkan aku, selepas noktah tak guna capital letter. 

 malas nak tekan caps lock banyak kali.

bermulanya masuk sekolah, kita semua impikan kerjaya. malahan, semasa di sekolah, dalam buku profil pelajar juga ada ruangan "cita-cita". tak terkecualilah aku.

baru baru ini, tidaklah baru mana sebenarnya, aku ada jumpa artikel yang mengatakan perempuan itu eloknya berada di rumah. mendidik anak anak. seperti cara ibu ibu dahulu.




so yeah, everyone have their own perspective and you feel free to agree or disagree with this statement.

for me? i have my own POV.

but now.
im feeling lazy to typing.

what about yours?

tak. tiba tiba malas taip. next time i'll edit this post. salam sejahtera semuanya.

Resepi janji jadi semangkuk puding coktail.

Assalamualaikum dan sejahtera keatas kamu sentiasa.
Hari ni seseorang  request nak puding jadinya saya yg tak berapa pandai ni buatkanlah untuk dia. Dengan bantuan google dan sudah saya olah sedikit. 
Ada tiga bahan yang perlu masukkaan secara asing asing.
Resepi untuk custard.
1.dua cawan setengah kastard ( saya buat dua setengah sengaja nak habiskan tepung tu )
2. Air sepuluh cawan. 
3. 4 sudu susu pekat manis.
-----------
Cara penyediaan kastad
Masukkan tepung kastad dalam kuali kemudian masukkan air. Kacaukan sehingga sebati dan tak ada ketul ketul. Kemudian masukkan susu. kalau rasa tak manis sy tambah gula sikit. Buka api dapur perlahan dan kacau sampai pekat.
(Mungkin boleh wujud muscle dan jadi sado . Jadi adik saya dengan baik hatinya tolong kacaukan sampai masak )
___________
Kemudian : campurkan saja koktail serta susu sejat.

Ultah bonda.

Selamat hari lahir bonda,
Terima kasih untuk pahit jerih.
Membesarkan seorang hamba hak milik Tuhan yang pemurah penyayang dengan penuh kasih sayang.
Bonda , redha tigaratusenampuluhlima hari setahun dan setiapnya sehingga aku besar dewasa aku mohonkan.
Detik detik semakin melaju.
Meninggalkan semua luka lama .

BEBAS

Mata terpejam rapat,
badan terikat ketat,
tangan digari erat,
mulut ditampal pita lekat.
di bilik kelam yang serba hitam diwaktu malam.
seakan sesuatu tersangkut di rongga pernafasan
bunyi bunyian seram kedengaran.
terasa serangga-serangga halus berkeliaran.
meniti halus dari kaki berterusan ke tangan. 
satu hal yang wujud di ingatan.
'aku harus bebas.'
antara hal yang bakal di tentu akal,
sama ada menyerah tanpa usaha ,
atau cari jalan , usaha lalu bertawakkal.
begitu juga situasinya dalam kehidupan.
bukan setiap hari senyuman jadi kawan,
bukan setiap hari sedih jadi teman.
keluarlah dari medan kegelapan
bertempurlah di zon kegagalan.
bebaskan dirimu dari apa-apa halangan.
bebaslah dari jajahan kemurungan
bebaslah dari rasa seram ketakutan.
selebihnya biarkan takdir diatur Tuhan.
serta usaha dan tawakkal sebagai jalan.
puisi limablasminit.

editor ; ked (free. eh.)

kalamcaliph

NOTA #LINTULIS

How to write notes/prose in English:

Think of writing a diary. A prose/note in English is something that comes from your heart. Your deepest hopes, your deepest fears, your innermost desire. In fact, writing a note/prose in English is you telling people of your own story, telling people about you and your style. A style is never the same with different people, because writing notes/prose is YOU yourself talking. In the event where you write, the most important thing to play is your emotions. Let the readers read your emotions. Let them feel the essence that you have to offer to them. Let them touch your soul, because when you write, you are basically exposing yourself to people.
There is no definite way to write a note/prose. It is all about you. Hence, it was stated above as 'writing a diary'. You tell people the essence. You don't need to use bombastic words. You only have to inject emotions inside your writing. Tell people about you, your style, your soul. Let them touch you.

Lauk raya 2014

Ayam 5 ekor. Rm 13 x 5 ;        rm65
Dgg ; 3kg       rm 15 x 3 ;          rm45
Ketupat ; 4  bgks  Rm 4 x 4 :   rm16
Kacang ; 1kg  ;                          rm 6
Gula ; 6 kg      rm 3 x 6 :           rm 18
Pulut ; 10 kg                              rm 50
salad ; 2 biji                               rm 8
Tomato 1kg.                              Rm5
Timun  5 biji                              rm 5
Beras 5kg                                  rm15
Lada besor                                rm 3
Halia muda                               rm2
BAwang besor                          rm 3
Sos                                            rm 4
Lada hitam                               rm 2
Kicap                                         rm 6
Orange sunquick.                     Rm11
Toge                                           rm 1
Daun sup                                   rm 1
Planta                                        rm 4
Anggur                                       rm 2
Susu 3                                        rm 9
Tepung                                       rm 6
Kulit popia.                                Rm 4
Ikan (inti popia)                         rm 13
Total                                        rm 304                                          

Sunday, 28 May 2017

MemilihNya sebelummu


Terdetik dihati untuk menjadi seorang yang berkelainan. Harus di ingatkan, perjalanan juga tak sama likunya seperti sebuah persamaan. Kesamaan dan ketidaksamaan, keduanya satu fasa penempuhan dalam perjalanan. Perbanyakkan soal dan mencuba. Perlu tapis untuk percaya. Tak boleh membabi buta.

Dipertikai tentang pro dan kontra sebuah pilihan sehingga kedua sisi kebaikan kini sepi dilupakan. Jawapan dibiarkan layu,  diam sehingga bila dipamerkan kebaikan dikatanya tak mahu. Yang zahir ditunjuk jelas walau perasaan diberi tak pernah berbalas.
Meninggalkan yang pernah tertanda kesayangan. Tak mudah untuk pergi walau dengan pesan.

Semoga akan tiba, saatnya segala kebaikan dihargakan. 

post asal 10/10/2016 

kalamcaliph15@gmail.com.