Tuesday, 22 August 2017

BEBAS

Mata terpejam rapat,
badan terikat ketat,
tangan digari erat,
mulut ditampal pita lekat.
di bilik kelam yang serba hitam diwaktu malam.
seakan sesuatu tersangkut di rongga pernafasan
bunyi bunyian seram kedengaran.
terasa serangga-serangga halus berkeliaran.
meniti halus dari kaki berterusan ke tangan. 
satu hal yang wujud di ingatan.
'aku harus bebas.'
antara hal yang bakal di tentu akal,
sama ada menyerah tanpa usaha ,
atau cari jalan , usaha lalu bertawakkal.
begitu juga situasinya dalam kehidupan.
bukan setiap hari senyuman jadi kawan,
bukan setiap hari sedih jadi teman.
keluarlah dari medan kegelapan
bertempurlah di zon kegagalan.
bebaskan dirimu dari apa-apa halangan.
bebaslah dari jajahan kemurungan
bebaslah dari rasa seram ketakutan.
selebihnya biarkan takdir diatur Tuhan.
serta usaha dan tawakkal sebagai jalan.
puisi limablasminit.

editor ; ked (free. eh.)

kalamcaliph