Sunday, 3 December 2017

Pengalaman Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19

Assalamualaikum dan hello ho, everyone(s).

Seminggu yang lepas aku ada hadiri temuduga pembantu tadbir kewangan w19 di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ini bukanlah kali pertama aku hadiri temuduga bagi jawatan ini.  Doakan aku ya?


Di sini aku nak kongsikan rentetan perjalanan temuduga dan susunan fail, resume, serta salinan sijil.

1. Penyediaan resume.

- pastikan kau isi semua benda yang pihak SPA mahu. Nama, no kad pengenalan, sumbangan dan kebolehan istimewa.

Resume kalau boleh tak perlu gunakan template grafik yang selalu kita nampak di mukabuku tu. Buat resume padat, ringkas dan nampak lebih formal. (part ni aku dah lakukan kesilapan kecil, aku gunakan resume grafik, my bad.) jangan ulang kesilapan aku ya?

2. Susunan dokumen dalam fail.

- Kau buatlah lain sikit dari calon kebanyakan. Letakkan saperator. Tapi jangan sampai buka-buka je fail kau penuh dengan saperator, sijilnya tenggelam. Less is more.

Pertama, kau print Maklumat Temuduga, Maklumat peribadi, maklumat pendidikan, dan sijil anugerah dan penglibatan.

Kemudian, susunlah sijil mengikut yang dikehendaki.

1. Maklumat temuduga. (print di paparan yang kau check kau dapat temuduga tu atau print dari email. Jangan lupa print tau. Kalau takut hilang atau rosak, print la dua salinan. Pernah tengok ada orang datang interview tak bawa surat. Susah di kemudian hari. Mungkin juga dia tak ada pengalaman hadiri temuduga lagi. Jadi dia tak tahu. )

2. Maklumat diri yakni, kad pengenalan dan sijil kelahiran.

3. Maklumat pendidikan. Susun ikut spm dan seterusnya. Spm beserta ujian lisan, diploma beserta transkrip, degree beserta transkrip. Kalau kau adalah pelajar tajaan JPA, letak sekali surat tawaran lepas transkrip. So that, dia tahu la kau pelajar tajaan JPA. (untuk pelajar tajaan jpa sahaja, MARA, PTPTN or else tak perlu)

4. Letakkan sijil anugerah dan penglibatan.
------


Okey, kita berbalik kepada point yang ke 4.

4. Salinan sijil.

-Salinan sijil perlulah disahkan.

Okay habis dah part dokumen yang perlu disediakan.


----------


Next is, aku nak cerita apa jadi pada hari kejadian.(hari temuduga)

Aku sampai awal satu jam dari waktu yang tertulis dalam surat. Aku pergi makan dulu (supaya emosi aku stabil dan tahukah anda lapar ni boleh buat kakak marah? Kakakaka. Tak, gurau je.)

30 minit kemudian. Naik ke pusat temuduga. Letakkan surat panggilan depan urusetia/pegawai di kaunter. Kalau calon ramai, dia suruh duduk dulu. Tunggu giliran. Nanti dia panggil ikut siapa datang dulu.

Dia panggil, duduk. Kemudian dia suruh keluarkan apa yang dia nak.

1. surat panggilan temuduga. (kemudian dia print nombor giliran dan bilik nombor berapa)
2. Susunan sijil, ikut seperti dalam surat.(nanti dia ajar satu per satu. Tapi kalau kau ikut yang aku tulis kat atas, sama sahaja sebenarnya). Salinan pun sama. Salinan tu nanti dia letakkan apa yang ada dalam surat je. Kemudian dia stepler.
3. pesan aku, jangan lupa daftar mengundi. Mengundi Pilihanraya.(sebab dia tanya)

Kemudian dah sampai turn,
-
Ketuk pintu.
-
Masuk.
-
bagi salam.
-
hulur fail.
-
duduk. (dia suruh duduk baru duduk)

(sebenarnya kau klik blog ni sebab nak tau ni je kannnn? Haha. Dia tanya apa. )

1. perkenalkan diri, latar belakang keluarga, latar belakang pendidikan, pengalaman kerja, kerjaya sekarang. Ok. Sekian terima kasih.


Di sini aku share apa soalan sering ditanya bagi jawatan ni.

1. sebutkan tugas pembantu tadbir kewangan (boleh check di portal SPA)(aku syak ni soalan wajib tanya. jadi jawab dengan yakin, jangan menghafal tapi fahamkan. Lepas tu boleh huraikan ikut jalan yang benar.)

