Tuesday, 22 August 2017

Resepi janji jadi semangkuk puding coktail.

Assalamualaikum dan sejahtera keatas kamu sentiasa.
Hari ni seseorang  request nak puding jadinya saya yg tak berapa pandai ni buatkanlah untuk dia. Dengan bantuan google dan sudah saya olah sedikit. 
Ada tiga bahan yang perlu masukkaan secara asing asing.
Resepi untuk custard.
1.dua cawan setengah kastard ( saya buat dua setengah sengaja nak habiskan tepung tu )
2. Air sepuluh cawan. 
3. 4 sudu susu pekat manis.
-----------
Cara penyediaan kastad
Masukkan tepung kastad dalam kuali kemudian masukkan air. Kacaukan sehingga sebati dan tak ada ketul ketul. Kemudian masukkan susu. kalau rasa tak manis sy tambah gula sikit. Buka api dapur perlahan dan kacau sampai pekat.
(Mungkin boleh wujud muscle dan jadi sado . Jadi adik saya dengan baik hatinya tolong kacaukan sampai masak )
___________
Kemudian : campurkan saja koktail serta susu sejat.