2. Apa itu panjar? Panjar ada berapa jenis? Sebutkan. Huraikan.

3. Apa itu sebut harga. 

4.Apa itu tender.

5. Apa itu perolehan kerajaan.

6. Sebutkan jenis perakaunan di malaysia. (ada dua, tunai dan perakaunan akruan)

7. Ceritakan apa yang kau tau mengenai belanjawan. 

8. Bajet 2018 (ikut tahun interview) (soalan wajib study)

9. Dasar-dasar negara. 

10.NKRA 

11. GTP 

12.GST (soalan famous)

13.Gagasan 1 Malaysia

14.nyatakan salah satu agensi kerajaan bersama fungsi fungsinya.

15.NBOS

16. TN50.(soalan terlebih famous)

17. Lambang jata negara.

18. Integriti (soalan famous) 

19. Nama PM ,menteri kewangan i , menteri kewangan ii, ketua setiausaha negara, ketua negara, agung, ketua perbendaharaan, timbalan menteri kewangan i, timbalan menteri kewangan ii. (soalan famous)

20. Rasuah (boleh tahan famous)

21. Sanggup di hantar ke sabah dan sarawak tak? 

22. Soalan berkaitan situasi. Cara nak handle masalah.

Ini aku rangkumkan soalan yang ditanya pada aku dan kawan-kawan seangkatan yang interview dalam pengambilan yang sama. (created whatsapp group) haha.

Ada lagi sebenarnya, tapi aku list yang paling kerap ditanya sahajalah ya?

Pemakaian

Lelaki : baju kemeja lengan panjang(kalau baju putih lagi sesuai), seluar hitam, kasut kulit. 

Perempuan ; berbaju kurung (atau boleh check di portal SPA). Kasut hitam, bertumit. 

ada yang share, 10 persen permarkahan adalah dari pemakaian. Wallahualam. Kalau dia tipu aku, aku cakap awal awal ni. Takkan lah aku nak tipu kau pulak. Haha

Last but not least, doakan aku berjaya dalam temuduga ni. Syarat kelayakan makin ketat. Semoga kita semua direzekikan dengan rezeki terbaik ya? Amin.


Good luck !

Edit :

Alhamdulillah aku pass temuduga ni. Sekarang duk under PDRM. Hehew.



Aku tak tau mana kotak komen aku hilang.

Good luck utk korang pulak. 



18 comments:

  1. lin , saya nak email awak, tp link tak jumpa , email me back figliadervish@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Email saya lineclear17@gmail.com

      Delete
    2. Hi boleh tahu tak awak bawak diploma semua ke?

      Delete
  2. Salam bos, sy nak tmuduga lusa, bole wasap sy x 0148694127. Tq

    ReplyDelete
  3. Tq ats info nie,pja pon intrvw lusa ni.doakn smoga dipermudahkan dan utk kalian yg akn ditemuduga jgk yer..aaminn

    ReplyDelete
  4. Salam. Sy pun iv juga. 28/11 ni. Btw nak tanya, dlm email dia ada nyatakan sila bawa sijil kegiatan luar. Tu include sijil akademik ka? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Bawak semua. Tapi yang ori je. Salinan tak perlu. Kalau tak silap. Hehe.

      Delete
    2. kat mna? sy pn iv jugak ni...di jawi penang..

      Delete
  5. tq atas semua info.. saya iv jugak 29/11 nanti di kuantan pahang... nak tanya la jawatan nikan untuk spm.. tapi kalau yg ada diploma patut letak skali x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada iv hari tu.dorang x nak yg ada diploma/degree.so i x pass iv sbb benda ni.dia suruh apply gred ikut kelayakan akademik hehe..

      Delete
    2. mcm mana keputusan iv pt kewangan hari tu . awak calon semenanjung kan . so keputusan dh keluar saya calon sarawak saya dpt simpanan jer

      Delete
    3. So kalau Kita dapat iv gred 19 ni , Kita Tak perlu nak sertakan sijil² diploma semua tu ke ?

      Delete
  6. Hai sis.. mau Tanya , if Kita dapat iv gred 19 , wajib ke sertakan sijil diploma semua tu ?

    ReplyDelete
  7. Hai sis...soalan spa dan spa negeri sama ke?

    ReplyDelete
  8. bro ada no tlefon x nak tanya pandangan?

    ReplyDelete
  9. Sy iv lusa. Sy nk ready kan jwpn drpd soklan tu.. Tahniah.🤲🏾 Berjaya iv

    ReplyDelete